Anda di halaman 1dari 19

1

BINCANGKAN KETIGA-TIGA GAYA KEPIMPINAN: KEPIMPINAN AUTOKRATIK, KEPIMPINAN DEMOKRATIK DAN KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE DAN KESANNYA TERHADAP PENGURUSAN ORGANISASI

SENARAI KANDUNGAN

1.0

Pendahuluan 1.1 1.2 1.3 1.4 Bekerja Secara Berkelompok Tujuan Kepimpinan Impak Kepimpinan Kajian Kurt Lewin 1.4.1 1.4.2 1.4.3 Kepimpinan Autokratik Kepimpinan Demokratik Kepimpinan Laissez-Faire

3 3 3 4 4 4 5 5 7 7 7 9 9 9 10 10 10 11 11 12

2.0

Kepimpinan Autokratik 2.1 2.2 Ciri-ciri Kepimpinan Autokratik Adolf Hitler Ciri-ciri Kepimpinan Demokratik Impak Kepimpinan Demokratik Ciri-ciri Kepimpinan Laissez-Faire Kelemahan Kepimpinan Laissez-Faire

3.0

Kepimpinan Demokratik 3.1 3.2

4.0

Kepimpinan Laissez-Faire 4.1 4.2 4.3

Kesan-kesan Kepimpinan Laissez-Faire Kepada Subordinat 11 Tiga Gaya Kepimpinan

5.0 6.0

Perbandingan Gaya Kepimpinan 5.1 Kesimpulan

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Bekerja Secara Berkelompok Bekerja dan berusaha secara berkelompok atau berorganisasi ini merupakan sesuatu yang tabii bagi manusia. Malah bekerja secara berkumpulan seringkali mencetuskan hasil yang lebih baik daripada bekerja secara individu. Namun demikian, bekerja dalam satu kumpulan atau organisasi yang besar mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri. Untuk memastikan setiap organisasi berjalan lancar, organisasi tersebut perlu dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik.[1] 1.2 Tujuan Kepimpinan Dalam suatu organisasi, kepimpinan adalah sesuatu perkara yang diperlukan untuk tujuan mengurus atur sesuatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan dan perlanggaran tanggungjawab yang boleh menjejaskan kepentingan orang ramai. Pemimpinlah yang bertanggungjawab menentukan ke arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa. Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam organisasi berkait rapat dengan agenda yang dibawa oleh pemimpin[2]. Banyak nas syara yang menekankan fungsi pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengakui pemimpin mempunyai implikasi besar kepada corak atau pola perlakuan pengikut, misalnya firman Allah s.w.t dalam surah AlBaqarah ayat 257 yang bermaksud: Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

1.3 Impak Kepimpinan Kepimpinan seseorang pemimpin dalam organisasi mempunyai impak dan pengaruh yang besar terhadap kepuasan bekerja, tekanan bekerja, rangsangan untuk bekerja di tempat lain dan mutu hasil kerja di kalangan staf [3] . Khalifah Ali menyatakan bahawa: A good leader must use his head (wisdom), heart (feelings and emotions), hands (strength and power) and tongue (good communication) to help others because the Almighty Allah holds himself responsible to help those who sincerely try their best to help Him. A person can only reach the stage of piety or total Godfearing with full wisdom of knowledge and practising them with deep sincerity under the guidance of Allah and the traditions of the Prophet [4]

1.4 Kajian Kurt Lewin Pada tahun 1939, satu kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh seorang pakar psikologi, Kurt Lewin[5] telah membuat kajian tentang jenis-jenis kepimpinan. Kajian ini sangat berpengaruh dan menjadi satu sumber rujukan bagi penyelidikpenyelidik lain sehingga sekarang. Hasil kajian beliau mendapati bahawa terdapat tiga jenis kepimpinan: 1.4.1 Kepimpinan autokratik: Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan visi yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan. Kebiasaannya, pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung. Proses membuat keputusan juga tidak kreatif. Jenis kepimpinan ini hanya sesuai diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan daripada subordinat dalam sesuatu perkara.

1.4.2 Kepimpinan demokratik Pemimpin demokratik akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orangorang bawahannya. Dalam masa yang sama mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada subordinat untuk menyatakan pendapat masingmasing. Namun demikian, berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik, kumpulan organisasi yang bekerja di bawah kepimpinan demokratik kurang produktif tetapi sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih berkualiti. 1.4.3 Kepimpinan Laissez-Faire Kajian Lewin membuktikan pemimpin laisez faire jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan. Kepimpinan ini mungkin boleh berjaya sekiranya subordinat mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Walau bagaimanapun ia biasanya akan mengakibatkan subordinat terbabit mempunyai motivasi yang rendah.

Rajah 1: Kesinambungan Gaya Kepimpinan[6] Merujuk kepada Rajah 1, gaya kepimpinan autokratik lebih fokus kepada work centered. Pemimpin hanya mengeluarkan arahan dan memastikan arahan tersebut dilaksanakan tanpa memberikan penjelasan. Pemimpin demokratik pula akan melibatkan diri sekaligus menggalakkan penyertaan subordinat manakala pemimpin laissez faire memberikan kebebasan kepada subordinat merancang aktiviti bagi mencapai objektif. Rajah 2 menunjukkan lakaran yang lebih ringkas mengenai ketiga-tiga jenis kepimpinan.

Rajah 2: Tiga Gaya Kepimpinan[7] 2.0 Kepimpinan autokratik 2.1 Ciri-ciri Kepimpinan Autokratik Pemimpin autokrasi cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan. Mereka suka mendominasi. Gaya ini memperlihatkan satu bentuk kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima akibat daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk. Pemimpin autokratik lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina. Pemimpin jenis ini juga memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu. Mereka tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear). Gaya kepimpinan ini jarang sekali mengamalkan konsep syura sedangkan amalan syura sangat dituntut di dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Ali-Imran ayat 159: Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan

mohonkanlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.[8]

2.2 Adolf Hitler Adolf Hitler merupakan satu contoh pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Telah banyak kemusnahan yang diakibatkan oleh Hitler[9]. Kepimpinan beliau secara perlahan-lahan telah menghakis kebebasan awam. Walaupun pengaruh Hitler diakui sangat berpengaruh dan berjaya untuk jangka masa pendek, namun untuk jangka masa panjang, Hitler gagal mencapai matlamatnya. Malah Hitler juga turut dikenang sebagai antara pemimpin yang paling kejam dalam sejarah kepimpinan dunia. Ini jelas menunjukkah, bahawa kepimpinan autokratik sesuai digunakan apabila sesuatu keadaan sedang meruncing dan memerlukan keputusan yang cepat dan jelas. Namun demikian, akibat daripada keputusan itu boleh jadi baik atau tidak baik. Sekiranya mengakibatkan natijah yang lebih buruk, maka kesannya akan dirasai oleh keseluruhan organisasi untuk satu tempoh yang panjang. Allah s.w.t melarang terhadap mana-mana pemimpin yang terlalu taksub dengan dirinya sendiri sepertimana dalam firman Allah dalah surah An-Najm ayat 32: Maka janganlah kamu menganggap diri kamu itu suci daripada sebarang kelemahan, Dialah yang lebih tahu mengenai sesiapa yang paling bertaqwa[10]

Imam Nawawi telah menyenaraikan beberapa hadis yang berkaitan dengan sifat rendah diri atau tawaduk[11]. Antara hadis yang digunakan beliau ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar bertawaduklah (merendah diri) sesama kamu sehingga tidak ada yang berbangga ke atas saudaranya yang lain dan sehingga tidak ada yang melampau ke atas seorang yang lain

3.0 Kepimpinan Demokratik 3.1 Ciri-ciri Kepimpinan Demokratik Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin[12]. Pemimpin demokratik juga lebih bertimbangrasa dan sentiasa memberi galakan dan penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja yang perlu dibuat. Pemimpin sentiasa melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan tetapi keputusan muktamad akan ditetapkan oleh pemimpin. Penglibatan pemimpin dalam proses kerja boleh dioptimumkan dengan mengambil kesempatan ini untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya. Dalam masa yang sama ia juga boleh meningkatkan kempotensi organisasi[13]. Walaubagaimanapun, Kedia et al.[14] menyatakan bahawa teknik membuat keputusan yang secara komprehensif kadangkala boleh mengakibatkan sesuatu keputusan itu lambat dan sukar dicapai. 3.2 Impak Kepimpinan Demokratik Vries et al. [15] menyatakan bahawa kepimpinan yang berorientasikan manusiawi mampu meningkatkan kepuasan bekerja. Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa mendidik dan berlemah-lembut terhadap para sahabatnya. Sebagai contoh, Baginda telah menerapkan konsep ihsan kepada para sahabat bagi melahirkan umat yang berkualiti dan sentiasa memberikan hasil kerja yang terbaik[16]. Malah, Packard dan Kauppi[17] telah membuktikan dalam kajian mereka bahawa pemimpin demokratik menunjukkan sikap bertimbangrasa, memberi sokongan dan mempunyai sikap demonstratif yang tinggi sekaligus akan menatijahkan subordinat yang memperolehi kepuasan bekerja yang tinggi. Tambahan lagi, penglibatan pemimpin akan menyediakan ruang yang lebih felksibel untuk maklumbalas antara subordinat dengan pemimpin sekaligus pemimpin lebih peka dengan sebarang perubahan pada organizational climate[13].

10

4.0 Kepimpinan Laissez Faire 4.1 Ciri-ciri Kepimpinan Laissez Faire Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Gaya kepimpinan ini melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit sekali. Pemimpin laissez faire memberikan sepenuh kebebasan kepada ahliahlinya untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedeimikian memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya[18] . Antara ciri-ciri kepimpinan laissez faire[19]: i. ii. iii. iv. v. Subordinat Subordinat keputusan Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan kepelbagaian tugas Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti objektif organisasi Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya. 4.2 Kelemahan Kepimpinan Laissez-Faire Gaya kepimpinan ini agak popular dan sering diamalkan namun demikian ia tidak realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasai di mana perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan, inovasi dan teknologi[20]. Bradford dan Lippit
[21]

bergantung perlu

kepada

diri

sendiri

sepenuhya

tanpa

penjelasan daripada pemimpin bersedia untuk bertanggungjawab membuat

menyatakan bahawa pemimpin

laissez faire bersikap deskriptif. Mereka sedaya upaya mengelak daripada mempengaruhi subordinat. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Mereka banyak bergantung kepada

11

subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas dan tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan. 4.3 Kesan-kesan Kepimpinan Laissez-Faire Kepada Subordinat Telah dinyatakan sebelum ini dalam perkara 1.4.3 bahawa gaya kepimpinan ini mungkin berkesan sekiranya setiap ahli mempunyai kepakaran yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diberikan. Tetapi dalam kes-kes yang melibatkan ahli yang mempunyai kepakaran yang rendah, organisasi tersebut telah dikenalpasti sebagai kurang kompeten dalam menangani masalah dan kurang kepuasan bekerja[22]. Kumpulan pekerja seperti ini turut merasa tertekan dan menunjukkan mutu kerja yang rendah kerana kurang berdisiplin[23]. Aspegern[24] mendapati bahawa motivasi ahli-ahli yang berada di bawah kepimpinan laissez faire berada di tahap yang rendah. Secara ringkasnya, produktiviti, hubungan sesama ahli, perubahan persekitaran dan inovasi adalah rendah apabila berada di bawah kepimpinan laissez faire. 5.0 Perbandingan Gaya Kepimpinan 5.1 Tiga Gaya Kepimpinan Jadual 1 menunjukkan perbandingan tiga gaya kepimpinan dari segi keberkesanannya.

12

Jadual 1: Perbandingan Tiga Gaya Kepimpinan[7]


Tidak patut digunakan apabila i. Subordinat mula merasa takut dan tertekan ii. Subordinat mahukan pendapat mereka didengar dan diambilkira iii. Motivasi subordinat rendah, turnover rate yang tinggi dan masalah tidak hadir ke tempat kerja

Berkesan apabila.. i. Subordinat tidak memberi respon kepada gaya kepimpinan yang lain Autokratik ii. Kerja perlu dikoordinasikan dengan jabatan lain iii. Pengurusan organisasi berada di tahap yang rendah

i. Pemimpin dan subordinat Demokratik sama-sama menunjukkan komitmen yang tinggi i. Subordinat mempunyai kepakaran dan pengalaman yang tinggi ii. Subordinat berminat untuk Laissez faire melaksanakan tugas yang diberikan dengan cemerlang iii. Subordinat berbaloi untuk dipercayai

i. Perlu membuat keputusan dengan pantas

i. Subordinat merasa kurang yakin dengan ketidakhadiran pemimpin ii. Pemimpin tidak boleh memberikan maklumbalas mengenai prestasi kerja subordinat iii. Pemimpin tidak pandai berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan oleh subordinat

6.0 Kesimpulan 6.1 Daripada penulisan ini, penulis mendapati bahawa terdapat unsur ektrimisme dalam gaya kepimpinan autokratik dan laissez faire. Kepimpinan autokratik didominasi oleh pemimpin manakala kepimpinan laissez faire didominasi oleh

13

subordinat. Kedua-dua gaya kepimpinan ini tidak sesuai digunakan kerana hanya fokus pada sebelah pihak sahaja. Penulis percaya bahawa mencari titik tengah adalah kaedah yang terbaik. Oleh itu, daripada tiga jenis kepimpinan yang dibincangkan, kepimpinan demokratik merupakan gaya kepimpinan pilihan penulis. Namun demikian, kunci kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk mengaplikasikan gaya-gaya kepimpinan bergantung kepada situasi yang sedang dihadapi[25]. Kemahiran ini dinamakan sebagai Situational Leadership.

6.2 Seorang pemimpian perlu konsisten dan aktif melibatkan diri dan bergaul dengan subordinat. Ia penting kerana pemimpin boleh tahu mutu kerja setiap subordinat adalah seperti yang telah ditetapkan. Ia juga menunjukkan bahawa pemimpin ambil berat terhadap subordinat. Di dalam bukunya, 'Becoming A Person of Influence', John C. Maxwell menyatakan kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh[26]. Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan. Ada kedudukan dan ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin. 6.3 Walaubagaimanapun, dalam Islam, kepimpinan tidak semata-mata merujuk kepada pemimpin tertinggi semata-mata. Mengikut hadis Rasulullah s.a.w., semua individu dianggap sebagai pemimpin dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah kepimpinannya seperti sabda Baginda yang bermaksud[26]: Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh

14

Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikannya.

6.4 Sebagai pemimpin, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan ketinggian darjat yang Allah kurniakan. Gunakanlah pangkat dan darjat ini dengan melakukan kebaikan kepada manusia sejagat. Bersabarlah dan kreatif dalam mendidik dan menangani permasalahan orang-orang bawahan. Dan hairankah kamu bahawa ada peringatan yang dating dari Tuhanmu melalui seorang laki-laki dari kalanganmu sendiri, untuk memberi peringatan kepadamu? Ingatlah ketika Dia menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah setelah kaum Nuh, dan Dia lebihkan kamu dalam kekuatan tubuh dan perawakan. Maka ingatlah akan nikmat-nikmat Allah agar kamu beruntung

6.5 Dan andaikata wujud sebarang bentuk perasaan takbur, ujub, riak, tamak dan sebagainya yang tercetus hasil hasutan iblis dan nafsu, bertaubatlah agar sentiasa dalam perlindungan Allah jua. Luruskanlah niat agar sentiasa ikhlas kerana Allah s.w.t. Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu yang lain, untuk mengujimu atas kurnia yang diberi kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.

15

NOTA HUJUNG 1. i. Antara kandungan artikel ini termasuklah kelebihan-kelebihan syura Kualiti keputusan yang diperolehi adalah lebih baik kerana mengambilkira banyak pandangan terutamanya daripada pakar-pakar yang berkaitan dengan bidang berkenaan ii. Amalan ini merupakan cara yang sangat efektif bagi mewujudkan ownership terhadap keputusan yang dibuat. (Sumber: http://www.jim.org.my/v1/index.php/artikel/minda- pimpinan/256syura- petunjuk-ilahi-mencapai-kecemerlangan-organisasi) 2. Kertas kerja ini dibentangkan oleh Nurhelmi Bin Haji Ikhsan pada Seminar Pengurusan Islam pada 3 Mei 2008 di Quality Hotel, Shah Alam 3. Chen, J. C. & Silverthorne, C. (2005), Leadership Effectiveness, Leadership Styles And Employee Readiness, Leadership & Organization Development Journal, Vol. 26 No. 4, pp. 280-288 4. Kenyataan ini datang daripada surat yang ditulis oleh Saidina Ali melalui suratnya kepada Gabenor Mesir, Malik al-Ashtar. Sumber ini dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Akhsan dari INTAN (Sumber:http://74.125.95.132/search?q=cache:MTPz-ZrlkJ:www.intanbk.intan.my/ /cda/m_online/ptk_files/ptk5/ceramah/Energizing%2520Leadership%2520Eff ectiveness.pdf+effectiveness+of+democratic+leadership+filetype:pdf&cd=3& hl=en&ct=clnk&gl=my) 5. Sumber dipetik daripada http://psychology.about.com/od/leadership/a/leadstyles.htm

seperti:

16

6. Sumber sebenar daripada Tennenbaurn, R & Schmidtt, W.H., How to Choose a Leadership Pattern, Harvard Business Review 51, May-June 1973:162-180 yang dipetik daripada: http://drtopics.modernmedicine.com/drugtipics/articleDetail.jsp?id=117440 7. Sumber ini dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Akhsan dari INTAN (Sumber: http://74.125.95.132/search?q=cache:MTPz-qZrlkJ:www.intanbk.intan.my/ /cda/m_online/ptk_files/ptk5/ceramah/Energizing%2520Leadership%2520Eff ectiveness.pdf+effectiveness+of+democratic+leadership+filetype:pdf&cd=3& hl=en&ct=clnk&gl=my) 8. Tafsiran penuh ayat 159 dari Surah Ali-Imran adalah seperti berikut: Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal Urusan yang dimaksudkan di sini termasuklah urusan peperangan, politik,ekonomi dan kemasyarakatan. 9. Sumber dipetik daripada Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah. Buku ini adalah terjemahan daripada buku Bahasa Inggeris berjudul The 100, A Ranking Of The Most Influential Persons In History, karya Michael H. Hart, yang diterbitkan oleh Hart Publishing Co. Inc., New York

17

10. Tafsiran penuh ayat 32 dari surah An-Najm adalah seperti berikut: Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahankesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci dari sebarang kelemahan. Dia mengetahui tentang orang yang bertaqwa 11. Sumber dipetik daripada Adlan Abd Aziz dalam artikel bertajuk Rendahkan Diri, Engkau Akan Tinggi di SisiNya yang dimuatkan dalam majalah Solusi, Isu No. 5, ms. 12-13 1. Kebaikan-kebaikan kepimpinan demokratik: i. Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan ii. Darjah penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi iii. iv. vi. Pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan Keputusan lebih berkualiti Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih masalah yang dihadapi v.Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran pekerja bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat bersama (http://74.125.155.132/search?q=cache:TbZ942BMq04J:www.kmpk.matrik.ed u.my/sas/unitp_perniagaan/BAB%25207%2520AN%2520015%2520KEPIMPI NAN.ppt+kepimpinan+laissez+faire&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firef ox-a) 12. Howard, A.(1997), High Involvement Leadership: Moving From To Talk To Action, Empowerment In organizations, Vol, 5 No. 4, pp. 185-192.

18

13. Kedia, B.L., Nordtvedt, R. and Perez, L.M.(2002), International Business Strategies, Decision-making Theories, and Leadership Styles: An Integrative Framework, Competitive Review, Vol. 12, pp. 38-52 14. Vries, R.E., Roe, R. A. and Taillieu, T.C.B.(1998), Need of Supervision, Its Impact On Leadership Effectivenes, The Journal Of Applied Behavioral Science, December, pp.486-501 15. Sumber dipetik daripada Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid dalam artikel bertajuk Strategi Kepimpinan Rasulullah yang dimuatkan dalam majalah Solusi, Isu No. 4, ms. 81. Antara kebaikan konsep ihsan adalah: i. Ikhlas dalam setiap amalan dan tindakan ii. Bersikap amanah terhadap tugas yang diberikan iii. Meyakini bahawa Allah sentiasa mengawasi iv. Sentiasa bersungguh dan jujur dalam setiap keadaan 16. Packard, S.H. & Kauppi, D.R.(1999),Rehabilitation Agency Leadership Style:Impact On Subordinates Job Satisfaction, Rehabilitation Counseling Bulletin, Vol. 43 No. 1, pp. 5-11 17. Tatum, B.C., Eberlin, R., Kottraba, C. & Bradberry, T.(2003), Leadership, Decision Making, And Organizational Justice, Journal Of Management Decision, Vol. 41 No. 10, pp. 1006-1016 18. Sumber dipetik daripada: http://www.stewart-associates.co.uk/leadershipmodels.aspx 19. Frischer, J.(2006), Laissez-Faire Leadership Versus Empowering Leadership In New Product Developing, presented at Seminar On The Philosophy Of Leadership, Aalborg University

19

20. Bradford, L.P. & Lippit, R.(1945). Building A Democratic Workgroup, Personnel, Vol. 2 No. 3, pp. 142-148 21. Murnighan, K. & Leung, T.K.(1976), The Effects Of Leadership Involvement And The Importance Of The Task On Subordinates Performance, Organizational Behavior And Human Performance, Vol. 17, pp. 299-310 22. Berrien, F.K.(1961), Homeostasis Theory Of Groups Implications For Leadership. In Petrullo, L. & Bass, B. (Eds), Leadership And Interpersonal Behavior. New York: Holt, Rinehart & Winston. 23. Aspegren, R.E.(1963), A Study Of Leadership Behavior And Its Effects On Morale And Attitudes In Selected Elementary Schools, Dissertation Abstracts 24. Howard, W.C.(2003), Leadership:Four Styles, Education, Vol. 126 No. 2, pp. 384-391 25. Dipetik daripada: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1610 26. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Anda mungkin juga menyukai