Anda di halaman 1dari 5

3.

0 Soalan: bincangkan sejauh mana mata pelajaran seni dalam pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain 3.1 Pendahuluan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Ia bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti bidangn pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman

memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Dalam penerapan suatu pengetahuan yang baru kepada murid-murid, mata pelajaran Seni dalam Pendidikan merupakan salah satu kursus yang banyak membantu dalam proses penyerapan ilmu. Hal ini demikian guru tidak semestinya hanya menggunakan satu kaedah atau strategi bagi membentuk kefahaman kepada murid. Misalnya, guru boleh menggabungkan jalinan antara dua subjek seperti gabungan

pengetahuan seni dan pengetahuan sains kepada satu pengetahuan yang baru. Proses ini boleh dikatakan sebagai penghubungkaitan dimana seni dihubungkaitkan dengan berbagai mata pelajaran supaya dapat berfokuskan kepada matlamat terakhir. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Namun begitu, sejauh manakah mata
12

pelajaran Seni ini dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran yang lain? 3.2 Aplikasi Seni dalam Pendidikan dalam mewujudkan pembelajaran optimum, bersepadu dan menyeronokkan dalam mata pelajaran lain.

Pembelajaran Optimum

Peranan Seni dalam Pendidikan Pembelajaran Menyeronokkan Pembelajaran Bersepadu

Pembelajaran optimum bermaksud suatu sistem pembelajaran berasaskan penggabungan rangsangan dengan proses untuk menghasilkan sistem pembelajaran yang pantas dan berkesan. Pembelajaran yang optimum ini melibatkan unsur pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi. Ia melibatkan penglibatan pelajar yang aktif dan menyeronokkan dalam memperolehi suatu pengetahuan yang baru dengan menggunakan deria melihat, mendengar, menyentuh secara menyeluruh. Dalam mewujudkan pembelajaran yang optimum, subjek Seni dalam Pendidikan boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran khususnya Sains. Sebagai contoh, bagi mengajar topik bunyi-bunyi haiwan, guru boleh menerapkan unsur muzik dalam pembelajaran. Seterusnya, murid-murid boleh menjalani proses mendengar menggunakan deria mereka untuk mengenal pasti bunyi haiwan yang didengar melalui muzik tersebut. Proses mendengar ini boleh mencetuskan pembelajaran yang berfokus dan aktif dimana murid mendengar secara
13

teliti bunyi-bunyi haiwan tersebut. Guru juga boleh meminta murid-murid melukis rupa bentuk setiap haiwan yang didengar oleh mereka. Pembelajaran yang berasaskan seni muzik dan seni visual ini boleh menimbulkan pembelajaran yang kreatif dan kritis kepada murid-murid dimana mereka berimaginasi, kreativiti, berfikir dan meneroka pengetahuan dengan menggunakan deria secara menyeluruh. Unsur muzik yang diterapkan juga boleh menimbulkan suasana yang seronok dan tidak membosankan. Selain itu, pembelajaran yang bersepadu juga boleh diaplikasikan melalui penggunaan seni dalam mata pelajaran yang lain. Pembelajaran yang bersepadu adalah pembelajaran integrasi dimana guru menerapkan pelbagai kemahiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran bersepadu, matlamat

pembelajaran adalah satu walaupun pelaksanaan pengajaran kombinasi beberapa subjek dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek yang boleh disepadukan adalah antara tunjang dan tunjang, teori dan amali, kemahiran dan kemahiran, kemahiran dan nilai, kaedah dan teknik, pengalaman sedia ada dan baru, aktiviti berfokus guru dan murid, aktiviti dalam dan luar kelas. Dalam mengaplikasikan subjek Seni kepada subjek lain khususnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani, guru boleh melaksanakan pengajaran yang aktif dimana penglibatan murid memainkan peranan yang banyak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengintegrasikan Seni dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam subjek Pendidikan Jasmani iaitu tajuk PergerakanLokomotor Berirama. Sebagai contoh, dalam tajuk Pergerakan Lokomotor Berirama guru boleh menggunakan unsur seni muzik dan seni pergerakan. Guru boleh memasang lagu yang berentak irama sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula untuk menarik perhatian murid-murid. Dalam melaksanakan perkembangan pengajaran dan

pembelajaran, guru boleh menerangkan pelbagai jenis pergerakan lokomotor. Seterusnya, guru boleh meminta murid untuk membuat pergerakan lokomotor yang diajar menggunakan muzik yang dipasang untuk menghasilkan pergerakan lokomotor yang berirama.

14

Pengajaran tentang pergerakan lokomotor ini amat sesuai jika unsur seni pergerakan dan seni muzik diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat meransang minat murid belajar disamping menimbulkan keseronokan. Pembentukan pengetahuan juga menjadi lebih berkesan apabila murid membentuk kefahaman suatu kemahiran dengan pengalaman sebenar. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti pergerakan lokomotor seperti melompat, berjalan, berskip dan sebagainya. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Di samping itu, subjek Seni dalam Pendidikan juga boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran yang lain untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan bermaksud pembelajaran dimana murid-murid bebas belajar dalam suasana yang selamat dan pembelajaran yang dapat membantu dalam perkembangan murid secara menyeluruh serta dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotor. Belajar secara bermain merupakan salah satu pembelajaran yang terancang dan menyeronokkan bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pembelajaran ini, murid boleh bermain dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara sendirian. Pembelajaran bermain ini penting kerana murid-murid boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan memperolehi pengalaman tanpa disedari. Bermain juga boleh memberi peluang untuk murid-murid melahirkan perasaaan dan pemikiran serta mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman budaya. Sebagai contoh, dalam penerapan seni kepada mata pelajaran Sains tajuk yang boleh diajar ialah Pergerakan Haiwan. Guru boleh membuat satu aktiviti iaitu bermain
15

sambil membuat simulasi atau lakonan jenis-jenis haiwan dan pergerakannya. Guru boleh meminta murid-murid melaksanakan aktiviti tersebut secara berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan, murid-murid membuat simulasi pergerakan haiwan menerusi kadkad gambar yang diberikan. Aktiviti seperti ini boleh dibuat menggunakan cara bermain apabila setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk membuat kesemua simulasi gambar yang diberi. Bukan itu sahaja, guru juga boleh meminta murid untuk membuat lukisan dan kolaj tentang jenis-jenis haiwan yang telah mereka pelajari. Melalui penghasilan lukisan dan kolaj tersebut, kreativiti murid-murid dalam pendidikan seni visual dari segi kemahiran teknikal dapat ditonjolkan dimana mereka berkebolehan dan mampu untuk memanipulasi bahan-bahan bagi menyampaikan sesuatu tujuan atau idea yang telah dicadangkan. Kreativiti murid-murid juga mendorong mereka untuk memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah dimana mereka berkebolehan untuk melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing. Kesimpulannya, Seni dalam Pendidikan memainkan peranan penting dalam pengintegrasian kepada mata pelajaran yang lain bagi membantu semua guru mata dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lancar dan efektif. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatkan perkembangan diri pelajar itu apabila murid terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

16

Anda mungkin juga menyukai