Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS . 1.0 PENGENALAN 1.

1 Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

1.2

2.0

TUJUAN Panduan ini dihasilkan untuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.

3.0

PROSEDUR PENGESAHAN PERUBATAN 3.1

MURID

BERKEPERLUAN

KHAS

OLEH

PEGAWAI

Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan, semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan dibawah: i. Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan IPMBDM dan ISD semasa temu janji dengan pegawai perubatan. ii. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh 01 dan membawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai perubatan. iii. Borang BPKh 02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai perubatan. Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikut oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

3.2

PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN DAN PENEMPATAN MURID

1. Mula

2. Pihak sekolah menghantar nama murid yang dikesan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas dengan menggunakan IPMBDM ke PPD 3. PPD menyelaras senarai nama murid yang diterima daripada sekolah bagi tujuan penyelarasan temu janji dengan klinik kesihatan. 4. PPD menyerahkan senarai nama murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas kepada klinik kesihatan yang dikenal pasti. 5. Klinik kesihatan menyelaras tarikh temu janji dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD.

6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah. 7. Pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji dengan pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan. 8. Ibu bapa/penjaga membawa murid untuk pemeriksaan pada tarikh dan klinik/hospital yang tetapkan dan membawa bersama keputusan IPMBDP dan ISD, surat BPKh01 dan BPKh02. 9. Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/penjaga. 10. Ibu bapa/penjaga memanjangkan keputusan pengesahan pegawai perubatan kepada pihak sekolah. 11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan kepada PPD untuk dibuat penempatan murid.

10

11

12

12. Tamat

4.0

PENUTUP Panduan ini dapat membantu semua pihak untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas bagi tujuan pengesahan Pegawai Perubatan. Melalui proses ini murid dapat ditempatkan di progaram yang sesuai bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran mengikut keperluan dan tahap kemampuan mereka.

BPKh 01

Nama Ibu bapa / Penjaga: Alamat: No. Telefon: Tarikh:

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan ................................................ Tuan, KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas. 2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya dengan ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan saya

rela hati dan secara

........................................................... No. Sijil Kelahiran ............................. tahun ................ menjalani pemeriksaan perubatan.

3.

Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-

undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan saya. Sekian, terima kasih. Yang benar, ....................................... Nama Ibu bapa/penjaga: No. Kad Pengenalan: Tarikh:

BPKh 02 Guru Besar SK / SJK / SAR

Rujukan sekolah : Tarikh:

Pegawai Perubatan, Hospital / Klinik .........................................

Tuan, PEMERIKSAAN PERUBATAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi mendapatkan ke atas pembawa surat ini iaitu

kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan

............................................................... No. Sijil Kelahiran ............................... Tahun .......................... 3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat dikembalikan

kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ............................................. Guru Besar s.k. PPD. Ibu bapa/ penjaga

Email zaleha.osman@yahoo.com Zaleha.osman@moe.gov.my 019 2232129

Anda mungkin juga menyukai