Anda di halaman 1dari 21

1

1.0

Pengenalan

Perkembangan bahasa dan komunikasi amat penting semasa kanak-kanak masih di peringkat prasekolah. Kurikulum pendidikan awal prasekolah (PKK, 2000)

menggariskan prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari. Sastera kanak-kanak boleh digunakan untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Ini boleh dilakukan melalui bacaan secara kuat kepada kanak-kanak di bilik darjah. Melalui aktiviti bacaan secara kuat ini kanak-kanak akan berpeluang mendengar sebutan yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan, dan menceritakan semula cerita atau menulis, atau melukis cerita yang telah didengar atau yang telah dibaca oleh mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003). Dengan mendengarkan pembacaan buku, secara tidak lansung kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka. Disamping itu juga pembacaan buku akan dapat memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak. Bagi pembaca baru pula, membacakan buku secara kuat ini juga akan memperkenalkan cara menggunakan buku serta fungsi buku kepada mereka (Allor & Mc Cathreen, 2003). Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satu elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana,

sastera awal kanak-kanak mampu memberi kan keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak. Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara

konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah. Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran.

2.0

Ulasan Kritik Kepentingan dan Kesesuaian Bahan Sastera Sebagai Bahan Rangsangan P&P Bahasa Melayu Kelas Pemulihan

Sastera untuk kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan pengajaran. Sastera merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk penulisan kreatif dan imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu khususnya kanak-kanak pemulihan. Genre ini mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai perantaraan untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera. Misalnya sastera menggunakan konsep cerita binatang yang berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-kanak. Watak haiwan digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang secara semulajadinya menyukai haiwan dalam dunia realiti. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika watak haiwan ini dipindahkan ke alam karya penulisan.

Di

samping

itu,

sastera

juga

bertujuan

sebagai

medium

untuk

memperkembangkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Perkara ini diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot atau perkembangan cerita yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca. Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, sastera turut digunakan sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya. Masyarakat zaman dahulu atau golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional tidak mempunyai media hiburan untuk individu masyarakatnya. Oleh itu, pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatian khalayaknya. Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur. Sastera kanak-kanak memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita lisan telah menjadi medium yang penting untuk memberi nasihat dan pengajaran yang baik dan dijadikan panduan kepada setiap individu masyarakatnya. Hal ini dapat dilihat dalam sastera kanak-kanak melalui cerita-cerita binatang yang menjadikan haiwan sebagai watak-watak yang memberikan pelbagai pengajaran yang baik seperti mengisahkan tentang akibat orang yang tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti cerita Anjing

dengan Bayang-bayang. Walaupun penggunaan watak haiwan diaplikasikan, namun ia pada akhirnya membawa mereka kepada nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita tersebut di mana cerita jenis ini mempunyai ciri interaktif dan dapat memberi kesan pada jiwa kanak-kanak. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak memainkan peranan penting dalam mendidik, khususnya bagi golongan kanak-kanak pemulihan yang belum mengetahui sistem pengajian yang bercorak formal. Sastera kanak-kanak juga berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam hasil sastera kanak-kanak ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba dan berkasih sayang. Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak-kanak lagi. Sastera kanak-kanak ini berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca oleh mereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak bukan sahaja sebagai hiburan

tetapi mampu berdiri sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni. Bahan sastera juga sebenarnya dapat membantu kanak-kanak dalam

meningkatkan daya fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung

kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas. Contohnya seperti lagu Jong-jong Inai. Lagu ini boleh mengajak murid untuk belajar menyanyi sambil menari. Kesusasteraan kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan kognitif dan intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak. Murid pemulihan dilihat golongan yang lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Menurut Julia Unggai (1992), hasil sastera yang tidak bermutu akan menjadikan karya tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak dari aspek pengetahuan mahupun pengalaman psikologi mereka. Oleh itu, pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka berpeluang berimaginasi dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka dapat menjalankan aktiviti pentomen iaitu berlakon tanpa bercakap dan hanya memerlukan pelakon melakonkan aksi-aksi gerakan dan mimic muka sahaja. Hal ini dapat membantu murid-murid mendalami watak-watak yang diketengahkan dalam bahan sastera. Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti pantun dan syair juga dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan. Selain itu, bahasa yang berirama seperti pantun, syair dan seloka, mampu mengukuhkan kekuatan ingatan murid akan perkataan yang diajar.

Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam. Dengan pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya. Contohnya cerita binatang seperti Arnab dan Kura-kura yang memperlihatkan kepandaian Sang Kura-kura untuk memenangi perlumbaan dengan Sang Arnab. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi perlumbaan itu dan dia juga berjalan secara perlahan-lahan apabila melintasi Sang Arnab yang lena tidur. Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada murid tentang kejayaan dan pencapaian yang baik dan berguna sekiranya kita berusaha dan menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi lebih baik.

