Anda di halaman 1dari 9

BMM 3111

Faktor Perubahan Semantik

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang

menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan. Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebabsebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu. Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. disempitkan dan diperluaskan. Menurutnya, makna kata boleh

Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi,

hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaanperubahan dalam sesuatu bahasa.

Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri.

Ini

bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau,
1

BMM 3111

contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya

makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian.

Perubahan perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa- jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata-kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep-konsep saintifik

BMM 3111

merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna.

Misalnya, kata kebal

berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa

juga

berubah

kerana

sebab-sebab

sosial.

Peredaran

masa

menyebabkan munculnya bidang-bidang baharu dalam satu-satu budaya masyarakat bahasa. Faktor-faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam

bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan-perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.

Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencing di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas. Kini kata tandas pula

membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga

ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.

BMM 3111

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada daging lembu sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah i si pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994). Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani, taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep-konsep

baharu yang timbul akibat perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak perkataan diperlukan.

BMM 3111

Perubahan zaman/

Keperluan istilah baharu

sejarah

psikologi

FAKTORFAKTOR PERUBAHAN MAKNA

Unsur larangan atau tabu

Pengaruh luar

Sosial masyaraka t Kemajuan sains dan

teknologi

Gambar rajah 1 : Faktor-faktor perubahan makna

BMM 3111

5.0 Tatacara Pembentukan Istilah Asing Dalam Bahasa Melayu

Dewan bahasa dan pustaka dalam Buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. contohnya Gaya, garis pusat, tapak, kuasa

ii

Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. contohnya: Peka,hablur, cerakin, jisim

iii

Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya: dermaga (jawa), labur ( N. Sembilan)

BMM 3111

iv

Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya dening (kelantan), riam (Johor), nyeri ( Sunda)

Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya: atom , elektron, profesional, skru

vi vii

Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. contohnya: ad hoc, et al, de facto, in toto

Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan.

Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi, iaitu ungkapan yang paling singkat ungkapan yang maknanya tidak menyimpang, ungkapan yang tidak berkonotasi buruk, ungkapan yang sedap di dengar. Secara umumnya, tatacara pembentukan istilah asing merupakan satu proses berperingkat di mana satu istilah (kata atau frasa) dibentuk untuk mengungkap sesuatu konsep dalam sesebuah bidang ilmu. Istilah yang dibentuk mestilah bebas daripada sebarang unsur-unsur yang berbau lucah ataupun unsurunsur yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap agama, bangsa, kaum, atau hubungan antarabangsa.

BMM 3111

Dalam erti kata lain, tatacara pembentukan istilah asing bertindak sebagai garis panduan bagi membentuk istilah baharu. Hal ini bagi memastikan istilah yang

dibentuk sesuai di mana ianya boleh diterima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain.

REFLEKSI NAMA : MOHAMAD SYAFUDDIN BIN ALI IC : 910417-03-6301

Dalam menyiapkan tugasan Semantik Bahasa Melayu ini saya mengalami sedikit kesukaran apabila kurang memahami kehendak soalan tersebut. Tetapi setelah mendengar taklimat dari pensyarah pembimbing iaitu Puan Habibah binti Mohd Samin saya serba sedikit dapat memahami tugasan ini. Selain daripada itu, saya juga mengalami sedikit masalah kerana kurang mahir untuk membina pakej pembelajaran terutamanya untuk membuat pautan. Alhamdullilah dengan bantuan rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu saya untuk menghasilkan dikehendaki. Selain itu, antara masalah yang dihidapi untuk menyelesaikan tugasan ini ialah kekurangan bahan. Justeru itu, saya telah pergi ke perpustakaan Negeri Perak untuk mencari maklumat yang diperlukan. Alhamdullilah saya mendapat banyak bahan di pakej pembelajaran yang

BMM 3111

perpustakaan tersebut. Saya juga mencari bahan di laman sesawang serta merujuk nota-nota kuliah yang diberi oleh Puan Habibah. Semasa menyiapkan tugasan ini banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Antaranya ialah saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang makna leksikal dalam bahasa Melayu terutamanya penggunaan kata sinonim. Selain daripada itu, saya juga dapat mengenalpasti penggunaan istilah asing dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam jurnal yang saya kaji. Sebagai bakal guru, tugasan ini banyak membantu saya untuk kegunaan masa hadapan. Contohnya, pakej pembelajaran yang telah dibuat dapat saya gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran nanti. Justeru murid tidak akan merasa bosan dan akan seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Saya akan mengaplikasikan kaedah ini kedalam pengajaran dan pembelajaran saya pada suatu hari nanti.