Anda di halaman 1dari 4

Mohamad Adam Shafie bin Magi 4 PISMP BM/PJ/PM kepentingan dan Tujuan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam

Pendidikan Moral.
Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan,minat dan kebolehan. Cara mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan,keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Pengajian sosial adalah bidang yang luas berkaitan dengan interaksi persekitaran. Oleh yang demikian pembelajaran kaedah terus iaitu hanya melalui penyampaian guru tidak mencukupi untuk memberi pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Sumber pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran akan membantu guru dalam mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar denngan maklumat yang ingin disampaikan. Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dalam Pendidikan Moral ialah: i. KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dll semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan secara aktif dalam proses P&P. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang disamapaikan dalam pembelajaran. ii. KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN

Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian muridmurid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi P&P dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Contohnya penggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa. Ini akan menambahkan keseronokan pelajar. iii. PENINGKATAN DAYA INGATAN Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai.Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut. iv. MENARIK DAN MENGEKAL MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran semulajadi serta persekitaran sosial mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji.

Pengguanaan pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepda pelajar. V. PENINGKATAN KREATIVITI Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Selain darikreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti murid-murid dalam mencari sumber maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fesilitator. vi. MEMBERI PELUANG UNTUK MAIN PERANAN DAN SIMULASI Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak.

Anda mungkin juga menyukai