Anda di halaman 1dari 15
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG NAMA : HUDA BI NTI MUHAMMAD KHERI I/C : 931210-06-5570 ANGKA
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG NAMA : HUDA BI NTI MUHAMMAD KHERI I/C : 931210-06-5570 ANGKA
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG NAMA : HUDA BI NTI MUHAMMAD KHERI I/C : 931210-06-5570 ANGKA
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG NAMA : HUDA BI NTI MUHAMMAD KHERI I/C : 931210-06-5570 ANGKA

MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

NAMA : HUDA BI NTI MUHAMMAD KHERI I/C : 931210-06-5570 ANGKA GILIRAN : 04-0135/2011 PENSYARAH
NAMA : HUDA BI NTI MUHAMMAD KHERI
I/C : 931210-06-5570
ANGKA GILIRAN : 04-0135/2011
PENSYARAH : USTAZ TAUFEK BIN ZAKARIA

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN,,,3

PENGENALAN QAWAID FIQHIYYAH,,,4

KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN,,,7

PENUTUP,,,14

RUJUKAN,,,15

2

PENDAHULUAN ميحرلا نحمرلا للها مسب

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Maha pemurah lagi maha penyayang dan yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Allah kami menyembah dan kami memohon pertolongan.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi peluang ruang dan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Secara umumnya, pelajar semester 5 syukbah syariah bebas untuk memilih mana-mana tajuk yang terdapat dalam qawaid fiqhiyyah.

qawaid fiqhiyyah secara langsungnya didasarkan dan disandarkan kepada dalil-dalil dari al- Qur’an dan Sunnah dapat dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan hukum.

3

PENGENALAN QAWAID FIQHIYYAH

DEFINISI KAEDAH FIQH

1. Pengertian kaedah

Menurut pengertian dari segi bahasa, kaedah membawa maksud :

a) ةدعاق dari sudut bahasa sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Raghib al-asfahaniy dalam al- mufradat fi Gharib al-Quran bermaksud : Asas dan ia merupakan asas sesuatu dan asalnya. Hal itu sama ada ia berbentuk hissi atau dapat dilihat oleh pancaindera.

Sebagaimana firman Allah :

  

127. dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas- asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

b) Kaedah menurut pengertian bahasa sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Zamaksyari dalam tafsir al-Kasysyaf membawa maksud : Asas dan asal kepada apa yang di atasnya. Ia juga bermaksud asas rumah dan asas lain-lainnya.

4

Kaedah menurut istilah pula dapatlah dijelaskan dengan membawa beberapa pengertian, antaranya ialah :

a. Ulama’ usul fqh menjelaskan : Hukum kulli atau bersifat umum yang dipraktikkan atas semua hukum juz’i atau terperinci untuk mengetahui hukum daripadanya.

b. Menurut ulama’ feqah : perkara kulli yang dipraktikkan terhadap perkara-perkara pecahannya

atau juz’inya.

c.

Hukum kulli yang dipraktikkan terhadap semua masalah juz’I atau bahagian-bahagiannya.

d.

Hukum serta perkara kulli yang dipraktikkan terhadap kebanyakan masalah yang berbentuk

juz’i atau terperinci.

e. Menurut Taj al-Din al-Subky : Sesuatu kaedah kulli atau umum yang bersesuaian dengan

juz’iyyah atau bahagian-bahagiannya yang banyak yang mana daripadanya diketahui hukum- hukum juz’iyyah.

2. Pengertian kaedah fiqh

Menurut pengertian bahasa :

a. lafaz fiqhiyyah berasal daripada perkataan al-Fiqh. Di mana ia membawa maksud : Al-Fahmu, iaitu sesuatu kefahaman.

b. Untuk itu, perkataan atau lafaz al-Qawa’id al-Fiqhiyyah menurut pengertian bahasa ialah :

Dasa-dasar yang berkaitan dengan masalah hukum.

Kaedah Fiqh dari sudut pengertian istilah dapat diberikan dalam beberapa bentuk antaranya :

a. Prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hokum umum yang sesuai dengnan bahagian-bahagiannya.

b. Asas-asas fiqh yang bersifat kulli dalam bentuk nas-nas atau teks-teks perundangan yang

ringkas dan merangkumi hokum yang disyariatkan secara umum mengenainya atau tentang perkara-perkara yang tergolong di dalam lingkungannya.

5

c. Ia juga bermaksud kaedah-kaedah hokum yang bersifat kulliyah yang diambil daripada dalil- dalil kulli. Iaitu daripada dalil al-quran dan al-sunnah. Yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekali gus dapat disesuaikan dengan banyak juz’iyyah dan daripada maksud-maksud syarak.

Faedah mempelajari ilmu Qawad Fiqhiyyah

Antara faedah yang dapat diperoleh jika ilmu Qawaid Fiqhiyyah dipelajari ialah:

i. Merupakan ilmu yang sangat penting kepada para mujtahid dalam berijtihad dan menetapkan sesuatu hukum fiqh.

ii. Membantu untuk mengetahui hukum-hukum yang terperinci serta menjelaskan

berkaitan dengan fiqh Islam

iii. Ilmu ini sebagai jalan untuk memahami hakikat fiqh, punca pengambilan dan

rahsia-rahsianya.

iv. Menjadikan seseorang itu lebih faham akan penghayatan fiqh dan mampu untuk

menghubung dan mengeluarkan hukum-hukum dan mengetahui hukum daripada masalah- masalah yang tidak termaktub serta hukum masalah yang sentiasa wujud sepanjang masa.

v. Melalui ilmu ini, seseorang itu tidak perlu menghafal masalah juz’iyyat yang terlalu

banyak jumlahnya, kerana masalah juz’iyyat tersebut sudah termasuk dalam kaedah-kaedah

kulliyah.

vi. Pecahan dan cabang-cabang masalah fiqh dapat dikuasai dan diketahui melalui

kaedah fiqhiyyahini.

6

KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN

1.1 HURAIAN KAEDAH

Apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah, perintah

tersebut diringankan. Ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh

mukallaf bila-bila masa dan di mana sahaja. Apabila seseorang terjebak di dalam kesulitan, di

sana terdapat kelonggaran dan keringanan. Kaedah ini juga diamalkan oleh Nabi, antaranya ialah

:

ينتعكرَىّلصَ,خسارفَوأَلايمأَةثلاثَةيرسمَجرخَاذإَملسوَهيلعَللهاَىلصَللهاَلوسرَ ك

َ

نا َ

َ

Maksudnya : Apabila Rasulullah s.a.w bermusafir pada jarak tiga batu atau farsakh, baginda

sembahyang dua rakaat.

Hadis di atas merupakan dalil mengharuskan qasar sembahyang daripada empat rakaat menjadi

dua rakaat ketika bermusafir.

1.2 RUKHSAH DALAM SYARIAT

Di antara contoh hokum rukhsah atau keringanan dalam syariat ialah :

Harus bagi lelaki melihat bakal isteri ketika meminang.
Harus bagi lelaki melihat
bakal isteri ketika
meminang.
Harus doktor lelaki melihat aurat wanita ajnabi dengan tujuan membuat rawatan.
Harus doktor lelaki melihat
aurat wanita ajnabi dengan
tujuan membuat rawatan.
Harus mengahwini empat orang wanita sebagai isteri dalam satu masa sebagai kemudahan kepada kaum lelaki
Harus mengahwini empat
orang wanita sebagai isteri
dalam satu masa sebagai
kemudahan kepada kaum lelaki
dan wanita kerana jumlah
mereka ramai.
Disyariatkan fasakh disebabkan ada kecacatan pada pasangan.
Disyariatkan fasakh
disebabkan ada kecacatan
pada pasangan.
Tidak berdosa bagi mereka yang berijtihad, walaupun tersalah.
Tidak berdosa bagi mereka
yang berijtihad, walaupun
tersalah.

7

1.3 SUMBER ASAL KAEDAH

Kaedah ini dirumuskan dengan berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan Hadis, antaranya ialah :

1.

ََََََََ

(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

2.

َََََََ

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)

3.

اورسعتلاوَاورسي

Maksudnya : Permudahkanlah jangan disusahkan.

4.

رسيَنيدلاَاذهَنإ

Maksudnya : Sesungguhnya agama (islam) ini mudah.

8

2.1 MASYAQQAH

Setiap insan yang Allah ciptakan berbeza dari pelbagai sudut. Oleh yang demikian, tidak semua orang mampu melaksanakan semua perintah Allah dengan sempurna dan mengikut tunjuk ajar baginda Rasulullah. Maka, kaedah ini hadir bagi memudahkan urusan hamba Allah yang ingin melaksanakan perintah tersebut walaupun dihimpit kesusahan.

Antaranya ialah kesusahan yang menyebabkan membawa kemudaratan sama ada pada diri dan harta benda, atau kesukaran yang memakan masa lama dan waktu yang panjang. Selain itu, ia merupakan kesukaran yang dianggap luar biasa menurut penilaian syarak.

2.1 SEBAB RUKHSAH

a. Orang yang bermusafir boleh mengambil rukhsah.

I.

Qasar sembahyang.

II.

Menyapu khuf (kasut) lebih daripada sehari semalam.

III.

Berbuka puasa.

IV.

Menghimpunkan dua sembahyang.

b. Sakit dan orang yang berpenyakit.

I.

Bertayammum sekiranya dengan menggunakan air memudaratkan.

II.

Diharuskan solat fardu sambil duduk /berbaring/ terlentang /isyarat atau dengan hati berdasarkan kemampuan.

III.

Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati penyakit yang dialami oleh pesakit.

IV.

Disebabkan sakit, seseorang itu diharuskan meninggalkan solat Jumaat.

V.

Orang yang sakit diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan dan menggantikannya selepas sembuh atau meninggalkan sepenuhnya bagi mereka yang tua dan uzur serta membayar fidyah.

VI.

Tidak makruh hukumnya minta bantuan orang lain menggosokkan anggota wuduk dan mencurahkan air.

VII.

Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.

9

c.

Terpaksa atau dipaksa.

I.

Mengancam nyawa dan harta benda.

II.

Mereka yang kelaparan dan terancam nyawanya, diharuskan memakan benda

haram.

III.

Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian tetapi hatinya

mesti tetap beriman sebagai mana firman Allah.

ََََََََََََ

Sesiapa Yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang Yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram Dengan iman;

d. Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melalukan sesuatu secara terlupa diberi keringanan

dan kemaafan terhadap apa yang dilakukannya.

هاقسوَللهاَهمعطأَانمإفَ.َهموصَمتيلفَ،َبرشَوأَلكأفَ.َمئاصَوهوَيسنَنم

Barang siapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya itu. Sesungguhnya Allah memberi ia makan dan minum.

لقعي ىتح نونجملا نعو ،غلبي ىتح يبصلا نعو ،ظقيتسي ىتح مئانلا نع ثلاث نع ملقلا عفر

Ada tiga golongan manusia yang telah diangkat pena darinya (tidak diberi beban syari'at) yaitu; orang yang gila sampai dia sembuh, orang yang tidur sampai dia terjaga, dan anak kecil sampai dia baligh.

هيلع اوهركتسا امو نايسنلاو أطخلا يتمأ نع عضو

Diangkat dari kalangan umatku kerana tersalah, lupa dan terpaksa.

e. Kejahilan. Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu keuzuran yang

membawa keringanan. Contohnya : Seseorang yang bercakap ketika solat kerana ia bodoh, solat

itu tidak batal.

10

f. Kesukaran serta ‘umum al-Balwa’. Iaitu kesukaran umum yang tidak dapat dihindari. Ia juga membawa maksud perkara yang tidak dapat dielakkan.

I.

Lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau badan seseorang pada hari hujan dimaafkan.

II.

Begitu juga orang yang berpenyakit sentiasa keluar kencing atau istihadhah, dimaafkan solat dalam keadaan tersebut.

III.

Segala najis yang sukar dihilangkan adalah dimaafkan seperti tahi burung merpati yang tinggal dalam masjid.

IV.

Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah bisul.

V.

Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti belalang.

VI.

Menyentuh mashaf Al-Quran bagi kanak-kanak sedang belajar yang berhadas.

VII.

Istinjak menggunakan batu.

VIII.

Membuang air besar dan air kecil dengan mengadap atau membelakangi kiblat dalam tandas atau tempat tertutup.

IX.

Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika sembahyang dalam keadaan takut dan menghadapi musuh di medan perang.

X.

Harus solat sunat sambil duduk, sama ada ketika musafir atau bermukim.

XI.

Harus sembahyang jama’ ketika hujan.

XII.

Tidak wajib menggantikan sembahyang bagi wanita yang berhaid kerana ia berlaku secara berulang-ulang.

XIII.

Memakan bangkai dan harta orang lain ketika dalam keadaan Sangat terdesak.

XIV.

Harus memakai sutera bagi lelaki kerana berpenyakit atau sebab sakit serta untuk tujuan peperangan.

XV.

Harus muamalah jual saham.

XVI.

Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.

XVII.

Menjual telur bersama kulitnya.

11

g. Kekurangan. Ia juga menjadi salah satu sebab keringanan dan kemudahan kerana ia satu

masyaqqah.

I.

Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.

II.

Kaum wanita tidak diwajibkan solat jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu dan mereka tidak diwajibkan berperang dan tidak dikenakan jizyah.

III.

Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.

IV.

Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera.

V.

Tanggungjawab wanita lebih ringan berbanding kaum lelaki.

VI.

Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba berbanding orang merdeka.

2.2 JENIS KERINGANAN SYARAK

a. Keringanan dengan menggugurkan kewajipan.

I.

Tidak wajib atau gugur solat Jumaat kerana ada halangan tertentu.

II.

Digugurkan daripada menyertai jihad sebab uzur.

III.

Digugurkan wajib haji dan umrah disebabkan keuzuran.

b. Keringanan dengan mengurangkan bebanan. Contohnya : Memendekkan atau qasar

sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat.

c.Keringanan dengan gentian atau penukaran.

I.

Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum.

II.

Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit.

III.

Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah.

12

d.

Keringanan dengan mendahulukan.

I.

Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.

II.

Solat jama’ taqdim.

e. Keringanan dengan mengakhirkan.

I.

Menangguhkan puasa ramadhan kerana musafir.

II.

Solat jama’ ta’khir.

III.

Menangguhkan solat demi menyelamatkan orang mati lemas atau terbakar.

f. Keringanan mendapat rukhsah kerana terpaksa.

I.

Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.

II.

Diharuskan makan bangkai kerana terdesak

g. Keringanan dengan menukar atau mengubah. Seperti : Menukar dan mengubah kedudukan

serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.

13

PENUTUP

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kerja kursus bagi madah qawaid fiqhiyyah. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada ibu bapa, sahabat seperjuangan. Tidak lupa juga pensyarah kami iaitu Ustaz Taufek Bin Zakaria yang banyak membantu kami. Juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

Melalui kerja kursus ini, banyak perkara yang dapat kita pelajari di bawah tajuk, “ kesukaran membawa kemudahan”. Banyak juga perkara yang belum kita ketahui sebelum ini. Dan insya Allah dapatlah kita sama-sama Amalkan dan sampaikan kepada orang lain.

Sampai di sini sahaja. Semoga ketemu lagi. Moga Allah redha.

~ Huda Binti Muhammad Kheri ~

14