Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA, 31250 TANJONG RAMBUTAN, PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 2 SEMESTER 2

TUGASAN INDIVIDU KAJIAN KES

KESIHATAN KOMUNITI KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

TAJUK: PREGNANCY INDUCED HYPERTENSION (PIH)

NAMA: MOHAMAED AZIZI BIN SHAHROM NO.K/P: 900208-10-5797 NO MATRIK: BPP 2009-7824

SITUASI PERMASALAHAN Seorang ibu mengandung pra-natal mendaftar diri di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Changkat Lada dengan bacaan tekanan darah pertama kali 120/90 mmHg .Bacaan Hb mencatat 10.8 gm/dL di bawah paras normal dan albumin pula pada bacaan 2+. Bacaan tekanan darah diambil sekali lagi setelah 30 minit beliau merehatkan diri.Namun ukuran ulangan pula mencatat bacaan setinggi 140/80 mmHg.Beliau juga mengalami masalah yang sama di kehamilan sebelumnya

PREGNANCY INDUCED HYPERTENSION PENGENALAN Merupakan keadaan dimana bacaan tekanan darah ibu tinggi semasa mengandung tanpa protinuria.Dapat dikesan apabila bacaan diastolik BP melebihi90 mmhg.Kebiasaannya terjadi selepas 20 minggu mengandung semasa hendak melahirkan anak atau 48 jam selepas melahirkan anak.Ibu mengandung yang mengalami PIH menghadapi pengecutan salur darah.Hipertensi kronik terjadi sebelum 20 minggu mengandung.Pre-eklampsia dan eklampsia boleh menjurus kepada kematian janin dan ibu yang mengandung.

MANIFESTASI KLINIKAL Berikut merupakan tanda dan gejala seseorang ibu itu mengalami PIH iaitu; a) b) c) d) e) f) g) h) i) Tekanan darah melebihi paras normal iaitu 140/90 mmHg Protein dijumpai dalam urin(apabila penapis ginjal rosak) Edema(terutamanya di muka dan leher) Pertambahan berat badan mendadak Penglihatan kabur dan double vision Sakit abdomen Pening kepala dan loya Buang air kecil(urin) dalam kuantiti yang sedikit Nampak bintik-bintik dalam penglihatan

Oleh itu,ibu mengandung yang mengalami tanda dan gejala seperti di atas hendaklah berjumpa dengan pegawai perubatan di klinik dan hospital. Komplikasi yang lebih teruk boleh terhasil daripada PIH iaitu Impending Eclampsia.Antara tanda dan gejala yang dapat dikesan adalah; TANDA-TANDA I. II. III. IV. Bengkak bahagian kaki Pertambahan berat badan yang berlebihan Tekanan darah yang meningkat Air kencing kotor

GEJALA-GEJALA I. II. III. IV. Sakit kepala/pening Pedih ulu hati Loya dan muntah Mata berpinar-pinar

FAKTOR-FAKTOR RISIKO Antara faktor risiko yang boleh dikaitkan dengan terjadinya Pregnancy-Induced Hypertension ini adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengandung anak yang pertama dalam lingkungan umur 20 sehingga 35 tahun. Ada sejarah penyakit Diabetes Mellitus Ada sejarah mengalami tekanan darah tinggi sebelum mengandung Mengandung anak kembar. Ibu mengandung terlalu kurus dan rendah Mempunyai Preeklampsia pada kandungan sebelumnya.

CADANGAN DAN PENYELESAIAN INVESTIGASI 1. 2. 3. 4. Ambil bacaan tekanan darah dan ulang selepas 30 minit untuk bacaan kedua. Ujian urin untuk mengesan kehadiran albumin(proteinuria) FBP/BFMP/Stool ova & cyst MGTT pada minggu ke 28 dan 32 kandungan

Penemuan masalah: Nama pesakit: Suzila Bt Amir No. IC:710424-08-5922 No. Pendaftaran: 5922 Alamat: 420, Jalan Tanjung 2 ,Felcra Changkat Lada,Kg Gajah,Perak Gr 05 P03+02 1. Tekanan darah; a. Bacaan pertama: 120/90 mmHg b. Bacaan kedua(selepas 30 minit):140/80 mmHg 2. Keputusan ujian makmal (urin dan darah) a. Albumin:2+ b. Glukosa:blue c. Haemoglobin:10.8 gm/dL d. Beserta Anemia 3. Essential HPT

4. Maternal age > 35 tahun 5. Sejarah obstetric lepas; a. Mengalami PIH dalam kesemua kandungan yang lepas b. Lower Segment Caeserean Section(LSCS) akibat fetal distress RAWATAN UBATAN 1. Tablet Nifedipine 10 mg STAT -kalsium antagonist yang digunakan untuk meredakan tekanan darah tinggi -kesan sampingan termasuklah pening,loya dan 2. Tablet Methyldopa 500 mg -bertindak ke atas reseptor otak untuk mengurangkan tekanan darah tinggi 3. 4. Tablet Ca. Lactate Tablet Aspirin 75 mg -diambil untuk mengurangkan kesakitan di abdomen ibu mengandung(distress) 5. Pil Hematinik (Folic Acid,Ferous Fumerate,Vit. C dan Vit. Bco) untuk Anemia

PENJAGAAN KEJURURAWATAN

1.

Membuat penilaian PIH 1.1. 1.2. Pengambilan Tekanan Darah 2 kali bacaan pada pertama kali di kesan. Tagging yang betul menerusi kod warna,faktor risiko dan senarai semak.

2.

Pengesanan luar biasa dicatat dengan dakwat merah: 2.1 2.2 Berat badan. Ujian makmal (Full Blood Count dan Urine)

3 4 5 6

Ujian dan keputusan pemeriksaan darah ada direkodkan. Carta Gerakan Janin diberi dan diterangkan dengan jelas kepada ibu mengandung Pengesanan oedema dicatat. Membuat pengambilan bacaan tekanan darah tinggi 2 kali seminggu 2/52 di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.

Ikut jadual pemeriksaan tekanan darah dengan betul bagi menilai perkembangan ibu dan janin mengikut temujanji yang ditetapkan.

PENDIDIKAN KESIHATAN PREGNANCY-INDUCED HYPERTENSION 1. Penerangan dan penjelasan mengenai tanda dan gejala Impending Eclampsia beserta kesannya kepada ibu mengandung. 2. 3. 4. Rehat yang cukup bagi mengelakkan varicose vein dan edema. Pengambilan ubatan mengikut jadual yang telah ditetapkan Lawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan bagi memantau perkembangan janin dan ibu mengandung. 5. Menerangkan risiko bersalin dirumah dan perlunya bersalin di hospital bagi mengelakkan

komplikasi yang lebih teruk. Bagi PIH yang beserta Anemia: Langkah pertama TAMBAH DARAH DENGAN MAKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI Terdapat bayak makanan yang kaya dengan zat besi dating dari sumber haiwan seperti daging.hati,ayam,limpa,kerang,ikan,sotong dan ikan bilis.Sayur-sayuran hijau seperti pegaga,pucuk paku,kangkung,bayam dan kalian juga banyak mengandungi zat besi. Untuk mengatasi masalah anemia,sekurang-kurangnya satu jenis makanan perlu diambil dari haiwan yang kaya dengan sumber zat besi setiap hari. Pilihan makanan mangandungi zat besi adalah seperti berikut;

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Daging: 2 keping kotak mancis Ayam: 1 ketul dada ayam Hati ayam: 1 ketul(2 lobus) Kerang: 20 biji Hati lembu:1 ketul saiz kotak mancis Ikan:1 ekor ikan sederhana Ikan bilis: 5 sudu makan(tanpa kepala)

Sekiranya pesakit seorang vegetarian,mereka perlulah mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau,kacang soya,kacang dhal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C.Disamping meningkatkan lagi pengambilan sayursayuran hijau,pesakit juga perlu makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

LANGKAH KEDUA PIL HEMATINIK(bagi mereka yang beserta anemia) Terdiri daripada empat jenis pil iaitu; i. ii. iii. iv. Pil ferrous fumarate Pil asid folik Pil vitamin C Pil vitamin BCo (B Complex)

Pengambilan pil hematinic ini adalah sangat penting kerana; I. Kandungan zat besi,asid folik dan B kompleks diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. II. III. Pil vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Membantu pesakit pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat.

Pil hematinik hendaklah di makan bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.Namun,ibu mengandung yang mengambil pil ini dinasihatkan untuk tidak makan pil bersama air kopi,minuman berkola,air teh minuman bercoklat dan susu kerana boleh menghalang penyerapan zat besi.

RUMUSAN Pregnancy-Induced Hypertension merupakan satu keadaan dimana bacaan tekanan darah ibu mengandung didapati melebihi paras normal walaupun bacaan sebelum mengandung adalah normal.Oleh itu,pengawalan dan pendidikan yang sempurna haruslah dijalankan bagi mengawal tekanan darah tinggi yang dialami ibu mengandung.Ini bagi menjamin keadaan pesakit dan kandungan supaya tidak terjadinya komplikasi yang tidak diingini berlaku.Perawatan dan jadual pemantauan ke atas ibu dan kandungan dapat mengurangkan risiko kematian bagi keadaan ini.

RUJUKAN 1. 2. 3. Buku Panduan Pemakanan Ibu Hamil Anemia MEDICAL DISORDER DURING PREGNANCY N Engl J Med 333:1737, 2002 Medical dictionary definition of hypertension from KMLE Medical Dictionary retrieved on 07-04-17 4. 5. TABERs Cyclopedia Medical Dictionary by Donald Venes,M.D, M S J. www.nutrition.moh.gov.my