Anda di halaman 1dari 4

Kategori C / REFLEKSI KESELURUHAN

PRA 3107

REFLEKSI KESELURUHAN
Mengikuti program pensiswazahan untuk semester yang ke empat ini, ia telah memberi input yang berguna dalam diari kehidupan saya sebagai seorang guru.Ia memberi banyak impak dari segi penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada awal bulan pertama semester 4 ini, sebelum mengikuti Interaksi yang pertama ialah mencari modul dan menjadikan modul PRA 3107 sebagai rujukan untuk sesi interaksi.Membacanya lebih awal merupakan satu tip yang diikuti Walau tidak ada modul PRA 3107 yang tepat, saya telah menggunakan modul PRA 3107 PGSR..ia cukup membantu sedikit sebanyak.Pada hari pertama interaksi iaitu pada 12 Januari 2013, saya dan rakan telah berkenal dengan Puan Pensyarah, Puan Ratanamla a/p Kalimuthu. Dengan penampilan yang pertama ini, jelas menunjukkan Puan Ratanamla merupakan seorang yang peramah

Interaksi pertama, saya dan rakan telah dibekalkan dengan proforma kursus, tugasan kumpulan dan tugasan individu.Hmmm sudah menjadi adat belajar, itulah tugasan yang perlu di lalui. Hasil dari interaksi pertama(1) sehinggalah ke interaksi yang ke-lima (5), saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai perkembangan sosioemosi yang optimum.Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya agar dapat merealisasikan hasrat ini. Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Pendekatan Belajar Melalui Bermain melalui teknik Main Peranan sudah pasti memberi input yang berguna untuk mengembangkan sosioemosi mereka. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk
Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11) Mukasurat 1

Kategori C / REFLEKSI KESELURUHAN

PRA 3107

mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun. Ini juga bersesuaian dengan tahap perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Seterusnya, saya juga menyedari sebagai seorang guru, saya harus

memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.Selain itu, guru juga patut memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka. Saya juga sedar, saya perlu menyediakan pengalaman pembelajaran

yang pelbagai. Kanak-kanak tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara, taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, kanak-kanak prasekolah akan lebih menumpukan perhatian

kepada pengajaran guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, sebagai seorang guru, saya boleh mengaitkan pengalaman mereka seperti

pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran. Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak kepada pengalaman mereka yang sebenar. Saya juga seharusnya memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah
Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11) Mukasurat 2

Kategori C / REFLEKSI KESELURUHAN

PRA 3107

mereka peluang untuk mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis tumbuhan,atau eksperimen tenggelam dan timbul. Situasi ini sebenarnya seperti merangsang mereka untuk terus berfikir dan seterusnya akan meningkatkan kemahiran sosio emosi mereka melalui lakonan doktor atau saintis. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen, murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi. Di sini semangat keyakinan diri akan tercipta. Seterusnya, murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan

pembentangan yang ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Saya dan rakan guru yang juga mesti memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri. Contohnya, berikan mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat mudah, kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas untuk memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah. Dalam interaksi-interaksi yang seterusnya, saya sedar sebagai seorang guru, saya perlu menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan

sesuatu konsep yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal. Contohnya, penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan pengalaman murid sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar. Dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan perkara yang diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan lebih mudah. Selain itu, saya mestilah memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencari alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga boleh membuat hipotesis daripada hasil pembelajaran mereka tersebut. Saya

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Mukasurat 3

Kategori C / REFLEKSI KESELURUHAN

PRA 3107

juga mesti membimbing mereka untuk mencari jalan penyelesaian, agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Guru juga boleh mengemukakan konsep yang luas. Bimbing pelajar untuk meneroka serta mengkaji konsep tersebut. Guru mesti menerima pendapat pelajar dan bimbing mereka agar menerima pandangan orang lain. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan lebih terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat mempelajari menerima pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah benar. Kesimpulannya, sebagai seorang guru, saya sedar, guru memainkan

peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam mencapai perkembangan sosio emosi yang optimum. Jadi, saya mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, saya perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan sosio emosi ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi saya perlulah cakna dengan perkembangan sosio emosi murid untuk merealisasikan hasrat ini. Harapan saya, semoga dalam semester 4 ini,ilmu pendidikan tentang pendidikan kanak-kanak akan terus mantap dan dapat membantu saya menjadi guru yang sebenar-benarnya bergelar guru dalam konteks dunia pendidikan.

Noradilah Bt Hj Nain (PPG PRAB/013/06/11)

Mukasurat 4