Anda di halaman 1dari 60

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT

43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

KERJA KURSUS SEJARAH


PENILAIAN MENENGAH RENDAH
2009

TAJUK

BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA


BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
JALAN RAJA
50506 KUALA LUMPUR

NAMA : MUHAMMAD AIMAN

TINGKATAN : 3 CENDEKIA

NO. KAD PENGENALAN :

GURU PENILAI : PUAN

TANDATANGAN :

TARIKH :15 JUN 2009

ELEMEN 1
A. TEMU BUAL ORANG SUMBER
Nama : Encik
Umur :
Jawatan : Pegawai
Alamat : Cawangan Media dan Komunikasi Korporat,
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan, Tingkat Bawah,
Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja,
50506 Kuala Lumpur.

Isi temu bual:

1. Mula bertugas di KPKKW, Banganun Sultan Abdul Samad pada 2 Januari 2008.

2. Keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad – Seni bina unik bercirikan Islam dan gabungan

colonial British. Ciri Islam dilihat daripada bentuk kubah (seperti Taj Mahal di India) dan

lengkung tingkap bentuk bawang seperti masjid di Mesir.

3. Sejarah pembinaan bangunan – Pengasas ialah Sir Maxwell pada tahun 1893, batu asas oleh

Sir Mitchell pada tahun 1894. Arkitek Norman, Jurutera Spooner dan Huback. Siap pembinaan

pada tahun 1897 dan dirasmikan Sir Frank Swettenham.

4. Sejarah penggunaan – Pernah digunakan sebagai Pejabat Negeri Melayu Bersekutu dan

Pejabat Residen Jeneral British. Selepas merdeka digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan

Mahkamah Persekutuan serta Mahkamah Tinggi.

5. Ubah suai bangunan – Hanya bahagian dalam dan tidak melibatkan bahagian luar kerana

tertakluk Akta Warisan kebangsaan. Setakat 2009 telah 2 kali ubah suai iaitu 1978 ($17.2 juta)

dan 2007 hingga 2008 (RM20 juta).

6. Keistimewaan bahagian dalam bangunan – Mempunyai perpustakaan, ada geleri dan ruang

pameran. Bahagian tengah terdapat laman segi empat dan tempat letak kereta. Lantainya bertiles
dan marmar dari Langkawi atau import dari luar negara. Siap dengan lif, hawa dingin serta alat

keselamatan.

7. Aktiviti di bangunan ini – rutin harian KPKKW. Menguruskan lawatan pelancong dalam dan

luar Negara serta penyelidikan dari individu, universiti dan pelajar. Dibuka 8.00 pagi hingga 4.30

petang setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti am.

B. KERATAN AKHBAR
i) Berita Harian
Nama akhbar : Berita Harian
Tarikh : 20 Januari 2009
Halaman : 29
Tajuk : Rencana - “Bangunan Sultan Abdul Samad tetap gah dihimpit kemodenan”

Isi rencana akhbar:

1. Bangunan berusia 115 tahun menempatkan KPKKW. Bermula Januari 2007 melibatkan 8

bahagian kementerian tetapi berpindah sepenuhnya pada Januari 2009. Kos ubah suai pada

Disember 2007 hingga Disember 2008 RM20 juta dibawah seliaan JKR.
2. Rekaan berkonsepkan “Indian Raj” kerana seni bina bercirikan kerajaan Islam Moor dan

Moghul di India.

3. Pernah menjadi lambing kekukuhan institusi kehakiman – menempatkan Mahkamah Tinggi,

Mahkamah Sivil dan Perdagangan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Jenayah.

4. Peletakan batu asas – Sir Charles B.H Mitchell pada 1894. Kos pembinaan setelah siap pada

1897 sebanyak $152 000 dan menjadi bangunan termahal di rantau ini.

5. Pegawai bertanggungjawab semasa pembinaan – Anthony C Norman sebagai arkitek dan

jurutera C.E Spooner dari Britain.

6. Nama bangunan – Sempena nama Sultan Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni

Almarhum Raja Abdullah (1857 – 1898)

ii) Utusan Melayu

Nama akhbar : Utusan Melayu

Tarikh : 5 Januari 2009

Halaman : 20

Tajuk : Semasa – “Wajah Baru Bangunan Bersejarah”

Isi rencana akhbar:

1. Bangunan Sultan Abdul Samad berusia 115 tahun menempatkan KPKKW. Kos ubah suai pada

tahun 2008 sebanyak RM20 juta di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya. Penyerahan bangunan

kepada KPKKW pada 24 Disember 2008.

2. Bangunan dilengkapi perabot, kerusi meja, bersiling dan berlampu sederhana besar di

bahagian luar dan dalam bangunan.

3. Lanskap menarik dan dilengkapi bilik sembahyang, tempat letak kereta, lif, geleri, kaunter

penyambut tetamu dan bilik menunggu.


4. Diisytiharkan sebagai bangunan warisan kebangsaan pada tahun 2007.

5. Perasmian perpindahan KPKKW ke bangunan ini disempurnakan oleh Menteri terbabit iaitu

Datuk Shafie Afdal.

C. BAHAN INTERNET

i. Laman Web Daftar warisan:

Alamat laman Web : http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb

Isi laman web:

1. Latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad – Siap 1897. Dikenali Bangunan Baru

Kerajaan. Asal disebut “bangunan” ditukar menjadi “Bangunan Sultan Abdul Samad” sempena

nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu.

2. Batu asas oleh Mitchell, Pengendali oleh Spooner. Siap April 1897 dengan kos $152 824.

Bahan daripada kilang dibina di Brickfield.

3. Penggunaan – menempatkan semua pentadbiran negeri (Negeri Melayu Bersekutu) dan

jabatan lain. Pernah digunakan Kerajaan Negeri Selangor dan Mahkamah.

4. Seni bina – Moorish atau Mahometan Style bercirikan Islam. Turut menitikberatkan seni bina

India iaitu Raj Style.

5. Keistimewaan – Jam besar setinggi 41.5 meter. Terletak di Jalan Raja dengan Jalan Mahkamah

Persekutuan (Jalan Belanda). Terletak di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang.
ii. Laman Web Sejarah Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia:

Alamat Laman Web: http://www.sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05&

Isi Laman Web:

1. Bangunan warisan dibina tahun 1893, peletakan batu asas oleh Mitchell pada 1894. Siap pada

1897 dan menggunakan nama Sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad. Sebagai mercu

tanda Kuala Lumpur.

2. Lokasi strategik ditengah-tengah Bandar KL dan pertemuan Sungai Gombak serta Sungai

Kelang. Keluasan 10 200 meter persegi. Terletak antara Jalan Raja (Gombak St) dengan Jalan

Mahkamah Persekutuan (Jalan Belanda).

3. Fungsi – menempatkan pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu menggantikan Taiping. Pernah

digunakan Kerajaan Negeri Selangor sehingga 1978 sebelum pindah ke Shah Alam serta

beberapa buah Mahkamah.

