Anda di halaman 1dari 3

Himpunan Mutiara Kata

Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh
menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab
kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj

Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air
mata tatkala gembira, berjaya dan ternama – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin
payah – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai – DR. HM TUAH


ISKANDAR al-Haj

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi
sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan
di sebalik suatu kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri – DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj

Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh
atau kaya perasaan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih
bererti – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

"Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita.
Bawalah hati itu dan pergilah dari situ."

"Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk
mengingati, merindui."

"Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya
meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,
ada kalanya dia lebih mengerti."
"Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya
setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal
cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan."

"Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan
sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada
kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki."

"Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang."

Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.

Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi
anda ialah tingkah laku anda.

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang
membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.

Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah
hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja.
Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...

Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang
kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah
yang berkekalan.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa


dendam.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan
berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang
ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh
menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Anda mungkin juga menyukai