Anda di halaman 1dari 4

Persediaan Untuk Pentarafan Pengakap Raja

1. Sediakan dan lengkapkan kesemua buku log .Senarai buku log:-


i) Buku Log Peribadi Dan Rekod Keahlian.
ii) Buku Log Pengembaraan.
iii) Buku Log Rekod Perkhidmatan 24 jam
iv) Buku Log Lencana Usaha.
v) Buku Log Lencana Maju
vi) Buku Log Lencana Jaya
vii) Buku Log Lencana Kegemaran
viii) Buku Log Lencana Pengetahuan
ix) Buku Log Lencana Perkhidmatan
x) Buku Log Lencana Jayadiri
xi) Buku Log Lencana Kemahiran
xii) Buku Log Lencana Kegiatan
xiii) Buku Log Lencana Ekspedisi
xiv) Buku Log Lencana Perkhidmatan

2.Penyediaan semua sijil lencana ( termasuk sijil Pertolongan Cemas )

2. Sediakan perkara2 tersebut:-


i) Model Projek Perintis.
ii) Peti Pertolongan Cemas.
iii) Jadual semua ikatan ( knot chart )
iv) Dua poster (one copy) berwarna mengenai persetiaan dan undang2
pengakap.

3. Kemahiran yang diperlukan:-


i) Membuat Gajet..( dapur rak, pintu gerbang, meja makan, pagar, rak
barang2, papan kenyataan, tiang bendera, penyidai kain, rak kasut, rak
alatan dll) * gunakan tali yang sesuai.
ii) Bersedia dgn tarian atau lakonan..
iii) Membuat penganggaran/ estimation ( tinggi,lebar sungai dan jauh)
iv) Pemetaan ( mmbaca peta topo, teknik menggunakan kompas dan
bearing tiga segi…
v) Tahu masak nasi goreng ( brg bwk sendiri tp nasi disediakan)
vi) Tahu membuat bivouac..(pondok pisang sesikat.) dengan betul & kemas
vii) Membuat pelantar tempat tidur mggunakan kanvas.
viii) Masakan secara ‘’ Backwoods’’ ( masakan hutan ) & menghidupkan api.
ix) Mahir istiadat berpengakap ( bendera,perasmian dan penutupan )
x) Semua jenis ikatan yg berikut:-
Buku Sila
Simpul Pulih
Simpul Bunga Geti Ganda
Lilit Balak
Lilit Dua Simpul
Tindih Kasih Berganda
Belit Lucut
Simpul Kepala Lalat
Simpul Kerusi
Simpul Abah2 ( manharness )
Lilit Tindih Kejap
Simpul Ngah
Lilit Tong
Ikatan Seraya
Ikatan Serong
Ikatan Silang Gunting
Lilit Pemati Biasa
Simpul Himpit
Lilit Pasdul
Lilit Pemati Selit
Sambat Balik
Ikatan Pengail
Silang Tungku
Simpul Tapak Kucing
Simpul Raga
Simpul Buaian dan Berkas Tingkat
Takat Tali
Genggam Monyet
Ikat Seraya Jepun
Ikat Serong Filipina
Rambu Pengakap RAJA.
** Belajar kegunaan setiap ikatan dan fungsinya

4. Mahir dalam kawad kaki dan kawad tongkat.Disamping boleh memberi


arahan berkawad dengan baik..( termasuk cara melapor diri dan
pmeriksaan pakaian, suara yg jelas;kuat dan lantang, bahasa hukuman yang
betul, teori berkawad)..
5. Pertolongan Cemas:-
Sijil PC mesti ada..
Bidang tugas pertolongan cemas dan cara2 penyelenggaraan kemalangan.
Istilah AM struktur tubuh badan dan fungsinya.
Jenis luka dan bahaya melarat .
Peraturan am ( luka, patah tulang dan racun2 )
Memulihkan nafas…( shafer, holger Nielsen)
Pengetahuan pemulihan denyutan jantung.
Menahan Darah.
Menyelesaikan kes2 terkejut dan termakan racun.
Perkara2 tersebut:-
i- Kegunaan pembalut tiga segi.
ii- Pemakaian pembalut bergulung pada semua tubuh badan
iii- Dua dan Empat * duduk atas tangan *
iv- Membuat dan menggunakan kayu tuap bagi kes patah
v- Membuat dan menggunakan usungan
vi- Menolong satu kemalangan di bahu, berdarah di hidung dan
terbakar atau melecur.

Fahami teori bagi keseluruhan aspek pertolongan cemas..

Membuat peti pertolongan cemas ( rujuk buku panduan )

Tahu membuat wogel dan membuat satu kraftangan..

Memahirkan diri dgn projek perintis.

Persiapkan diri dgn teknik berkomunikasi yg betul, peka dengan isu


semasa, tahu perkembagan semasa pergerakan pengakap, pakaian seragam yg
kemas,aturan dan pandangan am dan banyak mengetahui selok belok berpengakap
melalui rujukan2 yg sedia ada.

Mempunyai peralatan yg secukupnya seperti buluh dan kayu, tali yang


sesuai, kanvas, gergaji, kapak, parang, pisau pengakap, tukul dll…
Yg paling penting,banyakkan membaca mengenai kepengakapan sebab byk
teori yg akan disoal dan duji.
Log Book mesti mematuhi standard ( rujuk buku panduan )
Mesti READY lebih awal dan banyakkan latihan..
Jaga disiplin & mulakan dengan mematuhi 10 undang2 pengakap.
Jadi org yang bertanggungjawab,berdikari,disiplin dan mematuhi masa..
Semak buku log dan sijil samada sudah bertandatangan atau belum

Buat sendiri pra-pentarafan ( akan dirancang)


Latihan dan Ujian Segala Aspek..