Anda di halaman 1dari 17

Cerpen : Kau Tak Pernah Jauh

**Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**

Dicapainya handphone lalu mendail nombor yang memang disimpan dalam handphone
nya itu. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya
Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba
dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau
milik insan yang amat dikenali. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later.
Promise.” Panggilan ditamatkan serta-merta tanpa menanti bicara yang mengundang
kekecewaan yang bertakhta di hati. Hampir menitis keluar airmata membasahi pipinya.
Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Alina masih lagi pegun duduk di
birai katil. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus
dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya.

Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua daripadanya itu sedang sibuk pada masa ini.
Hampir seminggu panggilan yang sentiasa bertamu pada waktu lunch tidak lagi
menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma mahukan
insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.

Mata kecil itu menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin
ada sesuatu yang sedang berlegar di kepala Alina sehinggakan dia tidak menyedari
wajahnya menjadi tamu mata kecil itu. Sehinggakan suasana persekitaran tidak
diendahkan.

“Abang, kalau orang lain pinang sayang, macam mane?” mata Alina dapat menangkap
riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu
bertentang dengan matanya.
Amir hanya tersenyum melihat Alina keresahan menanti jawapan. Sengaja dia
membiarkan Alina bergelut dengan kebarangkalian jawapan. “Sayang berhak untuk
menentukan kebahagiaan sayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan sayang,
walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan sayang, abang terima dengan
redha.”

Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Amir. Alina kecewa dengan
jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Amir
terhadapnya? “Kalau sayang kahwin dengan orang lain dan bukan dengan abang?”

“Abang akan doakan sayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat.” Senyuman masih
lagi terukir di bibir Amir walaupun matanya menangkap kehampaan pada wajah Alina.
“Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa..”
“Seksa?” Alina terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung yang melitupi kepalanya
itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Adakah selama ini aku
menyeksanya? Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia?
Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama
lima tahun tidak lagi dihargai.

Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Alina yang sedang keliru
“Iyer la.. Seksa menanggung rindu. Biar bakal suami sayang yang ganti abang tanggung
seksa tu nanti.” Spontan tangannya mencubit pipi yang selalu menjadi sasaran.

“Sakitlah.” Tangan lembut Alina mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. “Tak
sayang pada sayang lagi la tu, sampai nak bagi sayang pada orang lain.”

Amir tersengih, gembira melihat Alina tidak lagi bermuram. “Ok, sorry, tadi abang jawab
main-main. Ni abang serius.. Abang sayangkan sayang dan kasih sayang ini tidak akan
pudar selamanya. Abang mohon sayang supaya tolak semua pinangan selain abang.”
Terukir senyuman manis di bibir Alina. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan
janji itu. “Sayang dah tak perlu tanya pasal tu lagi. Sampai bila-bila pun jawapan tetap
sama. Jangan terima pinangan orang lain tau.”

Tiba-tiba, semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam tadi hilang setelah
dikejutkan dengan bunyi ketukan dan pintu terkuak. Matanya mengekor gerak langkah
mama yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan.
Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang
dihadapinya.

“Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu.” Kata-kata itu ditutur dengan
berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. “Abah dan mama
dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu Alina je yang berikan
jawapan lambat sangat.”

Terjegil mata Alina mendengar butir kata itu. “Mama...”

Mama menarik tangan Alina dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan
pada jari manis. “Ni cincin bertanya, diorang yang bagi masa merisik.” Manik-manik
kecil jernih yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang
sedang ditatapnya. Alina memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik
yang sudah pun berjuraian kini menghujani bahu mama.

Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Alina. “Mama... Amir...”

“Dengar Alina, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang.
Mama tahu berat untuk Alina menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan
Alina. Kami takkan salahkan Alina jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti.”
Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu.
Alina berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu yang teramat sangat di hatinya
membuatkan tangisan itu tidak dapat dihentikan secara tiba-tiba. “Baiklah mama, Alina
terima keputusan itu. Tapi, bersyarat…Alina takkan bertemu dengan bakal suami Alina
sehingga pada hari perkahwinan.” suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah
tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan
amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.

Haluan langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak
tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada
minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik
dan yang paling utama pada Alina, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.

Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang
menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas yang sesak setiap kali
waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal
lebih ekonomi berbanding memandu kereta.

Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa. Terasa hilang sedikit letih pada ketika
rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa
corak dibuka satu persatu supaya dapat dinikmati kenyamanan udara yang keluar dari
pendingin hawa. Dikeluarkannya handphone dari saku seluar.

’25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Amir. Bertambah
huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail
semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan
menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer
melebihi tiga. Handphone itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan
itu tidak dijawab.
Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut
dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa
kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi.
Atau handphone berbunyi di atas sedang dia pula tengah sibuk di bawah. Gegaran
handphone ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan itu.

“Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga


bagaikan irama asli yang mendamaikan.

“Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi


akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.

“Amir, saya ada hal nak bincang dengan awak.” Kata gantinama yang cukup janggal
untuk diterima oleh saraf pendengarannya.

Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu
bincangkan sayang?”

“Saya nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Saya…
saya…tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk
menyatakan apa yang perlu diberitahu.

“What?” Terlongo mendengar kata-kata Alina yang diluar jangkaan. Akalnya cuba
mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk
mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?”

“Cukuplah sekadar awak tahu saya tak layak untuk awak.”

“Sayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk sayang.
Berikan abang masa untuk abang...”
“Stop it Amir! Please don’t call me sayang anymore. I’m unable to be your sayang.”
Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Ketegasan di dalam kata-kata itu
membuatkan Amir hilang akal untuk memujuk.

Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu marah dan
tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata
yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan
untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudah pun letih memikirkan
masalah yang baru terbeban.

Kebaya sutera yang membaluti tubuh kerdil Nadia diperkemaskan lagi. Nadia berpuas
hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk
majlis pertunangannya nanti. Alina cukup berhati-hati mengawal emosi dan riak muka
bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalahnya itu tidak perlu diwar-
warkan kepada orang lain.

Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang
memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana tidak dilamar oleh teman
istimewanya. Kadangkala dia berasa beruntung juga kerana dilamar oleh orang lain. Kira
famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.

“Ooo anak dara tak laku…” Sentuhan dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung
terkeluar apa yang difikirkannya. “Ish, kau ni.. terperanjat aku la. Nak apa?”

“Sape anak dara tak laku tu? Kau ke?” Nadia ketawa kecil.

“Wei, tolong sikit ya.. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak
dara tak laku.” Berkelip-kelip mata di sebalik cermin.
“Wah, Tahniah. Amir tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde
cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tahun lagi dia nak kawin dengan kau.”

Muka yang indah dihiasi dengan senyuman tadi tiba-tiba berubah. Alina tunduk
kemuraman. Nadia terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Amir?
Senyuman di bibir Nadia turut surut. “Alina, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok,
dari hari ni aku takkan call Amir lagi.”

Alina menggeleng. Sesuatu yang dirahsiakan kini terluah juga. Hmm..gatal mulut nak
bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku akan bertunang dengan orang
lain.”

“Hah, kenapa?”

“Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut je. Maruah keluarga,
harus dijaga.”

“Habis Amir macam mane? Dia dah tau ke?”

“Kitorang dah break-off..” Nadia kagum dengan sikap Alina yang tenang itu. Sebegitu
tenang dia menangani masalahnya. Kagum melihat Alina berjaya melakonkan watak
selamba pada awal pertemuan tadi. “Nadia, tolong aku…”

“Yes. What ever you want, just give an order.”

“Tolong rahsiakan hal ni dari Amir.”

Ketulan batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat
persekitaran tasik. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ
tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran yang tension dengan kerja yang
bertimbun.

“Hai tak puas lagi ke nak cipta tension island tu?” Suara garau menghentikan lakunya.
Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu
dikenalinya.

“Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak, mau aje aku
terjun tasik tadi.” Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya.

Amir mencangkung bersebelahan dengan Hairie. “Angah, aku ada cerita sedih la, nak
dengar tak?” Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam
perbualan mereka.

“Cerita pasal kau atau orang lain?” Amir langsung tidak marah dengan panggilan kata
nama kau dan aku itu. Walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu
hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza.

“Pasal aku la..” Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung.
Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Amir mula menceritakan segala yang
terpikul dibahunya. Sekurang-kurangnya ada seseorang mendengar rintihannya dan akan
membantu mencari penyelesaian.

Hairie turut bersimpati setelah mendengar cerita Amir. Mujur dia adalah pendengar yang
baik yang akan menilai dan sedia membantu. Amir banyak membantu ketika dia mula
membina semangat dulu. Pada ketika dia putus cinta, Amir lah yang memberikan
semangat dan nasihat.

Baginya Amir adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Amir tabah dan boleh
menerima perpisahan itu. Dia tahu Amir hanya mahukan jawapan yang sepatutnya
diberikan oleh Alina. Dia mengagumi Amir kerana kesetiaan seorang lelaki kepada
kekasihnya. Walaupun berjauhan, Amir tetap merindui Alina.

“Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa kot..” Terpacul jawapan yang tidak
diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara.

“Hish, aku kenal mama dia macam mane. Aku pernah jumpa mama dia. Mama dia baik je
dengan aku. Macam dia berkenan je aku jadi menantu dia..” sejak diketemukan oleh
Alina, Amir kerap kali menziarahi Puan Zanariah yang dianggapnya seperti ibunya
sendiri.

“Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?”

“Yup.”

“Kita tunggu jawapannya selepas ini…hahaha…”

“Hotak kau, aku serius, kau memain yer.” Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu
Hairie, hampir terjatuh dibuatnya.

“Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la
jumpa dia pastu tanya dia.”

“Jumpa dia?” Hairie mengangguk.

“Tanya dia?” Hairie mengangguk lagi.

“Kau tolong aku..” Hairie melirik mata. Memang dia sudah mengagak yang Amir akan
minta pertolongannya.
Titisan air jernih di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan perlahan-lahan turun
jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi
belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang
amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Hairie yang duduk berhampiran dengannya.

Alina mengangkat kening yang seolah-olah bertanya, namun dibalasnya dengan


mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Hairie mengangguk tanda akur.
Tiba-tiba ketika dia mula mengorak langkah, terdengar salam dari suara yang amat
dikenalinya.

“Assalammualaikum.” Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang


wajahnya.

“Waalaikumussalam.” Amir duduk kembali di tempatnya setelah Alina duduk berhadapan


dengannya. “Alina nak makan apa?”

Alina menggeleng kepalanya. “Takpe, saya dah makan sebelum keluar tadi.”

Senyuman mula mekar di bibir Amir. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir
terubat. “Saya datang bukan nak tengok awak senyum. Hairie cakap awak ada hal nak
cakap dengan saya. Apa hal?”

Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna biru dipadankan dengan
tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan dengan
kelakuan gadis di depannya itu. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya
sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman.

“Awak, saya tak boleh lama ni, saya datang dengan mama saya nun.” Amir Asyraf turut
berpaling ke arah hala kepala Nur Alina berpaling. Di kejauhan, berhampiran dengan
pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zanariah kelihatan bersahaja dan
melambai ke arah Amir Asyraf.
“Alina, saya cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan kita.”

“Bukankah saya dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Saya tak layak untuk awak
dan awak tak layak untuk saya. Itu saja.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di
hati Amir. Terkedu melihat Alina berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah
lama menanti.

Langkah laju Alina bersama Puan Zanariah diekor dengan mata dari jauh. Dia
mengharapkan Alina berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar
kembali. Harapan tinggal hampa, Alina terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh
pendiriannya kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya.

Amir pulang dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu diubati dengan
ungkapan ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak
ke mana. Perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.

Mungkin bukan jodoh, namun namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa
yang diamalkan agar nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin
perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat
elok-elok untuk memujuk.

Bunyi handphone yang membingitkan itu terhenti apabila Amirah yang berumur tiga
tahun lebih mengangkat gagangnya. Amirah dengan percakapan telornya berbicara
beberapa ketika dengan pemanggil. “Kak Nana tepon. Owang laki nak akap.” Gagang
dihulur kepada Nana.

“Hello.”

“Nana. Aku ni. Kau sihat?”


“Oh, Abang Amir. Sihat. Abang Amir camne?”

“Demam, sakit, semua penyakit dah berjangkit kat aku..”

Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. “Kenapa?”

“Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?”

Serba salah Nana dibuatnya. “Sebenarnya…sebenarnya,dia dah nak kahwin.” Nana


teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Amir faham dan berhenti
memujuk kakaknya.

Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang
telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima.
‘Dah nak kahwin’ Tidak!! Hmm…Semoga kau berbahagia Alina.

Kurang 24 jam lagi dirinya akan menjadi tunang orang. Hatinya resah memikirkan
kekasihnya yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan yang
disayanginya itu menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Ya Allah, aku insan yang
lemah. Aku tak mampu untuk melawan takdirMu. Fikiran Alina melayang-layang dan
wajah kekasihnya itu masih terbayang-banyang diingatan. Dicuba berkali-kali untuk
melelapkan mata namun, resah di hati menggagalkan dia melelapkan mata.

Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapainya handphone di atas meja
solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama
kemudian panggilannya dijawab.

“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?” Suara tenang yang kedengaran seolah tidak
mahu diganggu. “Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?”

“Saya cuma tanya satu soalan saja.” Walaupun gugup, namun diatasinya supaya kekuatan
hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. “Awak
masih sayangkan saya lagi ke?”

“Maaf Cik Nur Alina, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi
awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak.” Hampir meraung Alina
mendengar jawapan yang diluahkan. Namun, ditabahkan hatinya agar dia tenang
menghadapi dugaan itu. “Oo ya, tahniah! Awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan
kacau saya lagi, nanti tunang awak marah.”

“Amir, I still loving you and I’ll love you till the end of time.”

