Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

TAJUK

HALAMAN

1. PENGENALAN.... m/s

2. ISU ETIKA KEGURUAN .. m/s

3. IMPLIKASI TERHADAP AKAUNTABILITI KEGURUAN.. m/s

4. CADANGAN MENGATASI m/s

5. RUJUKAN ...... m/s

PENGENALAN

Pendidikan mementingkan aspek kualiti dan kecemerlangan seseorang individu. Kewujudan pendidikan yang berkualiti akan mengangkat martabat individu seseorang. Dalam mencapai usaha untuk memnuhi pendidikan berkualiti, kualiti seorang guru itu harus dititikberatkan. Perkembangan dalam dunia memberi cabaran yang hebat kepada guru dalam membentuk peribadi diri dan murid agar menjadi seorang insan yang berguna. Sama ada sedar atau tidak sedar, seorang guru itu memikul satu tanggungjawab yang besar dalam melahirkan seorang insan yang dapat membantu negara menjadi lebih baik. Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Falsafah Pendidikan Guru)

Jadi matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru berkualiti dari segi peribadi, professional sosial dan amalan tingkah laku yang baik. Guru juga diharapkan boleh menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan. Malah harapan yang tinggi berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke 21. Oleh itu guru seharusnya memiliki sahsiah yang sewajarnya.

Guru adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Keprofesionalisme guru amat penting dalam bidang pendidikan. Pendidikan merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan masa hadapan. Sistem pendidikan harus dirancang dengan teliti supaya sesuai dengan kemungkinan cabaran yang bakal timbul kelak.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha

melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid,1998).

ISU-ISU ETIKA KEGURUAN

Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas. Sejak kebelakangan ini terdapat banyak isu berkaitan dengan etika guru yang menjejaskan imej profesion keguruan itu sendiri. Isu pertama yang hendak saya ketengahkan ialah isu guru yang berniaga dalam kawasan dan pada waktu persekolahan. Hal ini mengundang perasaan yang amat tidak selesa pada saya kerana guru yang berniaga disekolah ini seolah-olah lebih pentingkan pendapatan yang diraih hasil daripada barang jualannya. Sedangkan sudah jelas dan terang bahawa tugas guru adalah untuk mendidik dan membentuk anak bangsa mengikut acuan yang betul kerana anak-anak bangsa inilah yang akan menjadi tonggak pimpinan negara pada masa hadapan. Ada segelintir guru yang menjual pelbagai jenis tudung, baju kurung, jubah, telefon bimbit , bekas-bekas makanan seperti tupperware dan sebagainya lagi. Saya faham bahawa senario guru-guru zaman sekarang ini ada yang cuba meraih pendapatan yang lebih bagi menampung kos kehidupan yang tinggi, akan tetapi jika dijalankan dengan cara dan metod yang tidak betul maka hal ini akan mengundang masalah kepada profesion perguruan itu sendiri. Guru sepatutnya haruslah bijak dalam menguruskan dan membahagikan masa supaya tidak mengabaikan tugas utama dalam mendidik murid di sekolah.

Pada pandangan saya, perkara ini harus diberi perhatian kerana sedikit sebanyak ianya akan menjadi satu trend yang kurang sihat dalam kalangan guru di sekolah. Guru-guru masa kini juga ramai yang turut terlibat dalam kancah perniagaan yang berantai ataupun disebut sebagai MLM ataupun multilevel marketing. Dari sudut yang positif, mereka sememangnya dapat memperoleh keuntungan yang lebih jika dibandingkan dengan guru yang hanya bersandarkan gaji bulanan semata-mata , akan tetapi dari sudut negatifnya mula kelihatan bibit-bit kealpaan dan kelalaian dalam melaksanakan tugasan di sekolah. Sebagai contohnya, pernah berlaku kejadian disekolah dimana seorang guru didapati tidak pernah masuk kelas ganti yang diamanahkan kepadanya. Setelah disiasat oleh pihak

