Anda di halaman 1dari 10

Tajuk Jurnal

:Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Information and Communication Technology Subject)

1.0 PENGENALAN Sejak awal 90 an lagi, proses pembelajaran dan pengajaran berasaskan web mula mendapat perhatian di dalam dunia pendidikan di seluruh dunia. Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut membuat anjakan paradigma dalam bidang ini .Kesungguhan Kementerian Pelajaran dapat dilihat apabila matapelajaran Teknologi Maklumat (MPTM) diumumkan untuk ditawarkan di dalam peperiksaan SPM tahun2000 sebagai satu matpelajaran pilihan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Untuk pendidikan generasi masa kini, berbagai bagai penambahbaikan dalam bidang IT ini dapat dilihat dengan begitu pesat sekali. Pada masa kini , bukan sahaja matapelajaran ICT diperkenalkan, malah matapelajaran lain juga telah menggunakan ICT sebagai salah satu kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Konsep web atau webquest adalah salah satu kaedah bagi mengakses maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi individu seseorang pelajar. Artikel tulisan tentang bagaimana

Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong ini cuba menyingkap

pembangunan dan penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web ini dapat diterapkan dalam pembelajaran murid Tingkatan Empat. Ia juga menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan struktur -1-

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Webquest. Artikel ini juga memfokuskan bagaimana sesutau ilmu pengetahuan boleh diperolehi di hujung jari dengan menjadikan internet sebagai sumber utama untuk mendapatkan maklumat. Proses pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif dan berkesan setelah pelajar terlebih dahulu menjelajahi pengetahuan tersebut menerusi laman web pembelajaran di internet . Menurut Rahmad Sukor Abu Samah dan Shukri Osman, jaringan World Wide Web telah membolehkan penyebaran dan pencapaian maklumat ke seluruh pelosok dunia dan membolehkan institusi pendidikan seperti sekolah menggunakan telekomunikasi internet bagi tujuan P&P pelbagai cara. 2.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN Artikel ini telah mengutarakan satu pandangan bahawa P&P berasaskan web merupakan satu konsep yang dapat mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam sistem pendidikan. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada guru untuk menuguruskan bahan pengajaran, menghasilkan suasana yang kondusif di dalam bilik darjah dan melibatkan penyertaan daripada pelajar ke tahap yang paling maksimum. Dua perkara yang menjadi isu utama di dalam artikel ini adalah : 2.1 Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, Webquest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat 2.2 Menilai persepsi pelajar terhadap bahan Webquest yang bertajuk Computer System :System Concept ini samada ianya sesuai dan menarik untuk pembelajaran dan pengajaran matapelajaran ICT

-2-

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran dan pengajaran berasaskan web . Dua pendekatan yang diperkenalkan dalam P&P matapelajaran ICT iaitu belajar tentang ICT dan belajar dengan ICT. Pendekatan belajar tentang ICT digunakan dengan tujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas ICT bagi membolehkan murid menjadi pengguna yang berkesan. Pendekatan belajar dengan ICT pula menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dengan tujuan menyediakan murid dengan ilmu yang membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan teknologi. Di dalam kajian ini juga telah diperkenalkan satu model mengintegrasikan penggunaan web dalam aktiviti bilik darjah iaitu pendekatan WebQuest (Dodge 1995). WebQuest ini mempunyai enam komponen iaitu : 1.Pengenalan-melancarkan latar belakang dan cabaran sesuatu masalah autentik; dengan memaparkan maklumat menarik 2. Tugasan- penerangan umum tentang tugasan yang diberikan 3. Maklumat satu set halaman web dimana pelajar boleh meneroka untuk meperolehi maklumat dalam melengkapkan tugasan mereka 4. Proses- penerangan langkah demi langkah yang perlu diikuti pelh para pelajar dalam melengkapkan tugasan mereka 5. Penilaian- menjelaskan criteria penilaian 6. Kesimpulan- memberikan secara menyeluruh rumusan Webquest. -3-

