Anda di halaman 1dari 10

GEOGRAFI - TINGKATAN 2 PETEMPATAN

PETA MINDA

Pengenalan
1. Petempatan merujuk kepada tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu
dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah
seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan
dan perkhidmatan. 2. Kebanyakkan petempatan mempunyai saiz dan taburan yang
berbeza. Misalnya, petempatan di kawasan kebun kecil berbentuk petempatan
berselerak manakala petempatan yang besar dan padat adalah seperti bandar raya.
3. Petempatan di bandar lebih lengkap dengan pelbagai prasarana dan perkhidmatan
berbanding petempatan di luar bandar.

Petempatan Awal
1. Petempatan merupakan kawasan kediaman penduduk dan tempat penduduk melakukan
kegiatan harian masing-masing. 2. Petempatan awal di dunia bermula di lembangan
sungai. Contohnya (a) Tamadun Mesopotamia di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates (b)
Tamadun Mesir Purba di Lembangan Sungai Nil (c) Tamadun Indus di Lembangan Sungai
Indus (d) Tamadun Hwang He di Lembangan Sungai Hwang He 3. Faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan awal di lembangan sungai ialah: (a) Dataran sungai yang
rata dan subur dengan tanih aluvium (b) Sungai membekalkan air untuk kegunaan
domestik dan pengairan (c) Sungai merupakan jalan pengangkutan utama penduduk (d)
Terdapat kawasan rumput untuk ternakan 4. Petempatan awal di Malaysia
kebanyakannya terdapat di: (a) Pinggir pantai Petempatan dibina kerana penduduk
menjalankan kegiatan menangkap ikan. (b) Delta Petempatan dibina kerana penduduk
menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam padi. (c) Muara sungai
Petempatan dibina kerana mempunyai kemudahan pengangkutan air iaitu jalan sungai
atau jalan laut. (d) Pinggir sungai Petempatan dibina kerana sungai membekalkan
sumber air minuman dan kegunaan domestik (e) Gua Petempatan dibina kerana gua
menjadi tempat perlindungan manusia daripada ancaman binatang liar dan sebagai
tempat berteduh daripada panas dan hujan lebat. (f) Bukit Petempatan dibina kerana
penduduk menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam ubi kayu, pisang dan
keladi. (g) Tanah pamah Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan
pertanian dan perdagangan. 5. Kawasan-kawasan petempatan awal di Malaysia ialah:
(a) Gua Niah di Sarawak (b) Kota Tampan di Lenggong, Perak (c) Kesultanan Melayu
Melaka di muara Sungai Melaka, Melaka. (d) Lembah Bujang di sekitar Sungai Merbok,
Kedah. (e) Kerajaan Johor-Riau di Sungai Johor, Johor. (f) Sekitar Teluk Darvel di
Sabah. (g) Pekan Lama di Pahang (h) Kuala Berang di Terengganu (i) Gua Musang dan
Gua Cha di Kelantan 6. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi petempatan
awal di Malaysia ialah: (a) Faktor fizikal (b) Keperluan asas 7. Petempatan awal
yang terletak di lembah sungai, tanah pamah dan gua merupakan tempat yang paling
strategik, selamat dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam
padi.
8. Petempatan awal yang terletak di muara sungai merupakan lokasi yang baik kerana
sungai berperanan sebagai keperluan asas kepada penduduk iaitu: (a) Sebagai sumber
air (b) Sebagai jalan pengangkutan (c) Sebagai pengairan kepada tanaman (d)
Sebagai sumber makanan protein 9. Penduduk yang tinggal di pinggir sungai boleh
mendapatkan sumber air sepanjang masa untuk dijadikan air minuman, kegunaan harian
dan menyiram tanaman. 10. Penduduk menjalankan kegiatan menangkap ikan di pinggir
sungai dan pinggir laut. 11. Sumber makanan protein seperti ikan dan udang senang
diperolehi oleh penduduk yang tinggal di pinggir sungai. 12. Sungai merupakan
jalan pengangkutan yang utama bagi penduduk yang tinggal di pinggir sungai untuk
berhubung antara satu sama lain.

Petempatan awal di Malaysia

Jenis Petempatan
1. Terdapat dua jenis petempatan di Malaysia iaitu petempatan luar bandar dan
petempatan bandar.
2. Faktor-faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini adalah (a) saiz
penduduk (b) kepadatan penduduk (c) fungsinya yang meliputi jenis kegiatan ekonomi
dan aktiviti sosial yang dijalankan. 3. Majoriti masyarakat yang tinggal di
petempatan luar bandar menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian,
penternakan, perlombongan, pembalakan dan perikanan. Manakala penduduk yang
tinggal di petempatan bandar pula menjalankan aktiviti ekonomi seperti
perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan. 4. Petempatan luar bandar
mempunyai penduduk yang kurang dan kepadatan penduduknya yang rendah. Jumlah
penduduknya adalah kurang daripada 10 000 orang. 5. Petempatan bandar pula
mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 10 000 orang serta mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi.

1. Petempatan luar bandar di Malaysia terdiri daripada petempatan kampung dan


petempatan pekan. 2. Petempatan kampung mempunyai jumlah penduduk di antara 1
hingga 1999 orang. Manakala petempatan pekan mempunyai jumlah penduduk di antara
2000 hingga 9999 orang. 3. Kegiatan ekonomi penduduk di luar bandar berasaskan
kepada aktiviti pertanian dan perikanan. Contohnya Dataran Kedah-Perlis yang
dijadikan kawasan penanaman padi dan Pulau Ketam dijadikan kawasan petempatan
nelayan.

Faktor yang Mempengaruhi Tapak Petempatan Luar Bandar


1. Faktor-faktor yang mempengaruhi tapak petempatan luar bandar di Malaysia
terdiri daripada bentuk muka bumi, tanih sumber air, ketersampaian, kegiatan
ekonomi dan dasar kerajaan (governan).

1. Petempatan luar bandar biasanya terletak di kawasan tanah pamah yang rata dan
landai kerana kegiatan pertanian sesuai dijalankan di kawasan ini dan mudah untuk
dihubungi. 2. Kawasan tanah pamah di Malaysia kebanyakkannya terletak di kawasan
lembah sungai dan dataran pantai seperti: (a) Lembah Sungai Rajang di Sarawak (b)
lembah Sungai Kinabatangan di Sabah (c) Dataran Pantai Barat di Semananjung
Malaysia (d) Dataran Pantai Timur di Semananjung Malaysia 3. Petempatan luar
bandar juga tertumpu kaki bukit yang beralun. Contohnya di sekitar kawasan kaki
bukit di Pantai Barat Semanjung Malaysia.

1. Kebiasaannya kegiatan pertanian diusahakan di kawasan petempatan luar bandar.


Hal ini demikian kerana kawasan luar bandar mempunyai kesuburan tanih yang tinggi
terutama di kawasan berhampiran sungai.
2. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis tanih yang sesuai untuk kegiatan
pertanian dan kawasan petempatannya di Malaysia.

Jenis tanih yang sesuai untuk beberapa jenis tanaman di Malaysia.

1. Kebanyakan petempatan luar bandar dibina di kawasan tebing sungai. Antaranya


ialah seperti Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Perak, Sungai Kinabatangan
dan Sungai Rajang. 2. Sungai bukan sahaja membekalkan sumber air untuk kegunaan
harian malahan memudahkan pergerakan penduduk. Sumber protein seperti ikan, udang
dan hidupan air yang lain juga boleh didapati daripada sungai.

1. Ketersampaian bermaksud mudah untuk sampai ke sesuatu tempat. 2. Petempatan


luar bandar biasanya terletak berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir
pantai dan sungai. 3. Letakkan ini memudahkan penduduk untuk sampai ke sesuatu
tempat tersebut dengan lebih cepat. 4. Kebanyakkan petempatan luar bandar di
pantai timur Semenanjung Malaysia dibina selari dengan pantai. Contohnya di
Kampung Merang dan Kg Penarik, di Terengganu. 5. Jalan raya juga menjadi lokasi
petempatan luar bandar seperti Kampung Sungai Lada dan Kampung Lubak Temiang yang
terletak di sepanjang jalan raya Pulau Labuan. 6. Manakala petempatan luar bandar
di pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak pula menjadikan sungai sebagai cara
pengangkutan yang penting.

1. Aktiviti pertanian terutama penanaman padi di kawasan dataran turut


mempengaruhi tapak petempatan luar bandar di Malaysia. Pembinaan petempatan di
kawasan ini begitu menggalakkan seperti yang terdapat di Dataran Kedah-Perlis,
Delta Kelantan, Tanjung Karang dan Paya Besar di Selangor. 2. Selain itu aktiviti
perikanan yang dijalankan di pinggir pantai telah menggalakkan pembinaan
petempatan nelayan di sepanjang pinggir pantai. Antaranya seperti:
(a) Bachok dan Tumpat di Kelantan (b) Besut dan Kuala Kemaman di Terengganu (c)
Kuala Sedili dan Kukup di Johor (d) Pulau Ketam di Selangor (e) Kuala Kurau di
Perak (f ) Batu Maung di Pulau Pinang (g) Kuala Perlis di Perlis (h) Bintulu dan
Mukah di Sarawak (i ) Kunak dan Kudat di Sabah. 3. Kegiatan perlombongan bijih
timah pada awal abad ke-19 telah mempengaruhi kewujudan petempatan luar bandar di
kawasan tersebut. Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban misalnya, merupakan lokasi
perlombongan bijih timah yang utama pada masa tersebut. 4. Selain bijih timah,
perlombongan sumber lain juga turut mempengaruhi kewujudan petempatan luar bandar
seperti (a) bijih besi di Kuala Rompin dan Sungai Lembing, Pahang (b) emas di Bau,
Sarawak dan Raub, Pahang (c) petroleum di Miri dan Bintulu, Sarawak serta Kertih
dan Paka, Terengganu. 5. Pembinaan petempatan sementara untuk pekerja balak
diwujudkan di sekitar kawasan pembalakan seperti di pedalaman Sandakan, pedalaman
Pahang, pedalaman Johor dan pedalaman Bintulu.

1. Rancangan Pembangunan Tanah mewujudkan petempatan terancang di luar bandar.


Rancangan ini bertujuan membasmi kemiskinan di kalangan penduduk dan mengimbangi
pembangunan ekonomi di antara kawasan luar bandar dengan bandar. 2. Perbadanan
yang melaksanakan Rancangan Pembangunan Tanah ini adalah seperti (a) FELDA
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) (b) KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)
(c) KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah) (d) KESEDAR (Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan) (e) SLDA (Lembaga Kemajuan Tanah Sabah)

Pola Petempatan
1. Pola petempatan ialah corak susun atur bangunan atau rumah di sesuatu tempat.
2. Pola petempatan dapat dilihat dari jauh melalui pandangan udara. 3. Petempatan
di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat pola, iaitu: (a) Pola petempatan
berselerak (b) Pola petempatan berjajar (c) Pola petempatan berpusat (d) Pola
petempatan berkelompok

1. Rumah-rumah dibina jauh di antara satu dengan lain tanpa susunan yang tertentu.
2. Pola ini biasanya terdapat di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar, kebun
kecil getah, kelapa padi dan pertanian campur. 3. Petani-petani mendirikan rumah
masing-masing di kebun sendiri. 4. Susunan rumah mereka adalah berselerak. 5.
Rumah-rumah mereka dapat dihubungi melalui jalan atau lorong jalan kaki.

1. Pola ini biasanya terdapat di luar bandar terutamanya di kampung nelayan dan
kawasan sawah padi. 2. Rumah-rumah didirikan mengikut deretan di sepanjang jalan
raya, tebing sungai, tali air, jalan kereta api, permatang pasir, di tepi pantai
dan di sempadan antara dua jenis tanaman seperti padi dan getah. 3. Susunan rumah
adalah selari antara satu sama lain. 4. Pola petempatan berjajar juga disebut
sebagai petempatan linear.

Pola petempatan berjajar


1. Rumah-rumah dan bangunan-bangunan dibina rapat-rapat dan kelihatan padat. 2.
Petempatan berpusat mempunyai tanda panduan seperti simpang jalan mempunyai
sekolah, pejabat pos dan tempat beribadat. 3. Pola ini terdapat di kawasan ladang
getah, ladang kelapa sawit dan tanah rancangan FELDA.

Pola petempatan berpusat

1. Pola petempatan ini hampir sama dengan pola petempatan berpusat. 2. Rumah-rumah
dibina rapat tetapi tidak serapat berbanding petempatan berpusat dan tidak
mempunyai satu tanda panduan. 3. Petempatan ini terdapat di simpang jalan raya,
ladang getah dan muara sungai.

Fungsi Petempatan Luar Bandar


1. Fungsi di sesebuah petempatan luar bandar adalah berbeza dengan petempatan luar
bandar yang lain. 2. Fungsi utama petempatan luar bandar adalah sebagai tempat
kediaman penduduk. 3. Fungsi kawasan pertanian seperti di lembah Sungai Kelantan
dan lembah Sungai Muda ialah sebagai pengeluar hasil padi. 4. Fungsi kawasan kaki
bukit yang bercerun landai seperti pantai barat Semenanjung Malaysia adalah
sebagai pusat pengumpulan hasil getah dan minyak sawit. 5. Fungsi petempatan di
tanah rancangan FELDA ialah sebagai pengeluar minyak sawit dan pusat pemprosesan
kelapa sawit. 6. Di Malaysia, kebanyakan kampung berfungsi sebagai pusat
pentadbiran secara kecil-kecilan.
7. Fungsi kawasan perkampungan nelayan adalah sebagai pengeluar hasil sungai,
tasik atau laut. 8. Petempatan luar bandar yang berada di sepanjang pantai
berfungsi sebagai pangkalan perahu tambang. 9. Walau bagaimana pun, fungsi
petempatan luar bandar akan berubah apabila pertambahan penduduk atau terjumpa
sumber alam yang baru.
Copyright © 2005 Kenshido International Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai