Anda di halaman 1dari 35

PENGUNAAN ANALOGI

PENGGUNAAN ANALOGI SEBAGAI SATU ALTERNATIF


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FIZIK YANG BERKESAN

Oleh:

Burhan Bin Ramli


Sekolah Menengah Sains Machang
Machang Kelantan

1.0 PENGENALAN

Peningkatan pencapaian pelajar dari segi kualiti dan kuantiti dalam mata pelajaran Fizik adalah
menjadi hasrat semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di negara ini. Untuk
menjelmakan hasrat ini menjadi satu realiti pelbagai usaha telah dilakukan. Bagi guru-guru
Fizik usaha yang perlu dibuat adalah dengan memperkemaskan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Kaedah p&p yang berbagai ini akan dapat membentuk sikap
positif pelajar terhadap Fizik dan menjadikan Fizik ini lebih menarik dan mudah difahami.
Konsep abstrak dalam Fizik memerlukan satu inovasi tertentu supaya pelajar tidak terpinga-
pinga untuk memahaminya. Pendekatan yang lazim digunakan seperti menjalankan
eksperimen, membina model-model dan lain-lain telah dapat membentuk konsep di kalangan
pelajar.

Satu kaedah lain yang dapat membentuk konsep abstrak dikalangan pelajar ialah pendekatan
p&p menggunakan analogi (Harrison & Treagust, 1993; Thiele & Treagust, 1994; Treagust,
Duit, Joslin & Lindauer,1992). Analogi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam
penerangan sains dan dalam penemuan sains. Contohnya Johannes Kepler seorang ahli
astronomi telah membina satu analogi antara pergerakan planet dengan pergerakan jam.
Menurut sejarah perkembangan sains, para saintis dan pendidik sains telah menggunakan
a n a l o g i u n t u k m e n e ra n g k a n ko n s e p - ko n s e p ya n g p e n t i n g ( B r o w n , 1 9 9 2 ;
Clement,1993,Gentner,1989; Hesse,1996; Hoffman,1980; Lawson, 1993; Oppenheimer;
1956; Thagard,1992;Venville & Treagust, 1997; Vosniadou& Ortony,1980).

Sebenarnya guru tidak menyedari mereka telah menggunakan analogi dalam proses P&P
mereka. Kadang-kadang mereka menggunakan pernyataan seperti “Ianya sama seperti….,”
Ianya dapat dibandingkan dengan …..,” Ianya serupa dengan …..,” (Iding,1997). Pernyataan-
pernyataan ini sebenarnya telah menjuruskan para guru Fizik kepada penggunaan analogi
dalam p&p mereka.

Kertas Pembentangan 99
2.0 RASIONAL KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan pendekatan menggunakan analogi
sebagai satu kaedah p&p Fizik di sekolah sekolah menengah di Malaysia dalam memahami
sesuatu konsep abstrak dalam matapelajaran Fizik. Perbandingan antara kaedah analogi ini
dibandingkan dengan kaedah tradisional yang diamalkan sekarang. Mata pelajaran Fizik dipilih
untuk kajian ini kerana ia adalah merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai banyak
konsep-konsep abstrak yang memerlukan kaedah tertentu untuk memahaminya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:


! Untuk mengetahui kesan penggunaan analogi dalam proses p&p Fizik di sekolah
berbanding dengan kaedah tradisional dari segi pencapaian akademik.
! Untuk menentukan adakah terdapat perbezaan antara pelajar perempuan dengan pelajar
lelaki dalam menggunakan pendekatan analogi ini dari segi pencapaian akademik.

4.0 SOALAN-SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

Adakah penggunaan analogi dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar seperti kaedah
tradisional?

Adakah terdapat perbezaan dalam penggunaan analogi dari segi jantina pelajar?

5.0 SASARAN KAJIAN

Seramai 55 orang pelajar dari dua kelas tingkatan lima SM Sains Machang terlibat dalam kajian
ini. Kedua-dua kelas ini dipilih kerana prestasi akademik kelas-kelas ini adalah seimbang.

6.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian eksperimen yang dijalankan sendiri oleh pengkaji. Batasan kajian
ini adalah untuk tajuk Elektrik dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Lima. Penggunaan analogi
ini ada limitasi atau konstrain tertentu dan tidak semua topik perlu menggunakan analogi.
Penggunaan analogi adalah hanya untuk menjelaskan konsep-konsep abstrak yang tidak
maujud.

100 Kertas Pembentangan


7.0 DEFINISI KONSEP
7.1 Kaedah P&P Menggunakan Analogi

Satu kaedah p&p untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep asas Fizik
secara mengaitkan konsep itu dengan satu konsep lain yang mempunyai ciri yang
serupa.

7.2 Kaedah P&P Tradisional

Satu kaedah p&p yang menggunakan kaedah eksperimen, perbincangan dan lain-lain
kaedah selain dari kaedah menggunakan analogi.

8.0 TINJAUAN LITERATUR

8.1 Apa itu Analogi ?

Analogi adalah satu kaedah untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep
asas Fizik secara mengaitkan konsep itu dengan satu konsep lain yang serupa.

8.2 Fungsi Analogi

Fungsi mencipta dan menggunakan analogi adalah untuk membentuk dan memahami
konsep-konsep asas sains semasa proses p&p.
Contohnya :
! Jantung sama seperti sebuah pam
! Kidney sama seperti penapis
! Mata sama sepeti kamera
! Sel sama seperti sebuah kilang

8.3 Membina Analogi : Model TWA

Model Teaching With Analogies (TWA) di hasilkan oleh Glynn, Duit dan Thiele pada
tahun 1995 (Shawn M. Glynn,1995) untuk dijadikan panduan bagi para guru Fizik
mencipta sendiri analogi dalam pengajaran. Dalam model ini ciri dari konsep analog
(analog concept) dibandingkan dengan konsep sasaran (target concept). Jika terdapat
beberapa ciri yang serupa maka analogi dapat dibentuk di antara mereka.

Kertas Pembentangan 101


Konsep Analog Bandingkan dengan Konsep Sasaran

Ciri-ciri 1.2.3. dll Ciri-ciri1,2,3 dll

Model ini mengemukakan 6 langkah dalam operasinya iaitu:


! Kenalpasti konsep sasaran (contoh: litar elektrik)
! Kenalpasti konsep analog (contoh: litar air)
! Kenalpasti ciri-ciri yang relevan antara kedua-dua konsep itu
! Padankan kesamaan antara kedua-dua konsep itu
! Kenalpasti tahap atau keadaan bagi ciri-ciri antara kedua-dua konsep itu
yang bercanggah
! Buat kesimpulan tentang kedua-dua konsep itu

Contoh 1:

Konsep Analog Konsep sasaran


Litar Air Litar Elektrik
Air Elektrik
Aliran air Arus
Paip Dawai
Pam Sel Kering
Tekanan Voltan
Penapis Perintang
Halangan Aliran Air Rintangan

8.4 Halangan (Constrain)

Penggunaan analogi boleh mendatangkan “misconception” jika konsep analog dan


konsep sasaran dikembangkan terlalu jauh. Contohnya dalam analogi antara litar
elektrik dan litar air, jika paip air di potong air akan memancut keluar tetapi jika dawai
dipotong perkara ini tidak akan berlaku. Dalam contoh analogi antara mata dan
kamera, analogi tidak dapat berfungsi dalam kes memfokus kerana kamera difokus
dengan mengubah jarak antara kanta dengan filem manakala dalam mata manusia
pemokusan dibuat oleh otot-otot siliari dan kornia. Oleh itu dalam menggunakan
analogi semasa p&p perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertembungan fakta
antara konsep sasaran dengan konsep analog perlu dikenalpasti dan dielakkan.
102 Kertas Pembentangan
9.0 METODOLOGI KAJIAN

Subjek
Populasi sasaran ialah pelajar-pelajar tingkatan 5 Al Biruni (AB) dan 5 Al Farabi (AF) di Sekolah
Menengah Sains Machang Kelantan.

Persampelan
Untuk tujuan persampelan, seramai 55 orang dipilih dari populasi 158 orang pelajar Tingkatan
5. 26 orang pelajar dari tingkatan 5AB diletakkan dalam kumpulan kawalan dan 29 orang lagi
dari tingkatan 5 AF diletakkan dalam kumpulan eksperimen. Sampel yang dipilih untuk kedua-
dua kumpulan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan PMR 2004 dan “Take Off Value”
(TOV) peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2005. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan
untuk kumpulan eksperimen adalah 16 orang lelaki dan 13 orang perempuan.

Peralatan
Instrumen dan bahan yang digunakan ialah:
! Soalan ujian pra (Pre test)
! Soalan ujian pasca (Post test)

Aspek yang dikaji


(a) kesan penggunaan analogi dalam proses p&p Fizik di sekolah berbanding dengan kaedah
tradisional dari segi pencapaian akademik; dan
(b) kesan penggunaan analogi dalam p&p kepada pelajar dari segi jantina.

Prosedur Kajian
Sampel pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diuji dengan soalan-soalan ujian
pra. Ujian ini adalah untuk mendapatkan pengetahuan sedia ada pelajar bagi kedua-dua
tingkatan dalam tajuk Elektrik. Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan selama dua
minggu iaitu sebanyak empat kali pengajaran dalam tajuk Elektrik .

Tajuk untuk setiap p&p adalah:


! Pengajaran & pembelajaran pertama adalah bagi tajuk arus.
! Pengajaran & pembelajaran kedua adalah bagi tajuk rintangan.
! Pengajaran& pembelajaran ketiga adalah bagi tajuk litar siri dan selari.
! Pengajaran & pembelajaran keempat adalah bagi tajuk litar siri dan selari.

Kertas Pembentangan 103


Selepas selesai proses p&p sampel pelajar dalam kedua-dua kumpulan diuji sekali lagi
dengan soalan-soalan pasca (post test).

Prosedur Analisa Data


Markah bagi kedua-dua ujian di analisa dengan menggunakan dapatan min skor
kedua-dua ujian. Min skor untuk kumpulan-kumpulan berikut di hitung:
! kumpulan kawalan (pelajar 5 AB)
! kumpulan eksperimen (pelajar 5 AF)
! pelajar perempuan kumpulan eksperimen
! pelajar lelaki kumpulan eksperimen

10.0 DAPATAN

10.1. Min Markah Untuk Setiap Ujian

Jenis Ujian Kumpulan Min markah

Ujian Pra Kumpulan kawalan (5 AB) 57.8%

Kumpulan eksperimen (5 AF) 56.4%

Pelajar perempuan kumpulan eksperimen 22.1%

Pelajar lelaki kumpulan eksperimen. 33.3%

Ujian Pasca Kumpulan kawalan (5 AB) 82.8%

Kumpulan eksperimen (5 AF) 88.9%

Pelajar perempuan kumpulan eksperimen 36.2%

Pelajar lelaki kumpulan eksperimen. 52.7%

10.2 Analisis ujian Pra Kajian

Berdasarkan nilai min untuk ujian pra, pencapaian untuk kedua-dua kumpulan adalah
seimbang. Beza min hanya 1.4 %. Soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan
soalan pengetahuan umum tentang tajuk kelektrikan yang telah dipelajari pada
peringkat menengah rendah dahulu. Bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan
dalam kumpulan eksperimen di dapati bahawa pencapaian pelajar lelaki lebih tinggi
sebanyak 11.2 %. Ini menunjukkan pengetahuan sedia ada pelajar lelaki lebih tinggi
dari pelajar perempuan dalam tajuk ini.

104 Kertas Pembentangan


10.3 Analisis Ujian Pasca Kajian

Berdasarkan nilai min untuk ujian Pasca, pencapaian untuk kumpulan


eksperimen melebihi sebanyak 6.1% berbanding dengan pencapaian pelajar
kumpulan kawalan. Bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan kumpulan
eksperimen didapati pencapaian pelajar lelaki lebih tinggi sebanyak 16.5 %.

11.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Dari data yang diperolehi didapati bahawa terdapat sedikit perbezaan min di antara pelajar
yang menggunakan kaedah analogi berbanding dengan yang menggunakan kaedah tradisional
dalam proses p&p Fizik bagi tajuk Elektrik. Ini bermakna secara signifikan bahawa penggunaan
analogi boleh juga di amalkan sebagai satu kaedah p&p secara dominan di dalam bilik darjah
bagi mata pelajaran Fizik. Terdapat perbezaan min yang ketara antara pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan yang menggunakan pendekatan analogi dengan pendekatan tradisional.
Ini bermakna pelajar lelaki lebih mudah menggunakan pendekatan ini dalam memahami
konsep Fizik. Dengan dapatan ini maka dicadangkan guru-guru fizik menggunakan juga
kaedah p&p menggunakan analogi ini supaya kefahaman pelajar bagi konsep-konsep fizik yang
abstrak dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Model TWA boleh digunakan sebagai panduan
asas bagi guru-guru untuk membina sendiri analogi semasa p&p. Jika analogi yang dibina
adalah relevan dengan pengetahuan asas pelajar maka ia akan lebih bermakna. Para pelajar
sendiri boleh dilatih untuk membina analogi mereka sendiri semasa belajar. Menurut Glynn,
1955 pembinaan analogi oleh pelajar sendiri akan membentuk satu kaedah belajar secara
bebas (independent approach of learning). Satu konsep sukar akan dapat difahami dengan
lebih mudah dan ini pastinya boleh meningkatkan motivasi pelajar bagi mata pelajaran yang
sukar seperti Fizik.

Kertas Pembentangan 105


BIBLIOGRAFI

Brown D.E. (1992). Using examples and analogies to remediate misconceptions in physics :
Factors influencing conceptual change. Journal of Research in Science Teaching, 29,17 34.

Duit, R (1992). On the role of analogies ang metaphors in learning science. Science Education,
75, 649-672.

Gentner,D. (1989) . The mechanisms of analogical learning. In S. Vosniadau and A.Ortony


Eds.), Similarity and analogical reasoning (pp. 199-241) Cambridge : Cambridge Press.

Glynn,S.M. (1995). Conceptual bridges : Using analogies to explain scientific concepts. The
Science Teacher, 62, 25-27.

Glynn,S.M., & Duit, R.,& Thiele,R (1995). Teaching with analogies : A strategy for constructing
knowledge. In S.M. Glynn & R. Duit (Eds.), Learning science in the schools : Research reforming
practice (pp.247-273). Mahwah, NJ : Erlbaum.

Harrison, A.G & Treagust, D.F. (1993). Teaching with analogies : A case study in grade 10-
optics.Journal of Research in Science Teaching, 30, 1291-1307.

Iding, M.K. (1997). How analogies foster learning from Science text. Instructional Science, 25,
233-253.

Thagard, P. (1992). Analogy, explanation, and education. Journal of Research in Science


Teaching, 29,537-544.

106 Kertas Pembentangan


PROGRAM ‘AbZERO’ JAYA

PROGRAM ‘AbZERO’ JAYA

Oleh:

Kaladevi A/P Arumugam


Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya
43200 Balakong, Selangor

1.0 TAJUK KAJIAN

Mengurangkan Kadar Peratusan Ponteng Kelas Dalam Kalangan 40 orang pelajar yang
dikenalpasti oleh Unit Disiplin SMK Cheras Jaya, Balakong Melalui Program Mata Ganjaran
ABZERO (ABSENT ZERO).

2.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH DAN PELAJAR

SMK Cheras Jaya merupakan satu-satunya sekolah menengah yang terletak di Taman
Perumahan Cheras Jaya, kira-kira 6 km dari bandar terdekat iaitu Balakong. Sekolah ini
menerima pelajar daripada sekolah rendah (SK, SRJKC dan SRJKT) yang berhampiran.

Rata-rata pelajar di sekolah ini dikesan kurang bermotivasi untuk belajar dan suka
berkelompok mengikut bangsa dan sering terlibat dalam kes disiplin seperti pergaduhan
berkumpulan, merokok, ponteng sekolah dan ponteng kelas. Apabila sahaja ada peluang,
mereka dikesan suka keluar dari kelas dan bergerak dalam kumpulan kecil serta melepak di luar
bilik darjah.

Walaupun terdapat peratusan kecil pelajar yang sangat cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum, sebahagian besar pelajar mempunyai masalah kurang menguasai kemahiran 3M
dengan baik sehingga mereka tidak berminat untuk belajar. Pelajar kumpulan lemah sering
tidak menyiapkan kerja rumah dan apabila diminta oleh guru, mereka akan mengelak dengan
tidak hadir terus ke sekolah atau ponteng kelas guru tersebut.

3.0 REFLEKSI

Setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa HEM Unit Disiplin diadakan, isu pelajar ponteng sering
menjadi topik hangat kerana semakin meruncing. Kes pelajar ponteng sekolah (iaitu tidak
hadir ke sekolah tanpa surat makluman sijil cuti sakit atau surat ibu/bapa/penjaga) dan
ponteng kelas (tidak berada di kelas semasa p&p dijalankan) merupakan kes paling tinggi
dirakamkan dalam Buku kawalan Kelas (BKK).

