Anda di halaman 1dari 6

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub tajuk / Kemahiran Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid

: Pendidikan Jasmani : Kemahiran : Rekreasi : Perkhemahan : 10 Ogos 2012 : 4.15-5.05 petang : 3 Cemerlang :L P 16 6

Hasil Pembelajaran Psikomotor

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Membuat aktiviti pergerakan bebas dengan membuat lakonan terhadap aktiviti kesenggangan berdasarkan tajuk pengajaran yang diberikan pada setiap kumpulan. Kognitif 1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Afektif 1. Menunjukkan perasaan seronok melalui mimik muka dan sorakan.

Penerapan Nilai

: Memberi kerjasama kepada rakan dan guru.

Kemahiran Berfikir : Merancang aktiviti Strategi Utama : Konstruktivisme

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : Bahan Sumber P&P Paparan Cecair Kristal (LCD) Video Pengajaran Gambar Bilangan 1 1 1

Bahagian / Masa Permulaan (10 minit)

Aktiviti

Butiran Mengajar / Strategi Pembelajaran

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP / Catatan

Memeriksa 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Menunjukkan tayangan video Perkhemahan Menghubungkait (Relating) 1. Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru dihadapan kelas. 2. Video yang ditayangkan berdasarkan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini iaitu Perkhemahan 3. Setelah murid selesai melihat video yang ditayangkan guru melakukan sesi bersoal jawab dengan murid. 4. Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran hari ini. 5. Wakil murid menceritakan pengalaman sedia ada mereka berkaitan dengan tajuk Perkhemahan. BSPP 1. Video Catatan Menerusi aktiviti yang dilakukan murid-murid dapat dirangsang dengan bahan video yang ditunjukkan untuk fokus kepada tajuk pengajaran pada hari ini.

Perkembangan Menerangkan isi (20 minit) pelajaran pada hari ini Melalui Tajuk Perkhemahan Barangan atau alatan yang diperlukan Pemilihan Tapak Perkhemahan

Pengetahuan (Knowledge)

1. Guru menerangkan isi pelajaran hari ini berdasarkan tajuk atau skop perkhemahan yang dipilih. 2. Guru menunjukkan gambar barangan keperluan diri yang diperlukan untuk aktiviti perkhemahan. 3. Guru menerangkan fungsi alatan yang digunakan apabila di dalam sesuatu aktiviti perkhemahan. 4. Guru menunjukkan kriteria tapak perkhemahan yang sesuai. 5. Menerangkan pemilihan tapak perkhemahan melalui tujuan dan kebaikan. 6. Melakukan sesi soal jawab dengan murid berkaitan isi pelajaran yang diajarkan.

BSPP 1. Video Catatan Menerusi aktiviti ini murid dapat Menambah pengetahuan mereka mengenai aktiviti perkhemahan. Bersoal jawab dengan guru mengenai perkhemahan.

Kemuncak (10 minit)

Aktiviti Pengukuhan dan Lakonan

Lakonan (Acting)

1. Murid dipecahkan kepada empat kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menerangkan fungsi-fungsi alatan yang digunakan dalam perkhemahan 3. Setelah menerangkan, murid haruslah melakukan aksi menggunakan alatan tersebut di hadapan kelas.

BSPP 1. Kad Tugasan Catatan Menerusi aktiviti ini murid dapat Mengukuhkan pengetahuan mereka terhadap tajuk yang diajar. Merangsang minda melalui aktiviti berkumpulan dan pergerakan.

Penutup (10 minit)

Mengimbas kembali tajuk Perkhemahan yang diajar Menerapkan nilai murni

Mengingati

1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tajuk pengajaran dan pembelajaran hari ini. 2. Guru menerapkan nilai murni dalam diri murid menerusi tajuk Perkhemahan 3. Menyanyikan lagu gelang sipaku gelang

BSPP 1. Slide show Catatan Menerusi aktiviti ini murid dapat mengingat kembali tajuk pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan.