Anda di halaman 1dari 9

Isu-isu kontemporari dalam Matematik 1.0.

Keberkesanan Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Rendah

1.1.

Pengenalan

Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang bersifat dinamik kerana sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Oleh itu, matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Desakan-desakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan dalam ilmu matematik sendiri, kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami sesuatu konsep, teori, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategistrategi yang tertentu. Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Bagi seorang pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian. Cuba jaya, hipotesisi dan penyiasatan, pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian dari seni matematik yang patut diajar di sekolah. Matematik bukan hanya setakat memahami sahaja tetapi perlu dari segi penggunaan matematik. Makmal matematik selalunya mempunyai alatan seperti penimbang, kayu atau pita pengukur, blok atau bongkah kayu, baling bagi menyukat isipadu cecair, jangka lukis, jangka sudut dan sebagainya.

Oleh itu, kalkulator dan komputer juga patut ditempatkan dalam makmal matematik kerana ia adalah sebahagian daripada alatan yang perlu dewasa ini. Ia juga adalah punca data (scientific experiments, demographic data, opinion polls), bahan bagi pemerhatian dan pengukuran (dice, blocks,balls) dan alat bagi pembinaan (pembaris, string, jangka lukis, dan kertas graf). Penyelesaian masalah kini merupakan fokus pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Guru merupakan komponen yang paling penting untuk menjayakan sesuatu kurikulum matematik di dalam bilik darjah. Kualiti pendidikan matematik sangat bergantung kepada usaha guru dalam bilik darjah. Oleh itu guru harus bersedia berubah untuk membolehkan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penekanan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam bilik darjah adalah satu langkah ke arah mengubah cara pelajar belajar matematik. Guru boleh membantu dengan mengemukakan masalah yang bermakna dan bernas kepada pelajar mengikut tahap mereka. Masalah yang diberi seharusnya mencabar, memerlukan pelbagai kemahiran dan prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi semasa proses penyelesaian masalah. Masalah yang diberi juga perlu berkeupayaan untuk dikembang samada kepada masalah yang berkaitan atau untuk dibuat generalisasi.

1.2.

Sejarah kalkulator

Kalkulator berasal dari negara Perancis. Ia dicipta oleh Colmur pada tahun 1820. Walaubagaimana pun, kalkulator yang lebih sempurna untuk mengira permasalahan empat operasi (bahagi, darab, tambah, tolak) dicipta oleh Boldwin dari Amerika Syarikat pada tahun 1875. Sejak itu, beberapa model baru muncul dari masa ke semasa dan sehingga hari ini. Pada masa kini, kalkulator moden bukan sahaja terhad untuk mengira permasalahan empat operasi tetapi juga untuk mendapatkan hasil punca, kuasa, dan permasalahan statistik. Kalkulator adalah suatu alat mengira yang menggunakan

teknologi moden untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan cepat dari masalah empat operasi(tambah, tolak, darap dan bahagi) dan juga nilai daripada berbagai-bagai fungsi trigonometri dan logaritma.

1.3.

Keberkesanan penggunaan kalkulator di sekolah rendah

Pada masa kini, banyak penyelidikan yang telah dijalankan mengenai kesan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negara-negra maju namun masih dikatakan tidak menyeluruh, tetapi tidak dapat disangkal bahwa terdapat buktibukti kukuh yang menunjukkan bahawa murid-murid yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih baik dan memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas dan pensil yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Oleh itu, melalui pemerhatian, banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik. Tambahan pula, teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer adalah alatan penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik. Alat ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik, selain mempermudahkan jalan kerja untuk mengatur dan menganalisa data serta menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat. Di samping itu, alatan teknologi (kalkulator) ini dapat menyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistic, algebra dan nombor. Apabila teknologi (kalkulator) ini sedia wujud dalam proses pembelajaran murid-murid, maka mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah.

Teknologi kalkulator juga dapat digunakan untuk memupuk pemahaman konsep matematik. Dalam program matematik, kalkulator patut digunakan dengan meluas dan dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran murid-murid di dalam matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam kalkulator membolehkannya untuk menyemak semula matematik dan apakah yang patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan baik. Murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi (kalkulator) yang sesuai (Dunham dan Dick, 1994; Sheets 1993; Boers-Van Oosterum 1990; Rojano 1996; Groves 1994). Dalam buku bertajuk Teaching Mathematics yang memuatkan subtajuk Calculators in the classroom yang ditulis oleh Colin Noble-Nesbit, menyatakan bahawa melalui kaedah pemerhatian, kalkulator dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar tentang algoritma yang mereka lakukan dalam kerja tradisi (kertas dan pensel), Menurut laporan Cockcroff (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer (kalkulator). Berdasarkan kepada objektif yang ke tujuh, iaitu menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah, adalah bersesuaian dengan hujah yang akan dibincangan dalam kertas kerja ini. Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah kini adalah sangat diperlukan.

1.4.

Isu isu penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik sekolah rendah

Antara cabaran yang timbul dalam kalangan masyarakat kita ialah seperti pelajar tidak akan dapat mengira secara manual, mencongak dan terlalu bergantung kepada kalkulator sekiranya kita membenarkan penggunaannya seawal sekolah rendah. Hal ini demikian kerana tidak semua pelajar yang boleh mencongak dan mengira secara manual terutamanya apabila melibatkan pendaraban dan pembahagian. Mereka bimbang kanak-kanak akan malas berfikir. Selain itu ialah kebimbangan terhadap murid-murid akan kurang faham penggunaan algoritma dan konsep asas nombor. Di samping itu ialah bimbang murid akan leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam mengikuti isi pelajaran matematik di sekolahkerana akan adanya sikap kebergantungan kepada elemen moden sahaja tanpa berusaha untuk mendalaminya secara manual. Hal ini seterusnya akan menyebabkan kemahiran mengira akan terbantut. 1.5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penggunaan alatan seperti kalkulator memberikan banyak kelebihan dan keberkesanan dalam pengajaran matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Namun, penggunaan di negara kita hanya terbatas di peringkat menengah atas sahaja sedangkan negara-negara di Eropah telah lama menggunakannya dalam pengajaran di peringkat awal sekolah rendah lagi. Guru-guru harus memandang ke hadapan agar mereka tidak terperangkap apabila permasalahan dan situasi terbit menerusi kalkulator. Pengaplikasian kalkulator dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya kearah mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing. Kesimpulannya dalam menangani transformasi pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan perlu kita mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi.

2.0.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kalangan Guru Matematik

2.1.

Pengenalan

Negara kita telah mengalami banyak perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum sentiasa diubahsuai bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru dalam bidang ekonomi, politik dan sosial supaya selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah meninggalkan impak yang amat nyata dalam sistem pendidikan negara. Budaya persekolahan sudah tiba masanya perlu berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir, penyayang dengan mengaplikasikan teknologi terkini. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak ketinggalan melihat pembelajaran secara elektronik ini sebagai satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami konsep bagi subjek yang diajar.

2.2.

ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology ) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology ) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

2.3.

Kepentingan penggunaan ICT dalam P&P

Terdapat banyak manfaat hasil daripada penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) matematik. Antaranya ialah dapat meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks. Melalui visual ianya akan merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan seterusnya akan membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat. Selain itu ialah akan membantu mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. Hal ini seterusnya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan. Tambahan pula ia juga akan membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa kerana dapat memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.

2.4.

Peranan ICT dalam proses P&P

Antara perananya ialah seperti, mengorganisasi dan mengukuhkan pemikiran matematik. melalui penggunaan ICT, maklumat yang dikutip dapat disusun dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti jadual, carta atau graf. ICT juga

membenarkan murid memanipulasikan data-data dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan yang dapat mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik. Seterusnya ialah menyampaikan pemikiran matematik secara tepat dan jelas. melalui penggunaan ICT murid dapat menyampaikan idea yang diperoleh untuk dikongsi dan meyakinkan rakan sebaya. Contohnya, dengan menggunakan perisian geometri murid boleh menyampaikan hasil penemuan mereka dengan tepat dan jelas. Penggunaan ICt juga dapat membantu murid membuat visualisasi. Media interaktif bergambar pada perisian pendidikan atau cakera video (VCD) boleh menunjukkan kemampuan yang unik untuk pengajaran topik-topik yang melibatkan situasi tertentu, permainan atau penyelesaian masalah. Kandungan pembelajaran yang bergambar dan dianimasikan, membolehkan pembelajaran matematik lebih menarik dan berkesan. Selain itu ialah mempercepatkan proses penyelesaian masalah dan

meningkatkan daya kreativiti. Melalui penggunaan ICT, murid dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkemampuan mengubahsuaikan masalah tersebut kepada masalah baru yang berkaitan. Kreativiti begini dapat meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran matematik.

2.5.

Isu penggunaan ICT dalam P&P matematik di sekolah

Terdapat banyak isu yang menyebabkan penggunaan ICT tidak digunakan secara menyeluruh semasa P&P matematik di sekolah. Antara halangan yang mengganggu perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah bilangan komputer tidak mencukupi, gangguan talian internet, masa pengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal dan tidak mempunyai masa untuk menambah kemahiran penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Halangan-halangan ini merupakan halangan yang berada di tahap sederhana. Manakala spesifikasi komputer yang ketinggalan, kekurangan perisian pengajaran yang

sesuai dan kurang sokongan pihak pentadbir merupakan halangan-halangan yang berada pada tahap yang kecil. Antara halangan yang ialah seperti guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian ICT, kurang latihan yang efektif, menghadapi masalah teknikal semasa perisian digunakan, peralatan ICT di makmal komputer sering rosak disebabkan oleh peralatan yang tidak berkualiti dan juga penggunaan oleh pelajar yang tidak bertanggungjawab. Pelajar-pelajar yang menggunakan makmal komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka seringkalimerosakkan peralatan ICT yang terdapat di dalam makmal komputer. Selain itu ialah masalah gangguan internet berlaku kerana perkakasan yang tidak lengkap dan mudah rosak seperti alat penebat kilat. Kerosakan sering berlaku kepada perkakasan ini hingga menyebabkan modem rosak disambar kilat. Akibatnya gangguan internet akan berlaku dan mengambil masa yang agak lama untuk diambil tindakan oleh kontraktor yang terbabit. Di samping itu ialah kontraktor-kontraktor yang telah dilantik oleh KPM sengaja melengah-lengahkan masa apabila penyelaras makmal komputer membuat laporan untuk menyelenggarakan peralatan ICT yang rosak. Peralatan yang rosak pula tidak digantikan dengan serta merta dengan alasan kehabisan stok. Adakalanya peralatan yang rosak digantikan dengan peralatan yang spesifikasinya lebih rendah. (Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi/ Journal of Science and Mathematics Educational (2011) )