Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN 1.1 Setiap bangsa di dunia mempunyai pegangan dan kepercayaan tersendiri dan sangat berbeza terhadap boneka yang terus berkembang mengikut peredaran dan perkembangan zaman. Terdapat boneka yang dicipta untuk tujuan keagamaan dan juga hiburan. Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun, China dan India biasanya berkait rapat dengan kepercayaan dalam agama dan bertujuan hiburan. Misalnya di Jepun, boneka yang dikenali banraku digunakan untuk tujuan hiburan, manakala boneka-boneka yang terdapat di India biasanya berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan.

2.0

DEFINISI BONEKA 2.1 Boneka merupakan objek-objek yang diukir atau dibentuk mewakili watakwatak dalam cerita. Boneka adalah sesuatu yang mesti boleh digerakgerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga biasanya mempunyai sifatsifat yang tersendiri yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan sebagainya. Boneka adalah salah satu daripada permainan atau peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seseorang yang mahir. 2.2 Boneka merupakan objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca atau cerita yang disesuaikan. Menurut Nillie Mc Caslin (1984), boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian kanak-kanak, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan dan memotivasikan kanak-kanak berkenaan. 2.3 Penggunaan boneka tidak hanya terhad dalam bentuk orang tetapi juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu dan ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara serta bunyi-bunyian yang dimainkan bagi mengiringi pergerakan
1

yang dibuat. Boneka boleh dimainakan oleh guru atau kanak-kanak itu sendiri. 2.4 Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala menurut Jamilah Ahmad (1999) boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuhtumbuhan dan sebagainya yang digerakkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan, boneka boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu mudah dan ringkas, sederhana dan rumit.

3.0

JENIS-JENIS BONEKA 3.1 Boneka jari atau dikenali sebagai finger puppets merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Boneka jari dimainkan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang berbeza saiz mengikut jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Boneka jari boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam sekeliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya. Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Boneka jari mudah dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkan. Boneka jari adalah terhad pergerakkan kerana mempunyai reka bentuk silinder berongga untuk menutup jari. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan terhad dan digunakan di dalam kelas prasekolah untuk aktiviti-aktiviti bercerita dengan kanak-kanak.

3.2

Boneka tangan atau hand puppets yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak kerana mereka akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Pelbagai jenis bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka jenis ini antaranya stoking, sarung tangan, beg kertas dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak misalnya watak haiwan seperti tikus, kucing dan sebagainya, bahan yang boleh digunakan adalah bekas telur, bekas dadih dan lain-lain lagi yang dapat menarik. Kanak-kanak bebas menggunakan tangan dan pergerakan mereka semasa bermain boneka bebas. Boneka ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badan sahaja dan dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan.

3.3

Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka berbatang ini kerana tangan mereka bebas dan hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel. Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Contoh boneka haiwan yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah rama-rama, kelawar, beberapa jenis burung yang mempunyai sayap yang panjang dan sebagainya. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut.

3.4

Boneka menggunakan tali atau string puppets berbeza dari segi saiz, dan rupa bentuk kerana boneka tali ini lebih kompleks kerana watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali. Boneka tali sesuai bagi ceritacerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan
3

menggelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka ini turut digunakan walaupun memerlukan kemahiran dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak. Boneka tali digerakkan menggunakan tali atau benang dan berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu yang dikawal sepenuhnya oleh pemain. Kayu kawalan boleh terdiri daripada daripada sebatang kayu melintang atau tegak dan asas operasinya memerlukan tangan untuk mengawal kayu-kayu dan tali berkenaan. 3.5 Shadow puppets telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian dan memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak boleh menggunakan samada boneka jari, tangan atau boneka yang menggunakan pemegang kayu. Ia juga boleh berbentuk drama dan memerlukan lebih daripada seorang kanak-kanak untuk memainkan peranan. Watak-watak yang dibentukkan perlu menarik seperti bentuk-bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang terbuka dan tertutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppets memerlukan kemahiran dalam pengawalan watak-watak dalam sesuatu cerita. Boneka wayang kulit menggunakan konsep shodow puppets yang diperbuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal. Biasanya, boneka ini nipis dan berbentuk dua demensi. Sebuah pentas yang dibina daripada sehelai kain putih dan lampu suluh atau mentol lampu diperlukan semasa persembahan wayang kulit ini. 3.6 Boneka wayang Kulit pula dicipta berdasarkan watak-watak tertentu yang berasaskan kepada cerita dalam sastera lama. Boneka ini diperbuat daripada kulit, plastic, lutsinar dan kertas tebal. Ianya nipis dan berbentuk dua dimensi. Tok Dalang bertindak sebagai pencerita di belakang pentas sambil menggerakkan watak-watak mengikut jalan ceritanya. Bagi memainkan boneka wayang kulit, sebuah pentas perlu disediakan dan dibina daripada sehelai kain putih. Persembahan boneka jenis ini
4

memerlukan lampu suruh atau lampu mentol semasa persembahan wayang kulit. 3.7 Boneka Tongkat adalah berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan, buluh, lidi dan sebagainya di bawah boneka tersebut. Boneka jenis ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Haiwan sangat sesuai dijadikan boneka seperti rama-rama, kelawar dan burung. 3.8 Boneka Penuh juga lengkap dengan tubuh badannya, iaitu bermula daripada bahagian kepala hingga ke bahagian kaki atau ekornya. Mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh digantung menggunakan benang atau dilekatkan di atas tapak tangan yang sederhana saiznya. Boneka jenis ini diperbuat daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas atau kekabu dan binaannya hamper menyerupai hidupan sebenar.

4.0

MELAKSANAKAN SIMULASI BONEKA 4.1 Simulasi boleh didefinisikan sebagai situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan kanak-kanak berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing. Penggunaan pentas boneka yang sesuai akan memberikan kesan yang mendalam kepada kanak-kanak yang terlibat kerana keberkesanan sesuatu persembahan boneka berkait rapat dengan reka bentuk pentas. Pelbagai reka bentuk pentas boleh digunakan dalam sesuatu persembahan. Kesesuaian gambar latar dan warna yang terang di kiri dan kanan pentas dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus menonton persembahan boneka berkenaan. Reka bentuk pentas adalah mengikut fungsi, tujuan dan sasaran persembahan tersebut. Penggunaan muzik dan kesan bunyi membantu mewujudkan suasana persembahan yang berkesan. 4.2 Pentas kerusi dibentuk dengan menyusun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Selain itu, gunakan dua atau empat batang
5

penyapu untuk dijadikan tiang utama. Kemudian, rentangkan sehelai kain hitam yang bertindak sebagai tirai dan pemain boneka boleh duduk atau berdiri di belakang kain tirai berkenaan semasa menggerakkan dan melakonkan boneka berkenaan. 4.3 Pentas rentang adalah sejenis pentas yang amat mudah dikendalikan kerana guru hanya perlu merentang sehelai kain tirai hitam yang diikat pada dinding ke dinding. Dawai boleh digunakan bagi merengangkan tirai berkenaan dan mengikatnya ke bahagian tepi dinding setelah selesai digunakan untuk memudahkan pengurusan. Guru juga boleh membina secara tetap pentas rentang yang disesuaikan dengan situasi dan boleh dilipat untuk memudahkan penggunaannya. 4.4 Pentas tingkap lazimnya dikategorikan sebagai pentas sebagai pentas sementara dengan tingkap terbuka dan tanpa cermin yang boleh digunakan sebagai pentas dan dalam keadaan bilik darjah yang terkawal, guru perlu duduk di luar dan kanak-kanak menonton di dalam bilik darjah. 4.5 Pentas pintu dibentuk sebagai pentas dengan menggunakan kain, papan dan kertas tebal yang boleh direntang untuk menutupi bahagian bawah pintu. Guru berada di luar dan kanak-kanak berada di dalam bilik darjah dan pentas ini juga dikategorikan sebagai pentas sementara. 4.6 Pentas meja dibentuk dengan beberapa buah meja dan ditutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka berkenaan. Penggunaan lukisan pemandangan bersaiz besar akan memberikan kesan penghayatan yang lebih dalam kalangan kanakkanak yang menonton. 4.7 Pentas berlipat boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya dan ditutup menggunakan kain hitam. Pentas jenis ini mudah disimpan kerana di kedua-dua belah dindingnya boleh dilipat setelah selesai menggunakannya. Guru juga boleh menggunakan bahan buangan

seperti kotak besar yang telah dilukis flora dan fauna dengan menggunakan cat minyak. 4.8 Pentas terbuka dibentuk dengan guru boleh memainkan boneka tanpa menggunakan pentas yang khusus dan pentas ini sesuai untuk persembahan boneka daripada alat sebenar dan boneka jenis sarung tangan yang dimainkan secara terus menerus di hadapan kanak-kanak. Aktiviti yang sesuai menggunakan cara ini ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan. 4.9 Pentas teknik Overhed Projektor (OHP) adalah salah satu cara persembahan boneka di dalam bilik darjah yang berfungsi menyerupai persembahan wayang kulit iaitu menggunakan cahaya untuk memancarkan bayangan di layar putih. Objek yang boleh digerakkan diletakkan di atas cermin lut sinar OHP berkenaan.

