Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI BINA INSAN GURU SEMESTER 5 Terima kasih kepada saudara/saudari pengacara majlis Assalammualaikum dan

selamat pagi, Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Kubang Kerian 3, Guru Penolong Kanan, Guru-guru, Pensyarah Pembimbing serta rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinnya jua ,kita dapat bersamasama berkumpul di pagi ini. Saya mewakili pihak ipg ksm mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan guru besar dan semua guru kerana sudi menerima kunjungan kami warga ipg ksm. Tujuan lawatan kami ke sekolah ini adalah untuk memenuhi syarat program ijazah sarjana muda kami iaitu kami perlu mengikuti program bina insan guru. Untuk pengatahuan pihak tuan, program ini wajib disertai oleh semua guru pelatih. Program bina insan guru kali ini berfokuskan kepada lawatan atau benchmarking ke sekolah cemerlang, sekolah harapan Negara dan sekolah inovasi atau dengan kata lain iaitu sekolah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam semua bidang. Objektif program ini adalah untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengurusan dan pengelolaan dari pihak sekolah iaitu pihak tuan. Kami memilih sekolah ini kerana reputasinya yang sangat cemerlang dan sewajarnya dijadikan contoh terbaik bagi guru-guru pelatih seperti kami untuk mempelajari tentang pengurusan di sekolah agar dapat kami gunakan pada masa akan datang. Ilmu ini juga penting kerana ia dapat memberi pendedahan awal kepada kami tentang pengurusan pentadbiran sekolah sebelum kami ditempatkan di sekolah suatu hari nanti. Lawatan ini adalah bertujuan bagi mendedahkan kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan sekolah tersebut yang merangkumi visi serta misi yang hendak dicapai berasaskan tindakan atau sistem perancangan akademik sekolah. Selain itu, guru-guru pelatih juga akan dapat gambaran mengenai kepimpinan yang cemerlang sehingga Berjaya mewujudkan pencapaian yang cemerlang selaras dengan aspirasi pendidikan di Negara Malaysia. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan sesuatu program dan seterusnya mengaplikasikan di sekolah

apabila tamat kursus nanti. Selain itu, guru pelatih dapat mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif. Sekolah kebangsaan kubang kerian 3 telah menjadi sekolah contoh negeri Kelantan kerana seramai 84 orang pelajar telah mendapat keputusan 5A dalam ujian UPSR. Dari segi pentadbiran, saya memang berbangga berada di sini kerana tuan guru besar iaitu puan seri dewi binti mohd Ibrahim telah menerima beberapa anugerah atas kecemerlangan beliau dalam mentadbir sekolah. Beliau telah menerima Anugerah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) (Guru Besar Cemerlang) bagi 2010. Kebetulan juga kami akan menempuhi praktikum fasa satu pada bulan april ini. Secara tidak langsung kami akan terlibat dengan warga sekolah tempat kami ditempatkan bagi sesi praktikum fasa satu nanti. Oleh itu, ilmu seperti ini juga akan membantu kami dalam menguruskan sesuatu kerja jika diberi tugas oleh guru di sekolah nanti. Sedikit sebanyak ilmu yang kami perolehi hari ini akan dapat kami gunakan semasa kami berada di sekolah dalam sesi praktikum yang akan dijalankan selama sebulan. Kami berharap agar pihak tuan sudi memberi info-info dan tunjuk ajar kepada kami supaya kami lebih memahami tentang cara mengurus sekolah dengan baik. Kami juga berharap agar pihak tuan tidak keberatan memberi dan berkongsi ilmu-ilmu yang berguna kepada kami dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Program bina insan fasa ke-5 ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan daya ketahanan yang tinggi bagi menghadapi reality dunia pengajaran yang sebenar kelak. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protocol dan etika sosialsebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru bercirikan personaliti yang unggul serta memiliki profesionalisme yang tinggi. Sebelum saya akhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjung kami pada hari ini. semoga jasa baik pihak tuan akan dibalas dengan pahala oleh Allah. Sekian dahulu dari saya, assalammualaikum dan terima kasih.