pentadbiran, akhirnya dapatlah diketahui bahawa guru tersebut menggunakan masa gantian itu untuk meluaskan sayap perniagaannya dengan rancak berkempen dan berceramah tentang produk yang dijualnya. Melalui senario dan kes-kes seperti inilah dapat kita justifikasikan bahawa trend berniaga di sekolah ini telah melemahkan pemikiran dan membuatkan guru-guru yang terlibat dalam perniagaan di sekolah seolah-olah hilang pertimbangan diantara yang manakah lagi penting dalam bidang tugasnya. Walaupun masa tersebut hanyalah waktu gantian bagi guru yang tidak hadir, akan tetapi murid yang berada didalam kelas pada masa tersebut adalah tertakluk dalam jagaannya dan jikalau ada malapetaka yang berlaku, siapakah yang akan bertanggunggjawab? Tiba kejadian yang tidak diingini seperti ini maka bermulalah episod tuding menuding jari antara satu sama lain.

Isu yang kedua yang ingin saya fokuskan ialah tentang isu kepedulian guru. Apakah itu kepedulian guru? Kepedulian guru secara amnya merujuk kepada gambaran perasaan , pemikiran dan juga perhatian yang diperuntukkan oleh seorang guru terhadap isu ataupun bidang tugasnya sebagai seorang guru. Selain itu, kepedulian guru juga ditakrifkan oleh Hall, George dan Rutherford (1997) sebagai perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadapasesuatu isu atau tugas. Dari konteks kepedulian guru disekolah pula, guru yang prihatin akan menumpukan perhatian mereka terhadap para pelajarnya. Meeka akan melakukan tindakan-tindakan yang difikirkan perlu bagi melengkapi keperluan dan kehendak pelajarnya. Isu yang cuba saya ketengahkan ialah isu kepedulian guru yang saya baca dalam sebuah majalah PENDIDIK keluaran Mac 2008. Menurut artikel tersebut, kajian yang pernah dijalankan mengenai hubungan guru dan pelajar mendapati tingkah laku guru memberi kesan terhadap pencapaian akademik serta sikap mereka terhadap persekitaran pembelajaran. Artikel ini juga menjelaskan tentang lapan tingkah laku negatif guru yang boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar. Lapan tingkah laku tersebut ialah:

Tidak menyukai pelajar

Menyukai pelajar sudah tentu tidak boleh dilakonkan kerana perkara tersebut berlaku secara spontan dan semulajadi dalam diri guru. Sekiranya guru menyukai pelajar dan dapat mewujudkan satu perhubungan yang mesra, guru tersebut dapat mengendalikan tingkah laku pelajar mereka. Guru perlulah menyediakan waktu untuk berbual-bual dengan pelajar sekiranya mempunyai kesempatan. Hal ini dilakukan bagi mengetahui permasalahan pelajar dan mendapatkan maklumat mengenai kebolehan serta minat pelajar tersebut. Tidak mengetahui atau mengenali pelajar

Segelintir guru mendapati terlalu sukar untuk mereka mengingati nama dan mengenali tingkah laku pelajar mereka. apatah lagi, bilangan pelajar yang ramai serta kelas yang berlainan menyebabkan guru kadang-kadang keliru memanggil nama murid yang salah. Oleh itu, seorang guru haruslah lebih berinovasi dalam mencari penyelesaian untuk masalah tersebut.

Melabel pelajar

Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain bukan sahaja dari segi jantina dan fizikal malah dari segi latar belakang serta emosi mereka. Perbezaan ini tidak harus menjadi modal kepada guru untuk melabel atau memberi gelaran kepada pelajar mereka. Sekiranya guru melabel seorang pelajar, ia haruslah mempunyai makna yang baik dan sedap didengar. Gelaran untuk menyindir atau mempermainkan pelajar sewajarnya dielakkan kerana ia boleh menjatuhkan semangat pelajar tersebut. Menyindir dan memperkecilkan pelajar

