Anda di halaman 1dari 34

2.

Kertas Peperiksaan Rujuk lampiran 1

2.1

Analisis Pembinaan Item 2.1.1 Analisis pembinaan item mengikut panduan menulis soalan objektif Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skornya juga lebih senang

dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas (rujuk rajah 2.1.1.1) iaitu : i) Stimulus

Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi. ii) Stem

Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi. iii) Pilihan/Opsyen

Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi, iaitu : a) b) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan sebenar

Soalan 10 Jadual 1 menunjukkan ciri-ciri suatu bentuk 2 matra.

Ciri-ciri Stem Bucu Sisi Namakan bentuk itu. A. Oktagon B. Heptagon C. Heksagon D. Pentagon

Bilangan 6 6 Stimulus

Pilihan / Opsyen Kunci B (Jawapan betul) Penganggu A, C dan D

Rajah 2.1.1.1 menunjukkan komponen asas bagi soalan 10

Setelah menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi kertas peperiksaan pertengahan tahun Matematik tahun 4, kumpulan kami telah menganalisis item-item ujian yang telah dibina oleh Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya Menurut Black (1944), terdapat beberapa panduan menulis soalan objektif. Oleh itu, kami menggunakan panduan tersebut untuk menganalisis kertas peperiksaan yang telah dipilih. Mari kita menganalisis item-item soalan mengikut prinsip asas pembinaan soalan.

i)

Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap

Dalam kertas peperiksaan ini, terdapat beberapa soalan yang ditulis dalam bentuk pertanyaan dan ayat yang tidak lengkap. Soalan seperti ini akan merangsang minda murid untuk memberi perhatian yang berlebihan kepada pokok soalan dalam bentuk pertanyaan dan ayat yang tidak legkap. Jika memerhatikan item soalan 3 (rujuk rajah 2.1.1.2), pokok soalan diberi dalam bentuk pertanyaan memudahkan murid-murid memahami kehendak soalan.

Manakala item soalan 18 (rujuk rajah 2.1.1.3), pokok soalannya ditulis dalam ayat yang tidak lengkap. Dengan ini, murid akan difahamkan bahawa mereka perlu mencari nilai yang tidak diberi dalam ayat Matematik tersebut.

Soalan 3 Rajah 1 mengandungi beberapa segi empat sama yang sama saiz.

Apakah pecahan daripada seluruh rajah itu yang berlorek ? A. C.

B.

D.

Rajah 2.1.1.2 menunjukkan item soalan 3

Soalan 18

8 000 ml

A. 0.008 B. 0.08

C. 0.8 D. 8

Rajah 2.1.1.3 menunjukkan item soalan 18

ii)

Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami. Arahan soalan harus ditulis dalam bahasa yang mudah agar murid-murid dapat memahami kehendak soalan. Jika bahasa yang digunakan tidak difahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak memahami kehendak soalan maka mereka akan menghadapi masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Mari kita menganalisis item soalan 11 (rujuk rajah 2.1.1.4) dan item soalan 25 (rujuk 2.1.1.5).

Soalan 11 Bahagi 37 080 dengan 1 000 A. 37 baki 80 B. 370 C. 370 baki 8 D. 3 708 Arahan yang diberi dalam soalan ini jelas dan mudah difahami

Rajah 2.1.1.4 menunjukkan item soalan 11

Soalan 25 Gaji Patrick ialah RM 2 950. Gaji Suresh adalah RM 740 kurang daripada gaji Patrick. Hitung jumlah gaji mereka. A. RM 2 210 B. RM 3 690 C. RM 4 480 D. RM 5 160 Jika murid-murid tidak memahami istilah hitung, maka mereka akan menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan ini.

Rajah 2.1.1.5 menunjukkan item soalan 25

Sebagai cadangan, arahan item soalan 25 boleh menggunakan tahap bahasa Matematik yang mudah difahami agar item ini dapat dijawab oleh murid-murid sederhana.

iii)

Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga. Setelah menganalisis semua item soalan 1 hingga 40, maka dibuktikan bahawa

semua soalan dan jawapannya ditulis padat dan tidak menggunakan perkataan berbunga-bunga. Secara ringkasnya, item-itemnya hanya mengandungi komponen yang asas (stimulus, stem dan pilihan/opsyen) sahaja.

iv)

Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan. Semasa menganalisis pembinaan item dalam kertas peperiksaan ini, kami

mendapati ada jawapan pilihan yang disusun dari nilai kecil ke besar ( rujuk 2.1.1.6 ) dan ada juga soalan di mana jawapan pilihannya disusun dari nilai besar ke kecil ( rujuk 2.1.1.7 ).

