Anda di halaman 1dari 1

Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil

mengenai Perkahwinan antara bangsa yang


berlainan yang berlainan?

Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai Perkahwinan antara bangsa
yang berlainan yang berlainan?

Jawapan: Perjanjian Lama melarang orang Israel daripada terlibat dalam perkahwinan antara
bangsa (Ulangan 7:3-4). Alasannya ialah orang Israel akan terpesong daripada jalan yang betul
jika mereka mengahwini orang yang menyembah patung, orang yang tidak percaya kepada
Tuhan atau orang yang percaya kepada agama yang bercanggah dengan ajaran Tuhan Yehowah.
Prinsip yang sama digunakan dalam Perjanjian Baru, tetapi pada konteks yang berlainan.
“Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal ini
tidak sesuai. Kebaikan dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat
bersama-sama.” (2 Korintus 6:14). Maka orang Israel (percaya kepada satu Tuhan yang unggul)
diarah supaya tidak mengahwini orang yang tidak percaya kepada Tuhan, begitu juga dengan
orang Kristian (yang juga percaya kepada satu Tuhan yang unggul) diarah supaya tidak
mengahwini orang yang tidak percaya. Untuk menjawab soalan ini dengan spesifik, Tidak, Kitab
Injil tidak mengatakan perkahwinan antara bangsa adalah salah!

Setiap orang patut diadili berdasarkan kelakuannya, bukan warna kulitnya. Kita patut berhati-hati
supaya tidak menunjukkan sikap pilih kasih terhadap sesetengah orang, tidak bersikap prasangka
dan perkauman (Yakobus 2:1-10, perhatikan ayat 1 dan 9). Seorang lelaki atau perempuan
Kristian digalakkan memilih isteri atau suami berdasarkan samada orang itu adalah Kristian dan
mempunyai kepercayaan yang sama (2Korintus 6:14), samada dia seorang yang dilahirkan
semula melalui iman terhadap Kristus Yesus (Yohanes 3:3-5). Iman dalam Kristus, bukan warna
kulit, adalah ukuran Kitab Injil untuk memilih jodoh. Perkahwinan antara bangsa bukan satu
faktor yang betul atau salah, tetapi faktor kebijaksanaan, kewarasan dan doa.

Satu masalah yang timbul daripada perkahwinan antara bangsa ialah suami isteri yang berlainan
bangsa akan mengalami kesukaran diterima oleh orang lain. Banyak suami isteri berlainan kaum
mengalami masalah diskriminasi dan bahan ketawa, kadang kala daripada keluarga sendiri. Satu
lagi masalah adalah apabila anak mereka mempunyai warna yang berbeza, ada yang mengikut
warna kulit bapa, ada yang mengikut warna kulit emak. Oleh itu, jodoh berlainan kaum harus
mengambil kira masalah tersebut dan bersedia menghadapinya, jika mereka hendak berkahwin.
Akhirnya, prinsip Kitab Injil mengenai perkahwinan ialah kita digalakkan memastikan jodoh kita
mempunyai kepercayaan yang sama,iaitu merupakan salah seorang ahli keluarga Tuhan Yesus.

http://www.gotquestions.org/Melayu/perkahwinan-antara-bangsa.html