4. Reka bentuk bangunan asal oleh A.C Norman dan diubah suai oleh C.E Spooner. Dua tingkat

setinggi 57 kaki. Bahagian tengah bangunan terdapat dataran dan terdapat serambi besar tertutup.

5. Seni bina bentuk “saracenic” bercirikan seni bina Moorish dan Moghul serta berunsurkan

Islam. Terdapat 3 kubah besar dicat hitam. Kos awal pembinaan $152 000 dan bangunan

termahal di rantau ini.

6. Ubah suai pada 1978 hingga 1984 sebanyak RM17.2 juta. Australia menyumbang RM200 000

untuk menyadur tembaga 3 buah kubah. Dirasmikan sekali lagi pada 1984.
D. PETA
Alamat Laman Web Peta :

http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show_detail&c

ategory=2&id=8

Tajuk Peta : Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad.

Isi laman Web/ Peta:


Gambar 2 : Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad.

E. MAJALAH
Nama Majalah : Dewan Budaya

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh : Januari 2002

Halaman : 16 – 17

Tajuk : Khazanah di sebalik yang lama

Penulis : Adib Imran

Isi Rencana Majalah:

1. Penjajahan Inggeris meninggalkan banyak bangunan bersejarah termasuk Bangunan Sultan

Abdul Samad. Berciri Moorish dan neo-classical.

2. Dibina oleh Residen Inggeris William Maxwell. Batu asas oleh Gabnor Charles Mitchell pada

1894. Batu asas ditanam bersama mata wang Yen, timah, Jurnal Selangor dan mata wang Straits

Settlement. Menelan belanja $152 000.

3. Arkitek Norman tetapi Spooner menukar reka bentuk daripada Colonial classical kepada

struktur Moorish. Bahan disediakan oleh kilang di Brickfield dekat dengan bangunan YMCA

lama.

4. Berfungsi menarik pelancong. Bangunan lama tetapi dilengkapi ciri teknologi bangunan

pintar.
F. ENSIKLOPEDIA
Nama : Ensiklopedia Dunia (Terjemahan The World Book Encyclopedia)

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Karya Terjemahan : Perpustakaan Negara Malaysia

Jilid : Cetakan pertama, 2005

Halaman : 25 – 34

Isi Ensiklopedia:

1. Kawasan Jalan Raja awalnya kawasan pertanian. Kedatangan Inggeris menjadikan kawasan

perniagaan sebab dekat Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Sungai pengangkutan utama melalui

bot.

2. Hanya bangunan rumah kedai dari kayu dan pejabat kerajaan kecil dan tidak menonjol.

3. Mula perancangan Bangunan Sultan Abdul Samad pada tahun 1889 lagi ketika Maxwell. Mula

dilaksanakan 1893. Mengikut plan, jam besar setinggi 140 kaki, dua tingkat dan mempunyai

verandah. Plan asal oleh Norman.

3. E.Spooner mengubah suai plan mengikut corak “Saracen moden” atau Moorish yang sesuai

dengan Islam.

4. Dijadikan pusat pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu yang berpindah dari Taiping ke Kuala

Lumpur pada tahun 1896 (C.H Labrooy (1931))

5. Tujuan asal pembinaan oleh Maxwell – Pusat pentadbiran Negeri Bersekutu; Sebagai

mengekalkan dominasi kolonialisme British di negara yang dijajah; sebagai iklan untuk menarik

pelabur; sebagai meninggikan corak seni bina Islam.


G. BUKU ILMIAH
1. S.Vlatseas; 1990; A History of Malaysian Architecture; Singapura; Longman Singapore

Publisher.

Dapatan isi:

1. Di bina pada 1893 pada masa empayar British sedang rancak membangunkan bangunan di

seluruh kawasan jajahannya. Pelan asal pleh Norman yang pernah bekerja di Bombay, India.

Pelan asal berbentuk “Neo-classical” sepenuhnya.

2. Ubah suai dijalankan oleh Spooner dengan kerjasama Hubback. Mengetengahkan cirri seni

bina berunsur Islam dari Cordova dan Mesir. Ciri pintu bawang dan kubah bentuk dome dari Taj

Mahal India. Membawa cirri Moorish.

3. Tujuan pembinaan asal oleh Maxwell sebagai pusat pentadbiran Inggeris dan Negeri Melayu

Bersekutu di bawah satu pentadbiran berpusat. Turut bertujuan mengekalkan dominasi colonial

British serta bagi menarik modal khususnya pemodal bagi sektor perlombongan dan tanaman

getah. Spooner pula membina bangunan ini bagi tujuan mengenengahkan ciri keislaman.
ii. H. Berbar; Journey Through Kuala Lumpur; 2003; Singapura; Times Media Private

Limited.

Dapatan Isi:

1. Bangunan Sultan Abdul Samad bercirikan Negara Islam dengan seni bina Moghul Style.

Dibina antara 1893-1897 dan menjadi pejabat Negeri Melayu Bersekutu. Kedudukan

berhampiran Dataran Merdeka dan Komplek Daya Bumi.

2. Usia bangunan lebih 100 tahun dan menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah

jam besar setinggi lebih 40 meter. Memiliki seni “Raj Style” melalui inovasi Spooner daripada

ubah suai pelan asal oleh Norman.

3. Menggunakan 4 juta batu bata, 4 cubic meter kayu, simen, besi, keluli dan sebagainya. Kos

pembinaan $152 000. Arch pintu dan tingkap dari reka bentuk masjid di Cordova dan Mesir.

4. Pernah menempatkan pelbagai jabatan kerajaan seperti pejabat pos besar, Jabatan Kerja Raya,

serta Jabatan Kehakiman dan pelbagai mahkamah di Malaysia.

5. Kini digunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos. Bangunan ini

menjadi sejarah penurunan bendera Union Jack sempena kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos

1957.

H. BAHAN EDARAN JABATAN/ KEMENTERIAN


Jenis Sumber : Bahan Edaran Jabatan/ Kementerian
Sumber : Cawangan Media dan Komunikasi Korporat,

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Tajuk : Bangunan Sultan Abdul Samad.

Penulis skrip : Jamaludin Idris

Bahagian Perhubungan Awam KPKKW

Isi Bahan Edaran:

1. Latar belakang sejarah pembinaan bangunan Sultan Abdul Samad.

2. Bagaimana bangunan ini mendapat nama.

3. Tujuan pembinan Bangunan Sultan Abdul Samad.

4. Keunikan Bangunan Sultan Abdul samad.

5. Bangunan Sultan Abdul samad sekarang.

6. Peta pelan lantai tingkat bawah Bangunan Sultan Abdul Samad.

I. MELAWAT TEMPAT KAJIAN


Nama tempat kajian : Bangunan Sultan Abdul Samad.

Alamat : Jalan Raja, 50506 Kuala Lumpur.

Tarikh : 3 April 2009.

Masa : 11.00 pagi hingga 3.00 petang.


Pegawai ditemui : i. Encik Shahrul Nizam Jamaludin

Pegawai Perhubungan Awam,

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

ii. Puan Nurul Ain Binti Jaini

Penolong Pegawai Perhubungan Awam

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Aktiviti : i. Mengambil gambar di seluruh Bangunan Sultan Abdul Samad.

ii. Mengambil gambar di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad.

iii. Menemu bual pegawai perhubungan awam KPKKW.

iv. Membuat rujukan maklumat di Perpustakaan KPKKW.

v. Mencatat maklumat daripada pegawai dan kakitangan KPKKW.

Bukti lawatan : i. Borang pengesahan Kementerian (KPKKW) diberi dan ditandatangani.

ii. Gambar berkaitan penyelidikan disertakan dalam lampiran 5.

ELEMEN 2

TAJUK KAJIAN
KAJIAN BANGUNAN BERSEJARAH
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR

SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN

1.0 Penghargaan 1

2.0 Objektif Kajian 2


3.0 Kaedah Kajian 3

4.0 Hasil Kajian:

4.1: Nama Bangunan


5
4.2: Latar Belakang

4.3: Keistimewaan Bangunan


5
4.4: Kemajuan dan Kepentingan

12

21

5.0 Rumusan 24

6.0 Lampiran 26

7.0 Rujukan 41

1.0 : PENGHARGAAN
Saya, Muhammad Aiman Bin Mohd Nazri ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan

Pengetua, Puan Hajah XXXXXXXXXXX kerana sentiasa memberi perangsang supaya kami
tekun dan dedikasi serta sudi memberi kebenaran kepada kami untuk menjalan kajian di kawasan

yang dipilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Tidak lupa juga, penghargaan ini saya tujukan kepada guru sejarah saya,

PuanXXXXXXXXXXX, kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagi mendalami

mata pelajaran sejarah. Pada masa yang sama, saya amat berterima kasih kepada beliau kerana

banyak memberi panduan bagi menghasilkan Kerja Kursus Sejarah saya yang berkaitan dengan

bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-

dua ibu bapa saya iaitu Encik XXXXXXXXX dan Puan XXXXXXXXXX, yang tidak jemu

memberi dorongan dan sokongan, baik dalam bentuk kewangan mahupun sokongan moral

sehingga terhasilnya kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan saya dari

Tingkatan Tiga Cendekia iaitu Saudara XXXXXXX,XXXXXXXXXX Bin Mohammad XXXX,

XXXXXXXXXXXXXXXXXX, yang telah sama-sama meluangkan masa untuk menjalankan

kajian serta bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat dalam menjayakan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak pengurusan Bangunan Sultan Abdul Samad kerana

sentiasa memberi kerjasama sepanjang masa kami menjalankan kajian di kawasan bangunan

tersebut.

Terima kasih.

20 : OBJEKTIF KAJIAN
Kajian Kerja Kursus Sejarah tentang Bangunan Sultan Abdul Samad ini saya jalankan

atas beberapa objektif. Antara objektif tersebut termasuklah:


i. Kajian ini dilakukan secara amnya adalah kerana saya ingin mengetahui dengan lebih

mendalam tentang latar belakang bangunan yang saya kaji iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad

yang terletak di Kuala Lumpur.

ii. Kajian ini juga saya laksanakan kerana saya ingin mengenali asal usul bangunan bersejarah

yang saya kaji iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad agar saya dapat menghayati sejarah Negara

kita.

iii. Pada masa yang sama, kajian ini saya jalankan kerana saya ingin menghayati dan menghargai

bangunan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad ini sebagai khazanah negara yang amat

berharga.

iv. Saya juga membuat kajian ini kerana saya ingin mengambil iktibar daripada peristiwa yang

berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

30 : KAEDAH KAJIAN
Kajian Kerja Kursus mengenai bangunan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad

di Kuala Lumpur ini saya laksanakan melalui beberapa kaedah. Antara kaedah tersebut ialah:

i. Kaedah Lawatan:

Saya telah melawat ke tempat kajian iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad pada 3 April

2009 bersama-sama dengan rakan sekumpulan saya. Melalui kajian ini saya dapat mengambil
gambar bangunan ini serta mencari data berkaitan kajian melalui pemerhatian dan temubual

dengan pegawai yang terlibat dengan bangunan tersebut.

ii. Kaedah Temu Bual:

Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual Pegawai Perhubungan, Cawangan Media

dan Komunikasi Korporat Bangunan Sultan Abdul Samad iaitu Puan Nurul Ain Binti Jaini.

Melalui temu bual ini, beliau telah menerangkan tentang bangunan Sultan Abdul samad dan

menjelaskan banyak maklumat yang lebih jelas.

iii. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan:

Saya telah menjalankan penyelidikan tentang Bangunan Sultan Abdul samad di dua buah

perpustakaan iaitu di perpustakaan sekolah saya iaitu SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dan

Perpustakaan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di sini, saya mendapatkan bahan maklumat

melalui pembacaan beberapa buah buku serta bahan ilmiah. Saya juga merujuk pada keratan

akhbar lama yang berkaitan dengan bangunan yang saya kaji.

iv. Kaedah Melayari Internet:

Saya telah melayari beberapa buah laman web untuk mendapat maklumat mengenai

Bangunan Sultan Abdul Samad dengan lebih terperinci. Antara laman web yang saya lawati

termasuklah Laman Web Perpustakaan Negara Malaysia, Laman Web Wikipedia serta Laman

Web Kementerian Kebudayaan dan Warisan.


4.0: HASIL KAJIAN
4.1: Nama Bangunan:

Bangunan bersejarah yang saya kaji ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di

Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pada peringkat awal pembinaan, bangunan ini hanya dikenali dengan

nama “Bangunan” sahaja. Selepas itu, perkataan “Bangunan” itu diubah menjadi “Bangunan

Baru Kerajaan” atau The New Government Offices dan kemudian dikenali pula sebagai

“Bangunan Sekretariat Persekutuan” atau The Federal Secretariat Office, yang digunakan

bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974.

Selepas siap pembinaannya, “Bangunan” ini ditukar nama menjadi “Bangunan Sultan

Abdul Samad” pada tahun 1897, sempena nama Sultan Selangor pada waktu itu iaitu Almarhum

Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah, yang memerintah Selangor dari tahun 1857

hingga tahun 1898.

4.2: Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad:


4.2.1: Asal-usul Bangunan Sultan Abdul Samad:

Sebelum Bangunan Sultan Abdul Samad dibina, kawasan Jalan Raja merupakan kawasan

pertanian memandangkan kedudukannya berhampiran dengan sungai iaitu Sungai Gombak dan

Sungai Kelang. Menjelang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, Jalan Raja dijadikan kawasan
pentadbiran Inggeris. Sebelum tahun 1897, kawasan ini hanya dipenuhi dengan rumah-rumah

kedai serta bangunan kerajaan yang bersifat kecil dan tidak menonjol.

Pada tahun 1893, Residen Inggeris iaitu Sir William Maxwell yang mentadbir Tanah

Melayu dari tahun 1889 hingga 1892, telah merancang pembinaan sebuah bangunan Pentadbiran

Berpusat di bawah satu bumbung. Sebanyak 1,035 hektar kawasan dicadangkan untuk tujuan

tersebut. Seluas 10,200 meter persegi kawasan di Jalan Raja telah dipilih untuk pembinaan

Bangunan Sultan Abdul Samad. Pelatakan batu asasnya pula dilaksanakan oleh Gabnor Negeri-

negeri Selat, Sir Charles B.H Mitchell pada 6 Oktober 1894. Batu asas tersebut ditanam

bersama-sama dengan wang Yen, timah, Jurnal Selangor dan mata wang Streets Settlement.

Dari segi sejarah pada peringkat awal penggunaannya, bangunan ini telah digunakan

sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang kemudiannya ditukar

nama pada Seketeriat Persekutuan (Federal Secretariat). Bangunan ini turut digunakan bersama

dengan Kerajaan Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pembinaan

bangunan ini juga merupakan satu kejayaan “Program Bangunan Tersergam” atau “Massive

Building Programme”.

4.2.2: Pengasas Bangunan Sultan Abdul Samad:

Sejarah pengasas pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad dapat dibahagikan kepada

beberapa kategori. Pencadang dan pengasas terawal ialah Sir William Maxwell iaitu Residen

Inggeris di Tanah Melayu yang mencadangkan sebuah bangunan pusat pentadbiran awam pada

tahun 1893 bagi menempatkan Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Cadangan

beliau kemudiannya disambung oleh Sir Charles B.H Mitchell, iaitu Gabnor Negeri-negeri Selat

yang telah meletakkan batu asas pada tahun 1894.


Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab pula terdiri daripada Arthur Charles Alfred

Norman, yang bertindak sebagai Arkitek Kerajaan. Beliau seorang warganegara British yang

bertugas di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur serta berpengalaman luas kerana pernah bertugas

di Afrika. Beliau adalah orang yang mengemukakan pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad

berdasarkan ciri bangunan masjid di India tetapi lebih berkonsepkan Inggeris atau “Classical

Rennaisance”.

Turut terlibat sebagai pengasas dalam pembinaan bangunan ini ialah Charles Edwin

Spooner, iaitu warganegara British yang bertindak sebagai Jurutera Negeri dan Pengarah Public

Works Department (PWD). Beliau merupakan orang terpenting yang mengubah pelan asal

Bangunan Sultan Abdul Samad yang dikemukakan oleh A.C Alfred Norman, kepada pelan reka

bentuk baru yang dikenali sebagai seni bena “Moorish” atau “Saracen Moden” serta sesuai

dengan ciri-ciri negara Islam.

Kedua-dua pegawai tersebut mendapat bantuan daripada seorang lagi arkitek iaitu R.A.J.

Bidwell. Seorang lagi pegawai bertanggungjawab ialah A.B Hubbock yang merupakan penyedia

pelan dan lukisan untuk Bangunan Sultan Abdul Samad pada awal pembinaannya.

4.2.3: Tarikh Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada akhir abad ke-19 iaitu bermula dari tahun

1893 sebaik sahaja cadangan pembinaannya dikemukakan oleh Sir William Maxwell. Peletakan

batu asas bangunan ini dilaksanakan setahun lewat daripada tarikh awal pembinaannya, iaitu

pada 6 Oktober 1892 oleh Sir Charles B.H Mitchell.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini siap sepenuhnya pada April 1897 dan mengambil

masa selama 2 tahun 7 bulan untuk disiapkan. Setelah siap, Bangunan Sultan Abdul Samad ini
telah dirasmikan oleh Sir Frank Swettenham iaitu Residen General Negeri-negeri Malayu

Bersekutu yang pertama pada 4 April 1897.

4.2.4: Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad:

Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur

iaitu di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Bangunan ini terletak di kawasan tapak berbentuk segi tiga

seluas 10,200 meter persegi. Kawasan ini merupakan kawasan yang strategik kerana terletak di

pertemuan di antara Sungai Gombak dengan Sungai Kelang, yang menjadi antara sistem

pengangkutan utama pada waktu penubuhannya.

Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di antara tiga batang jalan raya utama

iaitu Jalan Raja di sebelah hadapan yang dahulunya dikenali dengan nama Gombak Road. Di

bahagian belakang bangunan ini ialah Jalan Mahkamah Persekutuan yang dahulunya dikenali

sebagai Jalan Belanda, manakala di sebelah tepi bahagian kanan pula ialah Jalan Leboh Pasar

Besar. Bangunan ini juga terletak berhampiran dengan Jalan Mahkamah Tinggi yang dahulunya

dikenali sebagai Clarke Streets, dan beberapa jalan lain seperti Jalan Tunku Abdul Rahman.
Peta: Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan
PadaRaja,
masaKuala LumpurSultan Abdul Samad dikelilingi oleh beberapa mercu tanda
ini, Bangunan

utama Kuala Lumpur. Antaranya ialah Dataran Merdeka di sebelah hadapan, yang dahulunya

dikenali sebagai Padang Kelab Selangor serta bangunan Kelab Diraja Selangor. Di sebelah kiri

bangunan tersebut ialah Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur manakala di sebelah

belakangnya pula ialah Masjid Jamek yang terletak bersebelahan dengan Sungai Gombak.
Gambar 1: Dataran Merdeka di hadapan Bangunan Sultan Abdul

Samad

Gambar 2: Bangunan Kelab DiRaja Selangor


Gambar 3: Pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang

4.2.5: Tujuan Penubuhan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Menurut S. Vlatseas dalam Journal A History Of Malaysian Architecture, tujuan

penubuhan Bangunan Sultan Abdul Samad pada peringkat awal dapat dibahagikan kepada dua

katogeri iaitu untuk tujuan langsung dan tujuan tidak langsung.

Bagi tujuan langsung, penubuhan bangunan ini yang diasaskan oleh Sir William Maxwell

adalah bagi menyediakan sebuah Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah satu bangunan Pentadbiran Awam

Berpusat. Hal ini sesuai dengan fungsi Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai ibu negeri bagi

Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Menurut CTT Labrooy (1931), pembinaan

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bagi menggantikan Taiping di Perak yang sebelumnya

berfungsi sebagai ibu negeri bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Di antara pentadbiran awam yang ditempatkan di bangunan ini ialah Pejabat Sekretariat

Kerajaan (GSO), Bilik Mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber), Pejabat Pos, Lembaga
Kebersihan (Sanitary Board), Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner), Jabatan Kerja Raya

(Public Works Department), Pejabat Audit dan Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Pejabat Galian,

dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (PWD Distric Office). Pada masa yang sama, bangunan

ini turut digunakan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam

pada tahun 1974.

Bagi tujuan tidak langsung pula, S. Vlatseas menjelaskan bahawa Sir William Maxwell

mewujudkan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk tujuan memberi imej baru kepada Kuala

Lumpur sebagai pusat Pentadbiran Inggeris di rantau ini sebagai iklan untuk menarik modal.

Beliau merasakan bangunan-bangunan kerajaan yang menarik akan mewujudkan suasana

kemakmuran dan dapat mengundang pemodal di Tanah Melayu pada waktu itu.

Pada masa yang sama, Perpustakaan Negara Malaysia berpendapat bahawa Sir William

Maxwell juga ingin menonjolkan ciri-ciri bangunan “simetri Eropah yang klasik” atau “Europian

Classical Symmetry” bagi menunjukkan keagungan empayar Inggeris yang mementingkan aspek

dekorasi di sesebuah negara yang dijajahnya, sebelum pelan asalnya diubah suai oleh Spooner.

Bagi Charles Edwin Spooner pula, pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bertujuan

untuk menampilkan ciri-ciri seni bina Islam.

4.2.6: Kos Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Bagi tujuan pembinaan Sultan Abdul Samad, Kerajaan British mengehadkan kos

pembinaannya tidak melebihi $231 000. Anggaran Awal yang dikemukakan oleh Charles Edwin

Spooner ialah $152 000. Bagaimanapun apabila bangunan ini siap sepenuhnya pada April 1897,

kos sebenarnya ialah $152 824. Dengan jumlah sebanyak itu, kos pembinaan tersebut

menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan termahal di seluruh rantau ini pada

waktu tersebut
4.2.7: Perasmian Bangunan Sultan Abdul Samad:

Bangunan Sultan Abdul Samad telah siap sepenuhnya pada April 1897. Upacara

perasmian bangunan ini telah diadakan secara besar-besaran dan dirasmikan oleh Sir Frank

Swettenham iaitu Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pertama pada 4 April

1897.

Turut menghadiri majlis perasmian tersebut ialah Sultan Selangor pada waktu itu iaitu

Almahrum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah dan jurutera asal bangunan

tersebut iaitu Charles Edwin Spooner. C.E Spooner turut menyampaikan ucapan berkaitan

dengan sejarah pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad tersebut.

4.3: Keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad:

4.3.1: Reka Bentuk Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Kerja-kerja mereka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad telah bermula seawal tahun

1889, setelah Sir William Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor.

Maxwell telah membawa Charlers Edwin Spooner dari Ceylon sebagai Jurutera Negeri serta

dibantu oleh A. Bellamy Hubbock sebagai pelukis pelan dan Arthur Charles Norman sebagai

Arkitek Negeri. Kawasan seluas 10,200 meter persegi dipilih sebagai tapak asal bangunan ini.

Reka bentuk asal Bangunan Sultan Abdul Samad telah dikemukakan oleh A.C Norman

dan hanya berkonsepkan sebuah bangunan bercirikan Inggeris ”Classical Rennaisance”.

Spooner bersama seorang arkitek bernama R.A.J Bidwell, adalah orang yang

bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka

bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang

berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Pelan reka
bentuk baru oleh Spooner ini dikenali sebagai corak seni bina ”Moorish” atau ”Saracen

Moden”. Pada masa yang sama, ciri ”The Raj Style” yang dibawa dari India dimasukkan

sebagai gabungan ciri asal pembinaannya.

Pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad berbentuk segi tiga meliputi kawasan antara

Jalan Raja Laut dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkar ke arah barat

sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang dan berbentuk seperti huruf “F”. Ciri utama

bangunan ini ialah memiliki tiga buah kubah bersalut tembaga menyerupai kubah Taj Mahal,

menara jam besar dan arked serta lengkungan yang luas. Mengikut plan asal, kubah-kubah

tersebut asalnya diperbuat daripada kayu dan batu-bata tetapi kini telah diganti dengan kubah

bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar merupakan kubah utama dan

diapit oleh dua buah kubah lain dengan tangga pilin menurun. Kubah utama di bahagian tengah

menggabungkan dua ciri tradisional iaitu kubah dan kios.

Gambar 4: Menara Jam Besar di Bangunan Sultan Abdul Samad.


Gambar 5: Antara sebuah kubah di Bangunan Sultan Abdul

Samad.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak

antara dua tiang yang berbeza-beza. Binaan ini diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam.

Menara jam besar setinggi 41.5 meter yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua

menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara

seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini.

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu

dataran atau laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman

ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja

Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk

separuh bulatan. Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang

mana memberikan pengudaraan secara maksima, kerana pada zaman bangunan dibina tanpa

mempunyai pendingin udara.


Mengikut pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ini berbentuk dua tingkat.

Pelan asalnya boleh dilihat melalui 4 bahagian yang menarik iaitu bahagian tingkat bawah,

tingkat satu, tingkat dua dan tingkat mazenin. Hal ini dapat dilihat melalui pelan yang diberi di

bawah.

Gambar 6: Pelan Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 7 : Pelan Tingkat Satu, Bangunan Sultan Abdul Samad.


Gambar 8: Pelan Tingkat 2, Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 9: Pelan Tingkat Mezanin, Bangunan Sultan Abdul Samad.


4.3.2: Bahan Binaan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Bagi tujuan pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad, kerajaan British telah

menubuhkan sebuah kilang di Brickfield khusus untuk menyediakan bahan-bahan binaan.

Keseluruhan bahan yang digunakan meliputi 4 juta biji batu-bata, 2 500 tong simen, 18 000 pikul

kapur, 5 000 paun tembaga, 50 tan besi dan keluli dan 30 000 kaki padu kayu.

tempatan. Pemilihan kayu keras jenis terbaik seperti cengal dan balau digunakan bagi

menghasilkan pintu, tingkap dan rangka kubah. Pemilihan warnanya pula adalah terdiri daripada

gabungan dua warna lembut iaitu menggunakan cat seperti warna batu asli dan cat putih.

4.3.3: Pengubahsuaian Bangunan Sultan Abdul Samad:

Sejak dibina hingga tahun 2009, Bangunan Sultan Abdul Samad telah melakukan

pengubahsuaian sebanyak dua kali.

Pengubahsuaian pada kali pertama dilakukan pada tahun 1978 akibat kejadian banjir

besar yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971. Banjir akibat hujan lebat dan sistem saliran

di Kuala Lumpur yang tidak baik itu telah mengakibatkan sebahagian bangunan tersebut terjejas

teruk. Kos pengubahsuaian pada kali pertama ini menelan belanja yang dianggarkan sebanyak

$17.2 juta ringgit dan mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 1982,

Kerajaan Australia turut menyumbangkan wang sebanyak $200 000 ringgit bagi membiayai kos

untuk menyadur tembaga di tiga buah kubah bangunan tersebut. Kerja ubah suai bangunan ini

siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Pengubahsuaian hanya dilakukan di bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan

bahagian luar bangunan atau kedudukan asal bangunan tersebut. Dinding bahagian luar masih

mengekalkan penggunaan batu-bata dedah atau “facing” dan tidak ditutupi dengan lapisan simen
atau plaster. Selepas kerja ubah suai ini selesai, Bangunan Sultan Abdul Samad dirasmikan sekali

lagi pada tahun 1984.

Pengubahsuaian bagi kali kedua pula dilakukan pada awal tahun 2008 yang lalu dan

mengambil masa selama satu tahun serta disiapkan pada 24 Disember 2008. Tujuan ubah suai

ini adalah bagi tujuan penempatan sepenuhnya semua bahagian dalam Kementerian Perpaduan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan secara sepenuhnya pada bulan Januari 2009. Menurut

Menteri terbabit pada waktu itu, Datok Seri Rais Yatim (2008), kos bagi kerja ubah suai tersebut

menggunakan kos yang dianggarkan sebanyak RM20 juta dan dilaksanakan dibawah seliaan

Jabatan Kerja Raya (Berita Harian: 20 Januari 2009, m.s 29). Seperti pengubahsuaian kali

pertama, pengubahsuaian kali kedua ini juga hanya melibatkan bahagian dalam bangunan

tersebut.

4.3.4: Hiasan Dalaman Bangunan Sultan Abdul Samad:

Di tengah-tengah bangunan ini terdapat satu laman atau dataran tinggi yang dipagari oleh

batas-batas pokok bunga yang cantik. Keseluruhan pintu-pintunya pula diperbuat daripada kayu

dalam bentuk panel keras. Tingkapnya pula telah diubahsuai dalam bentuk yang agak moden

iaitu jenis panel yang berbingkai kayu dan bercermin kaca jernih. Kebanyakan tingkap dan pintu

berbentuk melengkung yang bercirikan seni bina masjid-masjid di Cordova dan Mesir.

Di bahagian dalam bangunan ini turut dibahagikan kepada beberapa bahagian bilik atau

“portion” yang menempatkan ruang pejabat berbentuk moden, bilik pentadbiran, perpustakaan

dan sebagainya. Sebahagian lantaibahagian dalam setiap bilik mempunyai kemasan tile bersaiz

besar sama ada berwarna putih atau perang. Di bahagian ruang hadapan, ruang masuk dan

kaunter penyambut tetamu dilengkapi dengan kemasan jubin berkilat dan marmar yang
bermutu tinggi yang diperoleh sama ada dari kilang di Pulau Langkawi ataupun diimport dari

luar negara.

Di ruang dalam bangunan ini juga terdapat sebuah tangga berpusing menuju ke Menara

Jam Besar. Terdapat sebuah bilik mesyuarat atau bilik persidangan yang dilengkapi dengan

sebuah meja panjang dan dua barisan kerusi memanjang yang dibina bertingkat. Di bahagian

pintu masuk bangunan ini turut ditempatkan sebuah kaunter menyambut tetamu diperbuat

daripada kayu keras berwarna perang, sementara di ruangan menunggu dilengkapi dengan kerusi

serta almari yang menempatkan akhbar dan buku-buku bacaan umum.

Gambar 10: Tangga Berpusing

Bumbung bangunan diperbuat dalam bentuk condong atau ‘pitch’ dengan menggunakan

kemasan genting berwarna merah. Ruang dalam bangunan ini turut juga dilengkapi dengan

sistem keselamatan dan setiap ruang dilengkapi alat pendingin udara. Penggunaan lampu jenis

gantung bersaiz besar turut dipasang di bahagian ruang masuk. Selain itu, bahagian dalam

bangunan ini turut dilengkapi dengan tempat letak kereta khas pegawai, lif dan galeri.
4.3.5: Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad Dahulu dan Sekarang:

Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad pada masa dahulu dapat dilihat pada masa

sebelum dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebelum

kemerdekaan, bangunan ini telah digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Selain itu, bangunan ini turut menempatkan Pejabat Residen General, Pejabat

Lembaga Kebersihan dan Pejabat Pos Besar.

Selepas tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangunan ini telah digunakan sebagai

Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sehingga tahun 1974 serta menempatkan Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, bangunan ini menempatkan Jabatan

Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Pejabat Am Majlis Mesyuarat Negeri. Pada tahun 1978

pula, bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Sivil dan Perdagangan

dan Mahkamah Tinggi Jenayah. Bagaimanapun, kesemua mahkamah ini dipindahkan pada

Disember 2007.

Pada masa ini, Bangunan Sultan Abdul Samad digunakan oleh Kementerian Perpaduan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bermula pada Disember 2007. Pada tahun tersebut, hanya 8

bahagian kementerian berkenaan yang terlibat dengan perpindahan ini. Selepas itu bermula pada

Januari 2009, semua bahagian kementerian tersebut berpindah dan menggunakan keseluruhan

bangunan ini sepenuhnya sehinggalah ke hari ini.

4.3.6: Cara Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya pada tahun 1893 dan

disiapkan pada tahun 1897, cara pembinaannya lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek

komposisi karektor seperti stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang

tingkap dan pintu berbentuk separuh lengkong(arch)dari seni bina masjid di Cordova dan Mesir.
Kubahnya pula berbentuk potong bawang (dome) seperti di bangunan Taj Mahal di India dan

struktur binaannya berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina sesebuah

masjid.

Pembinaannya juga melibatkan tiga buah kubah besar yang diperbuat dari tembaga dan

empat buah kubah kecil berwarna putih. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan pada

satu daripada tiga kubah tembaga itu iaitu kubah yang terletak di atas Menara Jam Besar. Kubah

ini dibina lebih istimewa daripada dua kubah di menara kecil pada bahagian kiri dan kanannya

yang menyerupai kubah masjid. Tujuan dibina dua menara kecil berkubah di kiri dan kanan

Menara Jam besar adalah untuk memberikan keseimbangan pada Menara Jam Besar tersebut.

Pada mulanya kubah ini diperbuat dengan menggunakan rangka kayu yang kemudiannya

dilitupi dengan kepingan tembaga. Pada asalnya juga kubah ini dicat dengan warna hitam. Walau

bagaimanapun dalam proses baik pulih pada tahun 1978, kubah ini telah digantikan dengan tiga

kubah tembaga yang baru dengan pembiayaan yang disumbangkan oleh Kerajaan Australia.

4.4: Kemajuan dan Kepentingan Bangunan Sultan Abdul Samad:

Dari segi kemajuan, Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan satu daripada

ratusan bangunan bersejarah di negara kita yang dipilih sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan.

Hal ini dinyatakan dalam Akta Warisan Kebangsaan (2005). Tujuan pemilihan bangunan Sultan

Abdul Samad ini dijadikan bangunan warisan adalah bagi mengawal bangunan di negara kita

yang bersifat “New Classical” atau bersifat “colonial” daripada terjejas. Dari satu sudut,

kemajuan yang dicapai ini akan dapat mengawal reka bentuk semula jadi bangunan tersebut serta

mengekalkan identiti seni bina yang unik pada masa lampau.

Dasar PSKL 2020 pula menjelaskan bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad akan tetap

dipelihara serta dipulihara bagi mengekalkan keaslian kawasan asalnya dan juga lanskap di mana
segala baik pilih tidak membenarkan keaslian semula jadinya diubah. Kedua-dua peraturan ini

adalah bertujuan untuk mengekalkan keaslian dan kesenian asal bangunan tersebut sentiasa

terkawal.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga telah mencatatkan pelbagai kejayaan yang

menggambarkan kepentingan bangunan ini. Bagi memudahkan kajian, kepentingan ini dapat

dilihat daripada pelbagai sudut. Antaranya termasuklah:

i. Kepentingan dari sudut politik tanah air:

Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan

pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga

pernah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri Selangor selepas kemerdekaan negara kita dengan

menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan tempat Majlis Mesyuarat

Negeri sehingga tahun1978.

Di sini jugalah bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 menandakan

perubahan politik tanah air yang sebelumnya dijajah kepada politik tempatan. Peristiwa lain

yang menunjukkan kepentingan bangunan ini dari sudut politik ialah terdetiknya jam besar

sebanyak 12 kali pada malam 31 Ogos 1957 yang menunjukkan Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan. Pada masa yang sama, sehingga kini sambutan mengingati kemerdekaan

negara sering diadakan di Bangunan Sultan Abdul Samad pada setiap tahun.

ii. Kepentingan dari segi ekonomi:

Bangunan Sultan Abdul Samad telah menjadi tarikan pelancong dari dalam mahupun

dari luar negara kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung,

bangunan ini telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset

penting negara kita dalam bidang ekonomi. Kehadiran pelancong semakin bertambah dengan
adanya pelbagai program yang diatur di kawasan bangunan ini seperti Sambutan Hari

Kemerdekaan dan perbarisan Pesta Flora yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini turut

meningkatkan pendapatan negara.

iii. Kepentingan dari sudut sosial:

Bangunan ini telah dijadikan lokasi sambutan kemerdekaan negara kita pada setiap

tahun. Pada ketika ini, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum di negara kita telah

dipersembahkan. Antaranya termasuklah tarian-tarian kaum dan etnik Melayu, Cina dan India

yang sudah pasti memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatu-padu. Selain

itu sambutan seperti ini dapat menambah pengetahuan masyarakat mengenai segala bentuk

kebudayaan yang unik dan menarik yang terdapat di negara kita.

Pada masa yang sama, keadilan sosial juga pernah mendapat tempat di bangunan ini

apabila Bangunan Sultan Abdul Samad dipilih bagi menempatkan beberapa buah mahkamah.

Antaranya termasuklah MahkamahAgung, Mahkamah Tinggi Sivil dan Perdagangan serta

Mahkamah Tinggi Jenayah. Dalam bidang pendidikan pula, bangunan ini menyediakan tempat

untuk penyelidik dan pengkaji sejarah yang sentiasa menginginkan maklumat berguna.

5.0: RUMUSAN
Syukur kehadrat Allah kerana dengan berkat keizinannya saya berjaya menamatkan

kajian ini dengan sempurna. Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya amat bersyukur kerana

dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang latar belakang bangunan bersejarah yang
dipilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini yang asalnya dibina bagi tujuan

pentadbiran penjajah British, kini telah dipulihara semula bagi mengekalkan keasliannya

manakala fungsinya pula dipelbagaikan bagi tujuan politik, ekonomi dan social.

Kajian ini turut membolehkan saya mengetahui asal-usul pembinaannya dari peringkat

permulaan hinggalah tempoh bangunan tersebut disiapkan, seterusnya memahami usaha-usaha

yang dilaksanakan dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan tersebut. Secara tidak langsung,

kajian ini dapat menjelaskan kepada saya pihak-pihak British yang terlibat dalam proses

pelaksanaan bangunan bersejarah tersebut sejak dari peringkat awal lagi selain mengetahui kos

pembinaannya sebagai bangunan terhebat pada akhir abad ke-19 itu.

Saya juga amat bersyukur kerana kajian ini banyak membantu saya agar menghayati dan

menghargai bangunan bersejarah tersebut sebagai satu warisan dan khazanah negara yang amat

berharga dan tiada tolok bandingnya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini menjadi mercu tanda

kemegahan rakyat Malaysia, yang mempunyai keunikan seni bina dan perlu dihargai serta

dipelihara oleh setiap generasi kita. Keindahan nilai estetika dan seni warisan tradisional ini

dapat menjadi perangsang kepada diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya dapat

mengekalkan kesan peninggalan sejarah yang amat berharga ini.

Kajian yang telah dilaksanakan ini juga turut dapat mendidik saya mahupun keseluruhan

rakyat amnya, agar dapat mengambil iktibar daripada peristiwa di sebalik pembinaannya.

Antaranya adalah bagaimana perlunya rakyat Malaysia yang berbilang-bilang kaum ini

mengamalkan sikap bersatu-padu dan hidup dalam suasana harmoni, supaya Negara kita tidak

terjajah sekali lagi oleh kuasa-kuasa besar dunia. Saya juga sedar betapa bertuahnya menjadi

warganegara Malaysia, yang mempunyai banyak peninggalan sejarah dan dapat dijadikan

pengajaran berguna, sama ada tersurat mahupun yang tersirat oleh generasi yang akan datang.
Saya juga dapat merasakan bahawa kajianyang saya jalankan dalam tempoh lebih kurang

8 minggu ini memberi pengetahuan, pengajaran dan nilai yang amat berguna bagi diri saya.

Kajian ini mengajar saya erti kerjasama, setia kawan, kejujuran dan ketabahan ketika

menghadapi kesukaran serta kerenah yang berlaku sepanjang saya mendapatkan maklumat yang

saya perlukan. Saya juga memperoleh pengalaman baru yang amat berharga kerana berpeluang

menemuramah pegawai dan semua pihak yang berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad,

sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

6.0: LAMPIRAN

Lampiran 1 : Soalan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009.

Lampiran 2 : Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009.

Lampiran 3 : Poskad berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 4 : Peta Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad.


Lampiran 5 : Gambar-gambar Berkaitan Bangunan sultan Abdul Samad.

Lampiran 6 : Pemegang Kunci Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad.


Lampiran 1: Kertas Soalan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009.
Lampiran 1: Soalan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 (sambungan)
Lampiran 2: Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009.
Lampiran 3: Poskad Bangunan Sultan Abdul Samad.
Lampiran 4: Peta Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 1: Pelajar (berbaju kuning) bersama rakan ketika


menjalankan

kajian di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 2: Ketika mencari maklumat di Perpustakaan Bangunan


Sultan Abdul Samad.
Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 3: Tampak Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 4: Tampak Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 5: Tampak Kiri Bangunan Sultan Abdul Samad.


Gambar 6: Tampak Kanan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 7: Monumen peletakan batu asas Bangunan Sultan


Abdul Samad.
Gambar 8: Plak sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad di ruang
pintu masuk.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)


Gambar 9: Pelajar di hadapan pintu masuk Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan yang ditempatkan di


Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 10: Pelajar berdiri di bahagian belakang Bangunan Sultan


Abdul Samad.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)


Gambar 11: Bahagian ruang koridor tingkat 1, BangunanSultan
Abdul Samad.

Gambar 12: Bahagian laman/ dataran di ruang dalam Bangunan


Sultan Abdul Samad.
Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 13: Tempat letak kereta di bahagian bawah Bangunan


Sultan Abdul Samad.

Gambar 14: Ruang Pameran di bahagian dalam Bangunan Sultan


Abdul Samad.
Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 15: Bahagian tingkap bangunan menunjukkan lengkung


bercirikan seni bina

Cordova dan Mesir.


Gambar 16: Plak menunjukkan Bangunan Sultan Abdul Samad
diiktiraf sebagai sebuah

Bangunan Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan


Kebangsaan 2005.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)


Lampiran 6: Surat Pengesahan Menghadiri Kajian oleh Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Lampiran 6: Pemegang Kunci Bergambar Bangunan Sultan Abdul Samad.

7.0: RUJUKAN
1. H.Berbar; Journey Through Kuala Lumpur; Times Media Private Limited; 2003; Kuala

Lumpur.

2. Perpustakaan Negara Malaysia; Ensiklopedia Dunia dari Terjemahan The World Book

Encylopedia; Dawama Sdn. Bhd; 2005; Hulu Kelang, Selangor.

3. S. Vlatseas; A History Of Malaysian Architecture; Longman Singapore Publisher Pte. Ltd;

1990; Singapore.

4. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; Album Kuala Lumpur 100 Years As a Local Authority;

Penerbitan Puteries; 2005; Kuala Lumpur.

5. Majalah Budaya; Kuala Lumpur, Indah Seni Kurang Rekreasi; Dewan Bahasa dan

Pustaka; Januari 2002; Kuala Lumpur; Hal: 8-10.

6. Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan;

Maklumat Bercetak Bangunan Sultan Abdul Samad; 2008; Kuala Lumpur.

7. Keratan Akhbar:

i. Utusan Melayu; 5 Januari 2009; hal. 20.

ii. Berita Harian; 20 Januari 2009; hal. 29.


8. Maklumat Internet:

i. http://sejarahmalaysia.pnm.my

ii. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

iii. http://www.virtualmalaysia.com/destination

9. Orang Sumber:
Encik XXXXXXXX;Umur: XXXXXX Cawangan Media dan Komunikasi Korporat, Aras
Bawah, Bangunan Sultan Abdul Samad,Jalan Raja, 50506 Kuala Lumpur.

Elemen 3

Soalan: Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan

bangunan bersejarah kepada kalangan rakyat Malaysia.


Malaysia mempunyai banyak kesan tinggalan penjajah termasuk bangunan-bangunan

lama yang amat bernilai dari segi warisan seni bina yang unik. Antara bangunan yang

palingmenarik ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005,

bangunan seperti ini dikelaskan sebagai bangunan warisan yang perlu dipelihara dan dipulihara

bagi mengekalkan keunikan seni bina dan nilai estetikanya yang tinggi supaya dapat diwarisi

oleh generasi yang akan datang. Usaha ini dapat mewujudkan rakyat yang boleh berasa bangga

sebagai Rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, usaha ini dapat menanamkan semangat

berbangga dengan sejarah negara berdasarkan kajian berterusan yang dilakukan terhadap

bangunan bersejarah tersebut di samping menanamkan nilai menghormati lambang-lambang

negara. Bangunan bersejarah seperti itu juga dapat mengingatkan kita sejarah penjajahan negara

pada masa lampau dan perjuangan pemimpin menuntut kemerdekaan.Dengan cara ini, kita akan

rasa bersyukur dan menghormati jasa serta perjuangan tokoh-tokoh negara pada masa dahulu.

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat mengingatkan rakyat

Malaysia tentang penjajahan yang berlaku di negara kita suatu masa dahulu. Hal ini sekali gus
menimbulkan semangat mempertahankan negara dan bersemangat setia negara bagi

memastikan negara kita tidak dijajah semula oleh kuasa besar. Kini apabila melihat bangunan

bersejarah yang tersergam indah, mengingatkan kita betapa perlunya semangat perpaduan

dikekalkan agar keharmonian hidup dapat diwujudkan. Di sinilah perlunya setiap rakyat supaya

bersedia berkorban untuk bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan

kedaulatan bangsa dan tanah air. Selain itu, dengan melihat tegaknya bangunan kolonialisme di

tanah air kita, semangat generasi muda untuk mempertahankan negara akan terus mengalir dalam

darah kerana rasa cinta akan bangsa dan negara.

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga membolehkan kita menghayati

peristiwa di sebalik pembinaan bangunan tersebut.


1 Bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan
Abdul Samad dapat dijadikan perangsang kepada rakyat supaya lebih bersemangat kekitaan

agar peristiwa lampau ditadbir oleh penjajah tidak berulang lagi. Keamanan yang kita kecapi

hari ini perlu dijaga dengan cara bersatu padu dan berharmoni dalam kalangan rakyat yang

berbilang-bilang bangsa. Untuk memastikan sejarah lama tidak berulang lagi dan perpaduan

terjalin, sikap bertolak ansur dan bertoleransi antara kaum perlu dikekalkan di samping

mengamalkan nilai muhibah atau semangat bermasyarakat. Pada masa yang sama, rakyat

Malaysia perlu sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong serta memiliki sikap hormat

menghormati sesama bangsa.

Bangunan bersejarah di negara kita juga banyak meninggalkan kesan sejarah yang

menarik untuk dikenang seperti Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai

tempat berkumpulnya Raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa

sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka mendapatkan kemerdekaan Tanah

Melayu daripada British. Hal ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai

negara kita. Daripada usaha pengkajian terhadap bangunan bersejarah itu kita akan lebih
berdisiplin demi mempertahankan dan menjunjung perlembagaan negara kerana di sinilah

tanah tumpah darah kita. Hakikatnya kita perlu menyayangi negara ini dengan cara bertindak

secara wajar serta mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Sebagai generasi muda yang

berakhlak dan berbudi pekerti mulia, kita perlu menyumbang sesuatu bagi mengekalkan dan

mengisi kemerdekaan ini dengan rasa amanah dan jujur.

Kesimpulannya, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di negara

kita adalah satu usaha yang amat tepat. Hal ini dapat menanamkan rasa cinta rakyat akan tanah
2
air dan seterusnya sanggup berusaha dengan lebih produktif dan berganding bahu untuk

membangunkan negara. Usaha pemuliharaan ini memerlukan golongan yang rajin dan gigih

serta sanggup menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan bangunan bersejarah

di negara kita. Impaknya, usaha kita mengekalkan bangunan bersejarah pada hari ini bakal

membentuk generasi akan datang yang taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
3

Anda mungkin juga menyukai