Anda di halaman 1dari 10

TAJUK 7 7.

Persekitaran Teknologi, Ekonomi dan Organisasi Dan Pengguna

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan tiga sub-topik iaitu persekitaran teknologi, persekitaran organisasi dan ekonomi, dan persekitaran pengguna 7.1 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 7.1.1 Mengintegrasi dan menilai persekitaran e-dagang; teknologi, organisasi dan ekonomi dan pengguna 7.1.2 Mendefinisikan dan memberi contoh perlakuan-perlakuan oportunistik 7.1.3 Menerangkan empat fasa urusniaga ekonomik dari perspektif pembeli dan penjual

7.2

Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

sEkonomi dan Organisasi

sTeknologi Persekitaran Perdagangan Elektronik

Pengguna

7.3

Persekitaran Teknologi

Pada masa lampau kemajuan dalam bidang telekomunikasi dan pengkomputeran berlaku secara berasingan. Pada masa kini, kedua-dua bidang ini saling bergantung antara satu sama lain dalam rangkaian komputer. Semua teknologi maklumat menjadi sebahagian daripada sistem komunikasi yang menghubung perniagaan, individu dan agensi kerajaan.

Kini kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Maklumat yang amat banyak dengan implikasi ekonomik dan kerahsiaan boleh dilihat melalui rangkaian komputer. Maklumat ini juga perlu disimpan dan dijaga(protect) mengikut tempoh masa yang berbeza-beza. Contoh pelbagai tempoh masa adalah seperti berikut : Pemindahan dana elektronik berjumlah berjuta dan berbillion, dimana keselamatan jangka pendek diperlukan dalam tempoh masa yang singkat Perancangan strategik sesebuah syarikat dimana ia perlu disimpan dan kerahsiaan dijaga untuk beberapa tahun Kunci-kunci untuk tandatangan digital yang ada implikasi perundangan mesti disimpan dandijaga supaya tidak berlaku salahguna semasa ianya masih sah. Hakmilik resipe sesuatu produk atau rumus tertentu yang perlu disimpan dan dijaga selagi ianya berguna, kadang-kadang sehingga berpuluh tahun Maklumat peribadi sesaorng individu ( keadaan perubatan, penilaian prestasi pekerjaan)perlu disimpan dan dijaga sepanjang hayat individu tersebut

Rumusannya adalah dalam perdagangan elektronik : Keperluan untuk mengurus maklumat dengan berhati-hati (management of information) Pilihan yang mesti dibuat tentang teknologi rangkaian (network technology)

Quality of service "the collective effect of service performance which determine the degree of satisfactionof a user of the service" Infrastruktur dan Prestasi Rangkaian Perkara penting tentang rangkaian komunikasi (communication networks) 1. Kenal pasti secara unik 2. Ada Sistem Kumpulan (Contoh: Kod negara, negeri dan nombor sebenar) 3. Direktori yang merekod nombor untuk individu 4. Telefon peribadi boleh berhubung dengan sistem swis pengantaraan (intermediate switching sys) 5. Perhubungan boleh sementara atau kekal (Telefon awam / rumah) Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) WAN adalah rangkaian pelanggan dengan pelayan (client/server). Dimana satu komputer berperanan sebagai pelanggan dan satu lagi sebagai pelayan. Pelayan (server) meawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah data yang disimpan, pemerosesan atau akses kepada peranti lain seperti pencetak. Pelayan dengan pelanggan berhubung mengguna mesej melalui hubungan fizikal. Internet menggunakan sistem telefon untuk berhubung. Rangkaian lain seperti VAN menggunakan sistem lain iaitu sistem pendawaian khas, komunikasi satelit, atau kombinasi beberapa kaedah.

Bandwidth (Kelebaran Jalur) Adalah keupayaan saluran komunkasi dan ianya diukur berdasarkan jumlah maklumat yang dapat dipindahkan dalam masa tertentu (bits per second) Pertukaran maklumat antara pelayan dengan pelanggan mempunyai pelbagai saiz ada yang kecil dan ada yang besar. Bagaimana maklumat ini di pindahkan (transported) daripada sumber ke destinasinya bergantung kepada: infrastrukut rangkaian (network infrastructure) intermediate switching points interconnections between service provider Kewujudan internet memisahkan perkhidmatan perkhidmatan daripada kemudahan Sebagai satu rangkain umum dan terbuka internet dapat menyediakan saluran komunikasi yang mudahantara rangkaian. Ia memberikan sedikit jaminan QoS. Tiga ciri utama yang membezakan internet dengan jenis WAN yang lain adalah :Connectionless Tiada perhubungan yang berterusan antara pelayan dengan pelanggan Maklumat dipecahkan kepada kumpulan kecil dikenali sebagai packets. Mesej ini mengandungi alamat perjalanan (routing address) Rangkaian lain berorientasikan hubungan iaitu ia akan berhubung sehingga anda tamatkan perhubungan Stateless Setiap mesej berdiri sendiri.Kedua-duanya iaitu pelanggan dan pelayan memasukan maklumat dalam rangkaian dan tunggu tindakabalas. Mereka tidak ada cara untuk mengetahui sama ada mesej sampai atau tidak.Tindakan mengawasi siri mesej yang menjadi perbualan bukan tanggungjawab internet.Internet hanya mengawal dan mengawasi siri paket-paket yang membentuk satu mesej dan menyusun semula apabila semua bahagian tiba Best-Effort Sistem tidak memberi jaminan bahawa mesej akan disampaikan-ia akan membuat yang terbaikSekiranya pelanggan / pelayan tidak dapat dihubungi, paket akan dibuang Istilah global untuk rangkaian yang connectionless, stateless dan best-effort adalah unreliable (tidak boleh dipercayai). Jenis WAN lain adalah lebih baik seperti VPN (Virtual Private Network) menyediakan teknologi perjalanan yang kompleks untuk memastikan hubungan yang baik dan stabil Rangkaian VAN (Value Added Network) pula mempunyai keyakinan dan pengalaman untuk memastikan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi mengikut jadual dan selamat (intact). Syarikat yang mengharapkan perkhidmatan berkualiti risau bahawa internet tidak dapat memberi jaminan yang diharapkan

Mission Critical Network Syarikat akan memilih rangkaian yang mampu memberikan perkhidmatan yang memberi jaminan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi, tepat pada waktu dan selamat. Selain itu rangkaian juga boleh mengawal dan memberi keutamaan kepada maklumat penting yang perlu disampaikan dahulu. Rangkaian menjadi lebuhraya elektronik untuk mengangkut maklumat pergi dan balik di antara organisasi dengan pihak yang berkepentingan seperti penjual, pembeli, pembekal dan rakan kongsi. Pertukaran maklumat merangkumi pesanan, pertanyaan, pembayaran, perkhidmatan dan sokongan, reka bentuk, pelan-pelan dan lain-lain maklumat. Perkhidmatan rangkaian kritikal juga merangkumi menyediakan akses kepada maklumat gudang untuk sokongan pemasaran pada masa sebenar (real time) ; sokongan kepada wakil perkhidmatan pelanggan ; membekalkan maklumat video kepada kepada pedagang kewangan untuk membaiki keputusan pelaburan ; dan berkongsi gambar/imej perubatan untuk kolaborasi dalam diagnosis yang kompleks Dalam keadaan tertentu prestasi rangkaian akan menentukan kejayaan atau kegagalan syarikat. Prestasirangkaian mempengaruhi operasi sesuatu syarikat. Pertalian antara pihak yang berkepentingan (stakeholders) akan menjadi lebih baik melalui hubungan(connection) yang berprestasi baik dan sebaliknya akan tergugat dengan prestasi yang kurang baik Pergantungan kepada rangkaian semakin meningkat untuk menjalankan perniagaan. Kita perlu memastikan keutamaan dalam aliran trafik rangkaian. Ini memerlukan keupayaan untuk menentukan kelas-kelas trafik dan pengguna serta teknologi untuk mengenakan keutamaan dan peraturan dalam trafik maklumat. Adalah diandaikan bahawa semua trafik mesti disampaikan kepada destinasinya, dalam keadaan sesak trafik kritikal perlu diutamakan berbanding dengan trafik lain Rangkaian yang dapat memberikan jaminan mutu perkhidmatan (Quality of Service) mempunyai mekanisme untuk membuat peraturan dan keputusan aliran trafik rangkaian. Pengurusan dan Pemilihan Rangkaian (Network Management and Network Choice) Syarikat perlu mendapat jaminan bahawa data mereka sentiasa selamat. Berikut adalah kategori maklumat :Data Awam (Public Data) Data jenis ini tiada sekatan keselamatan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.Data ini perlu dijaga (protect) daripada diubahsuai oleh pihak yang tidak diberikan kuasa Data Hak Cipta (Copyright Data) Data jenis ini telah didaftarkan sebagai hakcipta sesaorang atau pihak tertentu tetapi bukan rahsia.Pemilik membenarkan ianya digunakan tetapi dibayar apabila digunakan. Untuk mendapatkanhasil yang maksmum, keselamatan mesti ketat / rapi Data Sulit (Confidential Data) Data ini kandungannya adalah rahsia, tetapi kewujudannya tidak. Contoh data adalah nombor akaun bank dan fail peribadi Data Rahsia (Secret Data) Kewujudan data ini adalah rahsia dan mesti sentiasa dirahsiakan. Adalah penting mengawal akses kepada maklumat ini. Ia perlu dipantau dan merekod (log) semua akses dan percubaan untuk mengakses data rahsia

Rangkaian yang selamat mempunyai mekanisme untuk mengawal akses kepada data. Produk enkripsi yang canggih dan firewalls digunakan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan urusniaga internet Lain-lan syarikat pula bergabung untuk menyediakan VAN yang selamat. Contoh ANX bagi industri automotif menyediakan satu rangkaian untuk e-dagang dan pemindahan data bagi semua rakan perniagaan. Pemimpin industri memutuskan struktur pengurusan dan peraturan perniagaan bagi memastikan rangkaian memenuhi keperluan-keperluan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Perancangan Luar Jangkaan (Contingency Planning) Business Impact Analysis dilaksanakan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi penting perniagaan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut: Kenal pasti aktiviti-aktiviti penting perniagaan serta pemilik aktiviti. Aktiviti-aktiviti perniagaan adalah proses-proses dan fungsi-fungsi utama pengeluaran yang menentukan perkhidmatan diberikan kepada pelanggan.Pemlik adalah orang yang bertanggungjawab terhadap operasi harian. Kenal pasti sistem-sistem dan maklumat yang kritikal Menganggarkan satu tempoh masa henti yang munasabah Kenal pasti risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenal pasti perlindungan.

7.4

Persekitaran Ekonomi dan Organisasi

Kitaran pengeluaran (production cycle) melibatkan pemerolehan bahan mentah atau komponen untuk menghasilkan produk yang diterima oleh pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaranmenambahkan nilai kepada bahan asal. Menghuraikan pilihan yang dibuat oleh sesuatu syarikat untuk membeli komponenatau perkhidmatan daripada pasaran terbuka, atau membuat secara dalaman, adalah persoalan-persoalan untuk bidang ekonomik dan sosiologi organisasi. Sebagai contoh, kita ambil sebuah syarikat yang membuat dan menjual majalah. Langkah-langkah dalam kitaran pengeluaran adalah :-

Laporan Menulis Menyunting Fotografi Tipografi Reka bentuk

Reporting Writing Editing Photography Typography Layout

Kertas Cetakan Perkhidmatan langganan Pelabelan surat Agihan fizikal

Paper Printing Subscription services Mailing label Physical distribution

Syarikat perlu membuat keputusan sama ada hendak menghasilkan setiap barangan atau perkhidmatan secara sendirian atau membelinya daripada pembekal tertentu. Kebanyakkan syarikat majalah tidak mempunyai kilang kertas dan kilang percetakan sendiri. Mereka mengupah penyunting (editor) dan pekerja lain. Syarikat akan mengarah pasukan pemberita (reporters) untuk menulis cerita atau menulis semula cerita daripada syarikat berita atau

mengupah daripada pemberita sambilan. Gambar pula boleh datang daripada jurugambar sendiri atau dibeli daripada syarikat lain (stock house). Faktor-faktor sosial seperti nepotism, protectionism dan affirmative action akan mempengaruhi sama adauntuk membuat sendiri atau membeli daripada pihak luar. Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan "buat-atau-beli" adalah : pengaruh perlakuan oportunistik syarikat-syarikat lain kos urusniaga (transaction costs)

Penjual akan berkelakuan oportunistik (iaitu meminta harga yang lebih tinggi daripada sepatutnya) apabila pembeli bergantung kepada mereka dan tidak mudah memperolehi apa yang diperlukan di tempat lain. Firma akan dipengaruhi oleh oportunisma dalam keadaan-keadaan berikut :Pengkhususan lokasi (site specificity) Produk contohnya bahan mentah hanya ada pada lokasi tertentu sahaja Pengkhususan aset fizikal (Physical asset specificity) Produk tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, maka ia hanya berguna untuk satu pelanggan sahaja Pengkhususan aset manusia (Human asset specificity) Kemahiran-kemahiran tertentu diperlukan untuk mengguna atau menghasilkan sesuatu produk Pengkhususan Masa (Time Specificity) Produk boleh digunakan pada masa tertentu sahaja (contoh: bahan mudah rosak/busuk) Produk yang kompleks (Product complexity) Maklumat tentang produk adalah kompleks.Pelanggan menghadapi masalah untuk menjelaskan apa yang dikehendaki dan terpaksa mencari pelbagai alternatif untuk mendapatkan pembekal terbaik. 7.4.1 Pasaran dan Hierarki ( Markets and Hierarchies)

