Anda di halaman 1dari 6

UJIAN PENGGAL 1 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3

NAMA :______________________ KELAS: _____________________ PERHATIAN : 1. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 2. KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 2 BAHAGIAN IAITU BAHAGIAN A BAHAGIAN B DAN BAHAGIAN C. 3. JAWAB SEMUA SOALAN.

BAHAGIAN A (20 MARKAH) Bulatkan jawapan yang betul. 1. Mengapa kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah? A. Supaya semua orang melawat sekolah kita B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita D. Supaya kita memenangi hadiah sekolah tercantik. 2. Kumari terpecah pasu kesayangan ibunya. Apakah yang patut dia lakukan? A. Mendiamkan diri B. Cepat-cepat bersembunyi C. Memberitahu ibu perkara sebenar dan meminta maaf. D. Menuduh adik yang memecahkan pasu 3. Bagaimanakah caranya kita mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga? A. Membantu mereka jika mereka ditimpa kesusahan. B. Berpura-pura tidak mengenali mereka. C. Tidak memperdulikan mereka D. Mengelak daripada mereka sekiranya terserempak. 4. Penganut agama _________ berpuasa pada bulan Ramadhan. A. Buddha B. Hindu C. Islam D. Kristian 5. Ah chong memulangkan wang Ali yang terjatuh. Nilai murni yang terdapat pada Ah Chong adalah ............. A. Berani B. Jujur C. Rajin D. Bertanggungjawab 6. Kamu ternampak dua orang murid sedang bertengkar di kantin sekolah. Tindakan yang akan kamu lakukan adalah....... A. Mendiamkan diri B. Masuk campur C. Melaporkan kepada guru D. Bertepuk tangan untutk memeriahkan keadaan

7. Isma menyanyikan lagu Negaraku dengan baik. Apakah sikap yang ada pada Isma? A. Mengenali dan menghormati identiti Negaranya. B. Bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. C. Menunjuk-nunjuk D. Minta puji 8. Kita hendaklah memakai ................. Ketika membonceng motosikal. A. Tali keledar B. Kasut C. Topi keledar D. Alat solek 9. Lagu ..........adalah lagu rasmi Negara kita. A. Ibu pertiwiku B. Jalur Gemilang C. Negaraku D. Keranamu Malaysia 10. Jangan .......... Sampah ke dalam sungai. A. Membakar B. Menanam C. Membuang D. Menyapu 11. Kamu sekeluarga berkelah di tepi tasik. Sebelum pulang, ibu meminta kamu mengutip semua sampah. Apakah tindakan kamu? Mengutip sampah tersebut dan membuangnya ke dalam tasik. Menyuruh ibu mengutipnya sahaja. Buat-buat tidak dengar dan lari. Mengutip sampah tersebuat dan membuangnya ke dalam tong sampah.

A. B. C. D.

12. Sikap ..........penting dalam sesebuah keluarga. A. Kata mengata B. Benci-membenci C. Hormat menghormati D. Sindir menyindir 13. Apakah yang akan berlaku jika adik beradik tidak bertolak ansur? A. Terjadinya pergaduhan B. Keluarga hidup bahagia C. Kerja rumah menjadi ringan D. Ibubapa gembira

14. Adik menangis ketika ibu sedang memasak, apakah yang patut kita lakukan dalam situasi ini? A. Mencubit adik B. Membuat-buat tidak tahu C. Memujuk dan melayan adik D. Memarahi adik 15. Apakah maksud vandalism? A. Perbuatan merosakkan harta benda awam B. Perbuatan membaiki kemudahan awam C. Perbuatan menjaga harta benda awam D. Perbuatan mencuri harta benda awam 16. Lampu jalan berhampiran rumah kamu tumbang. Kamu sepatutnya..... A. Memberitahu ayah agar dia melaporkan kepada pihak berkuasa. B. Mengajak rakan-rakan mengubah kedudukan tiang lampu itu. C. Bermain di atas tiang lampu tersebut D. Membiarkan sahajaperkara itu berlaku 17. Seorang asing ingin membawa kamu menunggu ibubapa kamu di rumah dia selepas balik dari sekolah, tindakan yang sesuai adalah ........... A. Mengikutnya balik ke rumah B. Membawa kawan kamu bersama ke rumahnya C. Menolak dengan baik dan terus menunggu ibubapa datang D. Memukul dan menghalaunya 18. Xin Yi tinggal seorang diri di rumah, dia perlu ........... A. Membuka pintu rumahnya B. Menjemput orang asing masuk ke rumah C. Mengunci pintu rumahnya D. Membuka semua tingkap di rumah. 19. Bilik tidur perlu dikemas supaya ............. dan ceria. A. Kotor B. Cuci C. Bersih D. Terang 20. Munirah membantu ibunya membuat kerja rumah tanpa balasan, munirah seorang yang .............. A. Suka menujuk-nunjuk B. Pemalas C. Ikhlas D. Bertanggungjawab

BAHAGIAN B (10 MARKAH) ISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG SESUAI

SOPAN RAJIN

IKHLAS BERSIMPATI

BISING GAGAL

YAKIN BERSEDERHANA KEBERSIHAN MEMBAHAYAKAN

1. Jangan _________________ ketika kawan sedang bersembahyang. 2. Jagalah _______________ dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. 3. Pengawas perlu menjalankan tugas dengan __________________. 4. Orang yang ingin berjaya perlulan ______________ berusaha. 5. Amalkan sikap ________________ ketika menyambut sesuatu perayaan. 6. Apabila kita ________________, janganlah berputus asa. 7. Jangan menumpang kereta orang yang tidak dikenali kerana perbuatan tersebut akan _______________ diri. 8. Orang yang ____________ tidak akan mengharapkan pujian apabila menghulurkan bantuan. 9. Apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, gunalah panggilan yang ___________. 10. Kita perlu ______________ terhadap rakan yang ditimpa kesusahan.

BAHAGIAN C (10 MARKAH) GARISKAN JAWAPAN YANG BETUL 1. Orang yang ( berdikari , berani ) tidak mengharapkan bantuan orang lain. 2. Alam sekitar perlu dijaga supaya sentiasa ( bersih , kotor ) 3. Tugas menjaga kemudahan awam adalah tanggungjawab ( pihak berkuasa , kita semua ). 4. Pembakaran sampah secara terbuka akan menyebabkan pencemaran ( udara , air ). 5. Baju kurung adalah pakaian tradisional orang ( melayu , cina ). 6. Patuhilah peraturan dan undang-undang jalan raya untuk mengelakkan ( kebakaran , kemalangan ). 7. Warna bagi bendera Negara Malaysia adalah biru, merah kuning dan ( ungu, putih ) 8. Pada bendera negeri Pulau Pinang terdapat gambar pokok ( rambutan , pinang ). 9. ( Thosai , kuih baulu ) merupakan makanan tradisional kaum India. 10. Kita perlu makan makanan yang ( manis , berkhasiat ) untuk kekal sihat.

Anda mungkin juga menyukai