Anda di halaman 1dari 5

APAKAH BIG BOOK SEBENARNYA?

Ciri utama yang menjadikan mini big book tersebut unik dan mempunyai kelainan yang tersendiri ialah mini big buku tersebut mengandungi gambar-gambar yang menarik, perkataan yang terhad, ringkas dan ayat yang berulang-ulang. Setiap big book yang dihasilkan mempunyai jalan cerita yang mudah dan gambar-gambar yang berwarna warni sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini sekaligus dapat membantu kanak-kanak untuk lebih mudah memahami isi kandungan atau mesej yang ingin disampaikan dalam big book tersebut. selain daripada formatnya yang besar dan font yang jelas ia juga mempunyai gambar-gambar yang menarik, perkataan yang terhad, ringkas dan berulang-ulang. Setiap buku mempunyai jalan cerita yang mudah untuk difahami oleh pembaca kanak-kanak. Dengan plot cerita yang mudah dan gambar-gambar yang bersaiz besar serta berwarna-warni, kanak-kanak akan tertarik untuk membaca buku tersebut. Dengan adanya BIG BOOK membolehkan aktiviti kelas literasi dilaksanakan dengan menarik. Susah jika guru menggunakan buku yang saiz biasa utk dibaca dengan kanak-kanak seramai 25 orang dengan format yg besar, semua orang boleh melihat, membaca dan melibatkan diri dengan aktif ketika proses pembelajaran. Satu Big Book yg baik boleh menyumbang keseronokan kpd slot literasi di samping menjadikan pengalaman membaca itu menggembirakan dan bermakna. BIG BOOK juga menjadikan pengalaman membaca yang menyeronokkan, membantu murid memahami buku, mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan membaca, memberi peluang kepada guru memberi contoh bacaan yang baik dan dapat melibatkan murid secara aktif. Big book juga menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid. Disamping, membolehkan guru meransang murid untuk bercakap serta menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual. Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan dan proses pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Bacaan cerita dalam BIG BOOK dilakukan bersama-sama dengan murid, Tujuan membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana membaca. Murid membaca mengikut contoh guru.

KIT PENGAJARAN Kit pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yang sebagai bahan bantu mengajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih mudah dan difahami oleh pelajar. Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanakkanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza. Dengan adanya pelbagai bentuk dan jenis kit pembelajaran dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreaif. Disamping itu, dapat menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar. Dengan adanya kit pembelajaran juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan berkesan. Selain itu, dapat meningkatkan kefahaman murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan serta menggalakkan penglibatan murid di dalam kelas.

APLIKASI MINI BIG BOOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LITERASI NOMBOR

Howard Gardner (1983) menyatakan, sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini kerana murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif. Oleh itu, Mini Big Book yang bina sendiri mencakupi kaedah visual, audiotori, kinestatik, tactile (VAKT) dan cerita. Di bawah menunjukkan contoh Mini Big Book yang saya hasilkan.

Mini Big book ini sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk mengajar bagi pelbagai operasi matamatik. Mini Big Book yang dicipta ini berkaitan dengan operasi penambahan. Felder (1996) menyatakan setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat. Dengan itu, mini big book yang dihasilkan berbentuk jalan cerita mengenai operasi penambahan. Kanak-kanak secara umumnya suka mendengar cerita. Oleh itu, guru boleh menggunakan teknik bercerita untuk mengajar operasi tambah dan sekali gus menggunakan buku berkenaan sebagai bahan bantu mengajar. Hal ini dapat menjadikan proses pembelajaran operasi penambahan menjadi lebih menarik untuk murid-muird di dalam kelas. Menurut Piaget dalam Wardle (2003), kanak-kanak mempelajari tentang dunia persekitarannya melalui tindakan atau pengalaman sensori mereka dengan persekitaran. Dia akan sentiasa ingin memegang, merasa atau melakukan sesuatu (Salleh Daud dan Izzah Abdul Aziz,1979). Penggunaan bahan yang timbul dapat menarik perhatian kanak-kanak terhadap mini big book untuk belajar. Seperti contoh penggunaan huruf yang telah dipotong beserta dengan dua warna yang berlainan mengikut suku kata memudahkan murid-murid untuk memahami dan membaca jalan cerita yang telah di buat. Warna yang digunakan juga memainkan peranan bagi menarik perhatian murid-murid untuk membacanya.

Penggunaan bahan maujud seperti wang contoh RM1 pada mini big book yang telah dihasilkan membantu murid-murid bagi mempelajari operasi penambahan

menggunakan bahan maujud dengan mudah, di samping dapat meningkatkan pemahaman murid-murid mengenai operasi penambahan.

Seterusnya, penggunaan ayat pada mini big book penting bagi murid -murid dalam meningkatkan pemahaman jalan cerita dan konsep operasi yang ingin di sampaikan. Penggunaan ayat yang mudah dan sesuai mengikut tahap umur dan kebolehan murid-murid sangat penting. Bagi mini big book yang dihasilkan menggunakan ayat yang mudah difahami dan juga jalan ceritanya berkisar dengan keadaan sewaktu berhari raya dan pengalaman Ahmad mendapat duit raya. Ahmad merupakan watak utama dalam cerita. Oleh itu, murid akan lebih mudah memahami apa yang ingin diceritakan kerana cerita tersebut lebih dekat dengan pengalaman murid-murid itu.

Selain itu, penggunaan animasi yang dibina juga penting untuk murid-murid bagi meningkatkan pemahaman mereka di antara ayat yang ada pada cerita dengan animasi yang di suaikan. Keadaan ini dapat meningkatkan imaginasi murid-murid. Murid-murid dapat membayangkan dan berimaginasi bedasarkan cerita yang telah dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai