Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI UNTUK TAHUN 3 Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 19 September 2013 Masa : 8:45

Pagi 9:15 Pagi Kelas : 3 Cemerlang Bil Murid : 13 P 10 L

Tajuk : Mari Menjaring Standard Pembelajaran: 1.6.6 menjaring menggunakan tangan, kaki dan alatan 5.2.4 menerima kemengangan dan kekalahan dalam permainan secara positif. Pengalaman sedia ada : Mempunyai pengalaman melambung dan menyambut bola. Penerapan nilai: Keyakinan diri dan kerjasama Pengabungjalinan : kecergasan, ketangkasan Kesepaduan : Matematik anggaran jarak membaling dan menjaring. Objektif Pembelajaran : Menggunakan tangan , kaki dan alatan untuk menjaring pada sasaran yang ditetapkan . EMK : Kreativiti dan inovasi Alat : Bola, gelung getah, skital kayu hoki.

Aktiviti: 1. Memanaskan badan 2. Penyampaian standard pembelajaran. Permainan mencari sasaran dengan menggunakan tangan, kaki dan alatan (B3D2E2) 3. Permainan Kecil. Stesen menjaring 4. Menyejukkan badan.

Penilaian : Senarai Semak. Refleksi:

FASA Fasa Persediaan (5 minit) Pemerhatian

CADANGAN AKTIVITI 1. Murid membuat pergerakan mengikut tempo muzik kalau rasa gembira bersama guru.

Analisis

2. Murid menamakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor berdasarkan lagu kalau rasa gembira mengikut tempo yang telah dilakukan. a) Namakan pergerakan lokomotor yang mereka lihat? b) Namakan pergerakan bukan lokomotor yang kamu lihat ?

Fasa Imaginasi (10 minit) Penjanaan Idea

1. Murid membaling bola ke dalam bakul mengikut jarak sejauh 2 meter secara bergilir-gilir. 2. Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan selama dua hingga tiga minit. a) Bagaimana cara kamu membaling bola ke dalam bakul?

Fasa Perkembangan (10 minit) Penambahbaikan Penilaian

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan seramai 4 orang sekumpulan dan bermain permainan berstesen yang dirancang oleh guru. Stesen 1 : menjaring bola menggunakan kaki dengan menjatuhkan skitel. Stesen 2: menjaring gelung getah ke dalam skitel menggunakan tangan.

Stesen 3: menjaring pundi kacang ke dalam gelung rotan. 2. Murid menilai tahap kemahiran menjaring bola dengan menggunakan lembaran kerja Mari Menjaring

Fasa Tindakan (5 minit) Pelaksanaan Amalan Berterusan

1. Murid bermain permainan menjaring seberapa banyak bilangan pundi kacang yang dimasukkan ke dalam bakul yang dipegang oleh rakan dalam masa 1 minit untuk meningkatkan kemahiran menjaring. 2. Pemenang yang menjaring paling banyak pundi kacang akan diberi ganjaran.

Anda mungkin juga menyukai