Anda di halaman 1dari 28

tugasan assigment PRA 3111-penilaian dan pentaksiaran kemajuan kanak-kanak

1.0.

Pengenalan Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dan bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam penilaian berterusan. Satu instrumen senarai semak lengkap juga akan dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai maklumat sepuluh item kognitif, sepuluh item kognitif dan sepuluh item psikomotor. Tugasan ini adalah persediaan dan pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah. Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat dalam pendidikan prasekolah.

2.0.

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan.

3.0.

Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan penilaian. Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat,merekodkan ,menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh . Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat. Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.

Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid

yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan. Objektif Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid. Menurut Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis

panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik. Prinsip James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil. Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan). Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak. Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak. Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan. Jadi

penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya. Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran? Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak. Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang padat dan berguna. Saya berusaha membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui internet. Sebagai contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan daripada pelbagai Negara. Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran. Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat dilakukan melalui proses amali. Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain. Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai pembelajaran yang berkesan.

4.0.

Konsep penilaian berterusan.

Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tidak kira masa tertentu. Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester. Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa. Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid

dari semsa ke semasa. Penilaian berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.

Ini adalah antara pendapat dua tokoh mengenai penilaian berterusan:

5.0.

Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan. Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan. Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat flashback. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanakkanak sahaja. Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang. Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit. Prosedur prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

6.0.

Instrumen senarai semak lengkap dari aspek item kognitif, afektif dan psikomotor.

Penilaian domain kognitif KOD FOKUS HASIL PEMBELAJARAN Tarikh : 04/08/2011 TL ST 1 ST 2.0 Kemahiran saintifik 2 ST 2.1.6 memerhati dan mengenal pasti bentuk di persekitaran. ST 2.1.7 memerhati objekobjek di persekitaran dan mengenal saiz (besar, kecil,panjang, pendek,tinggi,rendah,tebal, nipis. 3 ST alam hidupan 4 ST 3.1.3 mengenal pasti organ deria (mata, hidung, telinga, lidah, kulit) X X X 3.0 ST 3.1.2 mengenalpasti X X X menyiasat bahagian tubuh badan X X X X SM BM X Tarikh : 11/08/2011 TM SM X BM Tarikh : 18/08/2011 TM X SM BM LI PR HK

SUMBER/EVIDENS

TL X

danmenyatakanfungsi setiap organ deria ini. 5 6 ST konsep nombor 7 7.0 ST 3.4.6 mengumpulkan haiwan mengikut habitat. ST 7.1.7 membilang X X X secara menaik 1-10 dan menurun 10-1 ST 7.1.8 menulis nombor 1- 10 mengikut cara yang betul ST 7.2.1 menulis angka sifar 9 ST operasi nombor 10 8.0 ST 8.1.1 menyatakan hasil tambah objek ST 8.1.4 menulis ayat X X X matematik menggunakan tambah(+) dengan(=). dan dengan operasi sama dua himpunan X X X X X X X X X X

Penilaian domain psikomotor KOD FOKUS HASIL PEMBELAJARAN Tarikh : 04/08/2001 TL PFK 1 PFK 2 PFK3 PFK4 PFK motor kasar 2.0 PFK lurus PFK 2.1.11 berjalan dengan pundi kacang di atas kepala PFK 2.1.13 berlari ke arah yang ditentukan. PFK 2.2.6 berbaring sambil kaki PFK5 PFK 2.2.10 X X X mengangkat X X X X X X X X X 2.1.9 berjalan dengan Perkembangan mengundur SM X BM Tarikh : 11/08/2001 TM X SM BM Tarikh : 18/08/2001 TM X SM BM LI PR HK

SUMBER/EVIDENS

TL

mendongak menunduk 6 PFK Kesihatan Fizikal 7 3.0 PFK Menggosok dengan cara secara perlahan.

dan kepala 3.1.5 gigi yang X X X X X X

betul. PFK 3.2.3 mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Seni (KTI 1.0) Visual KTI 1.1.5 mewarnakan gambar dalam ruang tertentu. KTI 1.2.11 mereka

corak bebas dengan menggabungjalinkan pelbagai teknik dalam membuat corak dan rekaan. 10 KTI binaan kreativiti melalui teknik bimbingan. Penilaian domain afektif KOD FOKUS HASIL PEMBELAJARAN Tarikh : 04/08/2001 TL PM 1 PM kepada Tuhan PM2 PM 2.0 Baik hati PM3 PM 4.0 PM 2.1 Memberi bantuan kepada ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain. PM 4.1.2 Mengucapkan X X X X X X X 1.0. PM 1.1.2 Membezakan Kepecayaan ciptaan Tuhan SM BM X Tarikh : 11/08/2001 TM SM X BM Tarikh : 18/08/2001 TM X SM BM LI X PR HK 1.2.9 mengikut sendiri pelbagai dengan X X X Mengahsilkan bentuk

SUMBER/EVIDE

Berterima kasih

terima kasih secara lisan atau bukan lisan di atas bantuan, penghargaan dan sumbangan diterima. terima yang X X X X

PM4

PM Hemah tinggi

5.0

PM 5.1.5 Menyatakan caracara bertingkah laku sopan.

PM5

PM

11.0

PM

11.1.2

Mengamalkan

Kerajinan PSE1 PSE dan mengurus emosi sendiri PSE2 1.0

sifat rajin dalam pengurusan diri dan menjalankan tugas. PSE 1.1.6 menyatakan X X X X

mengenali

emosi mengikut situasi.

PSE 1.1.4 menceritakann pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti marah,gembira,takut,marah. PSE 1.1.5 Mengenal pasti dan bercerita tentang jenisjenis emosi 1.3.4 gembira, sedih,takut dan marah.

PSE3

PSE4

PSE

Menerangkan emosi antara

perbezaan individu.

PSE5

PSE membina

3.0

PSE 3.2.6 menghormati hak orang lain seperti: Meminta izin menggunakan barang orang lain.

kemahiran sosial.

7.0.

LAPORAN LENGKAP HASIL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID

NAMA MURID NO.SURAT BERANAK NAMA BAPA PEKERJAAN BAPA NAMA GURU ALAMAT RUMAH TEMPAT PENILAIAN : 050415-03-0937 :ZULHISHAM BIN OSMAN : TUKANG KAYU : PUAN HASINAH BTE CHE AMAT :KG.PULAU GAJAH,PENGKALAN CHEPA,KELANTAN :SK PULAU GAJAH,PENGKALAN CHEPA,KELANTAN. :MUHAMAD HARIS DANIAL BIN ZULHISHAM

Pengenalan pemerhatian Penilaian telah dilakukan ke atas Mohd Haris Danial berumur 6 tahun. Dia adalah anak tunggal dan hidup bertiga bersama ibu dan bapa. Tidak hairanlah jika dia mendapat kasih sayang yang cukup dan agak manja. Saya memilih Haris Danial kerana dia adalah antara 3 murid yang sudah pandai membaca dan boleh memberikan komitmen kepada saya. Ini juga bertujuan untuk menyenangkan kerja-kerja saya. Saya juga terdorong untuk memilihnya sebagai bahan penilaian kerana dia rajin ke sekolah

dan mempunyai ketekunan yang tinggi dalam membuat tugasan. Contoh aktiviti yang selalu mendapat perhatiannya adalah subjek kreativiti. Dia banyak menghasilkan banyak hasil kerja yang baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain. Namun ini tidak bermakna ianya sempurna. Dia mempunyai masalah tingkah laku yang bermasalah. Dia seorang yang aktif dan suka mengusik rakan-rakannya. Keputusan penilaian dicatatkan dalam jadual di bawah: TAJUK: JADUAL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF. DOMAIN 04/08/2011(%) 11/08/2011(%) 18/08/2011(%) TM SM BM TM SM BM TM SM BM KOGNITIF 3 6 1 9 1 0 10 0 0 PSIKOMOTOR 3 7 0 9 1 0 10 0 0 AFEKTIF 2 6 2 7 3 1 10 0 0 Jadual di atas menujukkan hasil dapatan pengumpulan data senarai semak mengikut tarikh dan domain yang dipaparkan.

TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN TARIKH 4 OGOS PADA TAHUN 2011

Analisis Graf di atas menunjukkan analisis peratusan tahap kemahiran mengikut domain pada tarikh 04 Ogos 2011. Graf di atas menunjukkan Daniel telah dapat menguasai kemahiran kognitif dan psikomotor sebanyak 90%. Berbanding hanya 70% pada perkembangan afektif. Danial belum menguasai kemahiran afektif sebanyak 20%.

TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN BERDASARKAN TARIKH 11 OGOS PADA TAHUN 2011

Analisis:

Graf di atas menunjukkan peratusan tahap kemahiran mengikut domain berdasarkan tarikh 11 Ogos 2011. Daniel sedang menguasai 70% daripada perkembangan psikomotor. Tetapi mengalami kelemahan yang nyata jika dilihat pada perkembangan kognitif sebanyak 10%.

TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN BERDASARKAN TARIKH 11 OGOS PADA TAHUN 2011

Analisis: Graf di atas menunjukkan peratusan tahap kemahiran pada tahap 100% bagi ketiga-tiga perkembangan iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Murid sudah berjaya menguasai SP yang tertentu dalam ketiga-tiga domain. Mungkin ini adalah hasil daripada aktiviti pemulihan yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung.

TAJUK: GRAF DI BAWAH MENUJUKKAN PERATUS MURID DALAM TAHAP TELAH MENGUASAI PADA KETIGA-TIGA FASA.

Analisis dan tindakan susulan Graf di atas telah menunjukkan peningkatan peratusan tahap telah menguasai dalam ketiga-tiga domain. Murid telah berjaya 100% perkembangan tiga domain ini pada fasa 3. Pada fasa pertama, Jika hendak dilihat pada awal penilaian, murid hanya boleh menguasai 30% pada perkembangan kognitif dan psikomotor. Dan sebanyak 20% pada perkembangan afektif. Ini mungkin disebabkan murid kurang pendedahan ilmu yang sepatutnya diajar kepadanya. Guru prasekolah yang mengajar tidak mengikuti KSPK sepenuhnya. Akibatnya hasil pembelajaran tidak tercapai. Bukti yang saya perolehi adalah hasil pemerhatian saya terhadap gaya pengajaran guru yang kurang menepati SP KSPK. Hasil soal jawab bersama Danial juga adalah satu cara yang telus saya fikir kerana kanak-kanak tidak pandai menipu. Tindakan yang saya lakukan adalah memberikan lagi banyak aktiviti bimbingan pada tahap ini. Setiap kali pelajaran atau rutin, saya akan menerapkan nilai murni dan soalan yang meransang fikirannya. Untuk tunjang kognitif, ST 2.1.6 memerhati dan mengenal pasti bentuk di persekitaran, Danial mengalami masalah menguasainya. Jadi, saya telah mengajarnya secara peribadi dan

bertanya semula kepadanya apakah objek yang menyerupai bentuk yang ditunjukkan oleh guru. Sebagai contoh: Danial,cuba lihat bola itu berbentuk apa? Lihat juga pada glob itu. Apakah bentuk yang kamu lihat? Pada fasa ke-2, Kenaikan sebanyak 60% pada domain kognitif dan psikomotor adalah jumlah yang sangat tinggi. Ini boleh dilihat pada fasa 1 Danial hanya boleh menguasai 30% sahaja berbanding pada fasa 2 sebanyak 90% pada kedua-dua domain. Ini adalah satu peringkat yang menyakinkan dan baik. Ini mungkin disebabkan oleh penerapan yang saya lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran agar semua murid termasuk Danial dapat mengembangkan diri mereka pada tahap yang sepatutnya. Ini kerana saya telah melakukan aktviti bimbingan pada fasa 1. Namun Danial hanya menguasai 70% perkembangan afektif pada fasa 2. Dia memerlukan aktiviti peneguhan sehinggalah dapat meguasai sepenuhynya. Antara aktiviti peneguhan yang telah dijalankan adalah aktiviti simulasi dan lakonan. Dia akan disoal dan dikehendaki membuat lakonan. Contohnya, apakah yang perlu dilakukan jika seseorang memberi pertolongan atau barang kepada kita? Denial juga masih ada sedikit kekeliruan dengan ciptaan Tuhan dan manusia. Saya telah memberikan ciri-ciri bahan buatan Tuhan yang tidak termampu dicipta oleh manusia. Dan nampaknya dia faham dengan baik perkara yang saya sampaikan. Pada pendapat saya dia perlu diberi peluang melihat keindahan ciptaan dan kekuasaan Tuhan seperti pokok-pokok,binatang dan pantai supaya dia boleh menghayati pemahaman yang ada. Saya juga perlu mengajar Daniel menggosok gigi dengan cara yang betul. Dia boleh menggosok gigi dengan betul namun perlu diperbaiki. Jika sebelum ini, dia menggsosok gigi dengan turutan yang kurang tepat, namun setelah saya membimbingnya secara dua kali, dia berjaya melakukannya dengan sendiri tanpa bimbingan. Sebagai langkah berterusan, saya meminta dia melakukan perkara yang sama di rumah. Saya juga menitikberatkan pemakanan yang sihat agar dapat menjaga gigi kekal sihat kepada murid. Saya sempat mengambil gambar, bukti hasil pemerhatian yang saya lakukan. Ini adalah antara gambar yang sempat ditangkap. Daniel budak yang rajin. Dia dapat menyiapkan kerja, kemas. dia dapat tugas dengan siap baik. dan Apabila saya memberikan lembaran melakukannya dengan

Kemahiran koordinasdi mata dan tangan berkembang dengan Dia dapat menghasilkan origami epal lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. baik.

Daniel dapat menyelesaikan masalah matematik dalam operasi tolak.

Rajah 3 Daniel sedang menulis dan menyelesaikan operasi matematik.

Rajah 4 menimbang pundi kacang atas kepala

Rajah 5 Membezakan bentuk

Rajah 6 Ketika melakukan aktiviti non lokomotor

Rajah 7 Daniel sudah dapat mengira menggunakan jari

Rajah 8 Menunjukkan cara berjalan di hadapan orang tua Selepas pemerhatian dan rekod telah dilakukan, saya dapat menyimpulkan bahawa terbukti penilaian secara berterusan adalah sangat sesuai dengan kanak-kanak prassekolah. Ini kerana tindakan serta-merta yang dilakukan oleh guru sangat berkesan dalam langkah memperbaiki kelemahan murid. Murid akan lebih mengingati sesuatu kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki diri mereka melalui bimbingan guru. Guru juga harus memberikan sokongan dan penilaian yang telus agar potensi murid dapat dikembangkan secara maksimum. Guru prasekolah juga harus peka dengan semua perkara yang dilakukan oleh murid tanpa mengira dan memilih murid. Pembelajaran yang sama rata membolehkan murid mendapat hak mereka dalam kehidupan sebagai kanak-kanak. Saya juga berpendapat bahawa kanak-kanak yang pandai membaca atau kelihatan bijak tidak semestinya pandai melakukan semua perkara. Guru seharusnya tidak mengamalkan sikap sambil lewa dengan perkembangan kerohanian dan emosinya semata-mata membolehkan murid pandai membaca. Semua aspek perlu diambil kira untuk membentuk murid yang seimbang. Rekod yang dicatat dalam instrument adalah satu bahan bukti penilaian dan tindakan telah dibuat oleh guru. Ibu bapa juga harus didedahkan dengan laporan penilaian supaya dapat terlibat sama dalam pembentukan perkembangan anak mereka. Di sini baharulah ibu bapa mengetahui aktiviti dan hasil kerja anak mereka sepanjang pembelajaran di prasekolah. Ini dapat dijadikan bahan perbincangan dan penambahbaikan yang boleh diambil oleh ketiga-tiga pihak iaitu murid,guru dan ibu bapa.