Sebagai seorang guru, kita haruslah bertindak sebagai pemangkin semangat kepada murid. Guru yang selalu menyindir dan memalukan pelajar akan dibenci oleh pelajar terbabit. Tindakan guru tersebut telah menjatuhkan maruah pelajar dan tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang digelar guru. Mendera pelajar secara keterlaluan

Peraturan disiplin di sekolah telah dilaksanakan dengan sewajarnya. Oleh itu, guru haruslah membuat pertimbangan sebelum mendenda seseorang pelajarnya. Hukuman dan denda atas kesalahan disiplin pelajar telah ditetapkan dan guru haruslah mematuhi setiap perkara yang telah digariskan dalam peraturan disiplin. Sekiranya guru bertindak secara keterlaluan, pelajar mungkin mengalami trauma dan takut untuk ke sekolah.

Pagar makan padi

Amanah seorang guru adalah untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Guru juga bertindak sebagai pelindung dalam menjaga maruah serta keselamatan pelajar mereka. Perbuatan guru yang menyalahi etika seperti mencabul kehormatan pelajar, berkhalwat serta berperangai sumbang seharusnya dijauhi.

Terlalu garang

Guru perlu ada sikap penyayang supaya disenangi oleh pelajar. Guru yang terlalu garang akan menakutkan pelajarnya. Mereka berasa gementar untuk bertanyakan soalan kerana bimbang dimarahi. Pelajar juga akan berasa takut untuk ke kelas dan menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas.

Pilih kasih

Sikap guru yang mengamalkan pilih kasih adalah tidak waJar. Seseorang pelajar dapat merasakan perbezaan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh guru kepada mereka. Perhatian dan layanan yang sama rata dapat memberi rasa senang kepada diri pelajar. Pilih kasih ini berlaku disebabkan rupa paras pelajar tersebut, kekerapan berjumpa dengan guru tersebut ataupun pelajar yang menonjol di dalam kelas. Pelajar tidak akan menghormati guru yang mengamalkan sikap pilih kasih.

IMPLIKASI TERHADAP AKAUNTABILITI KEGURUAN

Pencabulan

etika perguruan ini jelas sekali meninggalkan kesan negatif terhadap arus pendidikan di negara Malaysia, yang pertama kesan terhadap

perkembangan

pentadbiran,pencapaian murid, kesan terhadap rakan sejawat, kesan terhadap ibu bapa dan juga golongan masyarakat semasa. Pelanggaran etika keguruan iaitu dengan

mempraktikkan amalan berniaga disekolah mendatangkan kesan negatif kepada profesion keguruan terutamanya dan hal ini membuatkan masyarakat mula memandang serong terhadap bidang tugas seorang guru. Hal ini menyerupai kata peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Walaupun hanya segelintir sahaja golongan yang mngamalkan amalan seperti ini, tetapi msyarakat akan menghukum keseluruhan guru atas kesalahan yang dilakukan dan kes ini menampakkan bahawa betapa ringannya tugas guru di sekolah sehinggakan ada bnyak masa dan peluang untuk berniaga disekolah sedangkan pada waktu yang sama guru-guru yang lainnya menggembleng seluruh tenaga dan keringat yang ada untuk mencurahkan bakti pada anak bangsa yang tercinta. Wajarkah situasi ini

dipandang dengan remeh? Tepuk dada tanya selera. Kesibukan guru yang melibatkan diri dengan transaksi urus niaga membuatkan pelajar terabai dan tidak mendapat ilmu seperti yang sepatutnya mereka pelajari didalam kelas. Secara tidak langsung, pencapaian para pelajar akan jatuh merosot .

CADANGAN MENGATASI ISU BERNIAGA DI SEKOLAH

Pemantauan daripada pihak pentadbir

Pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk melakukan tingkah laku negatif akan berkurangan kerana guru mengetahui bahawa persekitarannya sedang dipantau. Pihak pentadbir boleh mengenakan tindakan tegas seperti tindakan tatatertib kepada guru yang terbabit dengan kesalahan tingkah laku ini. Selain itu, pihak pentadbir juga boleh memberi khidmat nasihat kepada guru tersebut melalui sesi kaunseling. Bantuan Rakan Sejawat

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam tingkah laku negatif ini dapat berubah menjadi guru yang lebih baik. Sokongan orang sekeliling adalah sangat penting sebagai pemangkin semangat guru untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.

Ganjaran Kepada Guru

Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benarbenar layak. Contohnya, guru cemerlang untuk mengiktiraf pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap tugas yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktrif mereka sebagai guru cemerlang. Konsep guru cemerlan yang diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang istimewa, dedekasi dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka. Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara Time-Based.

Pemilihan Calon Guru Yang Benar-Benar Layak

Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis peronaliiti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila jenis personality tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak betminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973)

Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas 2 atau 3 tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian Burn-out terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi ( Wan Mohd Zahid Nordin).

Mengurangkan Penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih

Kekosongan jawatan guru samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal samada di maktab perguruan atau pun universiti. Kita tidak dapat nafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi seorang guru.

Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut. Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma dari maktab perguruan.

CADANGAN MENGATASI ISU KEPEDULIAN GURU DI SEKOLAH

Bagi mengatasi su kepedulian guru disekolah ini, guru haruslah meginsafi dan munasabah terhadap kesilapan sendiri. Amalan refleksi adalah satu cara yang paling baik untuk guru menilai kembali apakah kekuatan dan kelemahan dalam diri seorang guru itu, tidak terbatas terhadap proses P&P di dalam kelas sahaja, malahan boleh dilakukan untuk menilai kembali sejauh manakah penampilan dan tindak tanduk serta ketrampilan diri kita sebagai seorang guru. Oleh itu, guru perlulah : I. II. III. IV. V. VI. Sedar atas perubahan Minat untuk melakukan perubahan Mengenali aspek yang membawa kepada perubahan Menilai keberkesanan perubahan Bekerjasama dan meminta bantuan dan nasihat daripada rakan Membuat penambahbaikan yang signifikan dan berterusan

Seterusnya, guru perlulah memberikan tumpuan perhatian penuh terhadap para pelajarnya kerana guru dianggap sebagaiibu dan ayah yang kedua selepas ibu bapa kandung mereka yang berada dirumah.sikap ambil peduli yang diamalkan oleh guru ini bukanlah bemaksud untuk menjaga tepi kain orang. Inin keranan hal yang perlu diambil tahu itu bukanlah berbentuk peribadi , sebaliknya lebih kepada untuk memastikan kesejahteraan hidup muridmuridnya supaya mereka dapat memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengamalkan sikap ambil peduli tersebut dalam kehidupan bermasyarakat dalam konteks yang lebih luas.Selain daripada itu, guru juga digesa supaya membina hubungan yang erat dengan pelajar serta harus lebih prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya. Guru-guru juga turut digalakkan untuk mendengar permasalahan pelajar dan melalui cara inin mereka akan merasa lebih dihargai dan diberi perhatian, maka adalah lebih senang bagi mereka untuk mendegar nasihat yang diberikan oleh guru. Dari aspek pengurusan bilik darjah pula, guru disarankan suapaya dapat membentuk satu suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas untuk memastikan supaya keperluan asas mereka dipenuhi selari dengan toeri keperluan Abraham Maslow. Guru juga haruslah mengenali dan memahami tingkahlaku pelajarnya dan mestilah mempunyai kemahiran berempati suapaya guru dapat meletakkan dirinya seperti keadaaan yang turut dialami oleh para pelajarnya. Semua intervensi ini adalah untuk memenuhi keperluan akademik dan emosi pelajar demi memastikan perkembangan mereka selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana mengkehendaki perkembangan insan yang seimbang dan holistic dari aspek JERIS.

RUJUKAN

Bakhtiar Mansor (1993), Perguruan:Satu Perspektif Perkembangan Kerjayadalam Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Baru, (1989), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohamed Nor Che Nor (1990). Asas-Asas PendidikanSatu Pengenalan. Flo Enterprise Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Multimedia Sdn Bhd. Yazid Abdul Manap (2001), Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 33.