Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PRAKTIKUM HARI PERTAMA : 14 JULAI 2013

Guru yang mengajar sekolah rendah perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran. Meskipun ini yang ke-dua kali saya perlu menjalani latihan praktikum selama 8 minggu pada semester 6 namun, hati saya terasa berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan muridmurid di sekolah. Berbekalkan semangat jitu, hari ini saya dan rakan melaporkan diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Kamil Tiga, Pasir Puteh, Kelantan. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti di semester yang lepas akan diuji dalam mengaplikasikan segala ilmu semasa pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah ini. Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.20 pagi dan saya terus menuju ke pejabat sekolah. Saya dan rakan-rakan seperjuangan melaporkan diri di pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru penolong kanan. Seterusnya, sesi pengenalan diri dan taklimat daripada guru besar, Encik Md Nawi Bin Haji Ismail bersama guru pembimbing, Encik Anuar Bin Zin di pejabat guru besar selepas selesai sahaja perhimpunan. Guru besar dan pihak sekolah menyambut kedatangan kami dengan baik dan mesra sekali. Guru besar memberi penerangan serba sedikit tentang proses perjalanan praktikum kami di sini serta serba sedikit tentang maklumat sekolah. Guru pembimbing saya memberi penerangan tentang jadual waktu pengajaran yang akan diberi keesokkan harinya. Beliau berusaha sedaya upaya menyusun jadual sebaikknya supaya menepati jumlah 8 jam minima waktu pengajaran bagi seorang guru praktikum. Encik Anuar merupakan seorang guru yang sopan dan berdedikasi. Saya dan rakan seronok sekali berkenalan dengan mereka. Guru pembimbing memberi maklumat tentang rancangan pengajaran dan aktiviti yang perlu kami sertai. Mereka memberi harapan agar dapat membimbing kami dengan sebaikknya dan berharap agar kami tidak segan silu bertanya masalah kepada mereka.

Selesai perbincangan, saya pulang pada jam 2 petang. Saya sempat beramah mesra dengan para guru sebelum pulang. Saya amat gembira pada hari ini lantaran pengalaman baru yang saya hadapi pada hari ini. Saya berharap semoga Allah pemudahkan segala urusan sepanjang saya menjalani latihan praktikum di sekolah ini dengan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.