Anda di halaman 1dari 10

PENTAKSIRAN AUTENTIK Definisi

Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Dari segi definisinya pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000). Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan tertentu. Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat

mungkin. Pentaksiran ini meliputi pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah,kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Ianya juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh memberi kesan kepada tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Rudner & Boston pada tahun 1994,pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan,kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Selain itu, menurut Grace pada tahun 1992, penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan.Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. Seterusnya, pentaksiran autentik menurut Pert pada tahun 1990 merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Konsep pentaksiran autentik

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul,merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai,maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan. Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri pentaksiran yang baik

Banyak ciri yang menunjukkan pentaksiran yang baik antaranya ialah dilihat melalui keobjektifannya iaitu ketepatan seseorang memeriksa skrip jawapan. Keobjektifan ujian berkait dengan sejauh mana perskoran jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih pemeriksa member skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi. Sebab itu, soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi.

Bukan itu sahaja, pentaksiran yang baik juga dilihat dari segi kebolehtadbiran. Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk member jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan yang diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan. Antara panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna ialah berkenaan arahan, terutamanya cara menjawab soalan ujian. Arahan yang diberikan perlulah tepat, jelas, dan ringkas. Selain itu, soalan yang diberikan mestilah disusun dengan teratur iaitu daripada mudah kepada sukar. Setelah itu, pensyarah perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukkan untuk menjawab. Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungu 5 pilihan diperuntukkan 45 saat untuk pelajar menjawab. Dewan di mana ujian dijalankan haruslah selamat, ceria, dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai,pencahayaan yang terang,suhu yang sederhana,system siaraya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat

dengan jalan raya atau alat pendingan udara. Ujian ini boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja. Sekiranya tersangat perlu,pemberitahuan tersebut mestilah ringkas,jelas dan difahami oleh semua pelajar. Masa perlu ditambah bagi mengganti masa gangguan yang berlaku. Seterusnya ialah melalaui kemudahtafsiran. Melalui cara ini, maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan caloon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.ciri seterusnya ialah kekomprehensifan yang mana mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Ciri yang terakhir ialah kemudahtafsiran iaitu maklumat tentang calon berdasarkan skor,mendiskrimasikan calon,menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Pentaksiran autentik juga kurang kepada penggunaan pensil dan kertas, tetapi ianya lebih kepada amali.

Ciri-ciri pentaksiran autentik.

Ciri yang pertama yang kita ketahui ialah dengan menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. Contohnya,apabila pensyarah memberikan tugasan dan pelajar berusaha menyiapkannya. Setelah itu, pelajar akan diberikan soalan untuk dijawab. Mereka akan dinilai samada memahami semua isi pelajaran yang diajar dan ditunjukkan.

Bukan itu sahaja, malah ciri yang seterusnya ialah indikator profesensi melalui aktiviti melakukannya. Seterusnya ialah, ianya merupakan subjek menganalis, mensintesis dan mengaplikasi.ciri lain pentaksiran autentik ialah subjek membina maksud yang tersirat. Ciri lain ialah pentaksiran berpusatkan murid. Ianya berpusatkan murid dan guru akan bertindak sebagai pemerhati.

Kepentingan pentaksiran autentik

Antara kepentingan pentaksiran autentik ialah menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna. Contohnya sebelum permainan menangkap bola baling diajar kepada murid mereka telah pernah belajar menjaring bola. Situasi sebegini juga dikenali sebagai mnggunakan pengetahuan sedia ada kepada pelajaran yang lebih baik. Selain itu, pentaksiran autentik juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

Bukan itu sahaja malah pentaksiran ini juga memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.

Pentaksiran ini juga akan merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar

TUJUAN PENTAKSlRAN AUTENTIK

Penaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan. Antara tujuannya ialah: Membimbing murid menggunakan pengetahuan dengan lebih bermakna. Mendedahkan murid dengan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis) Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan. Merangsang murid menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Mencungkil kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK

O Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah penaksiran autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti berikut : Temubual / Bersoal jawab - Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi Penceritaan semula / Bercerita - Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka Sampel penulisan - Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan. Pameran - Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran. Eksperimen/ Demostrasi - Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen. Pemerhatian guru - Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas. Portfolio - Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa. Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.

KESIMPULAN

Penggunaan penaksiran autentik ini merentasi semua peringkat pendidikan. Dengan ini, diharap pihak kementerian atau badan-badan berkanun dan swasta dapat menghasilkan sesuatu garis panduan baru tentang bentuk penaksiran yang lebih sejagat dan mantap.

Penaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis dilakukan tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain perkembangan kanak-kanak itu juga amatlah penting. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami, mahir, dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen penaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan . Guru-guru juga harus melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan penasiran.

Secara kesimpulannya, usaha dalam mewujudkan sistem pentasiran autentik yang selaras memerlukan keperihatinan dan penelitian yang berterusan dari semua pihak. Pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa agar dapat memastikan pentasiran yang dijalankan adalah telus. Seperti mana yang berlaku kepada pendidikan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, begitu juga halnya dengan penaksiran. Ia juga perlu berkembang mengikut peredaran semasa kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kejayaan sistem pendidikan dari peringkat awal kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai