Anda di halaman 1dari 5

Transkrip Temubual

Guru yang menemubual : Saudari Khoo Yee Ping Saudara Thiam Zhe Feng Guru yang ditemubual Tempat Tarikh Masa : En. Mohd. Khairul Adi bin Ahmad Shamsuri, Cik Lim Suan Ting dan Cik Tan Hiao Min : Kelas SMART : 17/7/2013 : 10.00am-10.15am (15 Minit )

Cikgu Khoo dan Cikgu Thiam telah menjemput tiga orang guru SJK(C) Pei Chun 2 iaitu Cikgu Adi, Cikgu Lim dan Cikgu Tan untuk menjalani sesi temubual mengenai tekanan emosi dalam kalangan guru. Cikgu Thiam : Selamat pagi Cikgu Adi, Cikgu Lim dan Cikgu Tan. Kami berasa amat bangga kerana cikgu-cikgu sudi menerima temubual pada hari ini. Temubual pada hari ini adalah sebagai sumber maklumat utama bagi kajian kami mengenai tekanan emosi dalam kalangan guru. Dunia pendidikan pada hari ini memegang tanggungjawab yang sangat besar bagi mencapai aspirasi negara. Namun para guru sentiasa bersedia dalam menangani cabaran seperti tekanan emosi dalam kalangan guru. Bolehkan cikgu-cikgu menyatakan faktor-faktor utama yang menjadikan guru terdedah dengan stres? Cikgu Adi : Terima kasih Cikgu Thiam. Erm Pada pendapat saya, antara faktor utama yang menyebabkan guru menjadi stres ialah bebanan kerja seseorang guru yang semakin bertambah dari segi kerja pekeranian dan aktiviti kokurikulum. Selain itu, sikap pelajar yang bermasalah di sekolah juga menyebabkan guru rasa tertekan. Faktor seterusnya adalah pelajar kurang bekerjasama semasa guru mengajar di kelas.

Cikgu Khoo:

Terima kasih atas pendapat Cikgu Adi. Apakah pandangan Cikgu Lim terhadap tekanan emosi yang dihadapi oleh guru?

Cikgu Lim

Pada pendapat saya, selain pendapat yang diberi oleh Cikgu Adi, saya rasa mungkin masalah keluarga masalah seseorang dihadapi guru tidak juga dapat menyebabkan tekanannya wujud semasa pengajaran guru di sekolah. ErrKemungkinan besarnya diselesaikan, sampai guru tidak dapat mengawal emosi diri. Apabila guru datang ke sekolah dan berhadapan dengan murid, dia tidak boleh melepaskan tekanannya yang dihadapi di rumah dan dia akan menghadapi tekanan emosi semasa mengajar di sekolah. Inilah pandangan daripada saya.

Cikgu Khoo :

Saya amat bersetuju dengan pandangan Cikgu Lim bahawa masalah keluarga adalah punca utama yang menjadi guru terdedah dengan stres.Err Bolehkan Cikgu Tan berkongsi pendapat tentang puncapunca yang lain tentang tekanan emosi yang wujud dalam kalangan guru?

Cikgu Tan:

Boleh. Pada pendapat saya, saya rasa subjek yang diajar oleh seseorang guru adalah punca utama yang menjadikan guru terdedah dengan stres. Contohnya, saya baru ajar di sini selama 6 bulan, saya telah diagihkan untuk mengajar pendidikan muzik, tapi saya sendiri tidak mahir dalam muzik. Saya berasa sangat tertekan sebab saya tak tahu kemahiran dan perkembangan murid dalam kelas muzik. Selain itu, sikap ibu bapa juga merupakan satu stres kepada cikgu. Saya seorang guru pendidikan khas. Saya mendapati ibu bapa amat mementingkan pencapaian pelajaran murid kerana mereka sentiasa datang ke sekolah dan bertanya tentang perkembangan murid seminggu sampai 4 kali. Saya rasa amat tertekan kerana murid pendidikan khas perlu menguasai sesuatu kemahiran dengan masa yang agak panjang.

Cikgu Thiam :

Terima kasih atas perkongsian pandangan Cikgu Tan. Seterusnya bolehkah cikgu Adi menyatakan sejauh manakah tahap keseriusan tekanan emosi yang dialami?

Cikgu Adi

: Pada pendapat saya, Err tahap tekanan emosi bagi saya dan guruguru dalam sekolah ini adalah tidak begitu serius. Saya masih dapat mengawal emosi saya dan tidak melepaskan tekanan kepada muridmurid semasa saya mengajar di dalam kelas. Tapi, kadang-kadang saya masih risau dan takut tentang keberkesanan sesuatu pengajaran dalam kelas. Contohnya, segelintir murid yang berbuat bising di dalam kelas akan mempengaruhi murid yang lain juga berbuat bising dalam kelas. Oleh itu, tidak setiap murid dapat mendengar apa yang saya ajar semasa pengajaran dan mereka tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam kelas dengan betul. Akibatnya pencapaian akademik murid akan semakin menurun.

