Anda di halaman 1dari 37

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

1.0 Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Pendidikan Seni Visual adalah satu program yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan individu dapat dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai. Strategi merupakan aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran yang diperlukan. Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual, guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik menarik minat pelajar. Guru perlu membuat rangcangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini membolehkan guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan. Strategi merupakan suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif jangka panjang dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Konsepnya adalah berteraskan kepada kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta kecekapan dalam merancang kaedah dan teknik yang berdasarkan kepada objektifnya. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, terdapat 10 strategi yang telah dikemukakan seperti Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Konsepsual, Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), Kemahiran Berfikir, Pembelajaran Akses Kendiri, Kecerdasan Pelbagai, Belajar Cara Belajar, Konstruktivisme, Kajian Masa Depan, dan Pembelajaran Masteri. Walau bagaimanapun di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual, kita tidak semestinya menggunakan kesemua strategi yang dicadangkan sebaliknya boleh memilih mana-mana strategi yang dirasakan sesuai dengan kebijaksanaan dan kemampuan kita, dan bergantung kepada kreativiti kita dalam P&P. Strategi pengajaran yang sesuai dengan pelajar dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan dan seterusnya memberi kebaikan kepada guru dan pelajar. Daripada sepuluh strategi pengajaran yang ada kumpulan kami memilih 3 pendekatan strategi yang boleh digunakan di dalam set induksi serta langkah-langkah dalam rancangan pengajaran harian. Strategi yang kami pilih ialah Kemahiran berfikir, Pembelajaran akses kendiri dan Teknologi maklumat dan Komunikasi.

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

1.1 Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) 1.1.1 Definisi Strategi Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.

1.1.2 Aplikasi ICT kepada Pendidikan Seni Visual

Strategi ini diaplikasikan dalam Pendidikan Seni Visual dalam beberapa bentuk iaitu: Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi Mod Resos iaitu aktiviti melalui internet, muat turun untuk mencari bahan Mod Perhubungan iaitu menghantar dan menerima e-mel Mod Sokongan seperti memproses perkataan, pereka bentuk grafik dan persembahan

1.1.3 Tujuan Kemahiran berfikir diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Untuk menyediakan warga pendidik seni visual dalam

menghadapi perkembangan ICT masa kini dan akan datang.

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetitif di IPT.

Sebagai satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mudah dan berkesan.

1.1.4

Jenis-jenis Strategi Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Untuk produksi video dan filem Pembinaan objek 3 dimensi secara maya Penghasilan dan penciptaan seni persekitaran Cakera optik atau video Informasi dan telekomunikasi

1.1.5

Kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran. Fasilitator atau guru berupaya memberikan lmu dengan lebih berkesan dan cepat. Meningkatkan motivasi pelajar. Membolehkan pembelajaran bersendiri. Membolehkan pelajar mengakseskan maklumat dengan mudah

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

dan pantas. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan telekomunikasi. 1.1.6 Cabaran-cabaran terhadap Pendidikan Seni Visual Penerimaan dan kesedaran kepentingan ICT di kalangan pendidik seni masih rendah. o Masih terdapat segelintir di kalangan pendidik Pendidikan Seni

Visual yang memandang sepi terhadap ledakan ICT yang mula meresap masuk ke semua sektor kehidupan. Di samping menggagalkan usaha dan hasrat kerajaan bagi meningkatkan celik komputer di kalangan masyarakat, ia sama sekali merugikan sektor pendidikan yang menyebabkan Pendidikan Seni Visual terus dilabel sebagai mata pelajaran kelas dua di mata masyarakat. Sokongan sesetengah pihak pentadbir terhadap matapelajaran PSV o Peranan pentadbir yang kurang memberi tumpuan kepada

permintaan semasa Pendidikan Seni Visual turut menjadi punca menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kian terpinggir. Dngan era teknologi global dan digital, kesedaran dan peranan pentadbir bagi mendedahkan guru dan pelajar terhadap ICT adalah sangat penting. Peralatan yang masih kurang. o Kekurangan kemudahan dan penyediaan infrastruktur bagi menjayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah turut menjadikan Pendidikan Seni Visual

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

terus mempraktikan kaedah konversional yang kerap berubahubah dari zaman selepas merdeka. Tiada kurikulum bersepadu yang khusus bagi matapelajaran PSV o Kurikulum bagi mendedahkan ICT secara praktikal dilihat tidka begitu meluas. Pengetahuan dan bahan bagi mendedahkan pelajar secara teori dan praktikal tidak akan berjaya jika hanya meletakkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ICT sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Pelajar Pendidikan Seni Visual perlu diberi ruang untuk mempunyai satu sukatan yang lengkap bagi mempelajari ICT agar mereka terdedah dengan cara dan potensi ICT bagi digunakan dalam kehidupan dan karier masa depan. Sikap ibubapa dan masyarakat yang tidak menggalakkan anak mereka mempelajari PSV. o Ibu bapa merupakan individu yang paling dekat dengan pelajar dan mereka turut berperanan vagi memperihalkan kepentingan ICT kepada anak-anak mereka sedari awal. Jika ibu bapa itu sendiri turut menganggap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tidak penting, ini juga memberi cabaran bagaimana perlunya kempen kesedaran peranan seni di dalam kehidupan.

1.1.7 Cadangan Mengatasai masalah dalam strategi teknologi maklumat dan komunikasi Mendedahkan pelajar kepada perisian rekabentuk dan internet Kurikulum PSV tidak harus terlalu berubah-ubah dan meniru pakai kurikulum negara lain. Fasilitator atau guru memainkan peranan positif bagi meningkatkan kemahiran ICT masing-masing.

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Kemudahan

ICT

di

makmal

atau

studio

di

sekolah

perlu

dipertingkatkan. Sokongan daripada pihak pentadbir sekolah. Sokongan ibu bapa dan masyarakat.

1.2 Strategi Kemahiran Berfikir 1.2.1 Definisi Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta penyelesaian masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.

1.1.2 Aplikasi kepada Pendidikan Seni Visual Pelajar menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) mempunyai fungsi penting dalam memastikan murid mampu mengasah kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekitarnya dengan melaksanakan kemahiran berfikir secara a) Terpisah Strategi pengajaran kemahiran berfikir secara terpisah merupakan KBKK yang diajarkan secara berasingan dan tidak dikaitkan dengan mata pelajaran. Contohnya Apakah yang terdapat di dalam laut. b) Penyebatian

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

KBKK diajar secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran, bersepadu dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.

1.2.3

Objektif Strategi Kemahiran Berfikir Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Menjadikan pelajar berani menyatakan pendapat mereka sendiri. Pelajar akan sentiasa mencari alternative dan sensitive terhadap perasaan orang lain.

1.2.4 Tujuan Kemahiran Berfikir diaplikasikan di dalam pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran berfikir diaplikasian di dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Di samping itu juga ia dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah dan seterusnya menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Strategi ini juga mengajar kita mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit dan melatih pelajar bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritis.

1.2.5 Jenis-jenis kemahiran berfikir

Terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu berfikir secara kritis dan berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif merujuk kepada kecekapan

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan. Kemudian pelajar berupaya mencipta sesuatu yang baru, asli, kuar biasa, pelbagai sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea. Contohnya menjana dan menghasilkan idea baru. Kemahiran berfikir secara kritis pula merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemusabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti keberkesanan seuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Contohnya, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

1.2.6 Kategori Kemahiran Berfikir a) Pemikiran kritis Mencirikan

Mengenalkan pasti criteria seperti cirri,sifat,kualiti dan unsure sesuatu konsep atau objek.

Kemahiran ini digunakan untuk mendefinasikan konsep atau item dan mengenal antara konsep atau item yang hamper serupa. Banding beza persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti

Mencari

ciri,sifat,kualiti,unsure sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini dugunakan apabila terdapat dua atau lebih cirri atau kemungkinan ataupun dalam membuat pilihan atau keputusan. Mengumpulkan dan mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat.

Kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat dan item atau maklumat yang tidak tersusun.

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

b)

Pemikiran Kreatif Menjana idea

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

Kemahiran ini digunakan apabila mencari idea baru ataupun mencari alternatif.

Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar ataupun tidak

berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila hendak merancang langka-langkah tindakan atau membuat pilihan dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. Membuat analogi Membuat metafora Mengitlak Membuat gambaran mental Mereka cipta

1.2.7 Strategi Berfikir 1.2.7.1 Mengkonsepsikan Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Strategi ini digunakan dalam membina konsep atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu fenomena menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 1.2.7.2 Menyelesaikan masalah

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Mencari penyelesaian secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar atau kesulitan yang tidak dijangka. Strategi ini digunakan apabila tiada jawapan yang diketahui ataupun diketahui ada perbezaan antara yang dijangka dengan sepatutnya berlaku. 1.2.7.3 Membuat Keputusan Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Strategi ini digunakan untuk membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyaipelbagai penyelesaian ataupun dalam menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih. 1.2.8 Kepentingan Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Seni Visual Mengelakkan kesilapan berfikir daripada kalangan pelajar Meningkatkan ketajaman minda untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis. Mempengaruhi cara pembelajaran seseorang Mendidik pelajar supaya bersikap lebih terbuka dalam menerima hujah dan memberikan pendapat. 1.3 Pembelajaran Akses Kendiri 1.3.1 Definisi Strategi Pembelajaran Akses Kendiri ( PAK)

Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK memberi latihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahir kan pelajar yang bertanggungjawab serta berautonomi.

1.3.2 Aplikasi kepada Pendidikan Seni Visual

10

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Pelajar mengakses sendiri melalui pemerhatian terhadap pameran yang dilihat dan kemudian menganalisis maklumat yang diberi seterusnya mengaplikasikannya dalam penghasilan karya.

1.3.3

Objektif Pembelajaran Akses Kendiri Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri. Mentaksir sendiri pencapaian mereka. Mempunyai autonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.

1.3.4 Tujuan Strategi Akses Kendiri diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Untuk memotivasikan murid agar bersikap lebih berautonomi selaras dengan aspirasi negara dalam menghasilkan individu bestari yang dalam ertikata merupakan murid terarah kendiri (self directed) Boleh dicapai melalui persekitaran dan pembelajaran yang

mengutamakan prinsip-prinsip yang luas, kesepaduan pengetahuan serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Hasil yang diharapkan ialah berjaya menghasilkan murid yang berkemahiran, berketrampilan, berakhlak dan dapat sesuaikan diri

11

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

dengan

pelbagai

situasi

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

1.3.5

Jenis jenis strategi akses kendiri Bilik khas bilik seni Ruang pameran dan sudut pameran papan kenyataan atau sudutsudut. Pusat mudah alih

1.3.6

Ciri-ciri Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran lebih fleksibel, selesa dan tanpa tekanan. Bahan Pembelajaran Akses Kendiri dan bantuan fasilitator mudah diakses. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid. Membolehkan murid mentaksir pencapaian sendiri. Dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan ataupun pusat mudah alih.

12

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

1.3.7

Kepentingan Pembelajaran Akses Kendiri Mewujudkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas. Mewujudkan persekitaran pembelajarn yang memberi peluang murid menguji kemampuan mereka. Melatih murid belajar secara kendiri. Membimbing dan membantu murdi di mana perlu.

1.4 Kesimpulan Pembelajaran Pendidikan Seni yang bermakna harus berdasarkan kepada konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu persoalan seni perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran ini membolehkan pelajar menghayati kerelevanan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan kehidupan sendiri. Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang terdekat dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan. Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid. Kegiatan yang menarik minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti penerokaan amatlah digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan komputer. Dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran tercapai.

13

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

2.0 Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tarikh / Masa Matapelajaran Tahun Bidang Kegiatan Jenis Kegiatan ( Aktiviti ) : 25 Julai 2013 / 8.30-9.30 : Dunia Seni Visual : 4 Ceria : Membentuk dan Membuat Binaan : Membentuk dan Membuat Binaan menggunakan teknik diorama. Isi Kandungan Tema Tajuk Standard Kandungan : : Objek Buatan Manusia : Akuarium

14

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan diorama. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan diorama. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran : 3.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada diorama. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsisp Rekaan 3.1.2.1 Kepelbagaian - bahan dan warna dan saiz 3.1.2.2 Ritma dan pergerakan objek

3.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

15

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambar-gambar daripada majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik,kertas warna dan bahan lain yang sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 3.2.2.1 Teknik - gabungan pelbagai teknik (montaj, kolaj, lukisan dan lain- lain).

3.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama secara kreatif. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama

3.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya 3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Objektif : Pada akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

16

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

1. Menghasilkan sebuah diorama secara berkumpulan. 2. Boleh mengenali bahan yang digunakan untuk membuat diorama. 3. Boleh menghasilkan diorama haiwan dengan menggunakan teknik yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid sedia mengetahui kehidupan alam laut seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya. 2. Murid telah pun melukis gambar haiwan sebelum ini.

Penerapan nilai

: Kekemasan, bersyukur, kebersihan, menghargai keindahan alam, kasih sayang,bertanggungjawab,teliti.

Konsep 5 P

: Penyerapan Ilmu Sains ( Hidupan di dasar laut ),Penyerapan nilai murni, Penggabungjalinan Mata pelajaran matematik,

KBKK Strategi Pengajaran

: Menjana dan menghasilkan idea baru, : Demonstrasi / Tunjuk cara

Bahan Bantu Mengajar : Tayangan power point ( dasar laut), Alat , bahan, media : gunting, kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambar-gambar daripada majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik, kertas warna dan bahan lain yang sesuai EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi serta TMK

Langkah

/ Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan

BBM

Catatan

17

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Masa Set Induksi Pengenalan Diorama 1. Pameran hasil karya.

Pembelajaran 1. Guru memberi peluang kepada murid melihat Hasil karya diorama. Strategi : Kemahiran Akses Kendiri Konsep 5 P: Penyerapan Ilmu Sains Kaedah : Soal jawab

(5 minit) sudut pameran pelbagai hasil karya diorama akuarium kepada murid.

18

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

2. Guru memberi penerangan mengenai tajuk dan teknik pembelajaran hari ini ; Diorama Hidupan Laut. 2. Bersoal jawab dengan murid berkaitan hasil karya yang dilihat. 3. Guru menyatakan Contoh soalan: definisi diorama. - Dimanakah kamu biasa lihat situasi

19

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

ini? Jangkaanjawapan : Dalam laut 3. adalah Sebuah pemandangan tiga dimensi mini. Langkah 1 Penerokaan Alat Bahan (10 minit) dan oleh guru. 1.Pengenalan bahan 1.Guru mengenalkan alat, bahan dan media yang akan digunakan untuk menghasilkan diorama akuarium. Gunting, kotak, gam, benang, lidi, polistirena, gambargambar daripada majalah, kad manila, kertas 2. Guru menayangkan slide yang menunjukkan alatan,bahan dan media yang digunakan dalam penghasilan diorama akuarium. 3.Murid dibahagikan kepada kumpulan empat-empat. 4.Murid memastikan bahan,media dan alat yang lukisan, cat poster, Konsep 5P : plastik, kertas warna Penggabungjalinan Matapelajaran Matematik ( ukuran yang tepat) Kaedah : Kumpulan Strategi: Teknologi maklumat dan komunikasi Nilai : teliti,berhatihati,kekemasan, bekerjasama Teori: Teori Konstruktivisme Definisi

diorama :Diorama

20

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

diperlukan mencukupi. Langkah 2 Aplikasi Idea ( 25minit) 1. Cara memotong -Guru menunjukan kepada dan menampal murid cara-cara memotong yang sesuai. -Guru menunjukan kepada murid cara-cara menampal kad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak. Strategi: Pembelajaran akses kendiri dan kemahiran berfikir Nilai : teliti,berhatihati,kekemasan, bekerjasama Konsep 5P : Penggabungjalinan Matapelajaran Matematik ( ukuran yang tepat) -Guru menunjukkan caracara melakarkan ikan dan rumpair serta hiaskannya dengan kertas warna. - Murid melakar ikan dan 2. Melakar ikan, rumpair serta menebalkan dan lakaran dengan pen marker Konsep 5P : Penyerapan nilai murni (bekerjasama di dalam kumpulan) rumpair hidupan laut kertas warna pada kad manila mengikut ukuran bahagian kotak Kaedah : Kepelbagaian Kecerdasan Teori: Teori Humanis

murid mewarna dan

21

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

menggunting hasil karya.

Konsep 5P : Penyerapan nilai Murni: 3. Mewarna dan menggunting bahan Bekerjasama, kekemasan.

-Murid menggantung atau menyusun lakaran ikan , rumpair serta hidupan laut yang telah dihasilkan pada bahagian dalam kotak dengan mengunakan tali pancing atau gam.

4.Menggantungkan dan menyusun atur hidupan laut yang telah dihasilkan.

22

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Bahagian hadapan kotak atau akuarium yang

dihasilkan ditutup dengan menggunakan plastik.

5.Kemasan hasilan

Langkah 3 ( 10minit)

Apresiasi Seni

Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-

Hasil karya

EMK : Kreativiti dan Inovasi

23

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

masing

kumpulan

Penutup (5 minit)

Nyanyian

Murid menyanyi lagu Anak Ikan Anaklah ikanlah ikan Dimakan ikan, Ikanlah kecil, tulangnya Banyak tulangnya. Marilah kita, Lah kita bersukaria, Sambil menyanyi, Lah yanyi, gelak ketawa.

Lirik lagu

Konsep 5P : Penyerapan matapelajaran Muzik

3.0 Set Induksi Individu

3.1 3.1.1

Set Induksi Faridah Pairan Cadangan set induksi

Langkah Masa

/ Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran BBM dan Pembelajaran

Catatan

24

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Set Induksi Pengenalan Diorama

1.

Tunjukkan

slaid 1. Guru beberapa slaid tentang pelbagai

Kaedah jawab

Soal

power point tentang menunjukkan akurium. 2. Guru

Strategi : Teknologi Maklumat Komunikasi Konsep 5 P: Penyerapan Ilmu dan

bersoal bentuk hiasan dan jawab dengan slaid jenis ikan yang (5 minit) yang dipaparkan . Contoh : 1. Nyatakan hiasan hiasan digunakan membentuk akuarium.? Jangkaan jawapan: Rumpai karang 2. Apakah jenis-jenis ikan yang perlu dimasukkan di dalam akurium. Jangkaan jawapan. Ikan pelaga atau ikan emas. laut, batu yang dalam terdapat di dalam akuarium.

Sains

Definisi diorama : Diorama adalah Sebuah 2. Guru memberi pemandangan tiga penerangan

25

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

dimensi mini.

mengenai tajuk dan teknik pembelajaran hari ini ; Diorama Hidupan Laut. Guru menyatakan definisi diorama.

3.1.2

Huraian Strategi Dalam era abad ke 21 , perkembangan ICT menyaksikan penggunaan

komputer di dalam bilik darjah menjadi semakin lumrah di sekolah-sekolah. Banyak aspek pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah mendapat manfaat hasil penggunaan komputer. Penggunaan komputer merupakan satu inovasi yang bersesuaian dengan fitrah semula jadi manusia yang sememangnya suka akan pendekatan yang mudah lagi menarik untuk mempelajari sesuatu. Dengan menggunakan teknologi media contohnya dengan penggunaan vedio , slaid ia mampu mendorong pelajar memperoleh maklumat, memproses maklumat dan seterusnya mengaplikasikan kepada bentuk yang dikehendaki. Penggunaan media seperti ini memudahkan kepada guru yang

memungkinkan proses pengajaran berlangsung tanpa kehadiran guru. Ia menjadi pembantu guru dan juga penganti guru. Dalam pesembahan slaid yang menarik akan menambahkan lagi minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kesannya ialah murid akan melihar gambaran dan memahami dengan lebih jelas akan isi pembelajaran yang hendak disampaikan dan seterusnya berupaya menghasilkan karya yang lebih kreatif dan kritis.

