Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan Kefahaman Konsep Matematik Kanak-kanak sudah faham konsep Matematik dari awal lagi.

Semasa bayi konsep Matematik yang sudah ada pada mereka adalah mereka boleh membezakan antara ibu dan bapa mereka. Selepas mereka membesar mereka mula memahami konsep urutan, banyak dan sedikit. Kanak-kanak yang berumur empat tahun sudah boleh faham konsep hari dan urutan aktiviti harian. Kanak-kanak dapat mempelajari konsep Matematik (wang) apabila mereka membeli belah dengan ibu bapa mereka di pasar raya, kedai atau membeli aiskrim. Asas Matematik lain yang dapat dipelajari pada peringkat ini adalah konsep nombor, warna, bentuk, berat, nilai wang dan konsep jual beli. Kanak-kanak mempelajari idea nombor sama seperti mereka belajar bahasa, kemahiran sosial dan konsep-konsep lain di sekitarannya. Perkembangan ini berkembang seiring dan sejajar. Oleh itu pembelajaran matematik tidak dapat diasingkan dengan kemahiran yang lain. Ia saling berkait dan bersepadu. Contohnya apabila kanak-kanak bermain teng-teng mereka mempelajari konsep nombor dalam urutan. Selain daripada itu mereka juga melakukan aktiviti fizikal seperti menyeimbangkan badan. Apabila kanak-kanak memasuki prasekolah, mereka mula mengetahui lebih banyak konsep. Didapati kebanyakan kanak-kanak boleh mengira 1 hingga 10 apabila umur mereka 5 tahun dan setengah boleh mengira puluh hingga ratus. Ada sesetengah kanak-kanak pula bukan sahaja boleh kenal dan faham 1 hingga 10 mereka juga dapat menulisnya sekali. Sebelum kanak-kanak diberi aktiviti yang berkaitan dengan nombor, mereka perlu diberi pengalaman yang cukup dalam aktiviti pramatematik. Aktiviti ini mengandungi beberapa aktiviti yang memberi peluang kanak-kanak menggunakan bahasa nombor seperti banyak, sedikit, berat, ringan, saiz, bentuk, pengelasan, seriasi dan padanan satu dengan satu juga beberapa konsep asas yang berkaitan. Pada peringkat awal kanak-kanak belum mahir dalam pengecaman simbol nombor dan mereka hanya menghafal secara lisan. Oleh itu kanak-kanak pada peringkat prasekolah perlu diberikan banyak pengalaman dengan bahan yang ada apabila mengajarkan konsep nombor. Urutan perkembangan pembelajaran Matematik Urutan perkembangan pembelajaran matematik melalui tiga tahap, tahap-tahapnya adalah seperti berikut: - Tahap konkrit iaitu penggunaan bahan maujud dan objek Tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram - Tahap simbol iaitu penggunaan simbol 1,2,3.. Urutan pembelajaran kanak-kanak bermula daripada tahap konkrit dan