5.0

PENGGUNAAN BONEKA DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 5.1 Tujuan penggunaan boneka adalah untuk mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Penggunaan boneka juga dapat memperkukuhkan lagi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis kanak-kanak melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan. Kaedah penggunaan boneka juga akan mempercepat serta mempermudah pembelajaran kanak-kanak terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan. Selain itu, kanak-kanak akan diajar untuk menghasilkan sebuah ciptaan karya seni yang menarik dan kreatif. 5.2 Boneka juga membantu kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip akan membantu menambahkan keyakinan semasa berhadapan dengan rakan-rakan lain ketika di dalam bilik darjah. Ketika membuat dan bermain bersama-sama boneka, kanak-kanak
7

secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik. Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk dan warna dapat menarik minat kanak-kanak secara tekal dan kekal serta merangsang dan menarik minat untuk belajar. 5.3 Kebaikan menggunakan boneka adalah memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka. Pembelajaran menggunakan boneka akan melibatkan penggunaan pelbagai deria secara serentak, iaitu deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak juga menggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak ketika membuat persembahan atau bermain dengan boneka. Persembahan boneka melibatkan penggabungjalinan beberapa matapelajaran atau tunjang termasuklah Tunjang Bahasa, Tunjang Kreativiti dan Estetika dan sebagainya. Kanak-kanak berpeluang menggunakan kemahiran mendengar, bertutur, berlakon, manipulatif dan sebagainya semasa persembahan boneka. Penglibatan diri yang aktif secara individu, berpasangan dan berkumpulan bergantung kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing. Aspek memupuk daya kreativiti boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan skrip, melukis, membuat dan membentuk boneka selain kesan bunyi, teknik menggerakkan boneka dan pelbagai aktiviti lain.

6.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PENGAJARAN SLOT)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SLOT PENGAJARAN 30 MINIT )


8

Kelas Tarikh Masa Bil. Murid Modul Tajuk / Tema Tunjang Utama Standard Kandungan BM 1.1 PSE 2.3

: : : : : : : :

Prasekolah Ilham 6 Ogos 2012 9.00 9.35 pagi 25 orang Bertema Haiwan / Haiwan Mamalia BM 1.0 Kemahiran Mendengar

Mendengar dengan penuh perhatian. Membina keyakinan untuk berkomunikasi.

Standard Pembelajaran : BM 1.1.13 Mendengar dan memberikan respons terhadap perbualan, permintaan,

cerita dan lirik lagu. PSE 2.3.7 Bercerita dan memberi pendapat. : BM 2.0 Kemahiran Bertutur

Kesepaduan Tunjang Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid berupaya :i. ii. Mendengar dan menyebut mengenai cerita haiwan yang disampaikan. Menyebut dan menamakan dua haiwan mamalia kecil.

Pengetahuan Sedia ada : Murid telah didedahkan tentang jenis-jenis haiwan mamalia yang kecil.
9

Kemahiran Berfikir ( KB ) : Penerapan Nilai ( PN ) :

Mengkategori jenis haiwan, haiwan mamalia kecil Menghargai Sesuatu, Menghormati Ibubapa Bertolak ansur, Bekerjasama

Fokus Kecedrdasan Pelbagai ( MI ) Alat Bantu Mengajar

Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan Interpersonal

CD Tayangan Haiwan Mamalia, Pentas Boneka, Boneka Haiwan

Konsep Utama Kosa Kata

: :

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Matahari, Awan, Angin, Dinding

LANGKAH / MASA Set Induksi ( 3 minit )

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P 1. Murid memerhati Tayangan Haiwan Mamalia

CATATAN / ABM ABM CD Tayangan Haiwan Mamalia

Memerhati Tayangan Haiwan Mamalia Ini apa? Ini tikus. Ini kucing.

2. Murid bersoal jawab secara bertatasusila / menjawab soalan mengenai haiwan tersebut. KB 3. Murid mengemukakan pandangan dan idea mereka berkenaan haiwan yang ditayangkan.

Mengkategori PN Bertolak ansur MI Kecerdasan Interpersonal

Langkah 1 ( 3 minit ) Mengeja perkataan dengan suku kata yang 1. Murid mengeja perkataan dengan suku
10

ABM CD Tayangan

betul. Melengkapkan perkataan dengan huruf yang betul.

kata yang betul. 2. Murid menyebut huruf dan terdapat dalam perkataan. 3. Murid membunyikan suku kata dengan betul. 4. Murid diberikan lembaran kerja. 5. Murid diminta melengkapkan perkataan dengan huruf-huruf yang betul dan tepat.

