Anda di halaman 1dari 1

.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara (SOALAN KBKK) (TING.

5) (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ( 5markah) Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia . (b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ( 5 markah) Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan . Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .

Anda mungkin juga menyukai