Pasaran bertujuan untuk memudahkan urusniaga antara pelbagai pembeli dengan pelbagai pembekal. Manakala hieraki pula adalah perhubungan jangka panjang antara pembekal dengan pelanggan, diuruskan oleh pihak pengurusan bukannya kuasa pasaran. Kriteria Sifat Skop Komunikasi Darjah keluwesan Tahap Perhubungan Pasaran Bebas Satu urusniaga Perundingan Tinggi Rendah Hieraki Bergantung Satu siri urusniaga Rutin Rendah Pertengahan Tinggi

Pasaran Pasaran bertujuan untuk memudahkan urusniaga di antara pelbagai pembeli dengan pelbagai pembekal

Hierarki Hierarki adalah perhubungan jangka panjang di antara pembeli dengan pembekal, diuruskan oleh pengurusan dan bukannya pengaruh pasaran. Mekanisma hierarki, pembeli tidak memilih daripada pelbagai pembekal yang berpotensi. Firma membeli barangan/perkhidmatan daripada pembekal yang telah ditetapkan. Firma membuat urusniaga berterusan. Perhubungan ditentukan oleh perjanjian Hierarki terbentuk akibat kos urusniaga yang tinggi. Pembekalan mesti di sediakan dan/atau pembekal tidak begitu kompetitif untuk menghalang oportunisme. Mengekalkan perhubungan jangka panjang dan stabil antara pembeli dengan pembekal akan mengurangkan kos urusniaga

Mekanisma pasaran adalah dimana pembeli membeli daripada pembekal yang dapat memberikan tawaran yang terbaik.(harga, kuantiti, standard kualiti, jadual penyampaian)

Keadaan pasaran dimana pelanggan boleh memilih kombinasi terbaik dari segi harga, kualiti dan lain-lain kriteria yg dikehendaki. Persaingan antara pembekal menghasilkan pelbagai pilihan, maka pembeli tidak terikat dengan sifat oportunistik pembekal.

7.4.2 Pasaran Elektronik Dalam pasaran pembeli mencari penjual. Mengguna rangkaian elektronik akan mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan. Proses ini dikenali sebagai "the electronic brokerage effect".Dalam pasaran elektronik wujud perkhidmatan yang menghubungkan antara pembeli dengan pembekal melalui sumber maklumat berkongsi (shared information resource). Sumber ini menyediakan alat untuk mencari data. Ia membantu pembeli untuk mencari tawaran daripada pelbagai pembekal dengan cepat,mudah dan murah. Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengenalpasti bilangan yang menjelaskan tentang sesuatu buku. Firma membentuk perhubungan pasaran dengan rakan niaga apabila mengguna rangkaian untuk mengurangkan kos. Teknologi memudahkan syarikat untuk mencari pelbagai pilihan. Mereka menggunakan rangkaian untuk membentuk satu kumpulan pembekal yang besar. Ini mengakibatkan pembeli tidak perlu setia kepada mana-mana pembekal kerana pilihan yang banyak untuk berurusniaga.

7.4.3 Hierarki Elektronik Firma menggunakan rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membentuk perhubungan hierarki jangka panjang dengan rakan perniagaan. Perhubungan hierarki menggunakan sistem maklumat dan rangkaian tele-komunikasi untuk integrasi antara pembeli dengan pembekal.

Pelbagai cara mengintegrasi hubungan antara pembekal dan pembeli dalam perhubungan hierarki adalah seperti berikut : Electronic Data Interchange Sistem ini menghubungkan terminal jualan pembeli dengansistem penyampaian pembekal supaya tidak berlaku kekurangan stok pembeli Sistem ini membentuk perhubungan dengan pembekal dan pelanggan untuk memberi dan menerima pesanan melalui dokumen pesanan pembelian, invois dan maklumat perkapalan dengan cekap dan berkesan.

Just In Time Inventory Management System

7.4.4

Urusniaga Perdagangan (Commercial Transaction)

Model Empat Fasa untuk urusniaga perdagangan adalah berikut :Penerokaan Sebelum Membeli Prepurchase Discovery Pemilihan dan Keputusan Membeli Selection and Commitment Proses Pembelian Purchase Consummation Interaksi Selepas Pembelian Post Purchase Interaction Penerokaan Sebelum Membeli Persediaan Sebelum Membeli adalah penting untuk pasaran dan hierarki. Keperluan pelanggan ditentukan dari segi produk, masa dan kehendak ; pembekal yang dapat memenuhi keperluan ini dicari. Maklumat tentang produk dan syarat serta terma urusniaga dicari, tetapi tiada komitmen diminta atau diberi. Pada peringkat ini proses pengumpulan maklumat dan penilaian dijalankan. Pelanggan tidak bergantung kepada pembekal sahaja. Mereka akan meminta pendapat daripada mereka yang pernah membeli produk. Proses membuat keputusan akan menjadi panjang apabila produk adalah rumit atau maklumat tentang produk susah untuk ditafsirkan.

Pemilihan dan Keputusan Membeli Pemilihan tentang pembekal dan keputusan untuk membeli memerlukan perundingan tentang terma dan keperluan yang tidak diketahui semasa proses pencarian. Pembekal ingin menjual dan mengadakan beberapa urusniaga atau menjual stok yang berlebihan. Manakala pembeli pula meletakan keutamaan pada syarat penyampaian dan kualliti. Proses Pembelian Proses Pembelian melibatkan pihak-pihak lain selain daripada pembeli dan penjual. Produk (barangan atauperkhidmatan) perlu diagihkan kepada pembeli/penjual yang melibatkan pengangkutan diuruskan oleh pihak lain. Proses pembayaran juga melibatkan pihak ketiga dari segi pengurusan pembayaran dan pengesahan instrumen pembayaran. Akhir sekali pembeli dan penjual mesti bersetuju tentang syarat-syarat urusniaga yang sudah dipersetujui.Kuantiti, kualiti dan masa penyerahan sudah dipenuhi atau gantirugi diminta. Penjual mahu menggalakkan pembeli membeli barangannya lagi. Ini memerlukan perhubungan pemasaran untuk mewujudkan kesetiaan jenama. Interaksi Selepas Pembelian Interaksi melibatkan perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk mengurus aduan pelanggan, pemulangan barangan dan kecacatan barangan.

7.4.5 Aliran Kerja (Work flow) Mengguna teknologi dalam perdagangan memerlukan strukur yang jelas dan tetap. Komputer dan rangkaianmesti diselaraskan serta tugas-tugas dibahagikan antara pembeli, penjual dan pemberi perkhidmatan sokongan. Perspektif ekonomi dan pasaran adalah abstrak, maka perspektif dan pengurusan teknologi mesti konkrit (jelas dan tetap) Dalam teori sistem pengurusan pengkalan data (Database Management System) memberikan definisikhusus tentang urusniaga. Definisi ini yang membuatkan mesin teler automatik( ATM) dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan serta dapat bekerja dengan sistem-sistem lain dalam sesuatu bank. Definisi ini menyatakan sesuatu urusniaga mesti mempunyai prosedur berikut: Mempunyai proses permulaan dan tamat yang berstruktur dan jelas Mengikut proses yang ditetapkan (Satu siri langkah-langkah) Peringkat akhir adalah berjaya atau gagal Boleh silap dengan pelbagai cara, tetapi betul/berjaya dengan hanya satu cara sahaja Ubah data dalam pengkalan data sekiranya berjaya, dan tidak berubah data sekiranya gagal/silap

7.5

Pengguna

Industri-industri besar mengguna pengkomputeran untuk memajukan aspek-aspek kualiti perkhidmatan inovasi kepantasan Perniagaan melabur dalam teknologi maklumat dan perdagangan elektronik untuk meningkatkan produktiviti mengurangkan kos, dan memajukan perkhidmatan pelanggan Pengguna suka membeli atas talian (online) kerana dapat mencari pelbagai produk berbanding kedai tradisional. Mutu perkhidmatan pelanggan juga dapat ditingkatkan. Pengguna yang sibuk dapat menjimatkan masa dan rasa lebih mudah kerana penjual dapat memenuhi keperluan individu. Pengguna boleh peroleh pelbagai maklumat apabila membuat keputusan pembelian. Maklumat yang baik (better information) dan pilihan yang pelbagai (greater selection) serta kos operasi yang rendah membantu perniagaan internet untuk menurunkan harga atau membaiki kualiti 7.5.1 Perkhidmatan Pelanggan