Tutur kata yang jujur itu membuatkan Amir terharu, namun kata-kata itu tidak berguna
kerana Alina akan bertunang pada hari esok. “Ha elok la tuu, cintakan saya, sayangkan
saya, tapi kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi
awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan
awak hirau pasal saya lagi. Ok?”

Air mata berderai, hanya itulah yang mampu untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak
terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah
untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara
Amir ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada orang yang bukan
tunangnya.

Setelah seminggu berlalu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya.
Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh
seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum
bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Apatah lagi dengan memikul
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kelak. Tersenyum sendiri bila
menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suaminya.

Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati
ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang
dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui
siapa tunangnya.

Semasa menanti majlis pertunangan, perasaan kalut menguasai jiwa. Masakan tidaknya
tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan
pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap
dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.

Kepalanya seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Perasaannya
berdebar-debar turut melanda jiwanya ketika itu. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh
wakil perempuan dari pihak lelaki. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya
ketika itu. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya
beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Suriani itu disambutnya dengan
senyuman yang mengindahkan wajahnya.

Puan Suriani mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak
berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan
pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan
menerima kucupan.

Dingin terasa dahi dan kedua pipi Alina akibat dikucup oleh bakal mertua. “Alina,
tahniah. Semoga Alina serasi dan bahagia bersama anak mak.”

Diraba dahinya kedinginan masih lagi terasa. Dia seakan-akan berasa serasi dengan bakal
mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia
harus memadamkan rasa cintanya terhadap Amir. Dia tidak boleh berbohong pada
hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Amir, Alina sayangkan Amir.’

Dia tidak berdaya untuk merubah kata abahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka
kepada kedua-dua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya.
Pasti mama dan abah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.

Akan dipastikan harapan mama dan abah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung
keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksananya. Hanya tinggal
seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Amir..

Keriuhan suara orang bertandang menghingarkan majlis perkahwinan. Alina duduk


berteleku di birai katil bersama Nadia yang setia menemani dan mendamaikan gelora
hatinya. Sesekala air mata yang mahu menitis dilap dengan tisu yang sentiasa berada di
tangannya. Nadia cuba memujuk Alina supaya menghiaskan wajah dengan senyuman.

Di sebalik keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba.
Alina cuba sedaya yang boleh untuk memaniskan rupa. Namun disudut hatinya terselit
rasa rindu terhadap Amir. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. “Selamat tinggal
Amir, akan ku kenang dirimu selamanya.” Tutur yang dibicarakan dalam keadaan
berbisik.

Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan.
Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. “Mohd Amir Asyraf bin Muhammad.”
Tersentak Alina mendengar nama yang disebut oleh jurunikah.

“Saya.” Jawab pengantin lelaki. Nadia yang berada berhampiran dengan Alina turut
terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya.

Setelah selesainya akad nikah, Alina dengan sahnya telah menjadi isteri Amir.
Amir melangkah masuk ke dalam bilik untuk menyarung cincin bagi memenuhi adat
membatalkan air sembahyang. Wajah putih bersih di hadapannya direnung dalam-dalam.
Mencari sejalur keikhlasan. Senyuman yang dihadiahkan dibalas dengan mesra.
Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh
kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda
hormat dan patuh. “Surprise!”

Luahan kata dari insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan
segala kekusutan yang dikepalanya pada waktu dia terkejut tadi. Alina bangun dengan
tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. “Abang jahat tau buat sayang camni..”

Amir terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu
kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir.
“Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita
sambung lagi, malula orang tengok ni.”

Berterabur tawa mereka berdua ketika menonton rakaman majlis perkahwinan mereka.
Alina berasa bahagia di samping suami yang penyayang dan amat memahaminya. Dia
selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya
membuatkan dia berasa dirinya dilindungi.

“Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok sayang menangis
sambil pegang tisu. Sayang juga sayang pada abang yer.”

“Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan sayang.” Alina menjeling
wajah selamba Amir.

“Sebenarnya, abang pun tak tau yang mak datang pinang sayang. Mak rahsiakan aje.
Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau.” Senyuman yang terukir
menceriakan lagi wajah Amir. “Kira abang pun dah kena tipu dengan mak, mama dan
abah.”

Alina tertawa bersama Amir. “Masa abang bagitau sayang yang abang tak sayangkan
sayang tu macam nak gugur jantung sayang tau.Sekarang ni abang sayang ke tak?”

“Mestila sayang.. Tambah-tambah dah ade ni…” Amir mengusap lembut perut isterinya.
Senyuman bahagia terukir di bibir kedua-dua mereka. Alina turut membelai perut yang
semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu
bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga
bahagia bersama.

(^__^)**the story done at 12.17pm**

Anda mungkin juga menyukai