Anda di halaman 1dari 15

KEPUPUSAN HAIWAN 1.

0 Pengenalan Menurut kamus bahasa melayu edisi kedua (1996), flora membawa maksud `tumbuhan-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa, manakala fauna pula bermaksud `seluruh binatang yang hidup di suatu tempat. Kepupusan pula menurut kamus bahasa melayu bemaksud `habis lenyap. Kepupusan flora dan fauna boleh di definisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan semulajadi dari muka bumi. 2.0 Mengapakah sesetengah haiwan pupus? Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. satu punca utama kepupusan fauna. 1. Pembalakan Haram Pembalakan haram merupakan salah satu punca utama kepupusan flora dan fauna. Pembalak-pembalak haram giat membuat aktiviti pembalakan secara meluas di kawasan yang tidak sepatutnya. Pokokpokok balak tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada di bawahnya. Keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan renek ini mengalami kepupusan. Apabila hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat yang tinggal untuk fauna. fauna

Diantara

punca-puncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah

2. Pembakaran Hutan Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka dan tidak terkawal juga boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut satu laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada bulan Mac 2005 yang lalu, kebakaran hutan di Berjuntai Bestari, Batang Berjuntai hampir meragut sejumlah besar hutan di kawasan tersebut. Apabila kebakaran hutan terjadi, fauna akan kehilangan tempat tinggal. Mohd Kdir (2009) di dalam blognya menyatakan kebanyakan pihak di negara membangun lebih gemar megambil jalan mudah dan singkat seperti mengamal kan konsep tebas dan bakar (slash and burn). Pembakaran yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan api merebak dan meningkatkan peratus kepupusan flora dan fauna.

3. Pembukaan Tanah Baru / Pembangunan Antara keperluan yang sering menjadi masalah adalah tempat tinggal. Manusia memerlukan tempat tinggal. Oleh itu, untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru perlu diterokai untuk membina penempatan baru. Kawasan yang dahulunya hutan belantara telah dijadikan kawasan perumahan oleh pemaju-pemaju.

Pembukaan tanah baru juga acap kali dilakukan untuk dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian. Habitat fauna digantikan dengan besi konkrit, menara dan sebagainya.

4. Pemburu Haram Masyarakat sering disajikan dengan dokumentari atau berita tentang haiwan-haiwan dibunuh oleh pemburu haram untuk keuntungan sendiri. Dokumentari tentang perkara ini sering dipaparkan di rancangan Discovery Channel atau National Geography. Malaysia juga tidak terkecuali. Mohd Kdir (2009) menyatakan permintaan yang tinggi dalam bidang perubatan menyebabkan pelbagai spesis haiwan diburu. Antara haiwan-haiwan yang menjadi buruan adalah:

gajah untuk gadingnya

badak sumbu diburu untuk tanduknya yang dikatakan mujarab untuk perubatan tradisional

telur penyu untuk tenaga batin dan

harimau untuk tujuan perubatan.

5. Aktiviti Perikanan Aktiviti menangkap ikan merupakan salah satu punca rezeki bagi nelayan-nelayan di pesisiran pantai. Tangkapan menggunakan jala, pancing,bubu dan apa juga cara tradisional tidak menjejaskan habitat atau bilangan hidupan akuatik di sungai atau laut. Apa yang menjadi ancaman kepada hidupan akuatik ialah tangkapan yang melibatkan bot-bot yang besar, menggunakan kemudahan teknologi moden. Apabila pukat tunda dilabuh dan dinaikkan, ia turut mengaut segala hidupan di dasar laut seperti terumbu karang, tapak sulaiman, ikan-ikan kecil dan sebagainya. Terumbu karang merupakan tempat tinggal bagi sesetengah ikan. Apabila terumbu karang itu sendiri telah dikaut, tiada lagi habitat ikan.