Haiwan Mamalia KB Mengkategori PN Bertolak ansur, Bekerjasama MI Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Linguistik

Langkah 2 ( 15 minit ) Mendengar cerita Perkahwinan Anak Tikus Bersoal jawab mengenai gambar, watak dan cerita

1. Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru dan melihat boneka yang dimainkan. 2. Murid dan guru bersoal jawab mengenai perkembangan cerita 3. Murid bersoal jawab mengenai watak-watak yang telah dimainkan oleh guru dalam cerita tersebut. 4. Murid membezakan jenis haiwan dan peranannya.

ABM Pentas Boneka Boneka Haiwan KB Mengkategori PN Bertolak ansur MI Kecerdasan Interpersonal

Langkah 3 ( 6 minit ) Memahami nilai murni dalam cerita Menghargai Sesuatu Menghormati Ibubapa 1. Murid berbincang mengenai nilai-nilai yang terdapat dalam cerita. 2. Murid menulis nilai yang terdapat dalam cerita mengikut yang telah dibincangkan bersama11

ABM Pentas Boneka Boneka Haiwan KB

Berusaha Rajin

sama.

Mengkategori

Menamakan watak-watak yang terdapat dalam cerita. Bapa Tikus Mak Tikus Si Tini Sang Matahari Penutup ( 3 minit ) Merumuskan cerita Perkahwinan Anak Tikus Menyebut haiwan mamalia yang dipelajari.

3. Murid diberikan PN lembaran kerja dan diminta Bertolak melengkapkan secara ansur, berkumpulan. Bekerjasama 4. Murid menulis watakwatak yang terdapat dalam MI cerita yang telah Kecerdasan disampaikan tadi. Interpersonal Kecerdasan Linguistik

1. Guru merumuskan cerita yang telah disampaikan. 2. Murid menyatakan semula nilai yang telah dipelajari melalui cerita.

ABM Pentas Boneka Boneka Haiwan

3. Murid menyebut kembali CD Tayangan watak-watak dalam cerita Haiwan 4. Murid menyebut nama Mamalia haiwan mamalia yang KB telah dipelajari tadi. Mengkategori PN Bekerjasama MI Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Linguistik

12

7.0 7.1

RUMUSAN Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bahasa ialah belajar melalui bermain dengan menggunakan kaedah boneka. Cara ini bukan sahaja menarik tetapi mampu untuk meransang minda kanak-kanak untuk menjana idea dan berkomunikasi dengan rakan-rakan. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak tetapi juga dapat meningkatkan aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.

7.2

Kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih boneka yang disukai terutama sekali boneka tangan. Kanak-kanak yang menggunakan boneka akan lebih lancar gaya penceritaan yang didengar daripada kanak-kanak yang tidak menggunakan boneka. Mereka akan berasa lebih yakin dalam berkomunikasi dan mampu berkongsi apa sahaja pengalaman cerita yang mereka tahu dan miliki. Kebolehan mereka menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kanak-kanak. kanakmenunjukkan peningkatan keupayaan kemahiran mendengar kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri.

Bilangan perbendaharaan kata mereka juga bertambah. Ini kerana

7.3

Selain itu, kanak-kanak yang diberi peluang untuk bermain boneka bersamasama rakan akan dapat bercerita kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Mereka juga berpeluang dan bebas untuk mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Teknik yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.

7.4

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benarbenar relevan dengan apa yang dihasratkan. Aktiviti main peranan seperti boneka kanak-kanak, boneka ibu bapa, dan boneka watak pekerjaan dapat

13

menyumbangkan

kepada

salah

satu

aspek perkembangan

sosial

iaitu

keupayaan untuk melihat dunia dari perspektif orang lain. 7.5 Sebagai kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa aktiviti pengajaran

menggunakan boneka dapat meransang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan kemahiran membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak di samping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.Justeru itu,guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi perkembangan kreativiti yang lebih positf dan tidak terhalang.

SUMBER RUJUKAN

Institut Pendidikan Guru. (Jun 2011). Modul Prasekolah, Perkembangan Kreativiti dalam Pendidikan Prasekolah (PRA3106) : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ishak Alishah Ahmad. (2003). Panduan Pengajaran Bertema Prasekolah : Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Kajang.

Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru, Literasi Bahasa Melayu : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam.

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
14

15