Anda di halaman 1dari 17

TOPIK 12

IDEA SAINS KANAK-KANAK

Sinopsis Topik ini membincangkan tentang idea sains kanak-kanak yang mereka bawa ke dalam kelas. Idea kanak-kanak ini tidak sama dengan penerangan yang diterima leh komuniti sains. Justru idea kanak-kanak ini dipanggil miskonsepsi. Seterusnya dibincangkan cara-cara untuk mengenal pasti miskonsepsi dan cadangan cara-cara untuk menangani miskonsepsi yang ujud di kalangan kanak-kanak.

Hasil Pembelajaran Memperihakan idea sains kanak-kanak Membincangkan takrif miskonsepsi Menceritakan cara-cara mengenal pasti miskonsepsi, dan Memperihal cara-cara menangani miskonsepsi

Pengenalan

IDEA KANAKKANAK DALAM SAINS

MISKONSEPSI KANAK-KANAK DALAM SAINS

MENGENAL-PASTI MISKONSEPSI

MENANGANI MISKONSEPSI KANAK-KANAK

Contoh miskonsepsi dalam tema-tema tertentu

12.0

IDEA KANAK-KANAK DALAM SAINS

Rajah 12.1 selalu digunakan dalam menerangkan bagaimana Bumi beredar mengelilingi Matahari. Apakah konsep yang disampaikan dalam rajah
Rajah 12.1
[Sumber:
http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/p ages/miscon/index.php]

tersebut tepat? Ini adalah satu contoh miskonsepsi yang mungkin ada pada kanak-kanak.

Sebelum kita bincang dengan lebih lanjut tentang miskonsepsi, mari kita renung semula bagaimana kanak-kanak belajar sains yang telah kita bincangkan dalam Topik 1. Kanak-kanak adalah `saintis. Mereka belajar dan memahami dunia sekeliling mereka melaui proses yang dilakukan oleh seorang ahli sains. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.

Mereka kemudian akan menyusun maklumat yang dikumpulnya untuk membentuk skemata, struktur dan konsep-konsep. Pada mereka, teori yang mereka bina adalah logik dan rasional sebab ianya berdasarkan bukti dan pengalaman mereka. Cuma pengalaman mereka terhad, dan tahap pemikiran mereka juga belum mantap. Ini bermakna apabila kanak-kanak ini masuk ke bilik darjah sains, mereka sudah punyai idea atau kefahaman mereka sendiri tentang konsep dan fenomena yang akan anda ajar. Konsep awal yang dimiliki kanak-kanak disebut dengan konsepsi. Konsep awal atau konsepsi yang tidak sesuai dengan konsep ilmiah biasa disebut miskonsepsi.

12.1 Apakah miskonsepsi?

Ada banyak istilah yang sering digunakan bagi menerangkan tentang idea sedia ada kanak-kanak tentang sains. Miskonsepsi, kerangka altenatif, prekonsepsi, idea alternatif, dan sains kanak-kanak supayanya membawa maksud yang sama, iaitu konsep sains yang dipunyai oleh kanak-kanak melalui pengalamannya. Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya ( Martin et al.,2002). Manakala Novak dan Gowin(1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interpretasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Oleh sebab penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi.

Betul miskonsepsi selalu dipunyai oleh kanak-kanak, tapi apabila ianya tidak ditangani oleh guru-guru secara bijak miskonsepsi ini akan berterusan hingga dewasa. Juga bila ianya tidak ditangani segera, ianya akan digunakan untuk membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Tentunya dengan ujudnya miskonsepsi, ianya mempunyai impak yang serius terhadap pembelajaran.

Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada guru. Hal ini menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar. Miskonsepsi juga dapat terjadi pada buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak sebagai sumber belajar maka guru dan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan bahkan makin memperkuat miskonsepsi yang sebelumnya sudah terjadi. Oleh karena itu, memang tidak mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaknya selalu berusaha untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali yang terjadi pada kanak-kanak.

Apakah punca berlakunya miskonsepsi ini? Di antaranya;

1)

Tidak semua pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak membolehkan mereka

membuat kesimpulan yang tepat atau pun mereka dapat melihat sesuatu daripada pelbagai aspek. 2) Apabila kanak-kanak bertanya kepada ibu-bapa atau ahli keluarga yang lain

tentang sesuatu fenomena mereka kadangkala memberi maklumat yang kurang tepat sebab mereka pun kurang tahu tetang fenomena itu 3) Penerangan yang mereka dapat daripada pelbagai sumber seperti media cetak

dan elektronik dimana kadangkala kesahihan faktanya boleh diragui.

Harlen (2000) mencadangkan beberapa sebab berlakunya miskonsepsi di kalangan kanak-kanak. Di antaranya; Pengalaman kanak-kanak terhad. Jadi hanya sebahagian bukti yang dijumpai oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hanya beri perhatian kepada aspek yang didapati melalui deria meraka dan tidak berdasarkan pemikiran logik. Contohnya, dia alami matahari bergerak ikutnya, jadi begitulah matahari bergerak. Kanak-kanak yang muda hanya boleh fokus kepada satu-sat ciri sahaja semasa mengkaji sesuatu fenomena atau objek.Contohnya, benda hidup bergerak, jadi kereta itu enda hidup sebab ia bergerak Kanak-kanak guna istilah tertentu tetapi kurang memahami konsep sebenar Kanak-kanak tidak mahu melepaskan idea mereka sebab tidak terdapat penerangan lain yang logik pada mereka.

Miskonsepsi boleh dikategorikan seperti berikut; Kategori `Preconceived notions Penjelasan Pembentukan konsep yang berakar umbi daripada pengalaman seharian. Contohnya, ramai orang percaya air bawah tanah mengalir dalam sungai sebab pemerhatian mereka air yang di atas tanah mengalir sebegitu. Kepercayaan bukansaintifik Pandangan yang mereka pelajari daripada sumber selain daripada Pendidikan Sains contohnya daripada pengajaran agama atau mitos. Contohnya teori tenang permulaan kehidupan di Bumi. Salah-faham konsep Ujud apabila cara pengajaran konsep sains tidak mengambilkira atau tidak mencabar paradoks dan percanggahan yang timbul daripada preconceived notions dan kepercayaan bukan-saintifik. Bagi menangani kekeliruan mereka membina teori yang lemah tentang konsep tersebut. Miskonsepsi Vernakular Miskonsepsi fakta Ujud kerana penggunaan istilah yang maksudnya berbeza dalam konteks sains dan kehidupan seharian. Maklumat yang dipelajari semasa umur muda dan telah kekal lama, tidak dicabar sehingga dewasa. [Sumber : http://www.nap.edu/openbook.php?record_id=5287&page=31]

Pelajar-pelajar diminta untuk melukis udara yang terdapat dalam flask sebelum dan selepas separuh daripada udaranya dikeluarkan. Lima belas peratus pelajar-pelajar kolej melukis flask yang kedua dimana ada ruang yang mengandungi udara dan ada ruang yang kosong. Apakah kategori miskonsepsi ini?

Bagaimana idea kanak-kanak mempengaruhi pembelajaran?

Miskonsepsi dapat membentuk konsep awal, kesalahan hubungan yang tidak benar antara konsep-konsep, gagasan intuitif atau pandangan yang salah. Secara terperinci, miskonsepsi boleh menyebabkan: pengertian yang tidak tepat tentang konsep, penggunaan konsep yang salah, klasifikasi contoh-contoh yang salah tentang penerapan konsep, makna konsep yang berbeza, kekeliruan konsep-konsep yang berbeza, dan hubungan hierarki konsep-konsep yang tidak benar Ringkasnya, sekiranya miskonsepsi tidak dicabar dan dibetulkan ianya akan menyebabkan murid-murid akan membentuk kefahaman sains yang salah yang berterusan. Terdapat banyak miskonsepsi yang telah dikenalpasti oleh pengkaji dalam pelbagai topik sains. Berikut adalah beberapa miskonsepsi yang biasa dipunyai oleh kanakkanak mengikut topik-topik tertentu. Area/topic Earth science Misconceptions The Earth is sitting on something. The Earth is larger than the Sun. The Earth is round like a pancake We live on the flat middle of a sphere. Astrology is able to predict the future. Gravity increases with height. Gravity cannot exist without air. There is a definite up and down in space.

Phillips, W.C. 1991, Earth Science Misconceptions, Science Teacher Feb'91 pp 21-23

Physical science

Ice cannot change temperature When the temperature of a boiling substance remains constant, something is wrong. The bubbles in boiling water contain air, Oxygen, or nothing, rather than water vapor. All liquids boil at 100C (212F) and freeze at 0 C (32F).

Heat is a substance. Heat is not energy.