26

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

3.2 Set Induksi Halimaton Sadiah Rahim Langkah Masa Set Induksi Pengenalan Diorama / Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran BBM Catatan

dan Pembelajaran 1. Tunjukkan gambar 1. Guru hasil diorama yang menunjukkan telah siap gambar hasilan diorama yang telah siap dibina. Strategi: Kemahiran berfikir Konsep 5 P: Ilmu Gambar diorama Kaedah: jawab Soal

(5 minit)

Penyerapan Sains

2. Guru memberi penerangan

27

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

mengenai tajuk dan teknik pembelajaran hari ini ; Diorama Hidupan Laut. Guru menyatakan definisi diorama.

3. Bersoal jawab 2. Guru memberi dengan serta dengan murid berkaitan diorama yang ditunjukkan.

penerangan berkaitan pembelajaran definisi kepada murid. Definisi diorama : Diorama adalah Sebuah pemandangan tiga dimensi mini. tajuk pengajaran dan diorama

28

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

3. Bersoal jawab dengan murid berkaitan hasil karya yang dilihat. Contoh soalan: - Pernahkah kamu melihat akuarium? Jangkaan jawapan : - pernah Apakah yang biasa kamu lihat di dalam akuarium? - ikan, rumpair,tapak sulaiman, sotong

3.2.2 Strategi yang dipilih Saya telah memilih strategi Kemahiran berfikir untuk diaplikasikan dalam set induksi saya. Kemahiran berfikir adalah antara unsur utama yang diberi penekanan dan dinyatakan secara tersurat dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,kemahiran kognitif serta sikap dan nilai minda individu. Kebiasaannya apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali timbul dalam pemikiran ialah apakah objek itu?, apakah kegunaannya? Untuk mendapatkan jawapan pelajar akan melalui proses berfikir. Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai. Saya memilih strategi ini dalam kerana ia merupakan satu strategi yang sesuai untuk diaplikasikan dalam set induksi. Melalui kaedah soal jawab berdasarkan gambar yang

29

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

dilihat oleh murid akan merangsang pemikiran murid dan seterusnya membuat murid berfikir untuk mengetahui bagaimana sesuatu karya itu hendak dihasilkan dan bagaimana cara untuk menghasilkan karya yang baik. Kesannya ialah murid akan memahami dengan lebih jelas aka nisi pembelajaran yang hendak disampaikan dan seterusnya berupaya menghasilkan karya yang lebih kreatif dan kritis. Dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan atau sumber dan bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan sumber yang digunakan dapat membantu murid untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah dan mencapai sesuatu keputusan. Ini menggalakkan pemikiran kritis dan kritikal. Di samping itu, dengan bersoaljawab akan mewujudkan perbincangan antara murid dengan murid, murid dengan guru. Proses ini menggalakkan wujudnya komunikasi antara murid dengan guru dan murid dengan murid. Oleh hal yang demikian komunikasi dua hala akan wujud dan dapat menjadikan suasana pembelajaran yang sihat.

30

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

3.3 Set Induksi Khaliza A. Wahid

3.3.1 Cadangan Set Induksi

31

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Langkah Masa Set Induksi

/ Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Masa Set Induksi Pengenalan Diorama

/ Isi Kandungan

1. Pameran hasil karya. 2. Bersoal jawab dengan murid

1. Guru memberi peluang kepada murid melihat

1. Pameran hasil karya. 2. Bersoal jawab dengan murid

Pengenalan Diorama

(5 minit) berkaitan hasil karya yang dilihat. Contoh soalan: - Dimanakah kamu biasa lihat situasi ini? Jangkaan jawapan : Dalam laut sudut pameran pelbagai hasil karya diorama akuarium kepada murid.

(5 minit) berkaitan hasil karya yang dilihat. Contoh soalan: kamu biasa lihat situasi ini? Jangkaan jawapan : Dalam laut 3. Definisi diorama : Diorama adalah Diorama adalah Sebuah Sebuah pemandangan tiga tiga dimensi mini. dimensi mini. pemandangan 3. diorama : Definisi Dimanakah

32

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

2. Guru memberi penerangan mengenai tajuk dan teknik pembelajaran hari ini ; Diorama Hidupan Laut. 3. Guru menyatakan definisi diorama.

3.3.2 Huraian Strategi Set induksi yang saya pilih, menggunakan strategi pembelajaran Kontraktivisme. Pembelajaran kontruktivisme merupakan satu pendekatan dalam pengajaran yang memusatkan kepada pelajar. Ia memberi peluang kepada murid untuk membina sendiri pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada . Dalam set induksi ini, saya

33

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

memilih untuk memberi ruang kepada murid untuk membina sendiri pengetahun dan membina konsep mereka berpandukan pameran Karya Diorama yang di pamerkan.. Murid akan belajar tanpa rasa tekanan dan memberi peluang murid berkomunikasi dengan karya dan rakan-rakan. Situasi ini akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan mereka untuk berdiskusi tentang karya yang dipamerkan. Ia juga melatih murid belajara secara kendiri. Murid akan berusaha berfikir dan bersemangat untuk menghasilkan karya terbaik mereka. Secara keseluruhan murid akan membuat pemerhatian secara aktif. Murid melihat dan menyentuh karya yang ditunjukkan. Oleh itu murid berpeluang menkaji alat, bahan dan media yang akan digunakan. Ia juga memberi inspirasi yang baik kepada murid untuk menghasilkan karya yang bermutu dan menarik. Guru akan membimbing murid dan membantu murid menghasilkan karya yang dikehendaki. Keadaan ini membantu menyelaraskan idea, mengembangkan imaginasi dan alam fantasi murid.Murid akan mengaplikasikan apa yang mereka lihat dan pengetahuan sedia ada murid untuk membina karya yang kreatif. Keadaan ini dapat membuka minda dan murid dapat menjana idea baru yang lebih menarik. Saya lebih gemar memberi ruang kepada murid memberi komitmen dalam setiap hasil karya yang akan dibina. Dengan cara ini, kita dapat menilai sejauhmana kemahiran murid berfikir, dan membentuk pengetahuan mereka menggunakan pengalaman yang ada. Murid akan lebih faham, ingat dan yakin serta mempunyai semangat bekerjasama yang baik.

34

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

4.0 Rujukan

35

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Azilah Bte Mat Top, Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam PSV , Diperoleh pada

Ogos 14, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/28800770/Strategi-Pengajaran-DanPembelajaran-Pendidikan-Seni-Visual

Dalina Yusuf,

Strategi dalam pengajaran. Diperolehi pada Julai 20, 2013 daripada

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/strategi-dalam-pengajaran-dan.html

Diperolehi pada Julai 20, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/17713195/PendekatanP-P-PSV

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual. Diperolehi pada Julai 22, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/40534233/Strategi-Pengajaran-DanPembelajaran-Dalam-Pendidikan-Seni-Visual

http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/06pak.pdf http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/08kmd.pdf http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html http://www.slideshare.net/ieqaswetluv/waj-3107-modul-seni-dalam-pendidikan http://www.scribd.com/doc/40534233/Strategi-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-DalamPendidikan-Seni-Visual (okt 31,2010)

Tika Zuki. Penerapan Konsep 5p Dalam Penghasilan Bahan Bantu, Dilayari pada Julai 11 2013 daripada http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/07/penerapan-konsep-5p-dalampenghasilan.html

36

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV3107)

Penglipur

bahasa:Pembelajaran

Akses

Kendiri:

sep

2009:

http://komputeraloy.blogspot.com/2009/09/pembelajaran-akses-kendiri.html

Definisi

pembelajaran

akses

kendiri:

http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/06pak.pdf

37

Anda mungkin juga menyukai