3.0

Kesimpulan

Kesimpulannya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat penting sebagai perangsang dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid pemulihan khas. Guru pemulihan khas seharusnya sedar bahawa mereka perlu kreatif dan berinovasi menerapkan bahan-bahan sastera dalam pengajaran sewaktu di bilik darjah darjah. Guru berperanan dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan kesusasteraan Melayu kepada generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman. Sastera bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti. Pengarang yang menghasilkan karya sastera mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini disebabkan golongan ini adalah golongan yang mudah diberi pendedahan ba k kata pepatah kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan. Oleh itu, setiap hasil karya sastera itu perlu

mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak sebagai generasi yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak yang hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang kanak-kanak itu terletak pada tahap keintelektualan pengarang itu sendiri.

4.0 Nama

Rancangan Pengajaran Harian 1 : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi : 900928-08-6520 : 2 Aminudin Baki : Isnin Tarikh Masa : 26 Ogos 2013 :10.30-11.30 pagi

No. KP Kelas Hari Mata Pelajaran

: Pemulihan Bahasa Melayu : Pendidikan Muzik : Kerjasama, ketekunan, kepatuhan, rajin : Terapi pertuturan, terapi motor kasar dan motor halus

Penggabungjalinan mata pelajaran Penyerapan Nilai Unsur-unsur terapi

KBKK

: Meneliti sebahagian atau keseluruhan dan membuat keputusan

Nama Murid

1. Mohd Syakir bin Rosle 2. Mohd Fadzli bin Hashim 3. Nur Natasha bte Samad

Tajuk Kemahiran

11. Perkataan KV+KVK 11.5 Membina, membaca dan menulis perkataan dari kad suku kata. 11.6 Membaca ayat-ayat mudah berdasarkan tajuk yang lalu.

BBM

Buku Rangsangan, Syair Pak Tua, Papan Putih, Komputer Riba,

10

Lembaran Kerja, Sampin dan Selendang Pengetahuan Sedia Ada Hasil P&P : Pada akhir p&p murid dapat : Set Induksi (5 minit) 1. Membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah berdasarkan tajuk lalu dengan betul. 2. Menulis sekurang-kurangnya 4 daripada 5 perkataan dari kad suku kata pada ayat yang sesuai dengan betul. Aktiviti Kesediaan Murid 1. Guru menyediakan tayangan video klip syair Pak Tua pada murid. 2. Murid diminta mendengar dendangan syair dan cuba mengikutinya. 3. Murid diminta menyatakan dan cuba mengeja perkataan-perkataan yang didengari. 4. Murid diminta menulis perkataan-perkataan tersebut pada papan putih. Langkah 1 (20 minit) Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menyediakan dan mengedarkan Buku Rangsangan pada murid. 2. Murid diminta membaca kuat petikan syair secara individu dan berkumpulan. 3. Murid diminta mencari perkataan-perkataan KV+KVK yang disebut oleh guru terdapat dalam petikan syair Pak Tua. 4. Murid diminta menulis perkataan-perkataan tersebut pada papan putih. Murid telah mengenal suku kata KV dan KVK

11

5. Murid diminta membaca dan mengejakan perkataan-perkataan KV+KVK yang terdapat pada papan putih secara individu dan berkumpulan. 6. Murid yang membaca dan mengeja perkataan-perkataan KV+KVK dengan betul akan diberi token.

Langkah 2 (15 minit)

Latihan 1. Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid. 2. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi lima ayat mudah. 3. Murid diminta mengisi tempat kosong pada ayat-ayat mudah dengan perkataan KV+KVK yang sesuai. 4. Murid yang berjaya mengisi kesemua tempat kosong pada ayat-ayat mudah dengan perkataan yang sesuai akan diberi token.

Langkah 3 (15 minit)

Pengukuhan 1. Guru menyediakan kain sampin dan kain songket untuk dipakai oleh murid. 2. Murid perempuan memakai kain songket manakala murid lelaki memakai kain sampin. 3. Guru mendendangkan syair Pak Tua terlebih dahulu dengan nada, intonasi dan irama yang betul. 4. Murid diminta mendendangkan syair dengan nada, intonasi dan irama yang betul.

12

5. Murid turut diminta membuat gerakan semasa mendendangkan syair tersebut. 6. Murid yang memberikan persembahan yang terbaik akan mendapat token.

Penutup (5 minit)

1. Guru meminta murid menyatakan perkataan-perkataan yang dipelajari pada hari ini. 2. Murid diminta menulis setiap perkataan KV+KVK yang disebut pada papan putih. 3. Guru menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat pada petikan Pak Tua. 4. Guru memberikan pujian pada murid yang cemerlang pada hari ini. 5. Guru memberikan kata-kata rangsangan pada murid-murid yang kurang berjaya pada hari ini.

13

5.0 Nama

Rancangan Pengajaran Harian 2 : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi : 900928-08-6520 : 2 Aminudin Baki : Selasa Tarikh Masa : 27 Ogos 2013 : 8.30 9.30 pagi

No. KP Kelas Hari Mata Pelajaran

: Pemulihan Bahasa Melayu : Pendidikan Muzik : Kerjasama, ketekunan, kepatuhan, rajin : Terapi pertuturan, terapi motor kasar dan motor halus

Penggabungjalinan mata pelajaran Penyerapan Nilai Unsur-unsur Terapi

KBKK

: Meneliti sebahagian atau keseluruhan dan membuat keputusan

Nama Murid

1. Wan Ali bin Wan Ahmad 2. Izwanuddin bin Salleh 3. Siti Balqis bt Zukhairi

Tajuk Kemahiran

32. Bacaan dan Pemahaman 32.1 Membaca ayat-ayat yang disediakan. 32.2 Membaca petikan mudah. 32.3 Menyusun ayat supaya betul susunan mengikut urutan.

14

BBM

Buku Rangsangan, Petikan Skrip Drama Arnab Yang Baik Budi, Papan Putih, Komputer Riba, Lembaran Kerja, Kustom dan Topeng Haiwan

Pengetahuan Sedia Ada Hasil P&P : Pada akhir p&p murid dapat : Set Induksi (5 minit)

Murid telah mengusai kemahiran membaca dan membina ayat mudah.

1.

Murid membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah dengan betul.

2.

Murid menyusun sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah supaya betul susunan mengikut turutan dengan betul. Aktiviti Kesediaan Murid

1. Guru menyembunyikan topeng arnab dan kura-kura di dalam bilik darjah. 2. Murid diminta mencari kedua-dua topeng yang disembunyikan berdasarkan petunjuk yang diberi. 3. Murid diminta menyatakan topeng haiwan yang mereka jumpai. 4. Murid diminta mengeja perkataan-perkataan haiwan yang mereka nyatakan. 5. Murid diminta menulis nama haiwan pada papan putih.

Langkah 1 (20 minit)

Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menyediakan skrip drama Arnab Yang Baik Budi pada murid. 2. Guru mengedarkan skrip tersebut pada murid. 3. Murid ditayangkan dengan video klip drama Arnab Yang baik Budi. 4. Murid diminta melihat video klip tersebut dengan teliti. 5. Guru meminta murid menceritakan kembali drama tersebut.

15

6. Murid diminta membaca kuat skrip drama Arnab Yang Baik Budi yang diedarkan. 7. Murid diminta membuat contoh ayat mudah berdasarkan drama Arnab Yang Baik Budi. 8. Murid yang berjaya memberikan ayat mudah yang betul akan diberi token. Langkah 2 (15 minit) Latihan 1. Guru menyediakan lembaran kerja pada murid. 2. Murid diedarkan dengan lembaran kerja. 3. Murid diminta menyusun kembali perkataan-perkataan supaya menjadi ayat mudah yang betul. 4. Murid yang berjaya melengkapkan lembaran kerja dengan betul akan diberi token. Langkah 3 (15 minit) Pengukuhan 1. Guru meminta murid melakonkan kembali drama Arnab Yang Baik Budi menggunakan skrip yang diedarkan seperti yang ditunjukkan dalam video klip. 2. Murid disediakan dengan kustom dan topeng haiwan. 3. Murid yang berjaya menonjolkan sikap kerjasama yang baik akan diberi token. Penutup (5 minit) 1. Murid diminta menceritakan kembali drama Arnab Yang Baik Budi dengan menggunakan ayat mudah. 2. Murid yang berjaya menceritakan dengan menggunakan ayat

16

mudah yang betul diberi token. 3. Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat pada drama Arnab Yang Baik Budi. 4. Murid yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang diberikan pujian manakala murid yang kurang menonjol diberikan kata-kata rangsangan.

17

6.0

Refleksi

Subjek Seni Bahasa dan Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan (PKP 3117) merupakan subjek yang wajib diambil bagi para pelajar PISMP Semester 8. Subjek ini banyak mengajar saya tentang kepentingan sastera dan seni bahasa dalam menerapkan kecekapan berbahasa pada murid-murid pemulihan. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bahan sastera dan seni bahasa merupakan salah satu bahan bagi Didik Hibur yang boleh dijalankan pada murid pemulihan. Murid pmulihan seringkali menunjukkan sikap yang negatif untuk belajar kemahiran-kemahiran baru. Menerusi penggunaan bahan seni bahasa dan sastera, murid pemulihan dapat mengekspresikan perasaan melalui syair, sajak, nyanyan rakyat dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat menambahkan minat dalam diri murid pemulihan sekaligus dapat mengajar mereka kemahiran-kemahiran baru yang perlu dipelajari. Bagi semester ini, saya dan rakan-rakan perlu menghasilkan bahan rangsangan berunsurkan sastera dan seni bahasa serta menyatakan ulasan kritikan kepentingan dan kesesuaian bahan sastera dan seni bahasa pada murid pemulihan. Tugasan ini diberikan tempoh selama sebulan untuk disempurnakan. Disebabkan cuti Hari Raya Aidilfitri, saya seakan terlupa akan tugasan ini dan menyebabkan saya memulakan tugasan ini lambat. Disebabkan kelewatan memulakan tugasan ini, saya terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan bahan rangsangan dan penulisan esei dan menghantar mengikut tarikh yang sudah ditetapkan. Menghasilkan sebuah buku rangsangan yang berunsurkan prosa tradisional dan moden merupakan cabaran paling besar. Penghasilan buku ini memerlukan daya

18

kreativiti dan inovasi yang tinggi. Ini dosebabkan Puan Suraya Binti Bai mengharapkan penghasilan buku rangsangan yang baik. Saya merasa rendah diri apabila melihat contoh-contoh buku rangsangan yang dihasilkan oleh senior-senior kami yang terdahulu. Walaupun begitu, saya mengambil buku-buku rangsangan yang dihasilkan oleh senior sebagai satu inspirasi untuk menghasilkan buku rangsangan saya sendiri. Untuk menghasilkan buku rangsangan ini memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan saya perlu menghias buku ini secantik mungkin dan cuba membuat lain dari yang lain. Ditambah pula dengan tugasan-tugasan lain seperti draf Kajian Tindakan yang perlu dihantar pada tarikh yang sama dengan tugasan ini menjadikan saya tertekan. Memandangkan semester ini merupakan semester terakhir di IPG Kampus Darulaman, saya menguatkan diri untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Tugasan ini turut menyedarkan saya di mana tahap kemampuan diri saya sebagai seorang bakal guru. Integriti saya sebagai guru pelatih turut tercabar apabila saya saya merasakan saya tidak mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan. Beban kerja guru lebih membebankan berbanding tugasan-tugasan yang saya lakukan. Seni bahasa dan sastera dalam pendidikan pemulihan membantu saya merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan lebih menarik. Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk menggunakan bahan-bahan sastera sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan sastera dan seni bahasa ternyata lebih menarik berbanding bahan-bahan yang biasa dihasilkan. Bahan-bahan ini membantu murid mengenal perkataan-perkataan baharu malahan membantu murid lebih ekspresif

19

dan lebih kreatif. Murid juga lebih tahu menggunakan bahasa-bahasa yang lebih santun kerana kebanyakan bahan-bahan sastera menggunakan bahasa-bahasa yang puitis dan santun. Mereka juga boleh mempelajari budaya dan asal-usul sesebuah karya sastera yang dipelajari. Tugasan ini perlu dikekalkan untuk memberikan para guru pelatih lebih banyak pengalaman dan ilmu dalam mengajar murid pemulihan. walaupun begitu saya ingin mencadangkan beberapa cadangan sebagai penambahbaikan serta kesenangan para guru pelatih akan datang. Disebabkan penghasilan buku rangsangan yang berkualiti memerlukan masa yang lama, saya mencadangkan para pensyarah bagi subjek ini menyerahkan soalan tugasan ini lebih awal. Ini memudahkan guru pelatih mencari bahan yang benar-benar sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap agar tugasan ini dapat mendatangkan kesan yang positif pada guru-guru pelatih yang lain.

Disediakan oleh, .. Nurfarahanah Binti Ahmad Tarmizi PISMP PL(BM)/MT Semester 8

20

Lampiran A: Borang Kolaborasi BORANG KOLABORATIF Nama Kelas NamaPensyarah Mata Pelajaran : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi : Pemulihan (BM) / MT Semester 8 Ambilan Jan 2010 : Pn. Suraya Bai : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan (PKP3117) Perbincangan Tandatangan

Tarikh

21

Lampiran C: Senarai Rujukan Senarai Rujukan Mahadi Suffian, Husin Kamiju dan Samuri Sufian (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Malaysia Tahun 3 Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C)/(T). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long, Sofiah Hamid, Maimoon Jantan dan Fatimah Adam (1999). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Malaysia Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahadi Sufian, Dolhaji Nekmat dan Hussin Kamiju (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Malaysia Tahun 3 Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C)/(T). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Haji Husin (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Haji Abdul Aziz (1998). Siri Pendidikan Perguruan: Pengajaran Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malysia.

Anda mungkin juga menyukai