Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
_), kemudian disandarkan pula kepada kekasihnya yang paling dekat iaitu
baginda Rasulullah s.a.w.
Kedua: Al-I`jaz al-`Ilmi (Kemukjizatan Daripada Segi Sains)
Tujuan utama Al-Quran al-Karim adalah untuk memandu dan memimpin tingkah laku
manusia. Justeru itu, dakwah dan panduan Al-Quran muncul dalam pelbagai bentuk dan cara.
Ada yang menjurus kepada fitrah asal kejadian manusia, Kadang-kadang dalam bentuk
pembuktian yang berdasarkan sesuatu yang boleh dikesan melalui pancaindera, kadang-
kadang melalui dialog ilmiah, ada kalanya dengan cara mengambil pengiktibaran terhadap
apa yang yang berlaku pada umat terdahulu dan lain sebagainya.
Apabila kita meneliti tujuan dan metode Al-Quran dalam perbincangannya kita dapati
banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta termasuk langit, bumi dan
diri manusia sendiri. Para pengkaji telah mengenal pasti bahawa didapati ratusan ayat Al-
Quran yang membicarakan tentang hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. serta
9
sistem yang berlaku kepada segala ciptaannya ini. Sebahagian pengkaji menganggarkan ayat-
ayat tersebut lebih daripada 900 ayat terdapat di dalam surah-surah Al-Quran.
23
Namun begitu, para ulama dahulu dan masa kini tidak mempunyai kata sepakat sama ada
bolehkah ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan dengan secara sains. Dalam hal ini, mereka boleh
dikategorikan dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama, mereka yang menentang tafsiran Al-
Quran secara sains. Kumpulan ini diketuai oleh salah seorang tokoh pemikir Islam yang
ulung iaitu al-Imam Abu Ishaq al-Shatibi Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al- Gharnati (m.
790H). Sementara ulama masa kini yang sependapat dengan kumpulan ini ialah al-Shaykh
Amin al-Khuli suami Dr. Bint al-Shati. Demikian juga, al-Shaykh Mahmud Shaltut
mantan Shaykh al-Azhar.
24
Kumpulan kedua, mereka yang berpendapat bahawa Al-Quran boleh ditafsirkan secara sains.
Mereka ini diketuai oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Imam al-Ghazali, al-Imam al-Razi, al-
Shaykh Muhammad Rashid Rida, Mustafa Sadiq al-Rafi`i dan lain-lain.
25
Walau apapun, mereka yang mengatakan bahawa pentafsiran Al-Quran secara sains itu boleh
dilakukan dengan mengambilkira beberapa ketetapan asas sebagai berikut:
26
Pertama: Al-Quran adalah Kitab Hidayah.
Sesungguhnya Al-Quran al-Karim sebuah kitab hidayah yang berperanan memberi
petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas utamanya
sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Kedua: Tidak melampau dan terabai.
Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat Kawniyyat
dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat dalam alam
ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.
Ketiga: Pendekatan Al-Quran adalah fleksibel.
Pendekatan Al-Quran dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel yang
boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.
Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.
Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang tidak
sampai ke tahap hakikat sains.
Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.
Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu ayat,
padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.
Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Quran dan hakikat
sains.
Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Quran dan hakikat sains kerana
kedua-duanya daripada sumber yang satu.
Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Quran dalam mencari ilmu pengetahuan.
Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya. Justeru itu
dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Quran adalah masa.
Ketiga: Al-I`jaz al-Tashri`i (Kemukjizatan Daripada Segi Perundangan)
23
Mustafa Muslim (2005). op.cit., h. 158.
24
Sila lihat: Fadl Hasan Abbas (2001), op. cit., h. 245-253.
25
Ibid., h. 254-264.
26
Mustafa Muslim (2005), op. cit., h. 160-163.
10
Al-Quran al-Karim mengandungi segala sistem yang diperlukan oleh manusia dalam
kehidupan mereka. Al-Quran juga merupakan perlembagaan hidup yang mengatur hidup
manusia dalam hubungannya dengan dunia, dirinya dan penciptanya Allah s.w.t. Dengan itu,
manusia akan memperolehi ketenangan, kedamaian dan keselesaan hidup di dunia dan
sekaligus menyedari keutamaannya dalam dunia ini berbanding dengan makhluk-makhluk
Allah yang lain.
Dalam konteks ini, Al-Quran menumpukan kepada tiga aspek utama, iaitu:
a. Akidah
b. Syariah
c. Akhlak
a. Aspek Akidah:
Al-Quran al-Karim memperkenalkan akidah yang mudah difahami yang selaras dengan
fitrah kejadian manusia, yang memberikan ketenangan kepada jiwa, cahaya kepada hati dan
kepuasan kepada minda.
Sebagai contoh, Al-Quran membentangkan hujahnya tentang akidah Tauhid seperti firman
Allah s.w.t.:
9 %. $ ;# ) !# $?9 s6 !# > 9# $
Maksudnya: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan Yang lain dari
Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu
kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan Yang
mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan.
(al-Anbiya 21:22)
b. Aspek Syariah:
Al-Quran al-Karim menegakkan tiang-tiang masyarakat Islam di atas asas-asas yang kukuh,
di samping itu menentukan syariat perundangannya di atas asas akidah yang mendalam bagi
menjamin ketenangan dan kesempurnaan hidup. Kesebatian antara syariat dan akidah
bagaikan sebatinya roh dengan jasad. Justeru itu, ia melahirkan beberapa prinsip utama yang
digariskan oleh Al-Quran, iaitu:
i. Hubungan antara anggota masyarakat Islam adalah hubungan wala kepada
Allah, Rasul-Nya dan orang beriman seluruhnya.
ii. Kedudukan keluarga dalam Al-Quran
iii. Kedudukan negara dan kerajaan dalam Al-Quran
iv. Prinsip-prinsip Islam dalam hubungan Negara Islam dengan negara lain.
c. Aspek Akhlak:
Al-Quran al-Karim sangat mengutamakan isu akhlak dan menggalakkan manusia supaya
memiliki akhlak-akhlak mulia dengan segala bentuknya. Sebaliknya melarang mereka
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dengan apa cara sekalipun. Pada
perspektif Al-Quran akhlak juga bertunjangkan kepada pandangannya terhadap alam,
kehidupan dan manusia.
11
Sekiranya akidah Islam bagaikan akar umbi kepada bangunan Islam itu sendiri. Syariah pula
umpama cabang, dahan dan rantingnya, maka akhlak pula adalah buahnya yang segar serta
mempamerkan pemandangan yang indah.
Yang demikian, seperti mana firman Allah yang berikut:
9& ? #. > !# W =. 6 f. 7 $=& M/$O $` $9#
A? $=2& . _m */ $/ U !# $W{# $=9 `=9
`2G
Maksudnya: Tidakkah engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai
sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh,
dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada
tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan
perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran).
(Ibrahim 14:24-25)
Keempat: Al-Ijaz al-Ghaybi (Kemukjizatan Daripada Aspek Perkara-Perkara Ghaib)
Antara lain aspek kemukjizatan Al-Quran yang disebut oleh para ulama adalah kemukjizatan
yang berkaitan dengan perkhabaran-perkhabaran ghaib iaitu perkara yang berlaku tidak
semasa Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda tidak menyaksi peristiwa tersebut kerana tidak
ada pada masa itu.
Dalam hal ini, ia terbahagi kepada tiga bentuk
27
, iaitu:
a. Ghayb al- Madi ( perkara ghaib yang telah lalu)
b. Ghayb al-Hadir (perkara ghaib semasa)
c. Ghayb al-Mustaqbal (perkara ghaib akan datang)
a. Ghayb al-Madi:
Allah s.w.t. sendiri menamakan perkhabaran-perkhabaran tentang umat-umat terdahulu
sebagai perkhabaran ghaib. Sepertimana firmanNya:
=? $7& =9# $m 79) $ M. $=? M& 7`% 6% #
9$ ) 6)9# )F=9
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami
wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), yang Engkau dan kaum Engkau
tidak mengetahuiNya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya
kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di
akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Hud 11:49)
27
Ibid. h. 259-279
12
b. Ghayb al- Hadir:
Yang dimaksudkan dengan Ghayb al-Hadir itu ialah apa-apa yang berlaku pada masa hidup
Rasulullah s.a.w. tetapi Baginda tidak menyaksinya. Kemudian turun ayat berkenaannya dan
menceritakannya apa yang sebenar berlaku.
Contohnya ayat-ayat yang diturunkan berkaitan keadaan Yahudi seperti firman Allah s.w.t. :
tB %!# `m $/ #?& 6t & #t $3 9 #= ];tB $/
>#9# 9 ># '9&
Maksudnya: Jangan sekali-kali engkau menyangka (Wahai Muhammad,
bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah
lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan
- jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa,
dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
(Ali Imran 3:188)
Ayat di atas berkenaan dengan sikap Yahudi yang apabila Rasulullah s.a.w. bertanya sesuatu
kepada mereka, lalu mereka menyembunyikannya, mereka menceritakan sesuatu yang lain
(berbohong). Lantas mereka dipuji dengan perkhabaran itu, mereka pula gembira dengan
pembohongan yang mereka lakukan.
c. Ghayb al-Mustaqbal :
Iaitu kejadian-kejadian yang akan berlaku yang disebut oleh Al-Quran al-Karim dan belum
lagi semasa ayat diturunkan. Contohnya tentang peristiwa kejatuhan Rom sepertimana firman
Allah :
9# M7= `9# & {# / `6= 7=
/ ! `{# `6% / y `9#
Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat
sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya.
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah
terpulang Segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan
pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman
akan bergembira.
(al-Rum 30:1-4)
Kesimpulan
Sebagaimana maklum bahawa mukjizat adalah sentiasa datang bersama dengan al-Risalah
dan Al-Quran al-Karim adalah mukjizat bagi al-Risalah yang abadi, maka semestinya ia
akan sentiasa menjadi hujah kepada setiap generasi sepanjang zaman yang berhadapan
dengan para penentang kesucian dan keagungan Al-Quran.
Kajian ini memperlihatkan aspek-aspek kemukjizatan Al-Quran al-Karim yang menunjukkan
betapa agung dan lengkapnya kandungan Al-Quran al-Karim. Secara ringkasnya
dikemukakan di sini empat aspek utama iaitu:
a. Kemukjizatan daripada aspek kebahasaan
13
b. Kemukjizatan daripada aspek sains
c. Kemukjizatan daripada aspek perundangan/al-Tashrii
d. Kemukjizatan daripada aspek perkhabaran yang akan berlaku.