Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

Mata Pelajaran Tarikh Masa Tempoh Tahun Bilangan Murid Bidang Tajuk Standard Kandungan

: Matematik : 27. Februari 2013 : 8.00 9.00 Pagi : 60 Minit : 3 Alpha : 20 Orang : Nombor Dan Operasi : Perpuluhan : Murid Dibimbing Untuk: 7.1 Mengenal perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan

Standard Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk: (iii) Melorek gambarajah mengikut perpuluhan yang diberi

Pengetahuan sedia ada

: Murid sudah boleh menamakan pecahan perseratus dan menukar pecahan perseratus kepada perpuluhan

Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir EMK Bahan Bantu Mengajar

: Bekerjasama, toleransi, bersungguh-sungguh. : Penyelesaian masalah : Kreativiti dan inovasi : Komputer, slide power point, papan digital, papan soalan, lembaran kerja,kad nombor

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

PERSEDIAAN

1. Murid membaca doa penerang hati 2. Guru menunjukkan papan soalan

1. Huruf apakah yang kamu nampak pada bahagian yang berlorek? 2. Apakah perkataan yang terbentuk pada papan soalan?

Pemerhatian & Analisis

3. Murid melihat dan memerhati papan soalan 4. Guru menanyakan huruf dan perkataan apakah yang dapat dilihat pada papan itu 5. Murid berfikir dan menjawab soalan guru

IMAGINASI

1. Guru menunjukkan papan soalan 2. Guru meminta murid mengira jumlah kesemua

1. Mari mengira jumlah kotak bersama cikgu. 2. Berapakah jumlah kawasan yang berlorek? 3. Sila sebut di dalam bentuk pecahan perseratus.

Penjanaan idea

kotak yang ada 3. Guru meminta murid mengira jumlah kawasan yang berlorek.

Sintesis idea

4. Guru meminta murid menyebut jumlah kawasan berlorek dan jumlah kotak di dalam bentuk pecahan. 5. Guru menunjukkan cara menukarkan pecahan perseratus kepada perpuluhan.

PERKEMBANGAN

Langkah 1

Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan idea

1. Guru membuat penerangan mengenai topik Mengenal Perpuluhan Hingga Dua Tempat Perpuluhan dengan menggunakan persembahan Power Point dan Papan Digital.

1. Berikan jumlah kawasan yang berlorek?

2. Guru akan memberikan soalan dalam persembahan Power Point dan akan menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakan Papan Digital dan gambar rajah di dalam persembahan Power Point.

2. Lorekkan kawasan berdasarkan soalan perpuluhan berikut. Gunakan Papan Digital untuk menunjukkan jawapan perpuluhan yang betul.

3. Guru akan membimbing murid untuk melorek gambarajah mengikut perpuluhan yang diberi

3. Berapa banyak kawasankah yang perlu kamu lorekkan?

4. Guru memberikan soalan dalam bentuk persembahan power point dan meminta murid menyelesaikan masalah menggunakan Papan Digital

4. Cuba kamu selesaikan soalan berikut mengikut cara yang cikgu ajar.

Menilai

Langkah 2

1. Guru akan membahagikan murid kepada 5 kumpulan. 2. Guru akan edarkan Soalan Lorekkan Kawasan kepada setiap kumpulan.

1. Sila bergerak dalam kumpulan masing-masing.

2. Cuba bincang dan fahami soalan yang diberi

3. Murid dikehendaki untuk melorekkan kawasan bersarkan soalan perpuluhan yang diberi berdasarkan soalan yang telah diberikan.

3. Cuba selesaikan soalan tersebut dengan melorekkan kawasan yang sepatutnya.

4. Setelah selesai, murid akan selesaikan masalah tersebut menggunakan Papan Digital.

4. Gunakan Papan Digital untuk mempamerkan jawapan kamu

5. Seterusnya, murid akan membentangkan hasil jawapan di hadapan kelas

5. Bentangkan hasil jawapan kamu di hadapan kelas

TINDAKAN

1. Guru edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

1. Cara untuk menjawab soalan ini ialah dengan melorekkan kawasan berdasarkan perpuluhan yang diberi

Pelaksanaan amalan berterusan. 2. Guru menerangkan dan menunjukkan contoh kepada murid cara untuk menjawab soalan yang diberikan

3. Guru membincangkan cara untuk menjawab soalan yang diberi bersama murid Pentaksiran : Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja. Murid perlu menjawab soalan dengan betul. Murid dibimbing mendapatkan jawapan yang betul bagi jawapan yang salah. Nilai dan sikap : Bekerjasama, tolak ansur, ingin mencuba dan bersemangat untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai