Anda di halaman 1dari 26

1

1.0 Definisi Kata Kerja Bantu


Kata kerja bantu adalah kata kerja yang "membantu" sesuatu kata kerja utama dalam
memberikan ciri-ciri aspek dan suasana. Dengan itu, maka terdapat dua subgolongan kata
kerja bantu, iaitu kata kerja aspek dan kata kerja modal. Kedua-dua kata kerja ini
mendahului kata kerja utama dalam ayat. Mengikut C.A. Mees, kata kerja bantu itu
menyatakan sesuatu perbandingan yang t'ertentu terhadap kenyataan atau kejadian yang
disebut dalam istilah modaliti. Kata kerja yang ditambahkan itu tidak berdiri sendiri
melainkan membantu sesuatu kata kerja lain. Didapati bahawa kebenaran ini amatlah
sukar diterima memandangkan ada kata kerja bantu yang boleh berdiri sendiri seperti
dalam ayat minimal seperti kata kerja modal "boleh" dan "sudah".

E. M. F. Payne tidak memberikan definisi yang jelas tentang kata kerja bantu ini. Beliau
hanya mengatakan kata kerja bantu mempunyai fungsi yang istimewa dalam frasa kata
kerja.34 Mengikut Othman Sulaiman pula, kata kerja bantu selalu diletakkan sebelum
kata kerja utama.35 Pendapat ini sama dengan apa yang diperkatakan oleh Asmah dan
Lutfi Abas. Lutfi Abas mengatakan kata kerja bantu adalah suatu kata yang boleh
diletakkan di muka suatu kerja dan tidak boleh sama sekali diletakkan di belakang suatu
kerja.36 Mengikutnya, di antara kata kerja bantu yang selalu digunakan adalah kata ada,
akan, baharu, belum, bisa, boleh, dapat, habis, hanya, harus, hendak ingin/ jarang, kerap,
lagi, mahu, memang, mungkin, sungguh, telah, tengah, tentu dan tetap.
Kesimpulannya, daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, dapatlah ditakrifkan
kata kerja bantu sebagai kata yang terdapat sebelum kata kerja utama. Fungsi kata kerja
bantu adalah untuk membantu kata kerja utama dalam memberikan ciri masa (aspek) dan
harapan (modal).

2.0 Kata Kerja Aspek dan Kata Kerja Modal dari Segi Semantik
Dalam buku Bahasa Malaysia Kini I, Asmah telah mengkategorikan kata kerja aspek dan
kata kerja modal ke dalam kata kerja bantu I dan II. Kedua-dua jenis kata kerja bantu ini
digolongkan ke dalam golongan kata karyaan. Kata kerja bantu mempunyai ciri-ciri yang
berikut:

la membentuk satu kumpulan tertutup, iaitu tidak menerima kata-kata daripada golongan
lain menjadi kata kerja bantu.

la tidak pernah memakai imbuhan karyaan dan tidak mengubah golongan.

3) Tidak diikuti oleh objek (iaitu kata nama).


Abdullah Hassan menggunakan kata adverba ragam dan adverba aspek untuk
menunjukkan kata kerja bantu. Mengikut-nya, adverba ragam ialah kata-kata yang
menerangkan ragarh dalam sesuatu predikat atau ayat, misalnya kata patut dan mahu.
Manakala adverba aspek ialah kata-kata yang menerangkan sama ada sesuatu perbuatan
itu kompletif atau tidak kompletif atau dilakukan sebagai kebiasaan. Contohnya, sudah,
kena, belum, sedang, kadang-kadang, selalu dan sebagainya. Manakala Arbak Othman
pula menggunakan istilah kata keterangan aspek dan kata keterangan ragam untuk
merujuk kepada kata kerja bantu. Mengikut beliau, kata keterangan dapatlah diertikan
sebagai perkataan yang menerangkan kata kerja, kata sifat, kata keterangan sendiri
2

maupun seluruh mak-sudnya. Jenis-jenis kata keterangan yang terdapat ini ialah kata
keterangan waktu, aspek, tempat, gaya, ragam dan darjah.

Kata kerja bantu dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan makna atau konteks
leksikal yang mem-bina komponen kata kerja bantu. Kategori pertama ialah kata kerja
aspek, yang dari segi semantik membawa idea masa. Kategori kedua ialah kata kerja
modal yang menghuraikan idea harapan, iaitu keinginan, kehendak dan keizinan. Harus
diingat bahawa dalam membincangkan kata kerja bantu, kita tidak hanya melihatnya dari
aspek semantik sahaja tetapi aspek sintaksis juga.

2.3.1 Kata Kerja Aspek dari Aspek Semantik


Kata kerja aspek ialah salah satu kategori nahu dalam kata kerja yang membawa
distribusi waktu dalam kata kerja. Jadi, kata kerja aspek ini merujuk kepada proses
perbuatan atau keadaan, sama ada perbuatan atau keadaan itu boleh jadi belum atau
masih atau selesai berlaku. Kata kerja aspek ini mempunyai hubungan yang rapat dengan
konsep waktu, iaitu waktu sesuatu perbuatan atau keadaan itu berlaku, tetapi tidak
memasuki sistem kala (tense system). Hal ini terjadi mungkin disebabkan kata keterangan
aspek ini mempunyai pertalian makna dengan aspek berlakunya sesuatu kejadian atau
peristiwa. Kata kerja aspek ini terdiri daripada kata kerja aspek sudah, telah, pernah,
baharu, sedang, masih, tengah, belum, akan, kena, kadang-kadang, dan selalu. Dari segi
semantik kata kerja aspek boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang
berikut:

i) Menunjukkan perbuatan yang sudah berlaku: sudah, telah, pernah,baharu.

ii) Menunjukkan perbuatan atau keadaan yang sedang berlaku: masih, sedang, tengah
(hanya dalam bahasa lisan).

iii) Menunjukkan perbuatan yang belum berlaku: belum, akan.

E. M. F. Payne memasukkan kata "tidak" ke dalam kata kerja aspek. Penggolongan ini
tidak memuaskan. Kata "tidak" ini seharusnya dimasukkan ke dalam kata nafi bantu.
Perbincangan seterusnya adalah pada pembahagian kata kerja aspek ini mengikut masa
perbuatan itu berlaku.

2.3.1.1 Kata Kerja Aspek yang Menunjukkan Perbuatan yang Sudah Berlaku: Sudah,
Telah, Pernah, Baharu

2.3.1.1.1 Sudah
Kata kerja aspek sudah merujuk kepada perbuatan atau keadaan yang sudah berlaku dan
sudah selesai dilakukan. Kata sudah ini boleh merujuk kepada masa yang lampau yang
tidak ditentukan atau yang tidak dinyatakan. Contoh penggunaan kata kerja aspek sudah
ini adalah seperti yang berikut:

(1) i) Saya sudah makan nasi.


(Ertinya: Saya makan nasi itu pada waktu lampau dan selesai memakannya).
3

ii) Ali sudah menebang pokok itu.


(Ertinya: Ali menebang pokok itu pada masa lampau dan perbuatan menebang itu selesai
dilakukan).

iii) Rumah itu sekarang sudah dibeli oleh kerajaan.


(Ertinya: Rumah itu dibeli pada masa kini dan perbuatan membeli itu selesai dilakukan).

Dalam bahasa lisan, kata kerja aspek sudah ini boleh dipendekkan menjadi dah yang
membawa makna yang sama. Contohnya seperti yang berikut:

i) Saya dah makan nasi.


ii)Ali dah menebang pokok itu.
iii)Rumah itu sekarang dah dibeli oleh kerajaan.

Za'ba menggunakan kata baharu bagi menunjukkan perbuatan yang sudah selesai. Contoh
yang diberikan adalah seperti yang berikut:

(3) i) la baharu balik dari Kelantan.

Kata baharu ini boleh disamakan dengan kata kerja aspek sudah kerana ia merujuk
perbuatan yang sudah berlaku dan detik . yang tidak ditentukan atau tidak dinyatakan.

2.3.1.1.2 Telah
Kata kerja aspek telah merujuk kepada perbuatan atau keadaan masa lampau, tetapi
perbuatan atau keadaan yang dirujuk itu mungkin boleh jadi selesai (completive) dan
mungkin tidak selesai. Kata telah ini selalunya merujuk kepada masa lampau yang
tertentu atau yang dinyatakan seperti semalam, tadi, dua minggu lalu dan sebagainya.
Mengikut Asmah, kata telah ini biasanya digunakan dalam bahasa lisan..42 McDonald
dan Soenjono Dardjowidjojo (1967) menyatakan telah lebih banyak dijumpai dalam
bahasa tulisan, sedangkan sudah dalam bahasa lisan, dan masalah pemilihan kata telah
dan sudah mengikut selera pengarang — ada pengarang yang suka menggunakan kata
telah dan ada yang suka menggunakan sudah atau kedua-duanya. Kata telah dan sudah
kebanyakannya digunakan dalam bahasa tulisan. Contoh kata kerja aspek telah yang
merujuk masa lampau yang tertentu yang digunakan dalam bahasa tulisan adalah seperti
yang berikut:

(4) i) Dia telah mengecat rumah itu semalam, tetapi belum selesai.
(Ertinya: Dia mengecat rumah itu pada waktu lampau yang tertentu tetapi perbuatan
mengecat itu belum selesai).

ii) Ahmad telah pergi ke pejabat pos pagi tadi.


(Ertinya: Ahmad pergi ke pejabat pos pada waktu lampau yang tertentu dan perbuatan
pergi itu boleh jadi selesai).

iii) Leman telah menebang pokok itu dua minggu lalu.


4

(Ertinya: Leman menebang pokok itu pada waktu lampau yang tertentu dan perbuatan
menebang itu boleh jadi selesai dan boleh jadi tidak selesai).
*

Jika perkataan telah dalam ayat (4) digantikan dengan kata kerja aspek sudah, maka
didapati akan menimbulkan ayat-ayat yang agak janggal seperti pada contoh-contoh yang
berikut:

(5) i) * Dia sudah mengecat rumah itu semalam tetapi belum selesai.
ii) * Ahmad sudah pergi ke pejabat pos pagi tadi.
iii) * Leman sudah menebang pokok itu dua minggu lalu.

Ayat-ayat di atas dianggap janggal kerana seperti yang telah dikatakan tadi bahawa kata
sudah merujuk kepada detik lampau yang tidak ditentukan dan perbuatan itu selesai
dilaku-kan. Ayat-ayat di atas menunjukkan perbuatan yang berlaku pada masa tertentu.
Begitu juga, ayat-ayat yang menggunakan kata sudah di bawah ini tidak boleh
mengambil kata telah kerana akan menimbulkan ayat yang janggal. Contoh-contoh ayat
adalah seperti yang berikut:

(6) i) a. Dia sudah belayar.


b. *Dia telah belayar.

ii) a. Azmi sudah makan.


b. * Azmi telah makan.

iii) a. Mereka sudah berkahwin.


b. * Mereka telah berkahwin.

Ayat-ayat yang dikatakan janggal itu dalam pasangan tadikan menjadi tidak janggal lagi
jika ayat-ayat itu diperluas lagi dengan menggunakan waktu tertentu seperti yang di
bawah ini:

(7) i) Dia telah belayar semalam.


ii) Azmi telah makan pukul satu tadi.
iii) Mereka telah berkahwin di hadapan kadi malam semalam.

Kesimpulannya, bolehlah dikatakan di sini kedua-dua kata kerja aspek sudah dan telah ini
menunjukkan perbuatan atau keadaan masa yang lampau. Yang berbeza ialah penggunaan
kata sudah dan telah ini, iaitu kata sudah itu merujuk kepada detik lampau yang tidak
ditentukan atau tidak dinyatakan. Manakala bagi kata telah, ia merujuk kepada masa
lampau yang tertentu, seperti penggunaan waktu seperti semalam, pagi tadi, kelmarin,
tadi, dua hari yang lepas dan sebagainya.

2.3.1.1.3 Pernah
Kata/kerja aspek pernah merujuk perbuatan atau keadaan yang berlaku dalam satu jangka
masa {period) yang tertentu dalam detik yang lampau dan perbuatan atau keadaan yang
5

dirujuk itu selesai dilakukan. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

(8) i) Saya kenal budak itu kerana dia pernah digigit oleh anjing saya.

ii) Dia bercerita tentang keindahan pulau Langkawi kerana dia pernah pergi ke
sana.

iii) Insani selalu lulus dalam peperiksaan. Dia tidak pernah gagal.

iv) Dia pernah pergi ke Paris tiga tahun dahulu.

2.3.1.2 Menunjukkan Perbuatan atau Keadaan yang Sedang Berlaku: Sedang, Masih,
Tengah

Ketiga-tiga kata kerja aspek ini menunjukkan perbuatan atau keadaan yang dalam proses
berlaku dan belum selesai dilakukan.

2.3.1.2.1 Sedang
Kata kerja aspek sedang menunjukkan perbuatan atau keadaan

yang masih terus berlangsungan dan belum selesai dilakukan. Contoh-contohnya adalah
seperti yang berikut:

9) i)Zikri sedang makan nasi,


ii)Sara sedang mandi.
iii)Semasa Haris datang ke rumah saya, saya sedang tidur.
iv)Asma sedang membuat kuih.

2.3.1.2.2 Masih
Kata kerja aspek masih juga menunjukkan perbuatan atau keadaan dan sifat yang masih
berterusan atau berlangsungan dan belum tamat atau selesai dilakukan. Kata masih ini
juga menunjukkan peralihan waktu antara dua perbuatan atau keadaan yang dilakukan.
Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

(10) i) Dia masih ingat peristiwa yang malang itu.


ii) Walaupun hari sudah hendak gelap, Rozman masih belum pulang lagi.
iii) Pakcik Asri tidak menegur kita kerana dia masih marah kepada kita.
iv) Masriani sudah tua tetapi badannya masih kuat.

3.1.2.3 Tengah
Kata kerja aspek tengah juga merujuk sifat atau keadaan yang terus berlangsungan dan
belum selesai. Kata tengah ini hanya digunakan dalam bahasa lisan sahaja. Contoh-
contohnya adalah seperti yang berikut:

(11) i) Dia tengah tidur waktu saya tiba.


6

ii) Asran tengah mandi bila Elisa datang.


iii) Siti tengah menonton televisyen, tiba-tiba dia dengar pintu diketuk orang.

Kata kerja aspek tengah ini boleh saling ganti dengan kata sedang, tetapi harus diingat
bahawa kata tengah lebih kerap digunakan dalam bahasa lisan. Manakala kata sedang
lebih kerap digunakan dalam bahasa tulisan. Ayat-ayat di atas yang menggunakan kata
tengah boleh saling bertukar ganti dengan kata sedang seperti yang berikut:

(12) i) Dia sedang tidur waktu saya tiba.


ii) Asran sedang mandi bila Elisa datang.
iii) Siti sedang menonton televisyen, tiba-tiba dia dengan pintu diketuk orang.

2.3.1.3 Menunjukkan Perbuatan atau Keadaan yang Belum berlaku: Belum, Akan

Kedua-dua kata kerja aspek belum dan akan ini menunjukkan perbuatan atau keadaan
yang belum berlaku dan mungkin dilakukan pada suatu masa nanti. Selain kedua-dua
kata kerja aspek ini, Za'ba menggunakan kata "kelak" dan "hendak" untuk menunjukkan
perbuatan yang belum berlaku.

2.3.1.3.1 Belum
Kata kerja aspek belum merujuk perbuatan atau keadaan dan sifat yang tidak pernah
berlaku. Dengan itu kata belum ini mempunyai ciri nafian seperti pada contoh-contoh
yang berikut:

(13) i) Dia belum makan nasi itu.


ii) Buah rambutan itu belum masak.
iii) Azni belum pergi ke pasar.

