Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, tetapi mendapat pembalikan cahaya daripada matahari. Matahari sentiasa menyinari sebahagian daripada bulan, oleh itu sebahagian lagi daripada bulan akan menghadap bumi. Disebabkan kita yang berada di bumi dapat melihat amaun berbeza bahagian bulan yang disinari, kita dapat melihat kitaran bulan melalui fasa-fasanya. Fasa bulan merujuk kepada bahagian bulan yang terang yang dilihat oleh manusia dari bumi. Fasa ini berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi. Terdapat lapan fasa bulan iaitu bermula dengan anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan selepas purnama, bulan separa tua dan bulan sabit tua. Bulan terbit di timur dan terbenam di barat sama seperti matahari. Tidak seperti matahari, terbit dan terbenam bulan tidak mematuhi aturan yang ditetapkan seperti waktu terbit mestilah di siang hari dan terbenam adalah mesti di malam hari. Hal ini kerana kadangkala bulan terbit pada malam hari dan terbenam pada siangnya dan pada masa yang lain pula, terbit dan terbenam bulan adalah sama dengan matahari iaitu terbit di siang hari dan terbenam di malam hari. Masa terbit dan terbenam bulan adalah bergantung kepada fasa-fasa bulan itu sendiri. Bulan akan terbit di antara 30 minit atau 70 minit daripada hari sebelumnya setiap hari. Pada fasa anak bulan, bulan terbit dan terbenam hampir sama dengan masa terbit dan terbenam matahari. Apabila hari demi hari menyusul, di mana fasa bulan berubah kepada anak bulan,bulan sabit, bulan separa, separa purnama dan hampir kepada bulan purnama, bulan terbit pada waktu siang (selepas matahari terbit) dan masa terbit bulan meningkat setiap hari sama ada 30 minit atau 70 minit kemudian seperti rajah di bawah. Seterusnya, bulan terbenam pada waktu malam dan semakin lambat setiap malam dengan peningkatan 30 minit atau 70 minit setiap malam

TIMUR

Perubahan fasa bulan dari anak bulan, bulan sabit, bulan

Bulan terbit Matahari terbit

Tengah hari Tengah malam Bulan terbenam Matahari terbenam

BARAT

Pada bulan purnama, bulan ini terbit pada waktu petang di mana matahari terbenam dan bulan terbenam pada masa matahari terbit. Apabila peralihan fasa kepada bulan selepas purnama, bulan separa tua, dan bulan sabit tua, bulan mula terbit pada waktu malam selepas matahari terbenam dan waktu terbit meningkat 30 atau 70 minit setiap malam dan terbenam di siang hari setelah matahari terbit seperti rajah di bawah.

TIMUR
Bulan terbenam Matahari terbit

Perubahan fasa bulan dari bulan selepas purnama, bulan separa tua, bulan sabit tua.

Tengah hari Tengah malam Bulan terbit Matahari terbenam

BARAT

Jadual di bawah merupakan anggaran masa bulan terbit dan terbenam.

Fasa bulan Anak bulan Bulan sabit Bulan separa Bulan separa purnama Bulan purnama Bulan selepas purnama Bulan separa tua Bulan sabit tua

Anggaran masa bulan Terbit Terbenam 6 pagi 6 petang 8.00 10.00 pagi 9.00 10.00 malam 12.00 tengah hari 12.00 tengah malam 2.00 3.00 petang 2.00 3.00 pagi 6.00 petang 6.00 petang 8.00 10.00 malam 8.00 10.00 pagi 12.00 tengah malam 12.00 tengah hari 4.00 5.00 pagi 4.00 5.00 petang

Jika kita perhatikan bulan pada malam-malam yang berbeza kita hanya dapat melihat permukaan bulan yang sama setiap masa. Fenomena ini terjadi apabila Bulan beredar dan berputar mengelilingi bumi pada tempoh yang sama. Kedua-dua pergerakan pada masa yang sama ini , menyebabkan bulan yang sama dapat dilihat pada setiap masa. Bulan juga berubah mengikut fasa-fasanya dari hari ke hari. Tempoh masa yang diambil untuk berubah dari satu fasa ke fasa yang adalah lebih kurang dua hari ke tiga hari seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Oleh itu, kita dapat melihat perubahan fasa-fasa bulan semasa mencerap bulan. permukaan

Pemerhatian dan analisis data

Prosedur pencerapan bulan..

Masa Tempat Peralatan

Tarikh : 12/2/2012 : 8.00 MALAM 10.30 MALAM

30/1/2012

:Kawasan Letak Kereta IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK :Astrolabe, kompas, jadual data, cermin mata pelindung sinar UV.

Astrolabe

kompas

Prosedur

1. Langkah pertama adalah untuk memilih tempat pemerhatian dan tempat yang dipilih merupakan kawasan tempat letak kereta ipg kampus pendidikan teknik. 2. Kemudian, memilih tempat pemerhatian bulan di mana bulan tidak

dilindungi oleh bangunan dan menandakan kawasan supaya dapat mencerap bulan ditempat yang sama untuk mengelakkan kecelaruan data. 3. Pilih masa yang sesuai iaitu memilih pencerapan pada masa 8.00 malam sehingga 10.30 malam. 4. Untuk mengambil altitude bulan, astrolabe digunakan dengan melihat melalui penyedut minuman, bulat bulan tersebut kemudian membuat bacaan pada protractor. Azimuth pula dapat dilihat dengan meletakkan kompas di bawah astrolabe untuk mendapatkan bacaan yang jitu. 5. Untuk mengambil bacaan altitude dan azimuth ketinggian pengukur di ambil kira dan ditetapkan untuk memastikan tidak mempengaruhi bacaan data. 6. Data juga di ambil selang selama 5 minit untuk melihat perubahan kedudukan matahari ini.