8.0.

Refleksi kendiri. Saya telah menerima tugasan ini pada tarikh yang awal. Hati mula terasa beban memandangkan saya perlukan komitmen sepenuhnya terhadap kerja. Fikiran saya hanya tertumpu dengan tugasan projek, praktikum, mengajar, membuat Rancangan Pengajaran Harian dan persiapan MQA menyemak fail. Boleh dikatakan semua perkara ini membuatkan saya tertekan. Tambahan pula saya melaksanakan satu kertas projek yang bertajuk Klinik Membaca Anakku yang menuntut pelbagai usaha keras untuk menjayakannya. Kekangan masa yang memaksa saya melakukan kerja secara pantas sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Saya terpaksa melupakan soal rehat dan memanjakan diri seperti selalu untuk menyiapkan kerja ini. Dan saya pasti sikap suka bertangguh akan memakan diri saya sendiri. Sebelum melaksanakan pemerhatian, saya telah mencari bahan-bahan berkaitan. Ini penting dalam memberikan saya serba sedikit ilmu pengetahuan dalam membuat penilaian ke atas murid nanti. Saya telah membuat semakan dan sedikit analisa mengenai jenis senarai semak yang mudah digunakan. Saya juga ada membuat sedikit perubahan dalam rekod senarai semak supaya ianya lebih jelas dan mudah difahami. Agak banyak juga bahan yang saya perolehi mengenai tajuk penilaian. Kebetulan saya ada beberapa koleksi buku rujukan prasekolah yang telah dikumpul sejak beberapa tahun dulu. Saya juga mencari bahan rujukan di perpustakaan untuk menambahkan pengetahuan dan kesasihan ilmu. Saya telah membuat pembacaan daripada banyak bahan, dan baharulah saya mencari bahan-bahan penting untuk diolah isinya. Saya berusaha untuk menyiapkan kerja ini dengan sehabis baik. Selain itu saya ada masalah memahami antara penilaian dan pentaksiran. Kedua-dua istilah ini seperti sama tetapi tidak serupa. Setelah membaca banyak bahan daripada buku dan internet dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya telah sebulat suara mengatakan ianya adalah sama. Di sinilah saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan. Saya dapat membina keyakinan saya dalam memberikan pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakan-rakan. Di sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Perbincangan juga telah dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya telah mendapatkan data murid daripada fail prasekolah serta berkolaborasi dengan guru. Melalui perbincangan dengan guru saya dapat mengetahui kehidupan Daniel dengan lebih dekat sama ada di rumah atau sekolah.

Saya juga dapat mengenali murid dengan lebih dekat melalui pelbagai aktiviti dan perbualan dengannya. Daniel adalah seorang murid yang normal dan cergas. Tahap kognitif,psikomotor dan afektif yang seimbang membuatkan saya mudah untuk menilainya. Perjalanan saya membuat penilaian berlangsung dengan lancar dan sempurna. Tetapi saya berasa risau dengan kerja-kerja penilaian yang akan dilakukan apabila saya menjadi guru prasekolah yang sebenar. Saya membayangkan betapa banyaknya penilaian yang harus dilakukan ke atas 25 orang murid. Jadi,saya rasa tugasan ini adalah satu persediaan dan panduan untuk membuat penilaian pada masa akan datang. Jadi saya rasa tugasan ini sangat membantu. Di sini juga saya dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan oleh murid. Secara langsung saya dapat mengesan kelemahan yang dia ada dan cara untuk memperbaiki kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan oleh orang dewasa dalam perkembangan maksimum kanak-kanak. Jadi saya perlu membimbing mereka ke arah tahap yang sepatutnya agar tidak membebankan diri mereka dan orang lain pada masa akan datang. Kesan daripada tidak membimbing kanak-kanak pada tahap sepatutnya akan menyebabkan mereka akan merasa rendah diri dengan rakan sebaya yang lain. Selain itu mereka tidak yakin dengan kebolehan sebenar yang mereka ada. Oleh itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia prasekolah bagi mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan kerja guru agar kelemahan murid tidak terkumpul. Saya juga berpendapat bahawa penilaian dan penaksiran tidak boleh diambil mudah oleh guru prasekolah. Sekiranya perkara ini berlaku, kelemahan murid akan bertambah dan seterusnya menyukarkan guru untuk melaksanakan tindakan susulan. Inilah yang berlaku kepada muridmurid sekolah Pulau Gajah tempat saya melaksanakan praktikum. Murid yang tercicir semakin ramai manakala yang sudah pandai membaca hanya beberapa orang sahaja. Rekod yang seharusnya telah dicatat sempurna tidak kelihatan. Rekod yang hanya diisi sekadar cukup syarat jelas kelihatan apabila saya mendapati banyak ruang kosong yang belum diisi. Kebetulan pula, fail milik Daniel bertukar maklumat dengan Hafiz. Pada mulanya saya berasa pelik. Ruparupanya ada pelawat yang salah meletakkan isi maklumat itu. Setelah menyedari kesilapan itu, saya menyemak dan membertulkan semula maklumat tersebut. Dalam melaksanakan tugasan ini, saya beberapa kali datang ke maktab. Setelah penat balik dari sekolah (praktikum), usaha saya datang ke maktab untuk menemui pensyarah berkenaan menemui jalan buntu apabila gagal menemuinya. Namun saya berjaya menyiapkan tugasan hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini dirasakan sangat singkat. Dalam mengejar persiapan praktikum juga, saya juga memberikan komitmen dengan persiapan kelas di bulan puasa. Walaupun penat, saya tetap melakukan segala tugas seorang pelajar dan guru

prasekolah. Saya bertungkus-lumus menyiapkan kerja ini sebelum raya. Setelah sepakat dengan rakan-rakan lain, saya sepakat untuk mengkhantarnya selepas raya. Meskipun saya sudah siap, saya mengambil keputusan untuk mencetaknya selepas raya. Saya juga tiada masa untuk menghantar tugasan sebelum raya kerana terpaksa berkemas-kemas untuk balik ke kampung. Melalui tugasan ini, saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu prasekolah ini. Sememangnya saya seorang pelatih yang kurang berminat dengan opsyen prasekolah, namun saya berusaha untuk menuntut sebanyak-banyak ilmu tentang prasekolah. Ini semua untuk kanakkanak yang berjiwa bersih. Saya perlu mencorakkannya untuk menjadi seorang yang baik seperti kain yang berwarna warni dan cantik. Itu azam saya setelah melihat kanak-kanak prasekolah ini. Saya kira, saya sudah buat yang terbaik untuk tugasan ini. Saya sudah berazam untuk melakukan yang terbaik untuk menebus kembali pointer yang lepas. Saya mahu mendapatkan pointer yang tinggi pada sem ini. Pada saya kepuasan melaksanakan tugas itu penting dan saya telah melakukan yang terbaik. Penilaian hasil kerja kursus ini terletak pada tangan pensyarah. Dan itu bukanlah hak saya menentukan gred kerja saya. Saya hanya mengharapkan saya mendapatkan yang terbaik daripada hasil kerja saya. Itu sahaja,sekian. Terima kasi

Anda mungkin juga menyukai