Anda di halaman 1dari 13

banggunan bersejarah: menara condong

teluk intan

nama : MUhammad zahier Asyraf Bin Abdul Manan.

Tingkatan : 3 Beta.

Nama Guru : Cik Lim Swee Choon.

Tarikh :

P E N G H A R G A A N. .

..

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus

Sejarah ini dengan sempurna dan lancar.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih

kepada Cik Lim Swee Choon, selaku guru mata pelajaran Sejarah yang banyak memberi

dorongan dan tunjuk ajar dalam menjayakan kerja kursus ini.


Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya iaitu Encik Abdul Manan Bin Yahya dan Puan

Lai Lee Binti Atan yang banyak memberi dorongan dan bantuan dari segi idea, maklumat,

kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Ucapan terima ksih juga kepada rakan-rakan saya, Razrin, Firdaus, Azizi, Farhana,

Mastura dan Farhana Isha yang turut membantu dan berkongsi bahan rujukan kepada

saya.

Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah saya

hargai.

ObjektIf k a j I a n. .

..
Saya dikehendaki menjalankan kajian tentang salah satu banggunan bersejarah di Negara

kita. Saya telah memilih banggunan Menara Condong Teluk Intan sebagai tempat kajian

saya. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut :

kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih. Ini akan membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,

jelas dan tepat.


Selain itu, Kajian ini dapat menambah pengatahuan saya tentang banggunan

bersejarah yang ada di Malaysia serta dapat memupuk persaan bangga terhadap tanah air

kita. kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya banggunan

bersejarah di Negara kita kerana dapat menyedarkan kita untuk mempertahankan bangsa

serta memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan kajian ini, saya

dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik banggunan

bersejarah tersebut.

Seterusnya, Kajian ini juga dapat menanam semangat patriotik bagi menghargai

warisan tradisi budaya bangsa yang masih terpelihara. Disamping itu, Saya juga dapat

mengetahui secara mendalam tentang banggunan bersejarah dari segi latar belakang,

tujuan pembinaan , bahan yang digunakan serta cara pembinaan banggunan tersebut

dibina.

K ae a d a h kajIan..

..
1.Lawatan dan pemerhatin
Saya dan beberapa orang kawan saya telah pergi membuat lawatan ke tempat kajian iaitu

di Menara Condong Teluk Intan untuk mendapatkan maklumat berkenaan menara

condong tersebut yang menjadi mercu tanda bagi Bandar Teluk Intan. Saya juga telah

membuat pemerhatian tentang menara tersebut


2) Internet
Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk

kajian saya iaitu Menara Condong Teluk Intan. Antara laman web yang saya layari

termasuklah http://mdhilirpk.perak.gov.my/bm/menarik.html. maklumt tersebut dimuat turun

untuk dijadikan bahan rujukan.

3) Akhbar

H as I l k a j I a n. . .

.
Asal-usul nama Teluk Mak Intan
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa

paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari

Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar
awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai

Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan

Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang

mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para

petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip,

parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk

Anson kepada Teluk Intan

Menara Jam Condong Teluk intan

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya seperti Menara

Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong , setinggi 85 kaki dan ada

110 anak tangga.


Kegunaan :
Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3

tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut senibina menara-menara di China.

Kini , menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan

lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai

seisi keluarga.

Keistimewaan :
Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara

Condong. Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah

merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah

berusia lebih satu abad.

Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki

sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah

condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong

lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong

Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.
Tujuan asal pembinaan menara :

Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada

tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai

keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini

tidak mempunyai perkhidmatan bomba.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah

dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar

telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor

yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara

Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama)

yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina

pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Sejarah pembukaan Teluk Intan :


Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik,

beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah

peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan

yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling,

Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang

baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi

seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para

pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak

Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa

pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan

tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa

tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut

setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun

sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah

merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.


Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras

yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai

tujuh tingkat.

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong

jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu

berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.

Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki

dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43

kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun

1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah

dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus

dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan

luar negara.

R u j u k a n. . . .
1) Internet
http://mdhilirpk.perak.gov.my/bm/menarik.html

http://www.cuti.com.my/Sub/Perak/guide_tilearntw.htm

http://www.malaysiavacationguide.com/leaningtower.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Teluk_Intan

http://travel.mapsofworld.com/malaysia/perak-tourist-attractions/teluk-intan-

leaningower.html

http://pdttelukintan.perak.gov.my/index.php?bhg=pelancongan&isi=peta

2) Surat khabar
Nama akhbar : News Straits Times

Tarikh : 11 Febuari 2009

Nama akhbar : Harian Metro

Tarikh : 9 November 2007

Nama akhbar : Berita Harian

Tarikh : 12 Febuari 2001

Nama akhbar : Harian Metro

Tarikh : 2 April 2006

3) Melawat tempat kajian


Lawatan bersma rakan-rakan saya ke tempat kajian pada 18 April 2009.

4) Orang sumber

R u m u s a n. . . .
Saya amat bersyukur kerana telah mnyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak

pengatahhuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Banggunan Menara Condong Teluk Intan adalah mercu tanda bagi penduduk

Bandar Teluk Intan. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada

banggunan tersebut mendapat pujiandan sanjungan dari segenap lapisan penduduk

Malaysia mahupun pelancong luar Negara.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama

antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan

sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding

bahu untuk mencari maklumat tentang banggunan –banggunan yang bersejarah.


P en e r a p a n unsur patrIotIs

m e….
Dewasa ini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa

dan pejuang tokoh-tokoh Negara di tanah air kita. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan

berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu

dapat memupuk semangat cintkan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia

.sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Teluk intan ini dapat lagi kita lihat dari

dulu hingga sekarang, bangunan ini masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti

berbangga dengan sejarah Negara. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong

menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Daripada bangunan bersejarah ini, kita akan lebih semangat, rajin dan gigih untuk

meningkatkan diri sebagai rakyat Negara yang maju dan cinta akan agama, bangsa dan Negara

serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Selain itu, aktiviti ini

juga akan menimbulkan semangat setia Negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin Negara kerana

mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Oleh itu, kita

mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh Negara dengan cara berusaha untuk terus

memelihara dan memulihara bangunan bersejarh tersebut agar tidak hilang ditelan zaman.