Cikgu Khoo :

Terima kasih atas perkongsian pendapat Cikgu Adi. Apakah pandangan Cikgu Lim tentang tahap keseriusan tekanan emosi yang dialami sekarang?

Cikgu Lim

EmmSaya rasa saya masih berada dalam tahap tekanan emosi yang rendah. Sekiranya murid melakukan kesalahan dalam kelas, saya akan cuba tenangkan fikiran dan seterusnya bertanya sebab murid yang melakukan kesalahan sebelum menghukumnya. Sekiranya saya mendapati murid tersebut masih tidak mengubahkan sikapnya, saya akan membawa murid tersebut berjumpa dengan guru besar ataupun berjumpa dengan guru kaunseling dan bukan menghukum dia untuk melepaskan tekanan kepada murid tersebut.

Cikgu Khoo

:Terima kasih dengan perkongsian Cikgu Lim. Seterusnya dipersilakan Cikgu Tan menyatakan tahap keseriusan tekanan emosi yang dialami?

Cikgu Tan

:MmSampai sekarang saya rasa emosi saya masih dapat dikawal dengan baik. Sebagai seorang guru pendidikan khas, saya amat memahami bahawa anak murid pendidikan khas tidak boleh kawal

sendiri dengan baik seperti murid yang biasa, iaitu mereka akan sentiasa lari sini lari sana. Walaubagaimanapun, saya akan cepat berasa marah dan menegur mereka suapaya mereka dapat berkelakuan yang baik dalam kelas. Cikgu Thiam : Terima kasih atas pendapat Cikgu Tan. Soalan yang terakhir ialah apakah langkah-langkah yang guru boleh gunakan dalam menangani masalah tekanan emosi dalam kalangan guru? Cikgu Adi: Pada pendapat saya, langkah yang sesuai digunakan adalah guru perlu menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sekiranya guru berada dalam keadaan yang tertekan. Apabila saya stres sangat, saya akan cuba diam sahaja, dan tarik nafas. Selepas saya dapat tenangkan fikiran saya, barulah saya akan membuat keputusan atau mengambil tindakan yang seterusnya. Inilah pendapat saya. Cikgu Khoo : (Menggangguk) Bagusnya pandangan Cikgu Adi. Saya amat bersetuju dengan Cikgu Adi bahawa tenangkan fikiran sebelum membuat keputusan yang seterusnya. Bolehkan Cikgu Lim berkongsi pendapat yang lain tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani tekanan emosi yang dihadapi? Cikgu Lim : Pada pendapat saya, sekiranya saya amat tertekan dengan tingkah laku murid-murid, saya akan keluar dari bilik darjah supaya meninggalkan situasi yang tertekan. Biasanya, saya akan menenangkan diri dan minum air sebelum berhadapan dengan pelajar. Cara yang saya gunakan juga bertujuan menunjukkan kepada murid bahawa saya sudah marah. Selepas fikiran dan emosi saya berada dalam keadaan yang tenang, saya akan balik ke kelas dan sambung mengajar dalam kelas supaya emosi saya tidak akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Cikgu Khoo:

Terima kasih Cikgu Lim. Perbuatan Cikgu Lim lebih kurang sama dengan langkah yang diambil oleh Cikgu Adi kerana kedua-dua cara mengutamakan fikiran ditenangkan terlebih dahulu sebelum tindakan yang seterusnya diambil. Seterusnya diminta Cikgu Tan bolehkah menyatakan langkah yang diambil untuk mengatasi tekanan emosi yang dihadapi?

Cikgu Tan:

Saya rasa setiap orang mempunyai langkah yang tersendiri untuk mengatasi tekanan emosi yang dihadapi. Cara yang saya biasa gunakan ialah saya akan terus tidur selepas waktu sekolah sekiranya berasa amat tertekan di sekolah. Saya juga akan makan seberapa yang boleh untuk mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi. Walaubagaimanapun, cara yang paling berkesan bagi saya untuk menangani tekan emosi yang dihadapi bersukan dan jogging untuk melepaskan tekanan emosi yang dialami.

Cikgu Khoo: Terima kasih atas perkongsian pendapat Cikgu Tan. MmSecara keseluruhannya saya bersetuju dengan langkah-langkah yang digunakan oleh guru-guru untuk mengatasi emosi yang dihadapi. Secara keseluruhannya, tekanan emosi ketiga-tiga guru masih berada dalam tahap keseriusan yang tidak serius. Diharapkan tekanan emosi yang dihadapi oleh guru-guru masih boleh dikurangkan sehingga prestasi di sekolah tidak akan dipengaruhi dan tekanan emosi guruguru juga tidak akan mempengaruhi pencapaian murid-murid di sekolah. Sekian sahaja temubual pada hari ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi berkongsi pendapat tentang tekanan emosi di kalangan guru. Sekian terima kasih. Cikgu Adi, Cikgu Lim & Cikgu Tan :Ya, Sama-sama.