Soalan 1 Lima puluh tiga ribu tujuh belas adalah sama dengan A. 5 317 B. 53 007 C. 53 017 D. 53 170

Susunan tertib menaik.

Rajah 2.1.1.6 menunjukkan item soalan 1

Soalan 4 Tuliskan tujuh ribu tiga ratus empat belas ringgit dua puluh sen dalam angka. A. RM 7 340.20 B. RM 7 314.20 C. RM 7 304.20 D. RM 7 014.20 Susunan tertib menurun

Rajah 2.1.1.7 menunjukkan item soalan 4

Selain itu, kami juga mendapati item soalan 22 (rujuk rajah 2.1.1.8), susunan jawapannya (opsyen ABCD) tidak sama seperti item-item yang lain.

Soalan 22 Julian mengambil masa 7 minit untuk berlari mengelilingi padang. Berapa lamakah masa yang diambil olehnya untuk berlari mengelilingi 6 pusingan ? A. 63 minit C. 42 minit B. 56 minit D. 15 minit

Rajah 2.1.1.8 menunjukkan item soalan 22

Dalam item ini, susunannya A dan di bawahnya C, manakala item yang lain disusun A dan dibawahnya B

Oleh itu, semasa murid-murid menjawab soalan ini, ada murid yang tersilap menghitamkan jawapan yang salah di kertas OMR. Sebagai cadanganuntuk memperbaiki kesilapan begini, guru harus mengikuti susunan yang sama untuk semua item. Dengan ini, dibuktikan bahawa pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama untuk menghasilkan kertas peperiksaan yang berkualiti.

v)

Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul

Setelah menganalisis kesemua item soalan, kami mendapati tiada satu item soalan pun yang mempunyai pilihan jawapan seperti semua di atas atau tiada satu pun yang betul. Dengan ini boleh dikatakan bahawa item-item yang dibina menepati prinsip di atas.

vi)

Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.

Dalam pembinaan item objektif, penyediaan taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak supaya tidak mengikuti sesuatu sistem tertentu. Hal ini kerana murid-murid dapat meneka jawapan jika jawapan betul mempunyai pola atau urutan tertentu. Berdasarkan analisis kertas peperiksaan tersebut, kami mendapati taburan jawapan kurang rawak tetapi bilangan jawapan bagi pilihan A, B, C, dan D adalah sama rata seperti ditunjukkan dalam jadual (rujuk 2.1.1.9) di bawah.

Pilihan A B C D Jumlah

Jawapan betul 9 9 11 11 40

Rajah 2.1.1.9 menunjukkan jadual taburan jawapan

Contohnya, item soalan 25 sehingga 27 memepunyai pilihan jawapan yang sama iaitu D. Taburan jawapan sebegini mungkin mengakibatkan murid-murid meneka jawapan yang betul atau menimbulkan perasaan kurang yakin terhadap pilihan jawapan mereka sendiri.

vii)

Pokok soalan yang berbentuk negatif haruslah dikurangkan atau dielakkan langsung

Dalam kertas peperiksaan ini, hanya mempunyai 2 item soalan yang berbentuk negatif. Kami mendapati salah satu soalannya iaitu item no. 9 (rujuk rajah 2.1.1.10), perkataan kecuali tidak ditulis dalam huruf besar, dihitamkan atau digariskan. Hal ini mungkin menyebabkan murid yang cuai untuk melakukan kesilapan atau tidak memahami kehendak soalan. Oleh itu, para pembina item soalan perlu peka terhadap soalan sebegini dan menghitamkan perkataan yang berbentuk negatif.

Soalan 9 Yang berikut adalah jenis-jenis prisma kecuali

A.

C.

B.

D.

Rajah 2.1.1.10 menunjukkan item soalan 9

viii)

Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan.

Para pembina item juga perlu elakkan ulangan perkataan yang sama dalam setiap jawapan. Contohnya, perkataan unit ukuran seperti cm boleh ditulis dalam soalan. Dalam kertas ini, ada beberapa item soalan (rujuk rajah 2.1.1.11) yang menepati syarat ini dan ada juga soalan (rujuk 2.1.1.12) yang tidak mengikuti prinsip yang diberi.

Soalan 17 Rajah 6 menunjukkan panjang sebatang pensel yang diletakkan bersebelahan sebatang pembaris.

Berapakah panjang pensel itu, dalam cm ? A. 3 B. 4 C. 5 D. 6

Rajah 2.1.1.11 menunjukkan item soalan 17

Soalan 27 Sebuah jag boleh diisi dengan 6 gelas air berisipadu 425 ml. Berapakah isipadu jag tersebut? A. 2 440 ml B. 2 450 ml C. 2 540 ml D. 2 550 ml

Rajah 2.1.1.12 menunjukkan item soalan 27

Dalam item soalan 27, soalannya boleh diubahsuai di mana unit ukuran diberi bersama soalan seperti item soalan 17 (rujuk 2.1.1.11). Dengan ini, murid lebih senang untuk memilih jawapan dengan hanya memebanding jawapan sahaja dan unit ukuran tidak akan menjadi pengganggu.

Secara keseluruhannya, kertas peperiksaan pertengahan tahun ini telah memeuhi syarat asas atau garis panduan pembinaan kertas soalan. Jika melihat muka depan, ia mengandungi nama ujian, masa, tahun, bilangan muka surat dan juga arahan menjawab soalan yang diberi seperti ditunjukkan (rujuk rajah 2.1.1.13)

Rajah 2.1.1.13 menunjukkan muka depan

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan dari segi pembinaan item. Antaranya ialah, ada beberapa item soalan yang tidak mengikuti panduan yang telah ditetapkan seperti ditunjukkan sebelum ini. Selain itu, kertas peperiksaan ini juga tidak mempunyai item cantuman. Semua item yang dihasilkan hanya mempunyai satu jawapan yang betul. Keadaan seperti ini akan menghasilkan satu peperiksaan yang mudah dan kurang mencabar. Oleh itu, kami berpendapat bahawa sekurang-kurangnya dua item dalam kertas ini boleh diubahsuai untuk menjadi item cantuman dimana soalannya lebih bercabar.

2.1.2

Analisis pembinaan item mengikut aras Taksonomi Bloom

Kami juga telah menganalisis item-item yang dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza. Seperti yang dinyatakan, mengikut Aras Kemahiran Taksonomi Bloom terdapat 6 aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Oleh itu, kumpulan kami akan memperincikan item-item ujian mengikut aras yang ditetapkan. i) Item Aras Pengetahuan Soalan berbentuk mudah seperti Nyatakan, Bacakan, Catatkan, Daftarkan, Kenal pasti, Labelkan, Namakan, Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan, Sebutkan, Senaraikan, Tandakan merupakan antara kata kunci yang boleh digunakan untuk membina item aras pengetahuan. Contohnya ,

Soalan 2 Nyatakan nilai bagi digit 6 dalam nombor 1.76. A. 0.06 B. 0.6 C. 6 D. 60.0

Rajah 2.1.2.1 menunjukkan item soalan 2

ii)

Item Aras Kefahaman Item bagi aras ini bersifat mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, dan memberi contoh kepada konsep. Bentuk soalan seperti Asingkan, Terangkan, Bezakan, Anggarkan,

Bandingkan, Hitungkan, Huraikan, Jelaskan, Kategorikan, Kemukakan, merupakan antara contoh bentuk soalan yang boleh dikemukakan bagi item aras kefahaman. Contohnya,

Soalan 16 Lily minum 8 gelas air mineral setiap hari. Carikan jumlah gelas yang dia minum dalam masa dua minggu. A. 16 B. 22 C. 112 D. 116 mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain

Rajah 2.1.2.2 menunjukkan item soalan 16

Walaupun soalan ini tidak mengandungi bentuk soalan yang digunakan untuk aras kefahaman maka, konsep soalannya amat berkait rapat dengan aras kefahaman iaitu, mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Murid-murid harus menukar 2 minggu yang diberki kepada hari. Seterusnya, boleh mendarab jawapan yang diperolehinya dengan 8 gelas.

iii)

Item Aras Aplikasi Bagi aras aplikasi, kita menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Binakan, Carikan, Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemukakan, Kirakan, Laksanakan, Organisasi, Ramalkan, Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan, Tunjukkan merupakan antara bentuk soalan yang boleh digunakan bagi item aras Aplikasi. Contohnya,

Soalan 21 Cari jumlah bagi RM 474.70, RM 2 085.50 dan RM 3 659.40. A. RM 6 010.70 B. RM 6 074.55 C. RM 6 108.20 D. RM 6 219.60

Rajah 2.1.2.3 menunjukkan item soalan 21

iv)

Item Aras Analisis Item beraras analisis lebih kepada menguji kebolehan murid untuk mencerakinkan idea besar atau kompleks kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan Bezakan, Hubungkan Bandingkan, Buat analisis, Inferensi, Buktikan, dan Kategorikan adalah beberapa bentuk soalan yang digunakan untuk membentuk item aras analisis. Item soalan 32 ( rujuk Rajah 2.1.2.4 ) dikategorikan sebagai item aras analisis. Dalam item ini, walaupun tidak mempunyai bentuk soalan seperti dinyatakan maka soalan ini menguji kebolehan murid untuk mencerakinkan yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang kecil dan secara tersirat muridmurid perlu membanding pilihan jawapan yan diberi. Contohnya :

Soalan 32 Manakah antara berikut yang terpendek ? A. 2 m 5 cm B. 2 m 50 cm C. 210 cm D. 250 cm

Rajah 2.1.2.4 menunjukkan item soalan 32

Soalan item 39 berkelihatan seperti senang tetapi semasa menganalisis item ini, kami mendapati bahawa pilihan opsyen yang diberinya ialah dalam unit m dan cm. Oleh itu, murid-murid perlu menukar unit m kepada cm atau unit cm kepada unit m dan cm. Seterusnya, murid perlu membezakan nilai dalam pilihan jawapan untuk mendapat jawapan yang betul.

v)

Item Aras Sintesis Item aras ini menguji kebolehan murid-murid untuk menggabungkan ideaidea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan. Item soalan seperti ini lebih berfokus kepada menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Bentukkan, Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal, Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan, Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Simpulkan, dan Tafsirkan adalah bentuk-bentuk soalan yang bole digunakan dalam item aras sintesis. Mari kita melihat item soalan 30 ( rujuk rajah 2.1.2.5 )

Soalan 30 Sebuah kilang mengeluarkan 490 tin sardin setiap hari. Sekiranya kilang tersebut beroperasi setiap hari, berapa banyak tin sardin yang dapat dikeluarkan oleh kilang tersebut dalam bulan April ?

A. 520 B. 14 700

C. 15 190 D. 16 250 Dalam soalan ini, murid-murid haris tafsirkan berapakah hari dalam bulan April untuk mencari opsyen yang betul

Rajah 2.1.2.5 menunjukkan item soalan 30

vi)

Item Aras Penilaian Item aras penilaian lebih menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah. Antara bentuk soalan yang digunakan ialah Pilih, Berikan alasan, Kritikan, Buktikan. Kertas peperiksaan ini tidak mengandungi item aras penilaian. Oleh itu, kami tidak dapat menunjukkan contoh item beraras penilaian.

Secara keseluruhannya, kertas peperiksaan ini tidak mengandungi item aras penilaian. Pada pendapat kami, kertas peperiksaan ini akan menjadi kualiti tinggi jika mempunyai satu item beraras penilaian. Selain itu, kami tidak menentukan aras kepada item dengan hanya berfokus kepada bentuk soalan malahan kami telah menganalisis keseluruhan pokok soalan, stem dan opsyennya mengikut definisi aras Taksonomi Bloom.

2.2

Jadual jawapan

2.2.1

Skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun

Rujuk lampiran 2

2.2.2

Jawapan murid-murid

Rujuk lampiran 3

4.0

Analisis Dapatan Kajian 4.1 Analisis Data Responden

Kajian ini dilakukan ke atas murid tahun 4 Aman di Sekolah Kebangsaan Tamam Damai Jaya, Johor Bahru. Berdasarkan data mentah yang diperolehi dan dianalisis, maklumat responden yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 4.1.1 di bawah. Manakala Rajah 4.1.2 menunjukkan peratus responden berdasarkan jantina. Pengkaji

memperoleh maklumat tersebut melalui set ujian yang diberikan kepada 37 orang responden yang terpilih. Jadual 4.1.1 : Data Demografi Responden

Perkara

Jumlah Responden (pelajar)

Jantina

Lelaki Perempuan Jumlah

14 23 37

Jumlah Peratus Responden

37.8% 62.2%

Lelaki Perempuan

Rajah 4.1.2 : Carta Pai bagi Peratus Jumlah Responden

4.2

Analisis Pemilihan Kumpulan Tinggi dan Kumpulan Rendah Markah pelajar telah menyusun mengikut gred markah tertinggi hingga ke markah

yang terendah bagi item objektif mengikut hasil pencapaian kumpulan responden. Pengkaji telah mengambil seramai 10 orang pelajar yang memperolehi markah yang tertinggi bagi kumpulan tinggi. Pada masa yang sama, pengkaji mengambil 10 orang pelajar yang memperolehi markah yang terendah bagi kumpulan rendah. Tujuan pemilihan kumpulan tinggi dan kumpulan rendah adalah untuk mengenal pasti indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menentukan keberkesanan pengganggu bagi item objektif.

4.3

Analisis Ujian Pencapaian Kajian ini dijalankan untuk menguji kertas ujian yang dibina oleh kumpulan pengkaji.

Kertas ujian tersebut mengandungi 40 soalan objektif. Analisis ini dijalankan untuk melihat pencapaian setiap pelajar untuk dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Tujuannya adalah untuk menganalisis pentafsiran dan membuat keputusan bagi setiap item ujian yang dibina oleh pengkaji. Di samping itu, pencapaian pelajar juga dibahagikan kepada 5 tahap penggredan, iaitu gred A, B, C, D dan E. Gred A hingga gred D merupakan kategori gred yang lulus. Justeru, gred E merupakan kategori gred yang gagal. Agihan skor bagi gred tersebut ditunjukkan dalam Jadual 4.3.1 di bawah.

Gred Tahap Pencapaian A B C D E

Skor (%) 80-100 60-79 50-59 40-49 0-39

Jadual 4.3.1 : Skor Penggredan

4.3.2

Pencapaian Kumpulan Murid Jadual Markah (SOALAN OBJEKTIF) Kumpulan Murid

Bil Pelajar. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31.

Kumpulan Pelajar Item Objektif ( /40) 34 33 30 30 29 28 28 26 26 25 24 24 24 23 23 23 22 22 21 21 21 21 20 20 18 18 16 15 14 14 12

Jumlah Keseluruhan ( % ) Markah (%) 85 82.5 75 75 72.5 70 70 65 65 62.5 60 60 60 57.5 57.5 57.5 55 55 52.5 52.5 52.5 52.5 50 50 45 45 40 37.5 35 35 30

32. 33. 34. 35. 36. 37.

9 9 9 9 9 5

22.5 22.5 22.5 22.5 22.5 12.5

Pencapaian Kumpulan Pelajar


12 10 8 6 4 2 0 0-39 40-49 50-59 Kategori Markah 60-79 80-100

Jumlah Pelajar

0-39 40-49 50-59 60-79 80-100

Rajah 4.3.3 : Graf Bar Frekuensi Skor Pencapaian Murid (Soalan Objektif) Merujuk pada graf bar 4.3.3, terdapat 2 orang murid mendapat A iaitu memperolehi 80 markah ke atas. 11 orang murid pula mencapai gred B dan gred C. 3 orang murid dapat mencapai gred D iaitu memperrolehi 40 hingga 49 markah. Terdapat juga 10 orang murid gagal dalam peperiksaan ini iaitu memperolehi gred E.

4.4

Analisis Item Ujian

Proses analisis item bagi soalan objektif dilaksanakan dengan menganalisis indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item yang dibina oleh pengkaji. Analisis item yang akan dibuat melibatkan 40 item objektif. Analisis ini juga melibatkan kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Oleh itu daripada 37 skrip, pengkaji memilih 10 skrip kumpulan tinggi dan 10 skrip kumpulan rendah. Dalam bahagian ini pengkaji mengirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk setiap item ujian dan rumuskan tahap kesukaran soalan atau item tersebut. Pengkaji juga mengenalpasti semua pengganggu dalam setiap item.

5.0

Indeks Kesukaran (I.K) Indeks kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada

sesuatu item itu mudah dijawab atah sukar dijawab. Pengukuran IK adalah bertujuan untuk mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati item yang dibina tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar. Selain itu, IK juga mampu

mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu sama ada pelajar dapat menguasai sesuatu sukatan itu. IK turut memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. Bagi soalan berbentuk objektif, IK ini dikira dengan menggunakan nisbah pelajar yang menjawab dengan betul daripada jumlah keseluruhan pelajar. Nilai IK adalah berada dalam julat 0.00 hingga 1.00. Semakin tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item itu dengan betul, maka semakin mudah item tersebut (Wood, 1960). Nilai dalam julat ini menunjukkan tahap kesukaran item yang semakin berkurang dari nilai 0.0 hingga 1.0. Julat kesukaran item yang ideal adalah item yang nilai IK berada dalam lingkungan 0.3 hingga 0.8. Jika nilai IK ialah kurang dari 0.3, maka ini bermakna item itu merupakan item yang sangar sukar. Julat IK yang lebih dari 0.8 sehingga 1.00 pula merupakan item yang mudah dan item ini perlu diubah agar tahap kesukarannya dapat ditingkatkan. Julat IK dan tahap kesukaran item dapat ditunjukkan dengan lebih jelas dalam Rajah 5.0(a) dan Rajah 5.0(b) Nitko (2004) berpendapat bahawa IK bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan. Misalnya item dalam julat IK nya 0.4 hingga 0.6 merupakan item sederhana sukar dan item ini mengukur dua jenis keupayaan misalnya keupayaan membaca dan menulis.

Indeks Kesukaran IK < 0.3 0.3 IK 0.08 IK > 0.8

Pentafsiran Terlalu sukar Sederhana Terlalu mudah

Keputusan Ubahsuai Terima Ubahsuai

Jadual 5.0 (a) : Indeks Kesukaran

NILAI IK

0.0

0.50

1.00

Tahap kesukaran item

Sukar

Sederhana sukar

Mudah

Rajah 5.0 (b) : Indeks kesukaran dan kesukaran item.

5.1

Analisis Indeks Kesukaran

Nilai Indeks Kesukaran (IK) =

Bil. Calon jawab betul Jumlah calon cuba

Jadual 5.1.1 : Analisis IK Item 1 Item Ujian 1 A 12 pelajar kumpulan Tinggi 12 pelajar kumpulan Rendah T+R Indeks Kesukaran (IK) 1 4 Pilihan B 0 2 24 0.71 C* 11 6 D 0 0

* Kunci ialah: C Jadual 5.1.1 merupakan ringkasan bagi hasil analisis indeks kesukaran item objektif 1. Analisis yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa item 1 dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks 0.3 IK 0.8. Maka tindakannya, item ini diterima dan dikekalkan dalam bank soalan.

Jadual 4.4.1.1 : Analisis Keseluruhan Indeks Kesukaran Item Objektif

Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33

Indeks Kesukaran 0.71 0.63 0.71 0.96 0.88 0.21 0.42 0.33 0.21 0.29 0.42 0.54 0.71 0.33 0.58 0.63 0.96 0.66 0.75 0.71 0.58 0.42 0.71 0.46 0.33 0.17 0.29 0.38 0.21 0.24 0.17 0.75 0.33

Tafsiran Sederhana Sederhana Sederhana Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu sukar Sederhana Sederhana Terlalu sukar Terlalu sukar Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Terlalu mudah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Terlalu sukar Terlalu sukar Sederhana Terlalu sukar Terlalu sukar Terlalu sukar Sederhana Sederhana

Keputusan Terima Terima Terima Ubahsuai Ubahsuai Ubahsuai Terima Terima Ubahsuai Ubahsuai Terima Terima Terima Terima Terima Terima Ubahsuai Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima Terima Ubahsuai Ubahsuai Terima Ubahsuai Ubahsuai Ubahsuai Terima Terima

34 35 36 37 38 39 40

0.75 0.54 0.42 0.21 0.24 0.24 0.71

Sederhana Sederhana Sederhana Terlalu sukar Terlalu sukar Terlalu sukar Sederhana

Terima Terima Terima Ubahsuai Ubahsuai Ubahsuai Terima

Petunjuk Terlalu sukar Sederhana Terlalu mudah

Jadual 4.4.1.1 merupakan analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif. Jadual tersebut boleh dirujuk pada jawapan yang diberi oleh pelajar. Analisis yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa sebanyak 32 item dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks kesukaran 0.25 IK 0.75. Di samping itu, hanya 2 item objektif dalam lingkungan indeks kesukaran IK>0.75 iaitu item terlalu mudah dan perlu diubahsuai. Manakala terdapat 6 item yang mempunyai indeks dalam lingkungan I K yang ditafsirkan sebagai item yang terlalu sukar dan perlu diubahsuai. 0.25

Jadual 4.4.1.1 dan graf bar menunjukkan analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif iaitu sebanyak 40 soalan. Soalannya terdiri daripada soalan yang mudah dan juga sukar. Hal ini menyebabkan terdapat berbezaan markah pada setiap murid. Murid menjawab soalan-soalan tersebut dengan kemampunan yang mereka perolehi. Analisis Indeks Kesukaran yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut kami mendapati bahawa sebanyak 32 item iaitu 80% daripada keseluruhan soalan adalah dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks kesukaran 0.25 IK 0.75. Secara keseluruhannya, semua murid dapat menjawab 32 soalan ini dengan baik dan ianya sesuai untuk murid-murid tersebut. Terdapat 8 soalan daripada 32 soalan dalam kategori sederhana mempunyai indeks kesukaran lebih daripada 0.70. kebanyakkan murid dapat menjawab kelapan-lapan soalan ini. Di samping itu, hanya 2 item objektif adalah 5% daripada keseluruhan soalan dalam lingkungan indeks kesukaran IK>0.75 iaitu item terlalu mudah dan perlu diubahsuai. Keduadua indeks kesukaran mencapai 0.96. Hal ini menunjukkan hampir semua murid dapat menjawab soalan 4 dan soalan 17 dengan terlalu mudah. Oleh itu, soalan ini tidak boleh disimpan dalam bank soalan dan perlu diubahsuai untuk menjadi soalan berkategori sederhana. Manakala terdapat soalan 6,9,26,29,31 dan 37 sebanyak 6 item iaitu 15% daripada 40 soalan yang mempunyai indeks dalam lingkungan IK 0.25 yang ditafsirkan sebagai item

yang terlalu sukar dan perlu diubahsuai. Terdapat dua soalan mempunyai indeks kesukaran kurang daripada 0.20 iaitu boleh ditafsir sebagai soalan yang amat sukar dan murid tidak dapat jawab. Hal ini dapat dilihat pada analisis jawapan murid pada kedua-dua soalan tersebut. 6 item soalan ini perlu diubahsuai untuk menurunkan tahap kesukaran kepada tahap sederhana supaya dapat dijawab oleh semua murid.

6.0

Indeks Diskriminasi (I.D) Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara pelajar

kumpulan tinggi dan pelajar kumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991) berpendapat bahawa item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Julat ID boleh berada dalam lingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan tinggi tetapi ramai pelajar kumpulan rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan

bahawa item tersebut tidak bleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang boleh menjawabnya. ID untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.2, sekiranya pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah, separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.2 (Mehrens dan Lehmann, 1991). Namun menurut Nitko (2004) pula, item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai ID melebihi 0.3. ID sederhana adalah dalam lingkungan 0.2 hingga 0.4. Item yang mempunyai ID lebih dari 0.4 merupakan item yang baik. Analisis ID sesuatu item adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula serta bagi melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang tidak dikuasai oleh pelajar kumpulan tinggi. Selain itu, ID juga akan memberi maklum

balas kepada pelajar kumpulan tinggi tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. ID turut membantu untuk mengenal pasti soalan yang berat sebelah kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar.

Semua pelajar kumpulan tinggi menjawab betul

1.0 0.8 0.6 0.4 0.2 0 -0.2 -0.4 -0.6 -0.8 -1.0

Semua pelajar kumpulan rendah menjawab salah

Indeks diskriminasi yang baik

Indeks diskriminasi yang sederhana

Indeks diskriminasi yang tidak baik

Semua pelajar kumpulan tinggi menjawab salah Semua pelajar kumpulan rendah menjawab betul

Rajah 2.1 : Skala rujukan untuk Indeks Diskriminasi

Jenis Pengganggu Pengganggu baik

Pentafsiran Lebih banyak kumpulan rendah memilih jawapan tersebut berbanding dengan kumpulan tinggi.

Keputusan Terima

Pengganggu Indeks kurang baik Diskriminasi ID > 0.4 Pengganggu lemah 0.2 < ID 0 .4 0 ID 0.2 ID < 0 Pengganggu tidak berfungsi

Bilangan kumpulan rendah adalah Pentafsiran sama dengan kumpulan tinggi memilih jawapan Diskriminasi positif tersebut. yang tinggi Lebih banyak kumpulan tinggi Diskriminasi positif yang sederhana memilih jawapan tersebut berbanding dengan kumpulan Diskriminasi positif yang rendah rendah. Diskriminasi negatif, prestasi Tiada pelajar memilihnya. kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi.

Ubahsuai Keputusan

Amat sesuai diterima Ubahsuai Ubahsuai item dan cuba sekali Tulis item semula Item itu buruk dan harus Ubahsuai dibuang

Jadual 2.2: Indeks Diskriminasi

3.0 Analisis Pengganggu Jenis Pengganggu Pengganggu merupakan pilihan-pilihan yang lain yang salah dalam sesebuah item aneka pilihan. Pengganggu merupakan satu faktor yang kritikal dalam menentukan kualiti soalan aneka pilihan secara keseluruhan. Jika soalan dan jawapannya sudah dipastikan tepat, pemilihan pengganggu yang lemah boleh mengurangkan kuasa diskriminasi soalan tersebut dan berkemungkinan boleh dianggap agak sukar. Konsep pengganggu ini ialah berteraskan dengan idea bahawa pelajar pandai atau pelajar tahap tinggi dapat membezakan kunci dan pengganggu. Bagaimanapun, pelajar lemah ataupun pelajar tahap rendah tidak dapat membezakan kunci dan pengganggu. Oleh yang demikian, analisis

pengganggu ini lebih berfokus kepada pelajar tahap rendah, kerana sasaran pengganggu adalah berfokus kepada pelajar tahap rendah. Terdapat pelbagai jenis pengganggu dalam pilihan jawapan bagi soalan aneka pilihan. Pengganggu yang baik didefinisikan sebagai pilihan jawapan yang mampu menarik minat yang lebih dalam kalangan pelajar lemah untuk memilihnya, manakala pelajar pandai seharusnya tiada masalah untuk mengenal pasti bahawa pengganggu itu adalah salah. Pengganggu yang lemah pula adalah sebaliknya, iaitu apabila lebih ramai pelajar pandai

memilih pilihan tersebut tetapi pelajar lemah tidak memilih pengganggu tersebut. Selain daripada itu, pengganggu tidak berfungsi pula adalah pengganggu yang tidak dipilih oleh mana-mana pelajar. Perbandingan kedua-dua nilai IK dan ID bagi sesuatu item merupakan aspek yang penting untuk menentukan keputusan sama ada sesuatu item soalan itu dikekalkan, digugurkan atau perlu diperbaikan. Apabila maklumat berkenaan kedua-dua IK dan ID Tindakan

diperoleh untuk setiap item ujian, ia perlu dikumpulkan dan dibandingkan.

seterusnya ialah menentukan sama ada item tersebut boleh dikekalkan sekiranya item tersebut berkualiti kerana mempunyai nilai IK dan ID dalam julat yang bersesuaian. Item soalan yang sangat sukar boleh dipermudahkan manakala item yang sangat mudah perlu disukarkan. Tindakan ini penting bagi mengumpulkan item yang berkualiti sahaja dalam bank soalan.

4.4.3

Perbandingan Indeks

Jadual 4.4.3.1 : Perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi serta Tindakan

Item

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi 0.42

Tindakan

0.71

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

0.63

0.58

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

0.71

0.42

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

4 5

0.96 0.88

0.08 0.08

Ubahsuai dan sukarkan Ubahsuai dan sukarkan

6 7

0.21 0.42

0.42 0.5

Tulis semula Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

0.33

0.5

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

9 10

0.21 0.29

0.42 0.58

Tulis semula Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

11

0.42

0.5

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

12

0.54

0.58

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

13

0.71

0.58

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

14

0.33

0.67

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

15

0.58

0.67

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

16

0.63

0.75

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

17 18

0.96 0.66

0.08 0.67

Ubahsuai dan sukarkan Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

19

0.75

0.5

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

20 21

0.71 0.58

-0.08 0.67

Buang Terima, dikekalkan dan simpan

dalam bank soalan 22 0.42 0.83 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan 23 0.71 0.67 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan 24 0.46 0.83 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan 25 26 27 28 29 30 0.33 0.17 0.29 0.38 0.21 0.24 0 0.33 0.08 0.08 0.08 0.5 Tulis semula Tulis semula Tulis semula Tulis semula Tulis semula Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan 31 32 33 34 0.17 0.75 0.33 0.75 0.33 -0.08 0.08 0.5 Tulis semula Buang Tulis semula Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan 35 36 0.54 0.42 -0.08 0.5 Buang Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan 37 38 39 0.21 0.24 0.24 0.25 0 0 Tulis semula Tulis semula Tulis semula

40

0.71

0.42

Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

Anda mungkin juga menyukai