Hapkiewicz, A. (1992). Finding a List of Science Misconceptions. MSTA Newsletter, 38 (Winter92), pp. 11-14

Living things

Plants obtain their energy directly from the sun. Plants have multiple sources of food (heterotrophic as well as autotrophic). Carbon dioxide, water, and minerals are food. Plants feed by absorbing food through their roots. Plants use heat from the sun as a source of energy for photosynthesis
Berthelsen, B. (1999). Students Nave Conceptions in Life Science. MSTA Journal, 44(1) (Spring99), pp. 13-19. http://www.msta-mich.org

Jadual 12.1 : Senarai miskonsepsi yang biasa ujud di kalangan kanak-kanak

Cuba teliti senarai miskonsepsi dalam Jadual 12.1. Miskonsepsi yang mana ujud di kalangan muridmurid anda?

Pilih satu tajuk. Kumpulkan satu senarai miskonsepsi yang biasa ujud di kalangan kanak-kanak

12.2

MENGENAL PASTI MISKONSEPSI

Bagaimana anda sedar miskonsepsi yang berlaku di kalangan murid-murid anda?

Miskonsepsi boleh dikenalpasti atau ditaksir dengan pelbagai cara.. Di antaranya; Temubual Guru memilih beberapa konsep yang dianggap sukar dan abstrak oleh kanakkanak. Kemudian, kanak-kanak diajak untuk mengekspresikan idea mereka mengenai konsep-konsep di atas. Dari sini kita akan dapat mengerti latar belakang munculnya miskonsepsi yang ada dan sekaligus ditanyakan dari mana mereka memperoleh miskonsepsi tersebut.

Dua kaedah temubual yang banyak digunakan adalah `interviews-aboutinstances (Osborne and Gilbert, 1980) dan and `interviews-about-events (Osborne and Freyberg, 1987). Lukisan yang ringkas bagi mengambarkan scenario tertentu digunakan sebagai rangsangan( Rajah 12.2). Kad gambar ini diletak atas meja, satu demi satu dan ringkasan komen dibacakan. Temubual dijalankan selama lebih kurang empat puluh minit dan dirakam perbualannya. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis.

Rajah 12.2 : Contoh scenario [Sumber: http://www.manchesteruniversitypress.co.uk/uploads/docs/630021.pdf]

Penyoalan Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan minta kanakkanak menjawab secara jujur dan tegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred. Guru boleh gunakan bentuk soalan esei atau objektif. Ujian objektif akan mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa ujud di kalangan kanak-kanak. Berikut adalah contoh soalan yang telah digunakan dalam satu kajian di sekolah Lewis and Clark, USA;
Science Trivia Questions Check yes or no, or circle the correct answer 1. If you drop a 1 pound weight and a 10 pound at the same time from the same height, the 10 pound weight will hit the ground first. Yes No 2. The moon increases and decreases in size throughout the month. Yes No 3. Plants get food from: a.) fertilizer b.) the ground water c.) making their own food internally d.) absorbing it from the soil via the roots

Soalan berbentuk esei atau soalan terbuka boleh juga digunakan. Soalan bentuk ini mungkin sesuai kalau anda ingin meneroka untuk memahami cara pemikiran kanak-kanak. Justru akan dapat mencari punca miskonsepsi dan dengan maklumat ini anda akan dapat memilih cara yang terbaik untuk menangani miskonsepsi kanak-kanak. Anda boleh juga menemubual kanak-kanak ini selanjutnya untuk mendapat penjelsan yang lebih mendalam.

Pemerhatian Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. n. Dari diskusi di kelas itu dapat dikenal pasti apakah idea mereka tepat atau tidak (Harlen, 1992:176). Dari diskusi tersebut, guru dapat mengerti konsep-konsep alternatif yang dipunyai siswa.

Ramalan Meramal, memerhati, dan menerang boleh digunakan juga untuk mengenal pasti miskonsepsi kanak-kanak. Anda perlu sediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang berkaitan dengan fokus tajuk. Kemudian ikut langkah berikut;

Langkah pertama : Meramal Minta murid secara individu menulis ramalan mereka Minta mereka terangkan sebab ramalan tersebut

Langkah kedua : Memerhati Lakukan eksperimen tersebut Minta mereka buat pemerhatian dan rekodkan

Langkah ketiga : Menerang Minta murid betulkan sebab yang mereka telah tulis di awal demonstrasi tadi Minta mereka bincangkan sesama mereka

