Plato merupakan sorang ahli falsafah Yunani yang hidup tahun 428-348
SM, merupakan seorang penyair yang sangat produktif. Telah
menghasilkan banyak cerita dan puisi dalam bentuk dialog. Kebanyakan
persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog.
Persoalan seni yang dikemukakan oleh Plato di bincangkan dalam
bukunya bertajuk Republik X. Dalam buku tersebut adalah dialog antara
Socretes dan Glancon. Dalam dialog tersebut Plato dengan tegasnya
menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’. Beliau menggunakan
perkataan mimesis yang bermaksud imitasi atau peniruan. Dialog yang
dibincangkan dalam buku Republik X itu jelas merujuk kepada karya
catan, lukisan dan arca. Plato menjelaskan bahawa pelukis atau ahli catan
ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain.
Menurut Lok (1997) dalam bukunya Falsafah barat klasik Plato
dan Aristotle, menyatakan bahawa konsep mimesis yang diutarakan oleh
Plato boleh mempunyai maksud berikut:
1. mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak
tangan atau perbuatan seseorang lain,
2. membuat suatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan
dengan benda atau objek,
3. berlagak seperti orang yang lain, dan
4. mewakili aksi-aksi manusia.
Dalam bukunya bertajuk Republik beliau membincangkan
berkenaan bagaimana perbezaan antara pembuat atau tukang dengan
pelukis yang mempunyai perbezaan dalam penghasilan karya, dan
menegaskan tentang konsep peniruan dari pelukis. Sebagai contoh petikan
dalam satu dialog tersebut berbunyi:
Kata ku: Tidak susah pun, ada sesuatu yang tukang itu boleh buat
di mana-mana pun, dan membuatnya dengan cekap pula. Kau
sendiri boleh buat. Kau ambil cermin, bawa ke mana-mana maka
dengan pantas dapat kau hasilkan matahari dan semua benda di