Jurujual hanya mampu menjaga akaun pelanggan yang mampu mereka berjumpa dan menghubungi melalui telefon. Apabila jumlah pelanggan (akaun) meningkat maka bilangan jurujual juga meningkat. Malah syarikat jualan langsung juga perlu meningkatkan pekerja apabila pesanan melalui telefon meningkat. Bagi syarikat yang menggunakan komputer (web-based), ia boleh menambah pelanggan baru dengan kos yang rendah atau tanpa kos langsung. Ini kerana urusan jualan dilakukan dalam komputer (server), bukannya kedai secara fizikal atau jurujual. Pencapaian syarikat hanya dibatasi keupayaan komputer untuk melayan pertanyaan dan pesanan pelanggan.

Internet juga boleh membuatkan syarikat jualan tradisional, jualan mengguna katalog dan pengiklanan menjadi lebih cekap. Pesanan secara automatik melalui komputer membolehkan jurujual untuk memberi tumpuan terhadap pembinaan dan mengekalkan perhubungan dengan pelanggan. Tanpa komputer, jurujual terpaksa menghabiskan masa mengisi borang-borang pesanan pelanggan. Katalog elektronik dapat memberikan lebih banyak maklumat dan pilihan berbanding dengan katalog kertas. Jualan langsung atas talian (online) dapat memendekan masa pembelian semula yang memudahkan untuk menambah barangan untuk dijual Dengan mengguna internet (perniagaan atas talian) sesebuah syarikat dapat mencipta pasaran baru menguntungkan pada peringkat tempatan dan global. 7.5.2 Kepelbagaian (Variety) Pembeli /pengguna memperoleh menafaat yang amat baik daripada internet dari segi pilihan produk dan perkhidmatan berbanding dengan saluran tradisional. Sama ada di rumah atau pejabat, penggunaboleh akses beribu laman web untuk mendapat maklumat tentang berita, peristiwa, produk, penyelidikandan boleh membeli hampir apa sahaja. Pemilihan tidak terhad kepada produk dan perkhidmatan yang boleh disampaikan secara digital, malah laman web juga menjual alat elektronik, perkebunan, bekalan pejabat dan lain-lain produk fizikal. Ia juga menyediakan pilihan yang pelbagai berbanding jualan secara tradisional. Contoh, satu kedai buku yang besar menyediakan 150,000 pelbagai buku, manakala kedai maya boleh menyediakan 2.5 juta tajuk merangkumi buku yang diterbitkan dan juga buku yang tidak diterbitkan.Selain kedai buku biasa, kedai buku khas menyediakan buku-buku tentang antik, buku dalam bahasa asing, edisi luar biasa, dan buku-buku lain yang mungkin memerlukan panggilan telefon dan terpaksamelakukan perjalanan untuk mendapatkannya. Sebaliknya mengguna internet, pembaca hanya perlutaipkan kata kunci untuk mengenalpasti laman yang sesuai, lawat laman terpilih dan cari inventori, buat pemilihan dan lakukan proses pembelian. Buku akan sampai kepada anda dalam beberapa hari.

7.5.3 Pilihan Berdasarkan Maklumat (informed Choice) Antara Kelebihan terbaik pasaran terbuka elektronik adalah kesediaan boleh dapat maklumat dan pembentangan maklumat. Pembelian yang memerlukan kajian latarbelakang yang mendalam atauperbandingan antara pilihan yang pelbagai menjadi mudah apabila kompleksiti diturunkan dan kesediaan maklumat meningkat. Membeli sebuah kereta adalah satu contoh yang memerlukan banyak dan pelbagai maklumat untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli. Antara maklumat yang perlu dipertimbangkan adalah : Pembuat kereta Model Aksesori Prestasi Pembiayaan kewangan Polisi insuran Harga (perundingan)

Melalui internet semua maklumat yaang diperlukan untuk membeli sebuah kereta boleh diperolehi. Rangkaian(web) memberikan peluang kepada pengguna dengan pelbagai maklumat tentang harga dan pilihan yang boleh dibuat. Keputusan yang akan dibuat lebih tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi. Rangkaian memberikan pengetahuan (maklumat) yang banyak dan terperinci tentang pilihanpilihan serta harga yang wujud. Pengguna boleh membuat keputusan daripada pilihan yang termaklum (informed choice) sebelum membeli sesuatu produk.

Anda mungkin juga menyukai