Dalam bahasa informal, konsep belum boleh didukung oleh frasa terpisah tak... lagi.
Contohnya seperti yang berikut:
(14) i) Saya tak makan lagi nasi itu.
ii) Buah rambutan itu tak masak lagi.
iii) Azni tak pergi lagi ke pasar.

Penggunaan tak ... lagi dalam ayat (14) tidak boleh digantikan dengan tidak ... lagi. Jika
penggantian ini dilakukan, makna-makna yang didukung oleh belum atau tak ... lagi akan
berbeza dengan yang didukung oleh tidak ... lagi. Frasa terpisah tidak ... lagi ini merujuk
akhir sesuatu perkataan. Dengan itu, dalam keadaan ini, lagi ditempatkan di akhir kata.
Keadaan ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang di bawah ini:

(15) i) Saya tidak makan nasi itu lagi. (Kerana nasi itu sudah basi).
ii) Buah mangga itu tidak masak lagi. (Kerana pokoknya sudah hendak mati).
iii) Azni tidak pergi ke pasar lagi. (Kerana dia sudah tidak boleh berjalan lagi).

Ayat-ayat (15) ini merupakan ayat yang biasa digunakan dalam bahasa tulisan dan bahasa
formal. Dalam bahasa lisan yang tidak formal, kata tidak boleh digantikan dengan tak
7

tanpa menukar maknanya, seperti pada ayat-ayat yang berikut:

(16) i) Saya tak makan nasi itu lagi.


ii) Buah rambutan itu tak masak lagi.
iii) Azni tak pergi ke pasar lagi.

2.3.1.3.2 Akan
Kata kerja aspek akan menunjukkan perbuatan, keadaan atau sifat yang tidak pernah
berlaku sampai saat dilakukannya. Kata akan ini berbeza daripada kata belum kerana kata
belum mempunyai ciri nafian, tetapi akan mempunyai komponen makna "kehendak".
Jadi, akan menunjukkan adanya harapan atau antisipasi seseorang itu tentang akan
terjadinya sesuatu kejadian itu. Contohnya seperti yang berikut:

(17) i) Saya akan pergi ke Thailand tidak lama lagi.


ii) Ali akan tiba di sini tiga hari lagi.
iii) Upacara pertabalan itu akan bermula tidak berapa lama lagi.

Kata akan yang mempunyai ciri komponen erti "kehendak" ini selalunya tumpang-tindih
dengan erti yang didukung oleh mau dan hendak. Keadaan ini menyebabkan timbulnya
keraguan di kalangan ahli-ahli bahasa sama ada akan merupakan kata kerja aspek atau
kata kerja modal. Ini menunjukkan kedudukan kata akan sama ada sebagai kata kerja
aspek atau kata kerja modal itu bergantung kepada kata kerja yang terdapat dalam sesuatu
ayat itu. Kedudukan akan sebagai kata kerja aspek boleh dilihat dengan jelas apabila
diletakkan sebelum kata kerja keadaan. Contohnya seperti yang berikut:

(18) i) Bangunan itu akan runtuh tidak lama lagi.


ii) Jika tidak dikawal, penyakit selsema babi itu akan merebak.
iii) Tali itu akan putus jika ditarik dengan kuat.

Ayat-ayat (18) tidak boleh menggunakan kata kerja modal mahu atau hendak kerana
janggal dan tidak dapat diterima. Contohnya adalah seperti yang berikut:

(19) i) *Bangunan itu mahu runtuh tidak lama lagi.


ii) "Jika tidak dikawal, penyakit selsema babi itu hendak merebak.
iii) *Tali itu mahu putus jika ditarik dengan kuat.

Dalam bahasa informal, kata akan ini boleh digantikan dengan kata nak dalam konteks
tertentu kerana nak mempunyai komponen erti "belum" di samping ciri "kehendak". Ini
boleh dilihat pada contoh-contoh ayat yang di bawah ini:

(20) i) Bangunan itu nak runtuh tidak lama lagi.


ii) Sekarang nak hujan nampaknya.
iii) Aswam nak membaiki radio itu.

Walaupun kata akan boleh digantikan dengan nak dalam bahasa lisan, namun
penggantian ini sebagaimana yang saya katakan tadi adalah dalam konteks tertentu
8

sahaja. Dalam ayat di bawah ini, kita dapati bahawa kata kerja aspek akan tidak boleh
digantikan dengan nak kerana akan menimbulkan ayat yang janggal seperti yang berikut:

(21) i) * Jika tidak dikawal, penyakit itu nak merebak..


ii) * Tali itu nak putus jika ditarik dengan kuat.

Mengikut Asmah, jika kita melihat kata belum, akan dan nak dari segi komponen makna
yang didukung oleh tiap-tiap satunya, maka yang kita dapati adalah skema seperti yang
berikut:

Belum: + masa depan + nafian


akan : + masa depan + kehendak
nak : + masa depan + kehendak

2.3.2 Kata Kerja Modal dari Aspek Semantik


Kata kerja modal merupakan satu kategori nahu yang menunjukkan suasana sesuatu
perbuatan, iaitu suasana yang diinterpretasi oleh penutur. Palmer menggunakan istilah
kata kerja bantu sekunder untuk merujuk kepada kata kerja modal. Arbak Othman
menggunakan istilah kata keterangan ragam untuk menyatakan kata kerja modal.
Menurutnya, kata keterangan ragam ialah kata keterangan yang menyatakan ragam atau
hakikat sesuatu perbuatan atau peristiwa pada predikat sesuatu ayat. Ragam kata
keterangan ini boleh berupa pertanyaan kepastian seperti memang, nescaya; pernyataan
pengakuan seperti benar-benar, betul-betul; pernyataan ajak seperti baiklah, hendaknya;
pernyataan kewajipan seperti mesti, perlu;pernyataan harapan seperti moga-moga,
mudah-mudahan; dan pernyataan sangkalan atau kehairanan seperti masakan dan mana
boleh. Didapati di sini ragam kata keterangan Arbak ini sedikit mengelirukan kerana
beliau memasukkan adverba pemastian, kekerapan dan sebagainya ke dalam kategori
kata kerja modal. Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir memberikan
pembahagian kata kerja modal yang agak memuaskan tetapi tidak begitu lengkap. Beliau
membincangkan kata kerja modal ini dari segi strukturnya. Kesimpulannya, dapatlah
dikatakan bahawa kata kerja modal membantu memberi ciri-ciri "suasana" atau mood
kepada perbuatan atau keadaan yang dirujuk oleh sesuatu kata kerjautama dalam ayat.
Kata kerja modal dalam bahasa Malaysia mengikut suasana bolehlah dibahagikan seperti
yang berikut:
i) Menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin, akan. ii) Menunjukkan keupayaan dan
kebolehan: boleh, dapat, bisa. iii) Menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan:
mungkin, barangkali. iv) Menunjukkan kemestian: mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut,
tentu, memang. v) Menunjukkan keengganan: enggan.

2.3.2.1 Menunjukkan Kehendak: Mahu, Hendak, Ingin, Akan


Keempat-empat kata kerja modal ini menunjukkan "kehendak" atau "kemahuan" atau
"keinginan" untuk membuat sesuatu yang belum berlaku. Kata kerja modal mahu,
hendak, ingin dan akan bebas bertukar ganti dalam konteks tertentu sahaja, iaitu
menyatakan kehendak dalam hati, seperti yang berikut:
9

(22)
Mahu

i) Saya hendak membeli buku itu walaupun harganya mahal.


ingin
akan

mahu
ii) Dia hendak membaiki basikalnya kerana sudah rosak
ingin
akan

mahu
iii) Ali hendak makan nasi itu kerana sudah lapar
ingin .
akan

Kata hendak juga menunjukkan masa akan datang atau perbuatan yang akan dilakukan.
Misalnya:

(23)

i) Bilakah awak hendak pergi?


ii) Saya hendak belayar petang esok?
Penggunaan jenis ini tidak boleh digantikan dengan mahu kerana mahu hanya bermaksud
"mengaku suka dan berkehendak dalam hati, sudi". Misalnya,

(24)
i) Ia mahu pergi tetapi adiknya tidak mahu. ii) Maukah dia menolong saya?
Maka tidaklah boleh digunakan mahu bagi menandakan masa akan datang atau perbuatan
yang akan dilakukan.