Apabila terdapat kes ponteng, khususnya ponteng kelas, nama pelajar tersebut akan dicatat
oleh guru mata pelajaran berkenaan ke dalam BKK. Setiap minggu, pada waktu balik, apabila

Kertas Pembentangan 107


BKK dihantar ke Bilik HEM (Hal Ehwal Murid), nama pelajar yang ponteng akan direkodkan
untuk tindakan guru disiplin dan akan dijalankan analisis mengikut tarikh dan masa.Daripada
sesi soal siasat yang dijalankan, kami, guru disiplin mendapati pelajar akan memberi pelbagai
alasan untuk mempertahankan diri daripada dibabitkan dalam kes ponteng ini seperti berada
lama di tandas, membantu guru lain di kawasan sekolah, terlewat masuk, tiada guru dalam
kelas dan sebagainya.

JADUAL I - DATA PELAJAR PONTENG MENGIKUT JANTINA, KAUM DAN


TINGKATAN MULAI JANUARI HINGGA 15 APRIL 2006

MELAYU/
TINGKATAN
BUMIPUTRA CINA INDIA JUMLAH

JANTINA L P

TIGA 10 5 3 2 4 0 24

EMPAT 6 4 0 0 0 0 10

LIMA 1 1 0 0 4 0 06

JUMLAH 17 10 3 2 8 0

JUMLAH
27 05 08
BESAR

Satu perkara yang menarik ialah, kami dapat mengesan bahawa pelajar yang sama terlibat di
dalam kes ponteng kelas. Ini bermakna pelajar tersebut mengulangi kesalahan yang sama
kerana tidak gentar dengan tindakan yang diambil.

Daripada sesi temubual dan borang soal selidik dalam tempoh Januari 2006 sehingga April 2006
yang kami jalankan, rumusan berikut dapat dibuat.

(i) Alasan utama untuk ponteng kelas ialah tidak menyiapkan kerja rumah atau latihan
yang diberikan oleh guru sebelum p&p bermula. (37.5%).
(ii) Alasan sikap malas, perasaan bosan dan rasa mengantuk dalam kelas sebagai alasan
kedua tertinggi untuk ponteng kelas.
(iii) Alasan seperti tidak takut kepada guru, berjumpa kawan di luar, terlupa atau tidak
sengaja, tiada p&p (waktu guru relief) dan urusan di luar kelas bukan menjadi pilihan
responden.

108 Kertas Pembentangan


Jadual II Respons Pelajar tentang Alasan Ponteng (mengikut pilihan utama)

PERATUS
PILIHAN ALASAN PONTENG RESPONS (%)

A Tidak siap /buat latihan/ tugasan/ kerja rumah 15 37.5


B Tidak bawa buku/ tugasan yang diberi 5 12.5
C Tiada guru dalam kelas ketika ponteng 1 2.5
D Tidak takut kepada guru yang mengajar ketika itu 0 0.0
E Berjumpa dengan kawan di luar kelas 0 0.0
F Terlupa / tidak sengaja 0 0.0
G Malas / boring / mengantuk dalam kelas 11 27.5
H Tidak berminat dengan subjek yang diponteng 4 10.0
I Tiada alasan / sengaja ponteng / suka ponteng 2 5.0
J Tiada P & P guru relief masuk kelas 0 0.0
K Berjanji dengan kawan untuk ponteng 1 2.5
L Ada hal penting untuk diuruskan di luar kelas 0 0.0
M Membantu guru lain tanpa surat kebenaran 1 2.5

JUMLAH RESPONS 40 100.0

Kajian kami juga menunjukkan bahawa pelajar sasaran sebenarnya mempunyai tendensi untuk
ponteng kelas. Walaupun 55.0% (22 orang) mengatakan mereka tidak suka ponteng kelas,
kami agak terkejut dengan respons bahawa 45.0 % (18 orang) pelajar suka ponteng kelas.

Jadual III Respons Pelajar tentang Sikap Ponteng.


JUMLAH SUKA TIDAK SUKA
JANTINA RESPONDEN (Bilangan) % (Bilangan) %

Lelaki 28 15 53.8 13 46.4


Perempuan 12 07 58.3 05 41.7
40 22 55.0 18 45.0

Pelajar yang terlibat dalam kes ponteng kelas yang serius sehingga mata penalti mencapai
tahap maksimum (40 mata penalti boleh digantung sekolah, 50 mata penalti boleh dibuang
sekolah), bersetuju jika diberi peluang untuk mengurangkan mata penalti, mereka sanggup
bekerjasama dengan Unit HEM untuk mengurangkan kes ponteng kelas (Rujuk Jadual IV
Respons Pelajar untuk mengurangkan mata penalti).

Kertas Pembentangan 109


Jadual IV Respons Pelajar tentang Persetujuan Pengurangan Mata Penalti
melalui Program ABZERO

JUMLAH SETUJU TIDAK SETUJU


JANTINA RESPONDEN (Bilangan) % (Bilangan) %

Lelaki 28 27 96.4 1 3.6


Perempuan 12 12 100.0 0 0.0

40 39 97.5 1 2.5

Kesimpulannya, pelajar dalam kumpulan kajian kami sangat berminat untuk berusaha
mengurangkan kes ponteng kelas serta mata penalti yang banyak terkumpul dalam kad
wajaran individu iaitu 97%.

Oleh yang demikian, kami merasakan keperluan untuk melancarkan Program ABZERO dengan
segera kepada kumpulan sasaran ini dengan harapan untuk mengurangkan peratus ponteng
kelas dalam kalangan mereka.

4.0 FOKUS KAJIAN

Kajian kami berfokus kepada mengurangkan peratus ponteng kelas di kalangan 40 orang
pelajar yang dipilih oleh Unit Disiplin. Melalui satu program terancang yang inovatif, kami
menjadikan kumpulan pelajar sasaran ini sebagai Kumpulan Rintis (PIONEER) bagi memenangi
kes ponteng kelas.

Sokongan daripada pihak pentadbiran dan guru-guru lain akan menjadi kekuatan dan inspirasi
kepada kami di Unit Disiplin untuk melancarkan kajian tindakan yang kami kenali sebagai
Program Mata Ganjaran ABZERO.

Pendekatan yang kami gunakan melalui Program Mata Ganjaran ABZERO ialah
Penguatkuasaan Positif (Positive Reinforcement). Ini bermakna jika selama ini pelajar yang
ponteng kelas diberikan mata penalti (Penalty Points) melalui kaedah Penguatkuasaan Negatif
(Negative Reinforcement) yang merugikan pelajar, kaedah baru ini memberi peluang kepada
mereka untuk menebus kembali mata penalti melalui mata ganjaran (Reward Points).

Mengikut Pendekatan Teori Motivasi yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, mendakwa
bahawa ganjaran atau reward sangat besar pengaruhnya ke atas tingkah laku individu.
......apabila sesuatu tingkah laku diberi ganjaran, maka itulah yang akan dilakukan....individu
terdorong melakukan sesuatu perbuatan dengan harapan dia akan mendapat ganjaran yang
diharapkan (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, Guru sebagai Pendorong dalam darjah, m.s. 9).

110 Kertas Pembentangan


Ada dua strategi untuk menangani kerenah murid-murid nakal. Pertama guru perlu
memadamkan tingkah laku yang negatif, dan kedua guru perlu mengukuhkan tingkah laku
yang positif (m.s 21).

Prof. Tosi dan rakan-rakannya mengemukakan panduan berikut untuk melaksanakan program
pengukuhan positif (positive reinforcement):
! Beri ganjaran yang dihargai oleh si penerima
! Kaitkan ganjaran itu dengan tingkah lakunya
! Ganjaran mestilah diberikan selalu (m.s. 36-37)

Pendekatan Mata Ganjaran ABZERO yang akan kami gunakan menekankan kepada :

i. Pengagihan pelajar dalam kumpulan sasaran (Mentee ABZERO) kepada beberapa


orang guru daripada Unit Disiplin (HEM) yang terpilih dan dikenali sebagai (Mentor
ABZERO) - mengikut pilihan pelajar atau pilihan guru.

ii. Pemantauan kehadiran pelajar setiap waktu (period) / setiap hari selama 10 minggu
melalui Buku / Kad ABZERO (Rujuk Lampiran I) yang akan ditandatangani oleh guru
mata pelajaran atau guru ganti (Relief).

iii. Pengesahan BKI Mentee ABZERO pada waktu akhir (1.05 petang) oleh Mentor ABZERO
melalui tandatangan dan cop setiap hari sebelum balik.

iv. Penebusan mata penalti (MP) individu yang sedia ada melalui mata ganjaran (MG) yang
diberikan setiap minggu jika pelajar dapat mengekalkan rekod tidak ponteng kelas bagi
minggu tersebut.

v. Makluman (bertulis) mingguan di papan kenyataan HEM tentang pelajar kumpulan


sasaran yang berjaya mengekalkan rekod tidak ponteng serta rekod MP dan MG
sebagai rangsangan kepada pelajar lain dan motivasi kepada pelajar kumpulan
sasaran.

vi. Sijil Penghargaan serta hadiah ganjaran yang diberikan semasa perhimpunan rasmi
kepada pelajar kumpulan sasaran yang berjaya mengurangkan kes ponteng kepada
sifar (ZERO ABSENT) pada akhir minggu yang ke sepuluh.

Kertas Pembentangan 111


5.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.1 Objektif Umum

Mengurangkan peratus kes ponteng kelas dalam kalangan pelajar supaya masalah
disiplin yang berkaitan dapat dimenangi secara berperingkat melalui pendekatan
penguatkuasaan positif demi menjamin peningkatan dalam bidang akademik.

5.2 Objektif Khusus

i. Setiap pelajar dalam kumpulan sasaran (40 orang) dapat mencapai sekurang-
kurangnya 80 % kehadiran penuh dalam kelas bagi tempoh 10 minggu yang
ditetapkan. (Objektif Individu)

ii. Setiap pelajar dalam kumpulan sasaran (40 orang) dapat menebus kembali 80 %
mata penalti dalam kad wajaran individu melalui mata ganjaran agar kes gantung
atau buang dapat dikurangkan.

iii. Peratus ponteng kelas bagi kumpulan sasaran secara keseluruhan dapat
dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 75 %.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 40 orang pelajar yang dikenalpasti oleh Unit Disiplin (HEM)
melalui rekod dalam Kad Wajaran Individu mulai 3 Januari 2006 sehingga 15 April 2006.
Kumpulan sasaran rintis ini dipilih dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan, pelbagai
bangsa dari Tingkatan 3, 4 dan 5. Pelajar sesi pagi dipilih untuk memudahkan kerja-kerja
pemantauan, merekod dan sebagainya oleh Mentor ABZERO.

7.0 TINDAKAN YANG TELAH DIJALANKAN

7.1 Tinjauan Masalah

Sebelum mengaplikasikan pendekatan yang dicadangkan, kami telah meninjau


masalah ponteng kelas dalam kalangan pelajar sesi pagi di sekolah kami bertujuan
untuk mengesan keseriusan masalah ponteng kelas, kekerapan ponteng kelas dan data
pelajar yang mencatat bilangan kes ponteng kelas yang tertinggi.

112 Kertas Pembentangan


Tinjauan dijalankan dengan mengutip data seperti berikut:

i. Pengumpulan data mentah tentang kes ponteng kelas yang dicatat dalam Buku
Kawalan Kelas (BKK) bagi Tingkatan 3, 4 dan 5.

ii. Mengenalpasti dan menyenaraikan nama 40 orang pelajar yang mencatat bilangan
ponteng kelas tertinggi tanpa prejudis (jantina, bangsa, tingkatan, masalah disiplin
lain, jumlah mata penalti sedia ada).

iii. Mengumpulkan maklumat tentang respons pelajar sasaran tentang masalah


ponteng kelas melalui borang soal selidik .

7.2 Pengenalan Program ABZERO

Oleh kerana program ini merupakan satu projek rintis, semua warga sekolah diberi
makluman tentang aktiviti yang akan dijalankan dan tempoh serta harapan Unit
Disiplin serta pihak sekolah. Oleh yang demikian, taklimat ringkas diberikan kepada
semua pihak.

Cara Pelaksanaan:

Taklimat Pengenalan Program ABZERO kepada pentadbir, guru, mentor dan pelajar
kumpulan sasaran untuk mendapatkan kerjasama menjayakan program ini. Pelajar
diberikan peneguhan positif tujuan mereka dipilih, cara pelaksanaan program, tempoh,
manfaat yang akan diperoleh, mentor ABZERO dan lain-lain lagi. Taklimat semasa
perhimpunan pagi kepada semua pelajar supaya dapat menyokong rakan-rakan yang
terlibat dalam program ini.

7.3 Agihan Mentor dan Mentee ABZERO

Bilangan pelajar yang terlibat dalam program ini agak ramai, iaitu 40 orang pelajar.
Oleh yang demikian, dengan persetujuan secara sukarela, seramai 20 guru Unit Disiplin
diberi mandat untuk menjadi Mentor ABZERO.

Cara Pelaksanaan
Mentor dipilih oleh Unit HEM dan diagihkan kepada 2 orang mentee.

7.4 Penggunaan Buku / Kad ABZERO

Setiap pelajar diberikan sebuah buku / kad ABZERO dan cara penggunaannya.

Kertas Pembentangan 113


Cara Pelaksanaan:

i. Pelajar perlu mendapatkan tandatangan setiap guru yang masuk ke kelas pada hari
berkenaan untuk mengesahkan mereka berada di kelas sepanjang masa.
ii. Sebelum balik (Jam 1.05 petang), pelajar berjumpa dengan Mentor untuk
menandatangan pengesahan.
iii. Pada hari terakhir minggu tersebut (Jumaaat), mentor membuat ulasan samada
pelajar ini boleh diberi Markah Ganjaran dan jumlahnya.
iv. Markah Ganjaran ini dicatat ke dalam kad wajaran individu dan dipamerkan dalam
borang prestasi kelompok yang dipamerkan di papan kenyataan HEM.
v. Buku / kad ABZERO boleh disimpan setiap hari oleh Mentor ABZERO dan diserahkan
kepada Mentee setiap pagi.

7.5 Penilaian Program

Selepas tempoh 9 minggu, prestasi setiap pelajar dibandingkan. Pelajar yang mencapai
target 80 % diberikan sijil dan hadiah penghargaan semasa perhimpunan sekolah.

8.0 DAPATAN KAJIAN

Selepas tempoh sembilan minggu, kami dapati 30 % pelajar mencapai objektif ponteng sifar
100%. 40 % pelajar mencapai objektif 80 %. 15 % mencapai 65 % dan bakinya mencapai
kurang 50 %. Pelajar perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada lelaki. 4 orang
pelajar menunjukkan peningkatan dalam kerja sekolah dan juga peningkatan dalam akademik.
(Respons daripada guru kelas)

11.0 PENUTUP

Program ini berjaya mencapai 75 % kejayaan keseluruhannya. Program ini telah diteruskan
kepada kumpulan pelajar sesi petang (30 orang) dan beberapa pelajar yang dikenalpasti dari
semasa ke semasa dimasukkan ke dalam program ini.
_________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd., Daya Pengaruh Dan Perubahan Sikap, Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd., K.L. 1997.

Edwards, D.C., Motivation & Emotion, SAGE Publications, California, 1999.

Martin, G. & Pear, J., Behavoir Modification, 6th ed. Prentice Hall, NJ 1999.

Weiner, B., Theories of Motivation, Rand-Mc Nally, Chicago, 1972.

114 Kertas Pembentangan


LAMPIRAN A
CONTOH BUKU/ KAD ABZERO
CATATAN HARIAN

TARIKH: ……………………..
HARI: ……………………..

MASA/ SUBJEK NAMA GURU T/TANGAN CATATAN


WAKTU GURU GURU

REHAT

10

NAMA GURU MENTOR : …………………………………………..

TANDATANGAN:……………………………………………

Kertas Pembentangan 115


FRANCAIS

'FRANCAIS' PENDEKATAN ALTERNATIF KE ARAH KECEMERLANGAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI

Oleh:

Boey Mei Li
Sek. Men. Keb. (P) Sri Mutiara
Pulau Pinang.

McDonalds dan Pizza Hut, KFC dan Marybrown. Nama-nama ini sinonim dengan makanan barat
yang didagangkan melalui francais. Dalam bidang bisnes, aplikasi konsep francais amat
meluas, terutamanya dalam bidang bisnes makanan. Resipi, jenis makanan dan promosi
adalah sama dan logo syarikat mudah dikenali di Malaysia atau seluruh dunia . Dalam bidang
pendidikan pula, unsur-unsur francais terdapat juga dalam bidang pendidikan tertier. IPTS
antarabangsa seperti Universiti Monash, Universiti Notingham dan Universiti Curtin
berkolaborasi dengan IPTS tempatan untuk menawarkan, antara lain program-program
kembar, 3+1 dan 3+0. IPTS tempatan menggunakan sukatan pelajaran, teks dan sumber-
sumber rujukan dan penilaian yang disediakan oleh universiti induk ini tetapi dilaksanakan oleh
pensyarah tempatan atau asing di Malaysia. Ijazah dikeluarkan oleh universiti asing berkenaan.
Ada pula IPTS yang menawarkan program ijazah dari IPTA tempatan melalui kolaborasi dengan
contohnya USM, UKM dan UM. Tetapi sejauh manakah aplikasinya di peringkat sekolah?
Pernahkah dijalankan? Bolehkah berjaya? Daripada pengalaman dan hasil dapatan projek-
projek yang dijalankan, pendekatan 'francais' boleh diaplikasikan di peringkat sekolah dengan
jayanya.Pendekatan 'Francais' Apakah yang dikatakan pendekatan 'francais' ini? Mengikut
Ensiklopedia Wikipedia, francais ialah suatu cara menjalankan busines di mana francaisor
melesenkan tanda perdagangan dan kaedah busines yang telah dicuba dan dibuktikan kepada
francaise dengan pembayaran berulang dan suatu peratusan daripada jumlah penjualan kasar
atau jumlah keuntungan kasar serta yuran tahunan. Antara sifat lain ialah latihan dan
perkhidmatan sokongan diberikan, buku diaudit dan kedai dikenakan semakan berjadual dan
mengejut. Konsep francais bermula se awal tahun 1850'an lagi. Antara usaha francais yang
terawal di Amerika Syarikat ialah usaha Issac Singer, syarikat Coca-Cola dan A&W Root Beer.
Dalam bidang pendidikan pula, pendekatan francais amat meluas di seluruh dunia. Tertarik
dengan pendekatan dan pemahaman ini, suatu kerangka pendekatan francais dihasilkan. Rajah
1 menunjukkan kerangka 'francais' yang digubal dan digunakan.

Rajah 1 Pendekatan Francais

Menyediakan Modul

FASILITATOR Membimbing PELAKSANA

Memantau

Kertas Pembentangan 117


Dalam pendekatan francais ini, guru fasilitator (pembimbing) akan menyediakan modul,
membimbing dan memantau perkembangan manakala guru pelaksana melaksanakannya.
Modul yang digunakan adalah suatu yang telah dicuba dan dibuktikan boleh berjaya. Fasilitator
melatih pelaksana menjalankan modul dan memberi perkhidmatan sokongan (bimbingan)
kepada pelaksana melalui ICT seperti telefon, faks, internet (mail elektronik) dan sistem
pesanan ringkas (SMS). Perkembangan pelakasanaan dipantau dan pencapaian disemak.

Berdasarkan pendekatan ini, tiga projek telah dijalankan setakat ini dengan satu lagi sedang
dijalankan. Daripada tiga projek yang dijalankan pencapaian amat menggalakkan dan
dipercayai jika pendekatan francais ini diaplikasikan di sekolah-sekolah, kemungkinan besar ia
dapat memulihkan semula status Geografi sebagai mata pelajaran elektif pilihan di peringkat
SPM dan STPM dan membantu sekolah-sekolah berprestasi rendah (SPR) seperti sekolah-
sekolah kebangsaan.

APLIKASI DAN KEJAYAAN


Kajian Kes 1

Projek pertama telah dijalankan di sebuah sekolah menegah luar bandar bertaraf sosio-
ekonomi nelayan, S.M.K. Simpang (SMKS) di Perak pada tahun 1998. Dua orang guru yang
tidak pernah mengajar geografi SPM tiba-tiba dipertanggungjawabkan untuk mengajar
Geografi SPM. Walau pun mereka bukan guru baru, mereka tidak yakin mengajar Geografi SPM.
Mengikut Culbert, S.A. (1996), seseorang boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain tetapi
tidak boleh mengubah cara seseorang berbicara dan berfikir. Maka adakah pendekatan francais
ini dapat diterima oleh guru-guru Geografi ini?

Setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua Pengetua SMKS dan Pengetua saya,
program akademik yang selama ini saya telah menggunakan untuk mengajar Geografi telah
diubah suai untuk projek ini. Suatu modul dirangka dan dilaksankan. Modul itu dinamakan
Modul Pembelajaran Bestari Geografi SPM (Lampiran 1) untuk menjalankan Program
Peningkatan Prestasi Geografi SPM.

Dalam proses merangka modul ini saya dipengaruhi oleh dapatan kajian tindakan yang saya
telah jalankan pada tahun yang sama tentang masalah murid-murid lepasan PMR yang tidak
terdorong untuk mengambil Geografi SPM. Hasil daripada kajian tersebut, didapati sekiranya
murid-murid menerima input yang mendorong, hasilnya yang diharapkan akan tercapai, iaitu
murid akan berminat dan apabila mereka berminat, mereka akan bersikap positif, seterusnya
prestasi akan meningkat.

118 Kertas Pembentangan


Jadi timbullah satu lagi halangan, iaitu untuk mengubah set minda murid-murid.
Memandangkan latar belakang mereka (anak nelayan), tanggapan mereka terhadap pelajaran
adalah kurang memuaskan. Maka cabaran adalah besar untuk menganjakkan set minda negatif
(Tony Buzan, 1996) murid-murid daripada 'Saya tidak meminati Geografi' kepada 'Geografi
adalah sangat menarik dan sangat relevan kepada kehidupan seharian'. Anjakan set minda ini
penting untuk meminati mereka untuk datang ke sekolah menimba ilmu.

Ceramah-ceramah dan bengkel diberikan kepada guru dan/atau murid untuk melengkapkan
guru dan murid dengan senjata menangangi perasaan serba kekurangan di kalangan guru dan
sikap tidak endah terhadap khususnya Geografi dan amnya terhadap pembelajaran oleh murid.
Guru-guru melaksanakan dan murid-murid mengamalkannya.

Antara input yang mendorong ialah kemahiran belajar dan teknik menjawab soalan. Ramai
guru menganggap murid-murid apabila sampai ke peringkat sekolah menengah, sudah
menguasai kemahiran belajar. Pada kenyataannya, ramai hanya kenal cara belajar secara
menghafal, yang tidak lagi sesuai untuk zaman ini. Teknik menjawab soalan juga sangat
penting kerana apabila murid-murid tahu cara menjawab terutamanya soalan subjektif,
mereka boleh mentafsir dan menjawab soalan dengan lebih tepat. Suatu komponen yang
sangat penting dalam modul ini ialah untuk menghabiskan sukatan pelajaran awal, pada atau
sebelum 31 Julai supaya Program Ulang Kaji Intensif boleh dijalankan. Ramai murid tidak
membuat latihan kendiri dengan mencukupi. Oleh itu jika sukatan pelajaran dihabiskan awal,
dapatlah masa yang mencukupi untuk mengulang kaji bersama guru.

Satu unsur penting dalam pendekatan francais ialah pemantauan dan perundingan. Dalam
projek ini, pemantauan dibuat secara berkala dan atas permintaan, bertujuan untuk membantu
guru menyelesaikan masalah dan meningkatkan keyakinan guru dan murid. Segala
kemusykilan diselesaikan melalui perbincangan bersua muka atau melalui cara elektronik.

Setelah setahun menjalankan projek ini, perasaan kepuasan terasa apabila keputusan Geografi
SPM meningkat dari 52.3% pada tahun 1997 kepada 90.5% pada tahun 1998, meningkat
sebanyak 38.2%. Dari segi kualiti juga terdapat peningkatan. Seorang berjaya mencapai
keputusan A2 pada tahun 1998 manakala pada tahun 1997 keputusan terbaik hanya dua orang
mencapai keputusan C3.

Kejayaan ini amat bermakna kerana ia merupakan kejayaan pertama aplikasi pendekatan
francais di peringkat sekolah menengah. Daripada kejayaan ini, dapat dikatakan bahawa
pengalaman guru bukan penentu utama kejayaan murid kerana kedua-dua guru yang
mengajar tiada pengalaman dan taraf akademik murid-murid hanya sederhana ke bawah
sahaja. Lebih meyakinkan ialah pada tahun-tahun seterusnya, pencapaian Geografi SPM di
sekolah tersebut berada pada lingkungan 90 peratus, membuktikan kejayaan tersebut bukan
kerana nasib.

Kertas Pembentangan 119


Kajian Kes 2

Projek kedua aplikasi konsep francais ialah untuk Geografi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) di SMK Sungai Ara (SMKSA), di Pulau Pinang pada tahun 2004. Sekali lagi dua orang
guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar Geografi STPM tiada pengalaman langsung
mengajar Geografi STPM tetapi perbezaannya ialah mereka masih muda dan proaktif. Oleh
kerana kesuntukan masa, suatu program enam bulan telah dirancang yang berfokuskan
kepada ulang kaji, Program Ulang Kaji Intensif Berfokus (PUIB).

SMKSA juga merupakan sekolah luar bandar dengan prestasi akademik sederhana ke bawah
sahaja. Yang mencabar ialah murid-murid memilih untuk mengambil Geografi STPM walaupun
'take-off value' Geografi ialah geografi PMR sahaja! Keadaan ini bukan baru bagi saya kerana
daripada pengalaman, kebanyakan murid tingkatan 6 memilih untuk mengambil Geografi
walau pun tiada asas.

Memandangkan keadaan sedemikian, suatu modul PUIB telah dirancang. Ceramah dan bengkel
diberikan juga kerana kedua-dua guru dan murid sama-sama tiada pengalaman menilai atau
menjawab soalan Geografi STPM, seperti orang buta membimbing orang buta. Guru-guru
melaksanakan program dan menghabiskan sukatan pelajaran sebelum 31 Julai dan
memulakan PUIB. Hasil daripada projek enam bulan, keputusan kelulusan penuh Geografi
STPM 2004 meningkat dari 57.1% pada tahun 2003 kepada 74.1% pada tahun 2004,
meningkat 17%.

Kajian Kes 3

Setelah kejayaan di dua buah sekolah berlainan untuk peringkat berlainan, SPM dan STPM,
pada tahun 2005 di sekolah saya berkhidmat sekarang, pendekatan francais diperluaskan.
Perbezaannya ialah sekarang ia dilaksanakan untuk semua mata pelajaran SPM. Program
Peningkatan Akademik (Program Progres) untuk tingkatan lima telah dirancang dengan
penerapan unsur-unsur francais. Perbezaan program ini dengan projek-projek yang telah
dijalankan ialah Program Progres dijalankan bersama-sama kaunselor sekolah dan dipantau
bersama oleh pihak Pentadbir. Komponen penting dalam program ini ialah penggunaan bank
soalan dalam PUIB.

Bank soalan disediakan dengan menggunakan soalan-soalan tahun-tahun lepas yang disusun
semula mengikut tema/tajuk, aras kesukaran dan tahun. Jadual pelaksanaan ulang kaji
disediakan oleh panitia masing-masing untuk membantu guru-guru melaksanakan ulang kaji
dengan berkesan. Setelah program setahun dijalankan, keputusan SPM 2005 mencatat
kelulusan 100% bagi 10 mata pelajaran. Bagi kami, pencapaian ini amat bermakna kerana
pencapaian murid-murid di sekolah saya adalah sederhana ke bawah sahaja. Input ke sekolah
saya adalah murid-murid yang kebanyakkannya berkelulusan tanpa A dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR).

120 Kertas Pembentangan


Tiga kejayaan ini telah memperkukuhkan kepercayaan saya bahawa pendekatan francais boleh
dijalankan dengan jayanya. Di kedua-dua sekolah, SMKS (Geografi SPM) dan SMKSA (Geografi
STPM), guru pelaksana tiada pengalaman mengajar tetapi oleh sebab proaktif dan gigih
melaksanakan program, mereka telah mencapai kejayaan yang amat menggalakkan.
Pemantauan dijalankan secara jarak jauh melalui ICT telefon, mel elektronik dan SMS. Di
sekolah saya, pencapaian untuk subjek-subjek bukan geografi membawa implikasi bahawa
pendekatan francais boleh dijalankan.

Pada tahun ini, pendekatan francais diaplikasikan ke peringkat lebih luas lagi, ke peringkat
daerah untuk mata pelajaran Geografi pada tahap PMR dan SPM yang melibatkan 2779 orang
murid dan 29 orang guru dalam 22 buah sekolah di daerah yang berlainan daripada daerah saya
sedang bertugas. Program 'Memperkasa Geografi PMR dan SPM' merupakan satu lagi cabaran
besar untuk saya. Daripada tinjauan awal, program ini telah mendapat sambutan baik daripada
guru-guru. Perbezaan di sini ialah pemantauan dibuat oleh PPD kerana masalah jarak.

Satu lagi bukti sokongan terhadap pendekatan francais ialah jemputan oleh sebuah sekolah
agama berasrama harian di Pulau Pinang untuk mendedahkan kepada semua guru tentang
PUIB pada tahun ini, untuk dilaksanakan semasa waktu 'prep'. Pendedahan dan latihan telah
dibuat dan pihak pentadbir akan memantau pelaksanaan.

Pentas Pendedahan Pendekatan Francais

Setelah kejayaan Projek Peningkatan Prestasi Geografi SPM di SMKS, Perak pada tahun 1998,
beberapa usaha telah diambil untuk sebar luaskan pendekatan ini. Pada tahun 1999, Jabatan
Pelajaran Negeri Perak bersama-sama Jawatankuasa Panitia Geografi Negeri telah
mengadakan 'road-show' ke semua daerah untuk mempromosikan Modul Pembelajaran
Bestari Geografi SPM yang digunakan di SMKS. Antara sekolah-sekolah yang telah
mencubanya, banyak yang melaporkan kejayaan dalam SPM 1999.

Satu lagi pentas untuk mempromosikan pendekatan francais ialah pada tahun 2005, di mana
saya telah membentangkan sebuah kertas bertemakan pendekatan ini semasa Seminar
Kebangsaan Kerja Lapangan, anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan
Kebangsaan Geografi. Respon yang saya dapat setelah pembentangan adalah amat
menggalakkan terutamanya di kalangan guru-guru yang hadir kerana ingin mencuba di
sekolah masing-masing.

Peluang lain untuk mendedahkan pendekatan ini ialah semasa Educon 2005 (Persidangan
Pendidikan Pulau Pinang) anjuran bersama JPN Pulau Pinang dan MGC PP. Pada tahun ini pula,
semasa Bengkel Penulisan GC anjuran JNS persekutuan, salah seorang fasilitator dari Institut
Aminudin Baki (Utara) (IABU) begitu tertarik dengan pendekatan francais. Mengikut beliau,
inilah kali pertama beliau mendengar tentang pendekatan francais di peringkat sekolah dan
kejayaan yang boleh dicapai.

Kertas Pembentangan 121


RUMUSAN

Daripada kejayaan-kejayaan tersebut di atas, boleh dikatakan pada dasarnya, dalam


pelaksanaan pendekatan francais, fasilitator menggunakan suatu program, modul atau projek
yang pernah dijalankan dan telah dibuktikan boleh berjaya. Ia mesti fleksibel supaya
pengubahsuaian boleh dibuat mengikut keadaan. Kemudian guru-guru pelaksana diberi latihan
dan sokongan serta bimbingan sepanjang tempoh pelaksanaan. Perkembangan dan
pencapaian dipantau, diaudit dan disemak secara berjadual dan/atau atas jemputan. Selepas
tempoh bimbingan fasilitator, pelaksana akan bermotivasi dan memperoleh keyakinan
melaksanakannya dengan sendiri. Cuma perbezaan ketara antara pendekatan francais
komersial dengan pendekatan saya ialah pendekatan francais di sekolah ditawarkan secara
percuma dan tanpa ganjaran kewangan tetapi penuh dengan ganjaran tidak ternilai, kepuasan!

Edward de Bono(1993) percaya bahawa pemikiran proaktif melibatkan “getting out and doing
things and making things happen”. Dengan bimbingan fasilitator, pelaksana yang proaktif,
akan keluar daripada tempurung serba kekurangan pengalaman lalu dapat membimbing
murid-murid ke arah kecemerlangan. Apabila kedua-dua guru dan murid bermotivasi, kejayaan
bukanlah sesuatu yang mustahil. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

HARAPAN DAN PENUTUP

Apabila diimbas kembali, sudah sembilan tahun berlalu sejak pendekatan francais mula
diaplikasikan. Sebenarnya aplikasi pertama di SMKS, Perak adalah secara kebetulan kerana
hasrat ikhlas membantu guru-guru sekolah tersebut untuk mengatasi masalah serba
kekurangan kemahiran mengajar Geografi SPM dan untuk meningkatkan prestasi Geografi SPM
pada tahun 1998. Sehingga hari ini pendekatan francais telah diaplikasikan dengan jayanya
untuk mata pelajaran Geografi pada dua peringkat, SPM dan STPM. Ia juga berjaya apabila
diaplikasikan kepada semua mata pelajaran SPM. Kini diperluaskan pula kepada mata
pelajaran Geografi peringkat PMR dan SPM pada peringkat daerah. Yang belum lagi dicuba ialah
aplikasi kepada sekolah rendah. Sekiranya diberi peluang, saya ingin mencuba dan sekiranya
dapat dijalankan dan berjaya, maka lengkapnya aplikasi pendekatan francais di peringkat
sekolah.

Harapan saya ialah sekiranya boleh berjaya pada semua peringkat dan untuk semua mata
pelajaran, maka sekolah-sekolah berprestasi rendah (SPR) dapat dibantu. Tambahan pula
dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa sekolah kebangsaan (SK), saya rasa pendekatan
francais ini merupakan salah satu peralatan yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di SK sehingga menjadi sekolah pilihan pertama dan bukan
sekolah pilihan terakhir.

122 Kertas Pembentangan


Dengan pendekatan francais, Guru-guru Cemerlang boleh menghasilkan perbezaan (make the
difference). Sumbangan mereka akan menjadi lebih bermakna. Seperti kata Ketua Setiausaha
Kerajaan yang baru, Tan Sri Mohd Sidek Hassan , “ Kakitangan kerajaan mesti memberikan
perkhidmatan yang efektif dan memuaskan serta menganjakkan sasaran mereka dari
'sehingga tahap ekspektasi' kepada 'perkhidmatan melampaui kebiasaan' .” (The Star,
20.9.2006). Tambahan lagi untuk mencapai 'perkhidmatan melampaui kebiasaan',
pegawai-pegawai mesti berbakat, efisien, berilmu dan berkemahiran dalam bidang masing-
masing semuanya ciri-ciri GC. Melalui pendekatan francais saya percaya kita sebagai GC boleh
memberikan 'perkhidmatan melampaui kebiasaan' menuju ke arah mencapai Wawasan 2020
dan pendidikan bertaraf global. “We can make the difference” the 'francais' way.”

Kertas Pembentangan 123


Lampiran 1
Lampiran

Modul Pembelajaran Bestari Geografi SPM

Aktiviti Strategi Sasaran

1 Pengubahsuaian Rancangan Pelajaran Geografi Januari Guru


SPM

2 Ceramah Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Januari Guru


Geografi Yang Efektif

3 Ceramah Cara Belajar Geografi Febuari Murid


4 Ceramah Teknik Menjawab Soalan Geografi SPM April Murid/Guru
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Geografi 2

5 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar daripada April Murid/Guru


6 polistrin Mei Per. Geog.
Pemantauan Pertengahan Tahun

7 Menghabiskan sukatan pelajaran Jun Guru


8 Pemantauan Pertengahan Penggal Julai Guru
9 Program Ulang Kaji Intensif Sept. Guru
10 Selepas Guru
Pemantauan Akhir Tahun dan Sesi Motivasi PPSPM

11 Selepas Guru dan


keputusan murid
PPSPM
Pos Mortem Prestasi Geografi SPM dianalisis

12 Selepas Guru
keputusan
SPM

124 Kertas Pembentangan


BIBLIOGRAFI

Boey, M. L. (2005). Pakatan Francais Suatu Pendekatan Alternatif Ke Arah Kecemerlangan


Geografi SPM dan STPM. Kertas seminar, Seminar Kebangsaan Kerja Lapangan: Kurikulum,
Prosedur Dan Aplikasi Dalam Geografi, 17-18 Ogos, 2005. Pulau Pinang: USM.

Boey, M. L. (2005). 'Francais' Pendekatan Alternatif Ke Arah Kecemerlangan Geografi SPM Dan
STPM. Kertas persidangan EduCon 2005 (Persidangan Pendidikan Pulau Pinang) 18 Ogos, 2005.
Pulau Pinang: JPN dan MGC PP.

Buzan, T. (1996). Use your Meomory. London: BBC Books

Culbert S. A. (1996). Mind-set Management. New York: Oxford University Press.

de Bono, E. (1993). Teach Your Child How to Think. Canada: Penguin Books.

Faber A. dan Mazlish E. (1995). How To Talk So Kids Can Learn. New York: Rawson Associates.

Franchaise. Retrieved 23 September, 2006 dari http://en.wikipedia.org/wiki/franchaise.

Goleman, D. (1996). Emotional Intelligence. London: Bloomsbury.

Khoo, A. (2004). I Am Gifted, So Are You!. Singapore: Times Editions.

Mukerjea D. (1996). Superbrain. Singapore: Heinemann.

Promotions to be based on merit (2006, September 23). The Star, p.8.

Ranjit Singh Malhi dan Reasoner, R. W. (2000). Enhancing Self-Esteem. Kuala Lumpur: Self-
esteem Seminars Sdn Bhd.

Ringer R. (1996). The 10 Habits Of Highly Successful People. Petaling Jaya: Advantage Quest
Publications.

Som Hj Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
(KBKK), Selangor: Longman.

Turkington,C. (1996). 12 Steps To A Better Memory. USA: Macmillan.

Kertas Pembentangan 125


7SW

SIDANG SELARI 5

KERTAS KERJA 7SW

Oleh:

Majemin binti Shafie


SMK Westlands, Pulau Pinang

Dalam meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar menulis karangan, bermacam-macam kaedah


telah diperkenalkan oleh guru. Pelbagai nama telah dicipta untuk kaedah-kaedah tersebut.
Dalam pembentangan saya kali ini, saya ingin memperkenalkan Kaedah 7SW.

Tentu anda tertanya-tanya apakah maksudnya? Bertitik-tolak daripada pengalaman saya


sebagai wartawan selama tiga tahun, saya tertarik untuk mencuba kaedah 7 soalan wartawan
atau akronimnya (7SW).

Mengimbau era menjadi wartawan dulu, kami sering diperingatkan untuk memberikan
kepuasan kepada pembaca. Salah satu caranya adalah dengan memberikan maklumat
sebanyak yang mungkin dalam perenggan pertama. Jadi kami dilatih untuk menulis dengan
berpandukan soalan.

DI MANA?
APA? SIAPA?

BILA ? BAGAIMANA?

BERAPA ?
MENGAPA?

Kertas Pembentangan 127


Apabila semua soalan ini dijawab maka berita yang ditulis itu padat dan menjawab kemusykilan
yang mungkin timbul dalam benak pembaca. Maka saya terlintas untuk menggunakan kaedah
yang sama tetapi dengan pengubahsuaian.

Semasa mendapat pendedahan format baru untuk kertas Bahasa Melayu Penilaian Menengah
Rendah pada bulan Mac 2005, saya terpanggil untuk membantu pelajar-pelajar saya yang amat
lemah dalam menulis karangan, lebih-lebih lagi untuk Soalan B, Kertas 2. Soalan ini
memerlukan pelajar menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan dan
jumlah perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan. Oleh yang demikian, saya mencuba
Kaedah 7SW.

PENGENALAN 7SW

Bagaimanakah kita memanfaatkan tujuh soalan wartawan ini? Sebelum kita panjangkan bicara
eloklah kita membincangkan perkara-perkara yang dititikberatkan dalam karangan.

Guru seharusnya mengajar pelajar menulis pendahuluan, isi dan kesimpulan. Pelajar-pelajar
digalakkan membuat rangka karangan. Bagaimanapun, bimbingan menulis karangan perlu
dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan satu, guru bolehlah memberikan latihan mengisi tempat kosong,
menyusun perenggan, menyambung perenggan, menghasilkan karangan secara berkumpulan
dan kemudian menulis karangan secara individu. Jangan lupa mengingatkan pelajar tentang
jumlah perkataan yang perlu diambil kira.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan dua pula, selain cara tingkatan satu, guru perlu menekankan
cara mengembangkan isi contohnya dengan memasukkan contoh yang sesuai, penggunaan
kosa kata, kepelbagaian gaya bahasa dan penghasilan karangan yang lebih bermutu.

Apabila pelajar-pelajar naik ke tingkatan tiga, pelajar didedahkan contoh-contoh karangan


terbaik. Bincangkan kekuatan karangan tersebut. Jangan lupa melatih pelajar-pelajar tentang
penggunaan penanda wacana dan ungkapan yang menarik. Titikberatkan bahasa, isi/idea,
kosa kata, pengolahan, perenggan dan tanda baca. Latih pelajar mengikut jumlah perkataan
yang ditetapkan.

Karangan berdasarkan Bahan Rangsangan - Bahagian B

Bagi karangan ini, bahan rangsangan sama ada gambar-gambar bersiri, jadual, iklan, carta
aliran dan sebagainya akan dikemukakan. Bahan tersebut hanyalah sebagai rangsangan untuk
menulis karangan berdasarkan tugasan. Guru mestilah mengajar pelajar menghuraikan isi
luaran bahan tersebut contohnya pendapat, cadangan atau kesimpulan bukan mengupas
isi-isi daripada bahan rangsangan itu satu persatu. Bagaimanapun, sekiranya soalan dalam
bentuk rajah dan diberikan isi, maka bolehlah dihuraikan isi yang diberikan itu.

128 Kertas Pembentangan


Di samping itu guru mestilah membimbing pelajar menulis karangan berdasarkan bahan
rangsangan seperti karangan biasa iaitu ada pendahuluan, isi/idea dan kesimpulan. Guru juga
mesti menentukan pelajar menggunakan pelbagai bentuk ayat dan mengolah karangan dengan
menarik. Pastikan juga pelajar tidak menulis melebihi 120 patah perkataan.

STRATEGI MENULIS KARANGAN BERGAMBAR

Pendahuluan


Merupakan isi tentang tajuk bahan berdasarkan bahan rangsangan yang
dikemukakan

Isi


Merupakan huraian seperti pendapat / cadangan/ ulasan / komen/ pandangan
saranan/sebab/akibat

Isi mesti berkembang

Kesimpulan
Kesimpulan menyeluruh daripada isi yang dinyatakan dan sesuai

Eloklah kita melihat perkara penting yang perlu terdapat dalam setiap perenggan. Saya
menyarankan agar:

Perenggan pendahuluan
Ayat 1 - Ayat tajuk
Ayat 2 - Ayat hala tuju soalan/Huraian

Perenggan isi

Ayat 3 - Isi pertama

Ayat 4 - Huraian

Ayat 5 - Isi kedua

Ayat 6 - Huraian

Kertas Pembentangan 129


Perenggan isi

Ayat 7 - Isi ketiga

Ayat 8 - Huraian

Ayat 9 - Isi keempat

Ayat 10 - Huraian

Perenggan kesimpulan

Ayat 11 - Ayat Cadangan


Ayat 12 - Ayat kesimpulan/ ayat harapan

Soalan Contoh 1

[Masa yang dicadangkan : 25 minit]


[20 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sambutan rumah
terbuka di negara kita. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah
perkataan.