Peta Konsep Novak (1985 : 94) mendefinisikan peta konsep sebagai suatu alat skematis untuk mewakili suatu rangkaian konsep yang digambarkan dalam suatu kerangka. Peta itu mengungkapkan hubungan-hubungan yang bererti antara konsep-konsep dan menekankan gagasan-gagasan pokok. Miskonsepsi dapat diidentifikasi dengan melihat hubungan antara dua konsep apakah benar atau tidak. Biasanya miskonsepsi dapat dilihat dalam proposisi yang salah dan tidak adanya hubungan yang lengkap antar konsep. Dengan membandingkan peta konsep yang dilukis oleh kanak-kanak dengan peta konsep yang guru bina, kita akan dapat mengenal pasti miskonsepsi yang ujud pada kanak-kanak tersebut. Sebelum dapat gunakan peta konsep sebagai alat untuk mengenal pasti miskonsepsi, anda perlu melatih kanak-kanak cara membina peta konsep terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan; Pilih satu konsep utama; Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan; Susun konsep-konsep ikut hirarki daripada yang am kepada yang spesifik; Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan; Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai

Kenal pasti miskonsepsi yang ditunjukkan dalam rajah di atas. a. Apakah punca berlakunya msikonsepsi tersebut? b. Bagaimana hendak betulkannya?

12.3 CARA MENANGANI MISKONSEPSI Ada banyak cara untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi. Secara umum cara yang tepat untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi adalah mencari bentuk kesalahan yang dimiliki kanak-kanak itu, mencari sebab-sebabnya, dan menemukan cara yang sesuai untuk mengatasi miskonsepsi tersebut.

Perkara pertama yang harus dilakukan guru adalah memahami kerangka berfikir kanak-kanak. Dengan memahami apa yang difikirkan kanak-kanak dan cara mereka berfikir guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan cara mengatasi miskonsepsi tersebut. Hal yang dapat dilakukan guru adalah:

a. memberi kesempatan pada kanak-kanak untuk menceritakan idea dan pemikirannya mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara lisan atau tertulis; b. bertanya kepada kanak-kanak tentang konsep yang biasanya membuat kanak-kanak keliru dan kanak-kanak diminta menjawab secara jujur; dan c. mengajak kanak-kanak untuk berbincang tentang bahan tertentu yang biasanya mengandung miskonsepsi, dan guru membiarkan kanak-kanak berbincang dengan bebas.

Cara mengatasi miskonsepsi bergantung pada penyebabnya. Selanjutnya kita akan berbincang cara mengatasi miskonsepsi berdasarkan penyebab iaitu kanak-kanak itu sendiri, guru, dan kaedah pembelajaran yang digunakan guru di kelas.

Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh Kanak-kanak

Kemampuan kanak-kanak untuk mempelajari konsep-konsep sains adalah tidak sama. Sebahagian kanak-kanak yang lambat untuk memahami konsep yang diajar, ada pula kanak-kanak tidak dapat menangkap konsep yang diajarkan guru secara lengkap dan tepat. Konsep yang tidak lengkap itu dipercayai kanak-kanak sebagai konsep sudah lengkap dan benar, padahal sebenarnya konsep tersebut belum lengkap dikuasai kanak-kanak.

Dalam menghadapi hal ini, guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap. Oleh karena pemahaman konsep sendiri memerlukan proses yang terus-menerus dan waktu yang lama bagi kanak-kanak, maka kanak-kanak yang kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar sesuai dengan daya kefahamannya. Untuk beberapa kanak-kanak, guru perlu memberikan waktu tambahan atau khusus untuk membantu kanak-kanak yang kemampuannya kurang sesuai dengan keadaan mereka.

Minat kanak-kanak untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan dan juga cenderung mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak berminat cenderung tidak mendengarkan dan memperhatikan secara penuh, mereka cenderung mengabaikan apa yang diajarkan guru.

Dalam mempelajari buku teks pun cenderung tidak teliti dan kadang-kadang hanya membaca dengan sambil lalu saja. Akibatnya, konsep yang dipelajari menjadi sukar dan kanak-kanak tersebut cenderung mengalami miskonsepsi. Untuk mengatasi hal ini ada beberapa hal yang dapat dilakukan guru yaitu membantu kanak-kanak untuk meningkatkan motivasi dan minatnya belajar.

Beberapa cara yang dapat dilakukan guru untuk meningkatkan minat belajar kanakkanak, antara lain: 1) guru mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran sehingga kanak-kanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran ; 2) guru menjelaskan kegunaan konsep dalam kehidupan seharian, terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak; 3) guru berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak untuk menjadikan kanak-kanak suka belajar; 4) guru menunjukkan pada kanak-kanak bahwa sesungguhnya kanak-kanak dapat belajar ; dan 5) guru lebih bersabar dalam menghadapi kanak-kanak terutama yang memiliki kemampuan yang kurang dalam pembelajaran.

Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh Guru Miskonsepsi dapat terjadi tidak hanya disebabkan kanak-kanak itu sendiri tetapi juga dapat disebabkan oleh guru yang memberikan pembelajaran di kelas kanak-kanak tersebut. Miskonsepsi yang disebabkan oleh guru dapat terjadi karena guru tidak

menguasai konsep yang benar dari bahan ajar yang akan diberikan sehingga guru keliru menjelaskan konsep tersebut ke kanak-kanak. Guru yang tidak menguasai konsep secara benar perlu belajar lagi, baik belajar secara sendiri maupun belajar bersama dengan guru lainnya. Guru juga perlu menyedari bahawa ilmu yang dimilikinya harus selalu ditingkatkan dan diperbaharui.

Cara Mengatasi Miskonsepsi yang Disebabkan oleh kaedah Pembelajaran yang Digunakan Guru Miskonsepsi pada kanak-kanak juga dapat disebabkan proses pembelajaran yang dialami tidak kukuh. Kanak-kanak yang menerima pembelajaran dengan kaedah ceramah saja tanpa pernah melakukan aktiviti hands-on akan cenderung mengalami miskonsepsi. Hal sama juga terjadi jika kanak-kanak menerima pembelajaran dengan satu kaedah pembelajaran yang sama sahaja juga cenderung mengalami miskonsepsi. Oleh karena itu, untuk mengatasi miskonsepsi pada kanak-kanak, guru perlu melakukan variasi kaedah pembelajaran agar kanak-kanak tidak bosan dan terus dimotivasi untuk belajar . Cara terbaik untuk menangani miskonsepsi adalah dengan menyediakan pengalaman secara langsung yang boleh membuktikan itu adalah miskonsepsi.

a. Apakah peta lidah mewakili fakta yang betul? b. Apakah cara terbaik untuk membetulkan miskonsepsi ini?

Penutup

Miskonsepsi ujud di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kewujudannya kadangkala tidak disedari apabila kaedah pengajaran anda tidak mengenal pasti kefahaman kanak-kanak sebelum anda memperkenalkan konsep baru. Juga apabila soal-jawab dilakukan kanak-kanak akan memberi jawapan yang guru ingin dengar supaya guru puas hati. Sebagaimana yang tela kita bincangkan dalam modul ini, adalah amat penting untuk menyedari miskonsepsi yang ujud di kalangan murid-murid dan seterusnya menanganinya agar kanak-kanak membentuk konsep sains yang tepat.

References

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Edition) USA, Allyn & Bacon. Alsop, S. and Watts, M. ( ). Interviews-about-scenarios.Exploring the affective dimensions of physics education. Di muatturun pada 8ept.2011 daripada http://www.manchesteruniversitypress.co.uk/uploads/docs/630021.pdf Eggen, P. and Kauchak, D. (2004) Educational Psychology: Windows, Classrooms. Upper Saddle River: Pearson Prentice Hall

Guest, G. (2004 ). Alternative Frameworks and Misconceptions in Primary Science . Dimuat turun pada 8 Sept.2011 daripada http://www.ase.org.uk/scitutors/professional_issues/teaching_teaching/misconceptions.php.
rd

Harlen, W. (2000 B.) The Teaching of Science in Primary Schools. 3 Edition. London. David Fulton

Hubber, P. (2005). Explorations of Year 10 students conceptual change during instruction. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, Volume 6, Issue 1, Article 1 (June, 2005). Dimuatturun pada 10 Sept.2011 daripada http://www.ied.edu.hk/apfslt/v6_issue1/hubber/hubber3.htm Martin, R.; Sexton, C.; Gerlovich, J. (2002). Teaching science for all children-Methods for constructing understanding. Boston: Allyn and Bacon.

Novak, J. D., & Gowin, D. B. (1984). Learning how to learn. New York and Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Thompson, F dan Logue, S. An exploration of common student misconceptions in science. International Education Journal, 2006, 7(4), 553- 559. Dimuatturun pada 1 Sept.2011 daripada http://ehlt.flinders.edu.au/education/iej/articles/v7n4/Thompson/paper.pdf Joyce, C. (2006). Predict, Observe, Explain(POE).Assessment Resource Banks. Ministry of New Zealand.Dimuat turun pada 9 Sept.2011 daripada http://arb.nzcer.org.nz/strategies/poe.php