Enam komponen ini telah dihuraikan secara terperinci melalui langkah langkah yang perlu dikuti dengan gambaran rajah untuk menunjukkan komponen yang terdapat di dalam WebQuest. Kajian ini juga menekankan penggunaan WebQuest merupakan pendekatan

pembelajaran Konstruktivisme yang berasaskan web yang paling utama melibatkan pelajar. Ia dapat meningkatkan komponen inkuiri ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut pengkaji ini, teknologi harus difokuskan untuk memperbaiki kualiti keseluruhan, boleh mengakses data dengan mudah, cepat dan meluas serta melibatkan para pelajar dengan menggunakan teknologi dalam P&P dengan secara meluas. Menurut artikel ini juga, WebQuest merupakan satu strategi pengajaran dalam abad 21 dimana semakin ramai murid-murid dilibatkan dalam proses P&P semakin banyak ilmu pengetahuan yang akan mereka diperolehi. Secara amnya, pendekatan baru ini mengubah cara pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ianya membawa makna pembelajaran secara berkuliah, menyalin nota dan menghafal fakta telah digantikan dengan kerja kumpulan secara koperatif, aktiviti secara hands-on , penggunaan kemahiran manipulative, membangunkan models, videos,perisian computer yang interaktif dan penyelidikan internet. Artikel ini juga menyatakan pembelajaran melalui pendekatan journalistic murid-murid diandaikan untuk memainkan peranan penyiasat, pemberita, pengarang dan sebagainya. Dalam hal ini , guru menggunakan penilaian dengan member gred untuk objektif khusus yang telah dicapai oleh murid sepanjang masa murid membuat tugasan.

-4-

Kajian ini dijalankan dalam dua fasa iaitu : 1. Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan web-WebQuest 2. Fasa Penilaian WebQuest yang telah dibangunkan Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan web melibatkan prosedur Fasa Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan ,Implementasi dan fasa terakhir ialah Penilaian. Manakala Fasa Penilaian WebQuest Yang telah dibangunkan dinilai dari aspek murid terhadap komponen seperti antara muka WebQuest, isi kandungan dan struktur P&P. Data dikumpul daripada 2 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT.Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan program SPSS Version 11.5. Hasil dapatan daripada kajian ini menyatakan secara keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Dinyatakan juga bahawa WebQuest menyediakan kemudahan pengakses e pembelajaran dan dapat menarik minat untuk mendapatkan maklumat tambahan dengan menggunakan pautan-pautan yang disediakan. 3.0 ULASAN BERDASARKAN SATU MODEL PENGAJARAN-MODEL ASSURE Bagi pendapat saya , kajian ini sangat selari dengan model pengajaran Assure.Ini adalah kerana Model Assure digubal bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model pengajaran Assure telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989) yang membawa maksud memastikan sesuatu berlaku.

-5-

Singkatan akronim ASSURE membawa maksud: A-Analyse learner( Analisis pelajar)Langkah pertama dalam pembangunan system pengajaran dan pembelajaran berasaskan webquest adalah Fasa Analisis. Ini dapat dilihat melalui Rajah 2 (halaman 112) yang menunjukkan proses ini menjalankan temubual dengan pelajar dan guru ICT. S- State objective (menyatakan objektif) Artikel ini menyatakan bahawa P&P berasaskan Web bertujuan memberikan kemudahan kepada para pendidik menguruskan bahan pengajaran, menghasilkan persekitaran

pembelajaran yang efektif, serta melibatkan penyertaan aktif dikalangan pelajar. S Select, Modify or make Media ( pilih, baiki atau bina media). Media yang bersesuaian dipilih berdasarkan objektif pengajaran. Pembinaan media yang baru perlu dilakukan sekiranya media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran . Di dalam artikel ini dinyatakan satu model iaitu Webquest (Dodge 1995) telah dibina untuk mengintegrasikan penggunaan web dalam aktiviti bilik darjah. Pendekatan ini merupakan aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat diperolehi daripada internet. Menurut Shahabudin Hashim, Dr Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad(2007), teknik inkuri dapat mengembangkan kebolehan berfikir reflektif di kalangan pelajar sewaktu menyenaraikan soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya sebelum membuat kesimpulan sesuatu perkara yang sedang disiasat.

-6-

U- Use media (menggunakan media). Perancangan yang teliti bagaimana media itu digunakan mestilah dikenalpasti. Aktiviti yang menarik dan memberi motivasi kepada pelajar juga perlu supaya pelajar merasa seronok. Pembinaan aktiviti susulan dan pengayaan juga perlu dbuat. Di dalam artikel tulisan Norazah dan Ngau Chai Hong ini dinyatakan bahawa system P&P Berasaskan Web-Webquest dibina dengan pelbagai aplikasi unsur-unsur hipermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Rekabentuk hypermedia berperanan memastikan pembelajaran boleh berlaku pada aras yang lebih tinggi separti yang ditekankan oleh teori konstruktivisme. (Jamalludin Harun&Dr Zaidatun Tasir,(2003) Melalui webquest juga, guru boleh memotivasikan kerja pelajar dengan mengarahkan inkuiri iaitu mewujudkan senario misteri untuk menimbulkan minat pelajar mencari jawapan. R- Require learner response (keperluan tindakan). Tindak balas pelajar seperti membuat latihan hasil dari proses pembelajaran perlu wujud. Perlu diadakan pengukuhan supaya tindak balas yang betul diperolehi. Contohnya di bahagian Pengenalan, suatu situasi diwujudkan supaya murid dapat menyempurnakan suatu misi. Sebagai pengukuhan pula,terdapat latihan tambahan dan bagi bahagian Tugasan disediakan fail PDF untuk memudahkan pelajar mencetak latihan atau bahan-bahan maklumat. Bagi melaksanakan tugasan ,pelajar juga disediakan bahagian Prosedur.

-7-

E-Evalute materials ( Menilai) Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan. Melalui webquest, para guru menggunakanpenilaian dengan memberi gred untuk objektif khusus yang telah dicapai oleh pelajar sepanjang masa pelajar membuat tugasan. Bagi pelajar pula, dalam bahagian Penilaian dinyatakan kriteria pemarkahan. Pelajar dapat membuat tugasan dengan membuat semakan berdasarkan criteria tersebut. Aktiviti minda juga diwujudkan di bahagian Kesimpulan sebagai satu ganjaran dan penanda aras samada tugasan berjaya dilaksanakan atau sebaliknya. 4.0 KRITIK Saya berpendapat jurnal tulisan Norazah Nordin dan Ngau Chai Hong ini adalah teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan penulisan ilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri perbincangan ilmiah oleh penyelidik secara berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan istilah-istilah tertentu dalam mengungkap dan membicarakan penyelidikan yang dijalankan. Format penulisannya merujuk kepada format Gaya APA. Walaubagaimanapun pembaca perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ICT untuk mencapai kefahaman tahap yang maksimum. Walaubagaimanapun secara peribadi ,saya berpendapat kita tidak boleh memandang remeh terhadap kelemahan yang terdapat didalam isu yang diketengahkan iaitu kecenderungan pelajar melakukan salin dan tampal dari web. Sekiranya ianya tidak dibendung, proses pembelajaran tidak akan berlaku. -8-

5.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya artikel ini telah membuat satu anjakan paradigm kepada pembaca dari segi persepsi tentang betapa perlunya ICT dalam kehidupan kita sehari-hari . Pendekatan WebQuest yang dinyatakan secara jelas berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet ke tahap yang paling maksimum. Menurut Rosiadi Tajudin ,Mohd Faridzul Akmam Zulkifli, Nor Aziah Zakaria, Nur Shahidatul Akmar Mohd Shahibi dan Rohaya Abdul Wahab (2008), adalah wajar pembelajaran berasaskan web diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam pembelajaran berasaskan web.

-9-

RUJUKAN Jamalludin Harun& DrZaidatun Tasir(2003). Multimedia Dalam Pendidikan,PTS Publication &Distributors Sdn Bhd.

Noraini Idris&Shukri Osman(2009) Pengajaran dan Pembelajaran- Teori & Praktis, Mc GrawHill (Malaysia) Sdn Bhd.

Norazah Mohd Nordin & Ngau Chai Hong (2009), Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Information), Jurnal Pendidikan 34 (1).

Shahabuddin Hashim,Dr Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2007) Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

http://www.docstoc.com/docs/55943287/model-assure

dimuat turun pada 21 April 2011

http://www.scribd.com/doc/13969332/Pembelajaran-Berasaskan-Web dimuat turun pada 30 April 2011

-10-

Anda mungkin juga menyukai