6. Peningkatan Suhu Dunia Dunia semakin panas. Cuaca semakin tidak menentu dan ini semua adalah kesan dari rumah hijau. Peningkatan suhu dunia (global warming) menunjukkan lapisan ozon semakin nipis. Tidak semua flora dan fauna mampu bertahan dengan suhu panas membahang. Kawasan yang dahulunya sejuk mungkin akan berakhir seperti kawasan gurun yang panas. Apabila hutan itu sendiri mengalami kepanasan global, haiwan-haiwan akan turut merasai keperitannya. Akibatnya haiwan-haiwan akan musnah dan akhirnya pupus.

3.0 Contoh haiwan-haiwan yang telah pupus. Tyrannosaurus Rex: Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu.

T. Rex

Tyrannosaurus Rex ataupun nama manjanyaT.Rexmasih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan. T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. FosilT.Rex kebanyakkannya di temui di negara-negara Benua Amerika Utara.Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.

2.Aurochs: -pupus sejak 1627

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah.Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah keTimur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di HutanJaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian dibawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm. 3.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17

Dodo Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia.Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo sepertias dead as a dodo yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran seperti mana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang.Ia sering bersarang di atas tanah seperti mana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di KepulauanMauritus. 4.Thylacinea.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936

Thylacine dipercayai pupus sejak 1936.Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa dilaporkan pertembungan .Akan antara manusia tiada dengan haiwan ini tetapi, bukti kukuh untuk

menyokongnya.Thylacine

dipercayai

pupus

kerana

pemburuan

manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.

5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. 6. Tarpan Pupussejak 1919

Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House. Ia adalah sub spesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia.Walau bagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi. 7. Caucasian Bison Pupussejak 1927

Caucasian Bison adalah sub species kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya

mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula menurun menjelang pada abad ke-19.. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison. 8. Syrian Wild Ass Pupus sejak 1927

Syrian Wild Ass adalah sub spesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda.Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil.Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 da nabad ke-17 namun akhir menurun menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna. 9. Giant Aye-aye Pupus sejak 1930

Giant Aye-aye adalah sub spesies kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur, monyet dankera. Spesies ini pernah berhabitat di kepulauan Madagascar sejak 1000 tahun yang lampau. Spesies ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiyharkan pupus sejak daripada itu.

10. Caspian Tiger Pupus sejak 1990an

Caspian Tiger adalah sub spesies bagi keluarga kucing seperti mana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang

daripada 200cm sehingga 270cm. Walau bagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula menurun pada abad ke20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama berkurang populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Spesies ini kali terakhir dilihat adalah pada awal 1990an. 3.0 Contoh haiwan lain yang terancam. ( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang akibat masih aktiviti tinggal pertanian ( b ) Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan . ( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya.

4.0 Kesan-Kesan Kepupusan Flora dan Fauna 1. Kitaran kehidupan terjejas Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan yang serius, ia turut menjejaskan kitaran kehidupan semua hidupan. Contohnya, harimau yang diburu boleh menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk mengawal populasi rusa dan kijang, haiwan-haiwan ini akan terus membiak dan mampu merosakkan kawasan rumput sekelilingnya. di

5.0 Langkah-Langkah Mengatasi. Ada beberapa cadangan bagi mengatasi masalah kepupusan fauna di Malaysia. 1. Mewujudkan sistem pengurusan hutan yang boleh menjamin dan melindungi fauna. Menjalankan penanaman semula; contohnya seperti menanam semula pokok kayu balak yang telah ditebang bagi menggantikannya. Menghadkan kapasiti hasilan hutan; untuk mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok sering ditebang dan sebagainya.

2. Memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram Sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh pembalak dan pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal menghancurkan fauna.

3. Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman rekreasi, taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi. Dengan kewujudan kawasan sebegini, habitat fauna boleh terpelihara.

6.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan suatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya, tiada apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang. Kepupusan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.

Rujukan

Laman web: http://umi-nazihah.blogspot.com/2010/08/flora-dan-fauna.html http://www.scribd.com/doc/22563781/Kepupusan-Flora-Dan-Fauna

http://takusahrisau.wordpress.com/2010/08/13/senarai-haiwan-pupusyang-popular/

Anda mungkin juga menyukai