(25)
i) *Tinggallah, saya mahu pergi sekolah.
ii) *Masa dia mahu pulang semalam, dia menangis.

Menurut Za'ba, penggunaan mahu demikian itu ialah bahasa pasar.50 Kata mahu dan
ingin pula bebas bertukar ganti dalam kebanyakan konteks.
Seterusnya kata mahu dengan kata hendak dan akan tidak bebas bertukar ganti dalam
konteks ayat tanya dan kata nafi tidak boleh bergabung dengan akan. Ini dapat dilihat
pada ayat-ayat seperti yang berikut:

(26)
10

i) a. Mahukah Pak Cik menolong saya?


b. Inginkah Pak Cik menolong saya?
c. *Hendakkah Pak Cik menolong saya?
d. *Akankah Pak Cik menolong saya?

ii) a Saya tidak mahu makan lagi.


b. Saya tidak ingin makan lagi.
c. *Saya tidak hendak makan lagi.
d. Saya tidak akan makan lagi.

Dalam penggunaan bahasa lisan, kata mahu ini boleh digantikan dengan mau dan kata
hendak boleh digantikan dengan ndak atau nak. Ini boleh dilihat dalam ayat-ayat yang di
bawah ini:

(27)
i) Saya mau makan nasi,
ii) Saya nak makan nasi.
iii) Sava ndak makan nasi.

2.3.2.2 Menunjukkan Keupayaan atau Keizinan: Boleh, Dapat, Bisa

2.3.2.2.1 Boleh
Kata kerja modal boleh mempunyai komponen erti keupayaan atau kebolehan dan juga
keizinan. Kedua-dua komponen erti ini dibezakan mengikut penggunaannya dalam ayat.
Contohnya kata boleh yang menunjukkan keupayaan adalah seperti yang berikut:

(28)
i) Dia boleh mengangkat batu yang besar itu.
ii) Anak kucing itu boleh makan nasi.

Contoh boleh dalam komponen erti "keizinan" adalah seperti yang berikut:

(29)
i) Awak boleh pulang sekarang.
ii) Kita boleh keluar kerana loceng sudah berbunyi.
iii) Dia tidak boleh naik darjah kerana tidak lulus peperiksaan kelayakan.

Kata kerja modal ini mempunyai komponen erti yang sama dengan kata kerja modal bisa,
iaitu komponen erti keupayaan dan keizinan, Kata bisa ini dipinjam daripada bahasa Jawa
melalui bahasa Indonesia. Kata ini merupakan pinjaman yang paling muda. Dengan itu,
kata ini tidak mantap dalam bahasa Malaysia. Contoh kata bisa yang mempunyai
komponen erti keupayaan dan keizinan boleh dilihat pada ayat yang di bawah ini:

(30)
i) Dia bisa mengangkat batu yang besar itu. (Keupayaan).
ii) Budak kecil itu sudah bisa berjalan. (Keupayaan).
11

iii) Awak bisa pulang sekarang. (Keizinan). iv) Kita bisa keluar kerana loceng
sudah berbunyi (Keizinan).

Berbanding dengan kata kerja modal boleh dan bisa dengan kata dapat, dapat hanya
mempunyai komponen erti "keupayaan" sahaja. Jadi kata dapat hanya boleh
menggantikan boleh "keupayaan". Ini dapat dilihat daripada contoh-contoh yang
berikut:

(31)
i) Dia dapaf mengangkat batu yang besar itu.
ii) Budak kecil itu sudah dapat berjalan.
iii) Saya tidak dapat menghadiri mesyuarat pada hari itu kerana hujan.

2.3.2.3 Menunjukkan Kemestian: Mesti, Harus, Wajib, Patut, Perlu


Kelima-lima kata kerja modal mesti, harus, wajib, patut, dan perlu ini mempunyai
komponen erti yang sama, iaitu merujuk "kemestian", "keperluan" dan mustahaknya
sesuatu. Kata mesti, wajib, dan harus boleh bertukar ganti di antara satu sama lain.
Ketiga-tiga kata ini merujuk penegasan, iaitu sesuatu yang sangat penting dan tidak boleh
diabaikan. Manakala kata perlu dan patut mempunyai darjah penegasan yang tidak
setinggi kata mesti, wajib dan harus. Kata patut dan perlu juga boleh bertukar ganti di
antara satu sama lain. Ini boleh dilihat pada ayat-ayat yang berikut

harus
Ibu bapa mesti mengambil berat tentang pelajaran anak mereka.
wajib

harus
ii) Saya mesti belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam peperiksaan
wajib

harus
iii) Rakyat Malaysia mesti tahu kelima-lima prinsip Rukunegara.
wajib
patut

patut
iv) Ali perlu menghadiri majlis perkahwinan itu.

patut
v) Ah Kow perlu berjumpa dengan saya.

.3.2.4 Menunjukkan Kebarangkalian atau Kemungkinan: Mungkin


Kata kerja modal mungkin ini mempunyai dua komponen erti, iaitu menunjukkan
"kemungkinan" dan "kebarangkalian" sesuatu perbuatan atau keadaan. Ayat-ayat dengan
kata mungkin yang membawa makna "kemungkinan" harus didahului dengan kata nafi
12

bantu "tidak". Ini dapat dilihat pada contoh seperti yang berikut: .

(33)
i) Dia tidak mungkin pulang petang ini, kerana hujan semakin lebat.
ii) Ali tidak mungkin gagal peperiksaan akhir semester, kerana dia sangat rajin belajar.
iii) Pokok itu tidak mungkin tumbang kerana akarnya terlalu banyak.

Ayat-ayat dengan kata mungkin yang membawa makna "kebarangkalian" tidak didahului
dengan kata nafi bantu "tidak". Ini dapat dilihat pada contoh yang berikut:

(34)
i) Saya mungkin pergi ke Sabah esok. ii) Dia mungkin tiba petang ini.
iii) Ali mungkin menghadiri majlis perkahwinan Aminah.

Kesimpulannya, ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kata mungkin yang


mempunyai komponen erti "kemungkinan" mempunyai kata nafi "tidak" yang
mendahuluinya. Manakala bagi kata mungkin yang mempunyai komponen erti
"kebarangkalian", keadaan ini tidak berlaku dan hanya menggunakan kata mungkin
sahaja.

2.3.2.5 Menunjukkan Keengganan: Enggan


Kata kerja modal enggan berfungsi sebagai kata kerja bantu yang mempunyai komponen
makna + nafi (iaitu mempunyai ciri nafian). Jadi kata enggan merupakan kata lawan
bagi mahu dan ingin. Dengan perkataan lain, enggan membawa makna tidak mahu atau
tidak ingin. Contoh ayat-ayat dengan kata enggan yang membawa makna keengganan
adalah seperti yang berikut:

(35)
i) Dia enggan pergi ke sekolah.
ii) Anak kucing yang sakit itu enggan makan.
iii) Kim Leng enggan mengikut ayahnya ke kedai.

Ayat-ayat yang terdapat di atas ini sama sahaja ertinya dengan penggunaan tidak mahu
seperti yang berikut:

(36)
i) Dia tidak mahu pergi ke sekolah.
ii) Anak kucing yang sakit itu tidak mahu makan.
iii) Kim Leng tidak mahu mengikut ayahnya ke kedai.