130 Kertas Pembentangan


Memupuk ikatan silaturahim Mendekatkan jurang pemimpin dan rakyat

Merasa pelbagai juadah yang lazat Mengubati rindu tidak balik ke kampung

Panduan Kaedah 7SW

Ayat 1 Ayat tajuk : Apa? dan Bila?


Amalan rumah terbuka biasanya diadakan semasa menyambut hari-hari perayaan utama .
Ayat 2 - Huraian : Siapa?
Penganjuran amalan ini sering dikaitkan dengan golongan pemimpin atasan di samping
individu yang berkemampuan.
Ayat 3 - Isi pertama : Bagaimana?
Melalui rumah terbuka, ikatan silaturahim antara berbilang kaum menjadi bertambah erat .
Ayat 4 - Huraian : Bagaimana?
Sudah tentu matlamat untuk mencapai perpaduan lebih mudah.
Ayat 5 Isi kedua : Mengapa? dan Siapa?
Selain itu, jurang pemisahan antara pemimpin dengan rakyat menjadi bertambah dekat.
Ayat 6 - Huraian : Bagaimana? dan Siapa?
Kemesraan antara pemimpin dengan rakyat menimbulkan satu suasana yang harmoni kerana
ular yang menyusur akan tidak akan hilang bisanya.
Ayat 7 - Isi ketiga : Apa?
Kepelbagaian bentuk sambutan dan beraneka juadah yang disajikan, memberikan gambaran
betapa kayanya budaya kita.
Ayat 8 - Huraian : Siapa? dan Apa?
Rakyat dapat menikmati hidangan yang lazat.
Ayat 9 - Isi keempat : Siapa? dan Di mana?
Seterusnya, bagi mereka yang tidak berkesempatan pulang beraya di kampung, dapat
meraikannya ketika diadakan rumah terbuka.
Ayat 10 - Huraian : Mengapa? dan Bagaimana?
Walaupun, hati terkenang akan keluarga di kampung, namun orang ramai di sekeliling dapat
mengubat rindu.
Ayat 11 - Ayat cadangan : Apa? dan Siapa?
Jelaslah bahawa amalan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini, seharusnya
dipelihara demi kesinambungan warisan.
Ayat 12 - Ayat kesimpulan : Apa? dan Siapa?
Kesimpulannya, rumah terbuka diharapkan menjadi wahana bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang bertoleransi

Kertas Pembentangan 131


Contoh lengkap karangan

Amalan rumah terbuka biasanya diadakan semasa menyambut hari-hari perayaan utama.
Penganjuran amalan ini sering dikaitkan dengan golongan pemimpin atasan di samping individu
yang berkemampuan.

Melalui rumah terbuka, ikatan silaturahim antara berbilang kaum menjadi bertambah erat.
Sudah tentu matlamat untuk mencapai perpaduan lebih mudah. Selain itu, jurang pemisahan
antara pemimpin dengan rakyat menjadi bertambah dekat. Kemesraan antara pemimpin
dengan rakyat menimbulkan satu suasana yang harmoni kerana ular yang menyusur akar
itu tidak akan hilang bisanya.

Kepelbagaian bentuk sambutan dan pelbagai juadah yang disajikan, memberikan gambaran
betapa kayanya budaya kita. Rakyat dapat menikmati hidangan yang lazat. Seterusnya bagi
mereka yang tidak berkesempatan pulang beraya di kampung, dapat meraikannya ketika
diadakan rumah terbuka. Walaupun hati terkenang akan keluarga di desa, namun orang ramai
di sekeliling dapat mengubat rindu.

Jelaslah bahawa amalan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini seharusnya
dipelihara sebagai warisan budaya. Kesimpulannya, rumah terbuka diharapkan menjadi
wahana bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bertoleransi.
[129 patah perkataan]

Soalan Contoh 2
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berikan kepentingan bergotong-royong. Panjang
karangan anda tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

132 Kertas Pembentangan


Berdasarkan isi-isi di bawah sila hasilkan karangan mengikut 7SW.
1. Kerja yang berat menjadi ringan.
2. Dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.
3. Hubungan antara jiran dapat dieratkan.
4. Melatih sikap berdikari.
5. Perlu menghidupkan aktiviti ini semula.
6. Semua golongan perlu memberikan sokongan dalam menjayakan gotong-royong.

Ungkapan menarik yang sesuai:


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Hidup muafakat membawa berkat
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Isi-isi yang boleh digunakan sekiranya terdapat gambar/rajah dan sebagainya untuk
latihan.

Gambar Aktiviti Kokurikulum


1. Pelajar dikehendaki menyertai aktiviti sukan, persatuan/kelab dan unit beruniform.
2. Wujud semangat muhibah antara kaum
3. Dapat memenuhi masa lapang dengan berfaedah
1. Melatih diri berdikari
2. Dapat menjamin kesihatan
3. Dapat merehatkan otak selepas tekun menimba ilmu
4. Penting untuk kemasukan pusat pengajian tinggi

Ungkapan menarik yang sesuai:


Jauh perjalanan luas pengalaman
Masa itu emas
Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat

Gambar permainan tradisional


1. Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat tinggi nilainya.
2. Sudah mula dilupakan kerana peredaran zaman dan timbulnya permainan moden
3. Contoh permainan tradisional ialah wau, congkak, gasing, batu seremban ting-ting dan
sebagainya.
4. Cara mempopularkan permainan tradisonal ialah:
(a) mengadakan pertandingan terbuka
(b) demonstrasi cara permainan tradisional kepada umum khususnya pelancong
(c) wujudkan kelab permainan tradisional di sekolah
(d) kempen berterusan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan.
(e) Peranan media sama ada media cetak atau media elektronik

Kertas Pembentangan 133


Ungkapan menarik yang sesuai
Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
Tak kenal maka tak cinta
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Gambar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Menanam Nilai Positif


1. Empat modul latihan, iaitu Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat
Komuniti lebih menjurus kepada aspek pembangunan insan
2. PLKN mengukuhkan proses pembangunan negara
3. Mengeratkan perpaduan
4. Meningkatkan disiplin
5. Meningkatkan semangat setia kawan
6. Meningkatkan semangat patriotik
7. Memiliki jati diri
8. Dapat menghindarkan remaja terlibat dalam gejala sosial
9. Mencorakkan watak remaja menjadi insan yang berguna

Ungkapan menarik yang sesuai:


Seperti aur dengan tebing
Biar putih tulang jangan putih mata
Bersatu teguh bercerai roboh

Guru-guru boleh menggunakan isi-isi di atas untuk membuat latihan di dalam kelas mengikut
Kaedah 7SW. Bagaimanapun perlu diingat bahawa tidak semua kata tanya yang mesti
digunakan. Hal ini demikian kerana kehendak soalan berbeza-beza dan ketepatan fakta pun
diambil kira. Oleh itu, guru perlu menggunakan budi bicara dalam membimbing pelajar menulis
karangan.

KESIMPULAN

Diharapkan guru-guru dapat memanfaatkan 7SW dalam membimbing pelajar kita menulis
karangan dengan lebih berkesan. Guru-guru bolehlah membuat pengubahsuaian yang perlu
dalam memantapkan karangan Kertas 2 PMR iaitu soalan Bahagian B. Bagaimanapun, kaedah
ini boleh juga digunakan untuk karangan Bahagian C . Di samping itu, kaedah 7SW boleh
diaplikasikan dalam membimbing pelajar-pelajar SPM menulis karangan untuk Kertas 1
Bahagian A dan B.

134 Kertas Pembentangan


BIBLIOGRAFI

Lawrence Walter Ng, Reevany Bustami dan Ellisha Nasruddin (2006). The Art of Learning Book.
Kuala Lumpur: AOL.

Marzhukhi Nyak Abdullah (1997). Panduan Menulis Karangan Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: Makruf Publisher & Distributors Sdn. Bhd.

Izwan Munir, Zakiah Azam dan Ng Chan Seng (2006). Warna Sari……. Karangan SPM. Selangor
Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang telah
membantu saya dalam menjayakan kertas kerja ini khususnya:

1) Puan Zurida bt. Mustapha


2) Haji Halim bin Che Din
3) Cik Loke Lay Beng

Jasa saudara dan saudari amat saya sanjungi dan semoga kita sama-sama memperoleh
keberkatan.

Kertas Pembentangan 135