Anda di halaman 1dari 7

SJKT SUNGKAI, PERAK. 35600 SUNGKAI, PERAK. Kod Sek : ABD0077 No. Tel/No.

Fax : 05-4388116
....................................................................................................................................................

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KRIKET ANTARA RUMAH


TEMPAT: PADANG MAJLIS DAERAH SUNGKAI TARIKH: 07.11.2012 - 08.11.2012 ANJURAN: SJK(T) SUNGKAI PERSATUAN KRIKET SJK(T) SUNGKAI

1.0 PENDAHULUAN Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungkai. Pertandingan ini disertai oleh pelajar pelajar sekolah ini. Setiap kelas menghantar wakil kumpulan. Pertandingan ini akan diadakan di padang Majlis Daerah Sungkai.aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan mOdal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap bakal guru. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. 3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. 3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam esebuah pasukan.. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial. 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 6 7 NOVEMBER 2008 iaitu pada hari selasa dan rabu. 4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi. 5.0 PERASMIAN Program ini akan dirasmikan oleh En. S. Jayaseelan, GPK Ko- Kurikulum SJK(T) Sungkai. Ia akan berlangsung di padang Majlis Daerah Sungkai. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana beliau akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini. 6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 6.1 Jumlah peserta 6.2 Jumlah ajk pertandingan 7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat Penasihat Kelab Jawatankuasa pelaksana Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari : Khairul Anuar Bin Abdul Rajab : Azizul Zamry Bin Hashim : P. Nilenthiran : R. Viswamurthy : :Pn. S. Sunthari : En S. Jayaseelan :64 orang :7 orang

AHLI JAWATANKUASA AJK Makanan AJK Hadiah dan Sijil AJK Pertandingan : En. R. Saravanan : Pn. R. Puguneswary : Cik. S. Punitha

8.0

FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 7 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 10 pemain yakni tujuh pemain akan bermain dan tiga lagi akan menjadi pemain simpanan. Setiap kelas perlu menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan permpuan. Andai sesebuah kelas itu tidak mencukupi, mereka barulah dibenarkan meminjam pemain dari kelas lain. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 10 minit. Format pertandingan adalah setiap kelas akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu. Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Piala akan diberikan kepada juara kategori perempuan dan lelaki. 9.0 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 SYARAT PERMAINAN Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol. Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan. Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan. Amalah jual permainan akan menyebabkan pasukan akan disingkirkan terus dari pertandingan. Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

10.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL 1 2 3 4 5 6 PERKARA Baju Ajk Cenderamata Hadiah MInuman Makanan Rencam (belanja tak terduga) Jumlah PENUTUP KUANTITI 20 orang X RM20 35 orang X RM3 5 buah X RM15 2 bekas besar 160 X RM 0.60 JUMLAH (RM) 400.00 105.00 75.00 50.00 96.00 150.00 876.00

11.0

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

Di semak oleh:

. (En. Khairul Anuar Bin Abdul Rajab) Jurulatih Utama Kriket Persatuan Kriket SJK(T) Sungkai

........................................... (En. S Jayaseelan) GPK Ko- Kurikulum SJK(T) Sungkai

SAYA DENGAN INI MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN PROGRAM INI:

................................................. (Pn. S. Sunthari) Guru Besar SJK(T) Sungkai

LAMPIRAN 1 JADUAL PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANJURAN KELAB BOLA SEPAK INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI. 59200 KUALA LUMPUR
Hari/masa

sabtu

9am-9.30am Perasmian

9.45am-12pm Perlawanan kategori perempuan

12pm-3pm Rehat

3pm-6pm Perlawanan kategori lelaki

6pm-6.40pm Perlawanan persembahan wakil pilihan semester satu institut dengan

Hari/masa

Ahad

9am-9.30am Perlawanan akhir kategori lelaki

9.35am-10am Perlawanan akhir kategori lelaki

10am-11am Penyampaian hadiah dan perasmian penutup

11am-12pm Jamuan

12pm bersurai