Anda di halaman 1dari 8

JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) Menilai kemampuan firma membayar liability jangka pendek dengan

aset mudah tunai. Ia membolehkan penganalisis mengukur keupayaan satusatu syarikat membayar liability semasa apabila ia matang. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat. Daripada segi prinsip, syarikat yang mempunyai nisbah lebih daripada 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan atau liability semasanya. Nisbah Semasa Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek. Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1. Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

Nisbah Semasa =

Aset Semasa Liabiliti Semasa

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Semasa = Aset Semasa = 816762 = 2.40 kali

Liabiliti Semasa

340416

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada libiliti semasa. Ini bermakna syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

Nisbah Cepat Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai. Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Nisbah Cepat =

Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Cepat = Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa = (816762 583908) = 0.68 kali 340416

Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada

liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 lbiliti yang dituntut. Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.

Nisbah Pengurusan Aset (Aktiviti) Boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang berkesan dan cekap menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki. Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah: Pusing ganti aset tetap Pusing ganti jumlah aset Pusing ganti inventori Tempoh pungutan purata

Pusing Ganti Aset Tetap Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat

menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap =

Jualan Aset Tetap

Contoh: Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7.51 kali Jumlah Aset Tetap 360510

Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.

Pusing Ganti Jumlah Aset Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan. Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset = 2709000 1182000 = 2.29 kali

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 2.84

Pusing Ganti Inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan.

Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori = 1625400 583908 = 2.78 kali

Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan produk syarikat yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.

Tempoh Kutipan Purata Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima. Kebiasaannya nisbah tempoh kutipan purata yang rendah dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat berjaya mengutip semula akaunakaun belum terima dalam jangka masa yang pendek.

Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari Contoh: Rujuk Lampiran 1 Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = Purata Jualan Sehari 111108 7421.918 = 14.97 hari

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa selama 14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima.

Syarikat ini perlu menjelaskan liability syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.

Nisbah Keberuntungan Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu: Nisbah margin untung bersih Nisbah pulangan atas aset Nisbah pulangan atas ekuiti

Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan. Nisbah Margin Untung Bersih Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 = 4.30% Jualan 2709000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30 sen Secara ringkasnya terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor: Harga Kos Jualan

Nisbah Pulangan atas Aset (ROA) Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = Jumlah Aset 116487 1182000 = 9.86%

Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%

Nisbah Pulangan Ekuiti

Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegangsaham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka. Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah: Keuntungan tertahan Saham keutamaan Saham biasa

Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan pengembangan syarikat.

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti =

Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = Jumlah Ekuiti 116487 569724 = 20.45%

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM 20.45.