seterusnya ke tahap konkrit. Tetapi apa yang berlaku kerap kali didapati guru yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan matematik mereka lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap 3 iaitu simbolik, tanpa memberi pengalaman kedua-dua tahap pertama. Oleh itu kanak-kanak tidak memperoleh pengalaman memanipulasi bahan maujud. Akibatnya kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan matematik yang kukuh. Sekiranya kanak-kanak diberikan asas dan pengalaman pranombor yang baik, ia adalah suatu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran matematik di peringkat kemudian. Prinsip Pembelajaran Matematik Matematik adalah contoh pemikiran logik atau pengetahuan. Pengetahuan matematik berbeza daripada pengetahuan sosial dan fizikal. Sumber pengetahuan sosial adalah manusia, budaya dan cara mereka melakukan kerja. Manakala pengetahuan fizikal berbeza di mana sumber pengetahuannya daripada objek itu sendiri. Contohnya kerusi itu daripada kayu dan keras. Menurut Piaget 1952, pengetahuan fizikal ialah pengetahuan semula jadi bahan atau benda tersebut. Dengan kata lain, pengetahuan matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah perkaitan (Kamii 1982). Contohnya, jika seorang kanak-kanak ada 5 batang pensel. Daripada segi sosial orang akan mengenalinya sebagai pensel. Daripada aspek fizikal pula ia daripada kayu, tetapi daripada idea matematik sebenarnya pensel itu lebih daripada empat batang. Pengetahuan berkaitan nombor perlu melalui aktiviti yang dikaitkan dengan persekitaran fizikal dan koordinasi reaksi ke atas objek kepada proses yang menggambarkan pemikiran yang logik. Bagi membentuk konsep matematik kanak-kanak perlukan: - Pengalaman - Interaksi sosial - Masa - Bahasa - Kefahaman pemikiran Tahap Perkembangan Matematik Kanak-Kanak Kanak-kanak melalui beberapa tahap perkembangan dalam mereka mempelajari matematik. Tahap tersebut boleh dibahagikan kepada enam: 1. Mula faham dan guna bahasa matematik melalui pemahaman asas seperti: - Tinggi dan rendah - Penuh dan kosong - Dekat dan jauh Mula dan akhir - Dalam dan luar - Banyak dan sedikit - Panas dan sejuk - Sama dan berbeza - Lebih dan kurang - Sepasang dan satu set - Nama wang 2. Pada peringkat kedua mereka mula membanding dan mengelas objek iaitu meletakkan objek yang sama dalam kumpulan atau dalam set. a. Mulakan dengan pengelasan objek yang serupa dalam apa jua pun tetapi mesti satu jenis. Contohnya kanak-kanak

mengelaskan warna mengikut warna yang sama. b. Mengasingkan blok mengikut bentuk tertentu. 3. Peringkat ketiga mereka membanding iaitu proses di mana kanakkanak membuat perkaitan antara 2 objek berasaskan ciri kesamaan dan perbezaannya. Kanak-kanak dapat membuat perbandingan dengan mudah terutamanya perbandingan yang melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan diri mereka. Contohnya kasut saya lagi baru daripada awak, bola kita lagi besar. 4. Peringkat keempat adalah mengira secara hafalan iaitu mengira tanpa memahami nilai nombor tersebut: a. Guna lagu nyanyian yang biasa dan boleh diulang dalam turutan. Contohnya lagu: Anak ikan Satu dua tiga empat anak ikan lompat-lompat Lima enam tujuh lapan mari naik atas papan Sayang Ibu Satu satu saya sayang ibu Dua dua saya sayang ayah Tiga-tiga sayang adik kakak 1,2,3 sayang semuanya b. Lagu-lagu nombor seperti nombor telefon 7772525 7552525 5. Peringkat kelima adalah perkembangan mengira secara bermakna iaitu mengira dan memahami bahawa setiap nombor seperti 2 mewakili 2 objek, nombor 4 mewakili 4 objek. a. Mulakan aktiviti dengan nombor yang kecil seperti nombor 2 dan 3 b. Setkan 3 objek dan minta mereka sentuh setiap objek semasa mengira c. Tingkatkan nombor yang dibilang apabila mereka mula berkeyakinan diri. Apabila mereka sudah yakin dan bersedia mereka boleh mengira tanpa menyentuh objek. 6. Pengiraan rasional iaitu mengira dan memahami apabila membilang benda, benda terakhir dalam set mewakili jumlah objek dalam set itu. Caranya adalah dengan: a. Berikan peluang mereka membilang semua benda dalam set tersebut. Tanyakan berapa semuanya? Letakkan benda dalam susunan yang lurus. Dengan ini kanakkanak tadi perlu mengira lebih daripada sekali. Latihan sedemikian dapat

mengembangkan kefahaman tersebut. b. Apabila kanak-kanak sudah faham jumlah benda contohnya 3, tambahkan satu lagi supaya menjadi 4 dan seterusnya. Sukatan subjek Matematik prasekolah kebangsaan - Pengelasan - Seriasi - Padanan satu dengan satu - Konsep Nombor - Operasi nombor - Pengukuran - Masa dan wang Konsep ruang

Anda mungkin juga menyukai