Kata enggan tidak boleh bergabung dengan kata kerja keadaan kerana akan menerbitkan
ayat yang janggal seperti yang berikut:

(37)
i) *Dia enggan gemar oren itu.
13

2.4 Penggabungan Kata Kerja Bantu


Kata kerja bantu, baik kata kerja aspek mahupun kata kerja modal dapat bergabung
sesama sendiri. Penggabungan kedua-dua jenis kata kerja bantu ini akan mewujudkan
penggabungan seperti yang di bawah ini:.
i) Aspek + Modal
ii) Aspek + Aspek
iii) Modal + Modal
iv) Modal + Aspek

Walaupun terdapat penggabungan demikian, perlu diingat bahawa penggabungan ini


adalah dalam konteks tertentu sahaja dan akan dibincangkan demikian.

2.4.1 Penggabungan Jenis Aspek + Modal n


Penggabungan jenis ini adalah penggabungan kata kerja aspek yang boleh mendahului
kata kerja modal atau suasana. Penggabungan jenis ini merupakan penggabungan yang
paling banyak sekali berlaku, walaupun ada kata kerja aspek yang tidak boleh
mendahului kata kerja modal seperti kata kerja aspek sedang.
2.4.1.1 Sudah dan Belum + Modal
Kata kerja aspek sudah dan belum dapat bergabung dengan kata kerja modal kehendak,
kemestian, keupayaan, dan keizinan. Saya tidak bersetuju dengan pendapat Abdul Hamid
bin Mahmood yang mengatakan kata aspek sudah tidak boleh hadir sebelum kata kerja
modal. Kehadiran kata kerja aspek sudah sebelum kata kerja modal ini dapat dilihat
seperti yang berikut:

mahu
hendak
Sudah + ingin
belum
mesti
wajib
harus
boleh
dapat
bisa

Contoh dalam ayat adalah seperti yang berikut:

2.4.1.1.1 Sudah + Modal

(38)
i) Saya sudah mahu mandi tadi tetapi air di tempayan sudah habis.
ii) Dia sudah mesti bertolak hari ini.
iii)Anak anjing itu sudah boleh makan tulang.
Aminah sudah perlu membayar hutangnya.
14

2 4.1.1.2 Belum + Modal

(39)
i) Oleh sebab pekerjaan saya tidak selesai saya belum mahu pulang.
ii) Kedai itu belum mesti ditutup pada pukul lapan malam.
iii)Dia belum perlu melaporkan diri.
iv) Anak anjing itu belum boleh makan tulang.

Kata sudah dan belum ini mempunyai atau memperlihatkan ciri penggabungan yang
sama. Ini kerana kedua-dua kata ini terletak dalam paksi bertentangan dengan belum
adalah bentuk nafi bagi sudah. Walaupun begitu, terdapat pengecualian iaitu belum tidak
boleh bergabung dengan kata enggan yang mempunyai komponen erti nafian manakala
sudah boleh bergabung dengan enggan seperti contoh yang berikut:

(40)
i) Dia sudah enggan menerima jemputan itu.
ii) *Dia belum enggan bermain bola.
Dari sini, bolehlah dirumuskan dalam bentuk yang berikut:

belum: + masa depan + nafian


sudah: + masalampau + selesai

2.4.1.2 Akan +Modal


Kata akan pula hanya dapat bergabung dengan kata kerja modal keupayaan dan keizinan
sahaja seperti yang berikut:

boleh akan + dapat

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

41.)
i) Saya akan boleh tinggal di Pulau Pinang bila keluarga saya berpindah ke sana. ii)
Dia akan dapat pergi ke Indonesia kerana ayahnya bekerja di sana.

2.4.1.3 Sedang + Modal


Kata kerja aspek sedang hanya dapat bergabung dengan kata kerja modal kehendak
sahaja seperti yang berikut:

hendak
sedang + mahu
ingin

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

42)
i) Aminah sedang hendak mengambil sarapan. ii) Halimah sedang mahu pergi ke pasar.
15

iii) Ali sedang ingin mengambil sarapan.

Walaupun begitu, ketiga-tiga penggabungan ini, iaitu sedang mahu, sedang hendak dan
sedang ingin jarang digunakan orang dalam bahasa tulisan. Penggabungan cara ini
selalunya digunakan dalam bahasa lisan atau tidak formal.

2.4.1.4 Masih + Modal


Kata kerja aspek masih dapat bergabung dengan kata kerja modal keupayaan dan
keizinan, kehendak, kemestian dan kemungkinan. Dengan itu penggabungan yang
mungkin adalah seperti yang berikut:

boleh
masih + mahu
hendak
wajib
perlu
mungkin

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(43)
i) Dia masih boleh berjalan walaupun kakinya cedera parah.

ii) Dia masih mahu minum lagi.


iii) Kursus itu masih wajib untuk kita.
iv) Kejadian yang malang itu masih mungkin berlaku.
v) Pisau yang kecil itu masih perlu digunakan.

2.4.1-5 Pernah dan Telah + Modal


Kata kerja aspek pernah dan telah hanya dapat bergabung atau mendahului kata kerja
modal keupayaan sahaja seperti yang berikut:

pernah
telah + dapat
Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(44)
i) Dia pernah dapat tempat pertama dalam kelas.
ii) Ali telah dapat mengikut rombongan sambil belajar dua tahun lalu.

2.4.2 Penggabungan Kata Kerja Aspek dengan Kata Kerja Aspek

2.4.2.1 Sudah, Telah dan Belum + Pernah


Penggabungan jenis ini mempunyai kata kerja aspek pernah sebagai unsur kedua. Kata
pernah ini boleh didahului dengan kata sudah, telah xlan belum. Dengan itu, terdapat
gabungan seperti yang berikut:
16

sudah
telah + Pernah
belum

ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

45)
i) Saya belum pernah naik kapal terbang.
ii) Dia sudah pernah pergi ke sana.
Dia telah pernah pergi ke sana bulan lalu.

2.4.2.2 Masih + Belum


Kata kerja aspek belum boleh digabungkan dengan kata masih, dengan masih mendahului
belum dan tidak ada kata kerja aspek lain yang boleh berbuat demikian. Ini dapat dilihat
dalam ayat-ayat yang berikut:

(46)
i) Sungguhpun dia tahu bahawa dia akan kalah, dia masih belum mengundurkan diri
daripada pertandingan itu. ii) Walaupun hari sudah gelap, dia masih belum mahu pulang.

2.4.2.3 Akan, Masih + Sedang


Kata kerja aspek sedang boleh didahului dengan kata akan dan masih. Penggabungan ini
adalah seperti yang berikut:

akan
masih + sedang

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(47)
i) Ali akan sedang berkata-kata bila kita tiba.
(Ertinya: penutur mengatakan kepada kawannya bahawa bila mereka sampai ke tempat
itu,tentu sekali Ali dan kawannya masih menceritakan kebaikan atau keburukan mereka).

ii) Ahmad masih sedang menonton televisyen.


(Ertinya: Ahmad tidak berhenti menonton televisyen sejak tadi lagi dan tidak mahu
membuat kerja lain).

2.4.3 Penggabungan Modal + Modal


Penggabungan jenis ini ialah kata kerja suasana atau keadaan boleh mendahului kata
suasana atau keadaan yang lain.

2.4.3.1 Kata Kerja Modal Kemestian + Kata Kerja Modal Kehendak, Keupayaan dan
Keizinan
Dalam penggabungan ini, kata kerja suasana kemestian sebagai unsur pertama dan kata
17

kerja suasana kehendak, keupayaan dan keizinan sebagai unsur kedua dalam
penggabungan modal + modal. Kata kerja suasana kemestian ini terdiri daripada kata
mesti dan harus sahaja. Ini dapat dilihat seperti yang berikut:
hendak mesti mahu
harus + ingin
boleh
dapat
bisa
Ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang berikut:
i) Ali harus hendak bercakap.
(Ertinya: Penutur tahu Ali mahu bercakap tetapi tidak diberi peluang bercakap).

ii) Ali harus ingin bercakap.


(Ertinya: Penutur tahu Ali ingin bercakap tetapi tidak diberi peluang untuk bercakap)
.
iii) Ali harus dapat bercakap.
(Ertinya: Penutur yakin Ali dapat bercakap kerana sakit tekaknya sudah sembuh).
Dia mesti ingin bercakap

V) Dia mesti hendak bercakap.

vi) Dia mesti dapat bercakap.

Kata kerja modal harus dan mesti tidak boleh berlaku sebagai elemen kedua dalam
penggabungan modal + modal kerana akan menimbulkan gabungan yang tidak gramatis
seperti yang berikut:

hendak
mahu
ingin + harus
boleh mesti
bisa

Ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang berikut:

(50)
i) *Dia hendak harus bercakap.
ii) *Dia ingin harus bercakap.
iii) *Dia dapat harus bercakap.
iv) *Dia hendak mesti bercakap.
v) *Dia ingin mesti bercakap.
vi) *Dia dapat mesti bercakap.

2.4.3.2 Penggabungan Kata Kerja Modal Kemungkinan +


Kata Kerja Modal Kehendak, Keupayaan, Kemestian dan Keengganan
Penggabungan jenis ini dapat dilihat seperti yang berikut:
18

hendak
mahu
ingin
mungkin + dapat
boleh
bisa
wajib
perlu
patut
enggan

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat seperti yang berikut:

(53)
i) Dia mungkin hendak pergi bersama.
ii) Dia mungkin dapat memberikan pertolongan kepada kita.
iii) Kertas kenegaraan itu mungkin wajib untuk kita.
iv) Dia mungkin perlu pertolongan kita.
v) Dia mungkin enggan mengikut kita lagi.

2.4.3.3 Penggabungan Kata Kerja Modal Kemungkinan + Kata Kerja Aspek


Dalam penggabungan jenis ini, kata mungkin boleh mendahuluikata kerja aspek
perbuatan yang sudah berlaku, sedang berlaku dan belum berlaku seperti yang berikut:

baharu
sudah
mungkin + telah
pernah
sedang
masih
tengah
belum
akan

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(54)
i) Dia mungkin baharu pulang dari sekolah.
ii) Aminah mungkin sudah pergi ke pasar.
iii) Dia mungkin pernah makan makanan itu.
iv) Ali mungkin masih dalam perjalanan ke Segamat.
v) Salmah mungkin belum pernah melihat lukisan itu.
vi) Daud mungkin akan pergi ke Jepun dua hari lagi.

2.4.3.4 Penggabungan Kata Kerja Modal Kemestian + Kata


19

Kerja Aspek
Dalam penggabungan jenis ini, kata mesti boleh mendahului kata kerja aspek perbuatan
sudah, sedang dan belum berlaku. Kata mesti dan mungkin memperlihatkan ciri
penggabungan yang sama, disebabkan kedua-duanya terletak dalam paksi bertentangan.
Penggabungan jenis ini dapat dilihat seperti yang berikut:

baharu
sudah
telah
mesti + pernah
sedang
masih
tengah
belum
akan

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(55)
i) Dia mesti baharu pulang dari rumah.
ii) Maznah mesti sudah balik dari Ipoh.
iii) Idayu mesti pernah datang ke sini.
iv) Salmah mesti belum pernah melihat lukisan itu.
v) Ah Mei mesti masih dalam perjalanan ke Singapura.
vi) Aliza mesti belum pulang lagi.

Kesimpulannya, dari segi semantik, kata kerja aspek membawa konsep masa, iaitu sama
ada sesuatu perbuatan itu sudah,masih, atau belum dilakukan. Manakala kata kerja modal
membawa konsep suasana atau mood seperti menunjukkan kehendak, keupayaan,
kemestian dan sebagainya. Seterusnya, daripada empat jenis penggabungan yang
dibincangkan tadi, kebanyakan kata kerja aspek terdapat sebagai elemen pertama dalam
penggabungan aspek + aspek dan aspek + modal. Walaupun begitu terdapat juga kata
kerja modal sebagai elemen pertama dalam penggabungan modal + modal dan modal +
aspek tetapi bilangannya adalah kecil.

PERBANDINGAN KATA KERJA BANTU BAHASA MALAYSIA DENGAN KATA


KERJA BANTU BAHASA INGGERIS
4.0 Pendahuluan
Bab ini membincangkan perbandingan kata kerja bantu bahasa Malaysia dengan bahasa
Inggeris. Perbandingan jenis ini akan menyentuh aspek semantik sahaja. Perbincangan
akan juga ditumpukan pada analisis kata kerja bantu dalam bahasa Inggeris secara
ringkas supaya senang diperbandingkan kelak.

4.1 Analisis Kata Kerja Bantu dalam Bahasa Inggeris


Ahli tatabahasa tradisional mendefinisikan kata kerja bantu sebagai helping verbs, iaitu
kata kerja yang digunakan dalam gabungan dengan kata kerja lain bagi menyampaikan
20

beberapa lapisan makna berkenaan dengan masa, kehendak, kemung-kinan, keizinan dan
kewajipan.
Ahli bahasa struktural pula mendefinisikannya dengan cara yang sama, tetapi lebih
menekankan pada fungsi dan kedudukan. Kata kerja bantu itu dikelaskan sebagai
kumpulan kata struktur (kata-kata yang fungsi utamanya menyampaikan makna yang
gramatis) yang berkaitan dengan kata kerja utama dan bertugas sebagai penanda kata
kerja.
Mengikut tatabahasa transformasi, kata kerja bantu terdapat dalam struktur dalaman
setiap ayat, tetapi model tatabahasa transformasi yang berbeza mewakili kata kerja bantu
dalam cara yang berlainan.
Bahasa Inggeris mempunyai sebanyak sebelas kata kerja bantu, dengan 28 bentuk
kesemuanya seperti yang di bawah ini:

Finitum Tidak finitum


BE is, are, am, was, were be, being, been
HAVE has, have, had having, have ,
DO do, does, did
WILL will, would
SHALL shall, should
CAN can, could
MAY~ may, might
MUST must
OUGHT ought
DARE dare
NEED need

Kesemua bentuk ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:
1. Yang berbentuk akhiran penanda aspek sedang, -ing. Sesuatu kata kerja yang diberi
akhiran -ing ini mesti di dahului oleh kopula 'be' seperti:

He is buy - ing book - s.


ia beli- sedang buku - jamak
(KK) (KKB) 'la sedang membeli buku'

2. Yang berbentuk akhiran penanda aspek sudah atau telah. Sebelum sesuatu kata kerja
diberi atau disatukan dengan akhiran penanda aspek sudah atau telah, ia mesti di dahului
oleh kata have seperti pada ayat yang di bawah ini:

He has see - n book - s.


ia lihat - sudah buku - jamak :
(KK) (KKB)
'la sudah melihat buku'

3. Yang berbentuk kata will, shall, may, must, can, ought, supposed to, dan sebagainya
yang diletakkan sebelum kata kerja. Contohnya:
He will buy book - s.
21

ia akan beli buku - jamak


(KKB)(KK)
'la akan membeli buku

4.2 Perbandingan Kata Kerja Aspek Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris

Dalam memperbandingkan kata kerja aspek ini, penulis akan memperkatakan tentang
perbuatan yang sudah berlaku dan perbuatan yang sedang berlaku. Dalam bahasa
Malaysia, kata sedang, masih dan tengah boleh disamakan dengan kata BE bagi BE -ing
bahasa Inggeris. Juga kata sudah, pernah, telah, dan baharu dalam bahasa Malaysia boleh
disamakan dengan kata HAVE –en dalam bahasa Inggeris.

4.2.1 Menunjukkan Perbuatan yang Sedang Berlaku


Terdiri daripada kata sedang, masih dan tengah dalam bahasa Malaysia, dan BE -ing
dalam bahasa Inggeris.
Apabila BE muncul bersama dengan '-ing'; ia dianggap sebagai kata kerja bantu. Tetapi
jika muncul secara bersendirian dan diikuti oleh predikat (frasa nama, adjektif atau
adverba), ia dianggap kata kerja utama.59 BE bagi BE -ing ini menunjukkan sesuatu
perbuatan yang dilakukan itu belum selesai seperti pada ayat-ayat yang berikut:
a. He is crying.
b. He is going to school.

Kata kerja bantu BE -ing ini dibentuk mengikut ganti nama dan bilangan subjek (yang
ketiga tunggal bergabung dengan BE menjadi 'is') yang berlaku pada aturan pertama, iaitu
men-dahului kata kerja dasar; -ing dijadikan akhiran dasar kata
kerja.

Kata BE bagi BE -ing ini boleh disamakan dengan kata tnasih, sedang dan tengah dalam
bahasa Malaysia yang juga menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku dan belum
selesai dilakukan seperti dalam ayat:
a. Dia masih menangis.
b. Dia sedang pergi ke sekolah.

Perlu diingatkan di sini walaupun kata kerja aspek mempunyai hubungan yang erat
dengan konsep waktu, yakni waktu perbuatan atau keadaan berlaku, tetapi ia tidak
memasuki sistem kala. Jadi di sini penulis tidak akan menyentuh aspek sistem kala ini.

4.2.2 Menunjukkan Perbuatan yang Sudah Berlaku


Dalam bahasa Malaysia, kata yang menunjukkan perbuatan jenis ini terdiri daripada kata
sudah, telah, pernah, baharu. Di kalangan kata-kata ini, ada yang menunjukkan perbuatan
yang sudah berlaku dan sudah selesai dilakukan seperti kata sudah. Manakala ada yang
menunjukkan perbuatan yang berlaku dan boleh jadi selesai atau tidak selesai seperti
pada kata telah.
Dalam bahasa Inggeris pula, kata HAVE -en mempunyai kesamaan dengan kata-kata tadi
dalam bahasa Malaysia. Kata HAVE -en mempunyai bentuk finitumnya, iaitu has, have
dan had. Kesamaan kata kerja aspek dalam kedua-dua bahasa ini dapat dilihat pada ayat-
22

ayat yang berikut:


a. He has see-n book - s.
ia lihat - sudah buku - jamak
(KK) (KKB)
'la sudah melihat buku'.

b. They have see - n the book - s yesterday, mereka lihat - telah buku -jamak semalam
(KK) (KKB)
'Mereka telah melihat buku itu semalam'.

Perbezaan bentuk kata kerja bantu di sini ialah bahasa Inggeris mempunyai kata kerja
bantu bentuk jamak seperti have yang bergantung pada bilangan ganti nama diri.
Manakala bahasa Malaysia mempunyai bentuk kata kerja bantu yang sama bagi semua
jenis ganti nama.

4.3 Perbandingan Kata Kerja Modal Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris
Terdapat beberapa pendekatan dalam analisis kata kerja modal. Ada penganalisisan yang
secara langsung berhubung dengan konstruksi kata kerja modal, manakala yang lainnya
secara umum. Ada ahli bahasa yang menggunakan cara generatif seperti, Hakutani dan
Hargis; Rosenbaum (1965); Bach (1967); Garcia (1967); Boyd dan Thorne (1969),
sementara Ehrman, Lebrun, Halliday, Palmer, Joos (1964); Divers dan Huddleston
(1969); Twadell (1969) tidak menggunakan cara generatif, tetapi menggunakan cara
struktural atau tradisional.
Hakutani dan Hargis membuat pemerhatian berhubung dengan kata kerja modal bahasa
Inggeris yang merupakan kriteria yang lengkap bagi penganalisisan konstruksinya.
Kata kerja modal bahasa Malaysia termasuklah kata ingin, mahu, hendak, dapat, boleh
mesti, wajib, akan dan sebagainya (sila lihat Bab Dua). Manakala dalam bahasa Inggeris,
kata kerja modalnya termasuklah kata can, (could), may (might), will (would), shall
(should), must, ought, dare, need dan supposed to. Kesemua kata kerja modal ini
menunjukkan suasana atau situasi tertentu. Di bawah ini akan kita lihat golongan kata
kerja modal dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris:

1. Kata kerja modal yang menunjukkan keupayaan atau ke-izinan: boleh, dapat, bisa
dalam bahasa Malaysia dan can (could), may (might) dalam bahasa Inggeris.

2. Kata kerja modal yang menunjukkan kehendak: ingin, mahu, hendak, akan dalam
bahasa Malaysia dan will (would), shall (should) dalam bahasa Inggeris.

3. Kata kerja modal yang menunjukkan kemestian: mesti, harus, wajib, patut, perlu
dalam bahasa Malaysia dan must, ought, should, need, supposed to dalam bahasa
Inggeris.

4. Kata kerja modal yang menunjukkan kemungkinan atau kebarangkalian: mungkin


dalam bahasa Malaysia dan might dalam bahasa Inggeris.

Perlu diingatkan bahawa sesuatu kata kerja modal dalam bahasa Malaysia atau bahasa
23

Inggeris itu tidak semestinya mempunyai kesamaan sepenuhnya kerana kadangkala


terdapat makna yang saling bertindih. Ini kerana sesuatu kata kerja modal dalam bahasa
Inggeris itu mempunyai banyak penggunaan atau menunjukkan berbagai-bagai suasana.
Di bawah ini akan penulis bincangkan fungsi kata kerja modal bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris dan melihat persamaan dan perbezaan penggunaannya.

4.4 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, bolehlah dikatakan perbincangan di atas jelas menunjukkan
bahawa kedudukan kata kerja bantu dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tidak
jauh bezanya dari segi semantik. Kata kerja bantu ini mempunyai kesamaan-nya di antara
bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris, misalnya kata will (akan), shall (akan), may
(dapat, boleh), can (boleh, dapat), must (mesti) dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
kata-kata ini mempunyai lebih daripada satu penggunaan dan maknanya saling tindih.
Kesemua kata kerja bantu ini diletakkan sebelum kata kerja.

Penutup
Kata kerja aspek dan modal ini dibahagikan lagi kepada subgolongannya. Kata kerja
aspek dibahagikan kepada tiga subgolongan, iaitu yang menunjukkan perbuatan yang
belum berlaku, yang telah berlaku dan yang sedang berlaku. Kata kerja modal pula
dibahagikan kepada lima subgolongan, iaitu yang menunjukkan kehendak, keupayaan
dan kebolehan, kemestian, kebarangkalian atau kemungkinan dan keengganan. Kata-kata
yang termasuk dalam kata kerja aspek ialah katabelum, akan, sedang, masih, tengah,
telah, sudah, pernah dan baharu. Manakala kata kerja modal termasuklah kata hendak,
mahu, ingin, boleh, dapat, mesti, wajib, harus, perlu, patut, tnemang, tentu, mungkin dan
enggan. Harus kita membezakan kata sudah, telah, baharu, dan pernah dalam
penggunaan walaupun keempat-empat ini menunjukkan perbuatan yang sudah berlaku.
Kata sudah dan baharu digunakan bagi merujuk masa lampau yang tidak ditentukan atau
dinyatakan. Kata telah pula selalunya merujuk masa lampau yang tertentu atau yang
dinyatakan. Akhirnya, kata pernah selalu merujuk perbuatan atau keadaan yang berlaku
dalam satu jangka masa yang tertentu dalam detik yang lampau dan perbuatan yang
dirujuk itu selesai dilakukan. Begitu juga kata akan dan belum. Kata belum merujuk
perbuatan atau keadaan dan sifat yang tidak pernah berlaku. Jadi kata ini mempunyai ciri
nafian. Manakala kata akan walaupun menunjukkan perbuatan atau keadaan dan sifat
yang tidak pernah berlaku sampai saat dilakukan, tetapi kata akan mempunyai ciri positif
(kehendak). Kata akan ini menunjukkan adanya harapan atau antisipasi seseorang tentang
akan terjadinya sesuatu kejadian itu.
Daripada perbincangan bab-bab yang lepas, jelas memperlihatkan bahawa di
kalangan kata kerja aspek itu, kata sudah sahaja yang dapat menerima semua
penambahan. Kata sudah dapat menerima penambahan meN-, awalan se-, partikel -lah,
pun, dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Alasan yang boleh diberikan
mengapa penggabungan demikian boleh berlaku mungkin disebabkan kata ini
mempunyai ciri positif. Kata sudah cuma tidak dapat didahului oleh kata tidak. Kata
*tidak sudah ini selalu digantikan dengan kata belum. Alasan mengapa kata sudah tidak
boleh didahului oleh kata tidak, ialah kerana kedua-dua kata ini berada di paksi yang
24

bertentangan. Kata tidak mempunyai ciri nafian dan kata sudah mempunyai ciri positif.
Kata kerja aspek lain seperti kata akan, sedang, masih, tengah, telah, pernah dan
baharu tidak dapat menerima kesemua penam-bahan itu. Kata akan hanya dapat diikuti
oleh kata tidak sahaja dan kata masih hanya dapat dirangkaikan dengan partikel pun dan
-kah sahaja. Kesemua kata ini tidak mampu berfungsi sebagai ayat minimal. Kata tengah
tidak boleh digabungkan dengan mana-mana penambahan sama sekali.
Seterusnya, rumusan yang boleh dibuat pada kata kerja modal ialah kebanyakan
kata ini boleh menerima penambahan meN-, se-, -lah, -kah, -kan dan pun. Misalnya kata
boleh dan dapat berupaya bergabung dengan penambahan tadi untuk mem-peroleh kata-
kata seperti: membolehkan, seboleh, boleh pun, bolehlah, bolehkah, tidak boleh, boleh
tidak, dan mendapatkan, sedapat, dapat pun, dapatlah, dapatkah, tidak dapat dan dapat
tidak.
Kedua-dua kata ini boleh juga berfungsi sebagai ayat minimal. Alasan yang boleh
diberikan ialah kedua-dua kata kerja modal ini mempunyai ciri positif, iaitu
menunjukkan sesuatu yang boleh dan dapat dilakukan. Dengan itu, kata-kata ini
dengan mudah dapat bergabung dengan kebanyakan penambahan. Keadaan ini sama
juga dengan kebanyakan kata modal walaupun tidak semuanya dapat bergabung dengan
semua penambahan yang disebutkan di atas.
Selain perbincangan tentang kata kerja bantu dari aspek semantik dan sintaksis,
dibincangkan juga perbandingan kata kerja bantu di antara bahasa Malaysia dengan
bahasa Inggeris dari aspek semantik. Daripada perbincangan dalam bab-bab yang lepas,
didapati bahawa bahasa Malaysia mempunyai lapan bentuk kata kerja bantu, berbanding
dengan 28 bentuk kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Jumlah kata kerja bantu dalam
kedua-dua bahasa itu tidak jauh bezanya.
Begitu juga perbandingan fungsinya dari segi semantik jelas menunjukkan adanya
persamaan yang agak jelas. Kata BE -ing dalam bahasa Inggeris boleh disamakan dengan
kata sedang, masih dan tengah yang menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku. Kata
HAVE dalam bahasa Inggeris boleh disamakan dengan kata telah, sudah, baharu atau
pernah yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang sudah berlaku. Bezanya di sini ialah
kata HAVE tidak mempunyai perbezaan masa yang lampau. Manakala kata sudah, telah,
pernah dan baharu mesti digunakan mengikut konteks masa yang ditentukan. Misalnya
kata telah selalu merujuk masa lampau yang tertentu seperti adanya penggunaan kata
semalam, pagi tadi dan sebagainya. Kata sudah dan baharu merujuk masa lampau yang
tidak ditentukan atau yang tidak dinyatakan dan sebagainya.
Satu lagi perbezaan ialah kata kerja bantu bahasa Inggeris mempunyai bentuk
jamak. Bentuk jamak ini ditentukan oleh bilangan ganti nama diri. Manakala dalam kata
kerja bantu bahasa Malaysia, penggunaan bentuk ini adalah sama bagi semua jenis ganti
nama diri.
Seterusnya, daripada perbandingan yang dibuat, didapati bahawa fungsi kata will
dan shall dalam bahasa Inggeris boleh disamakan dengan fungsi kata akan dalam bahasa
Malaysia. Kesemua kata kerja modal ini menunjukkan makna kehendak. Kata will dalam
bahasa Inggeris digunakan dalam tujuh jenis keadaan, sedangkan kata akan hanya
digunakan dalam dua jenis keadaan sahaja. Jadi kata will ini tidak mempunyai kesamaan
yang sepenuhnya dengan kata akan.
Fungsi kata must dalam bahasa Inggeris mempunyai per-samaan dengan fungsi
mesti dalam bahasa Malaysia. Kedua-dua kata ini merujuk makna kemestian atau
25

kewajipan. Manakala kata ought to dan should boleh disamakan dengan kata harus dan
patut.
Akhir sekali, untuk menimbulkan bentuk negatif bagi kata kerja bantu bahasa
Malaysia, kata tidak diletakkan sebelum kata kerja bantu. Manakala dalam bahasa
Inggeris pula, secara umumnya, kata kerja bantu diikuti oleh kata not atau diimbuh-kan
dengan n't untuk menerbitkan bentuk negatif. Kata kerja bantu dalam bahasa Inggeris
juga mempunyai bentuk kala lampau, misalnya bentuk kala lampau bagi kata shall, will,
dan ought to ialah should, would dan ought to have.
Dalam bahasa Malaysia pula, kata kerja bantu tidak mempunyai bentuk kala
lampau. Sebagai kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa walaupun kata kerja
bantu ini merupakan sejenis kata kerja yang kurang ditekankan dalam sintaksis bahasa
Malaysia, tetapi kepentingan fungsinya sama ada dari aspek semantik atau sintaksis ini
tidak boleh diragui lagi. Kata kerja bantu ini memang mempunyai peranan yang penting
dalam sintaksis bahasa Malaysia. Kita sering menggunakan sama ada secara " disedari
atau tanpa disedari. Dalam pengkajian kata kerja bantu ini, kita seharusnya mengkajinya
dari aspek semantik dan sintaksis walaupun aspek semantik lebih penting mengikut
kebanyakan ahli bahasa. Ini kerana semantik adalah berlainan sekali daripada sintaksis.

BIBLIOGRAFI
26

Abdul Hamid Mahmood 1971. "Sintaksis Dialek Kelantan". Latihan ilmiah Ijazah
Sarjana Sastera, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Abdullah Hassan 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdullah Hassan 1980. LinguistikAm untuk Guru Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdullah Hassan 1980.
"Perkembangan Penggolongan Kata-Kata Melayu Secara Ringkas", dim. Dewan
Bahasa, 24:9.

Akmajian, Adrian dan Wasow, Tom 1975. "The Constituent Structure of VP and AUX
and the Position of the Verb BE", dim. Linguistic Analysis, Jil. 1:3, hlm. 205-245.

Akmajian, Adrian dan Wasow, Tom 1979. "The Category AUX in Universal Grammar",
Linguistic Inquiry, Jil. 10:1, him. 1-64.

Anis Safioedin S.H. 1974. Membina Bahasa Indonesia. Bandung: Penerbit Alumin.

Arbak Othman 1979. Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Arbak Othman 1980. Teori Sintaksis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Arbak Othman 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Arifin Nor 1959. Kumpulan Sastera Lama Melayu. Kuala Lumpur:H.M. Shah Enterprise.

Gan kok Siong1991. Kata Kerja Bantu dalam Sintaksis Bahasa Malaysia. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka