Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN Pada asasnya, Gerko merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah dan mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Mengikut Md. Aris Mansor (1985), Gerko merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Beberapa jenis persatuan unit beruniform mempunyai kurikulum yang kemas dan sistematik serta terancang, misalnya Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan St. John Ambulans. Kurikulumnya dikenali sebagai kurikulum kokurikulum. Kurikulum dan Kokurikulum ini saling melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek JERI selaras dengan kehendak sistem pendidikan di negara kita. Aktiviti Gerko telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini. Pada tahun 1985, mata pelajaran kokurikulum diajar dan dimasukkan ke dalam jadual waktu

persekolahan di sekolah rendah. Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara iaitu membina dan

meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956 mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan

kumpulan manakala Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 Jil 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U(A)531, Akta Pendidikan 1996, PeraturanPeraturan (Kokurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti berikut iaitu kegiatan kokurikulum yang bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid berpeluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

2.0 PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM a. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Dalam surat pekeliling Ikhtisas, jawatankuasa kokurikulum sekolah dan jawatankuasa pelaksanaan kokurikulum perlu bekerjasama bagi melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah. Setiap ahli jawatankuasa kokurikulum sekolah perlu memahami peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh mereka. Malah, keseluruhan pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah tertakluk kepada Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan am yang dikeluarkan oleh kerajaan atau Kementerian Pendidikan. Kesemua Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan am ini adalah untuk memastikan pencapaian matlamat, menjadi kerangka pelaksanaan dan pengurusan, mengawal dan menyelaras pelaksanaan dan pengurusan serta menentukan skop dan bidang kuasa pihak yang terlibat. Contohnya, Akta Pendidikan 1996 (Persatuan Sekolah 1998). Ia menjalankan kuasa yang diberikan oleh syeksen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturanperaturan berikut iaitu nama dan mula berkuatkuasa, tafsiran, penubuhan persatuan sekolah, laporan, perubahan dalam peraturan persatuan sekolah, rekod persatuan sekolah, penasihat, akaun, mesyuarat, pemantauhan

pengurusan persatuan, pembubaran persatuan dan pembatalan. Manakala penubuhan persatuan sekolah guru besar atau pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut iaitu mata pelajaran yang diajar, hobi dan rekreasi, sukan dan permainan, badan dan beruniform dan apa-apa persatuan lain yang diluluskan. Tidak ketinggalan juga, terdapat pelbagai surat pekeliling yang

dikeluarkan oleh kementerian yang melibatkan perkara-perkara tertentu dalam pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum. Antaranya ialah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1992, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1999, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2000, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/2000 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
2

17/2000. Contohnya, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1992 adalah panduan menubuh dan pengurusan Persatuan Silat Sekolah. Kandungannya ialah surat pekeliling, panduan penubuhan dan pengurusan Persatuan Silat Sekolah ( pendahuluan, matlamat, dasar penubuhan, pengurusan kelab ). Berdasarkan seksyen 130 Akta Pendidikan, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998 dan terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan laporan secara bertulis kepada guru besar mengenai perkara-perkara yang berikut iaitu perlembagaan dan peraturan persatuan, senarai ahli jawatankuasa persatuan dan senarai aktiviti utama persatuan. Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah dikehendaki mengemukakan laporan secara bertulis kepada guru besar mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan. Laporan itu dikehendaki kemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan yang berkenaan. Guru Besar boleh menerima atau enggan untuk menerima perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan. Guru Besar dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya. Peraturan-peraturan ini dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh pendaftar bila-bila masa. Selain itu, guru besar dikehendaki melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertugas sebagai penasihat atau penasihatpenasihat bagi setiap persatuan sekolah dan guru besar itu dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh pendaftar. Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan guru besar atau penasihat. Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah peraturan hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di papan kenyataan sekolah
3

atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di premis sekolah. Malahan, setiap pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum perlu dicatat dan dilaporkan. Pelaporan aktiviti perlu dilaksanakan mengikut arahan dan pekeliling Ikhtisas 4/86, Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat-maklumat yang perlu dicatat adalah nama persatuan, nama guru-guru penasihat, tarikh dan masa perjumpaan, kehadiran guru penasihat, kehadiran dan jumlah kehadiran pelajar, jenis aktiviti yang diadakan dan maklumat umum. Buku laporan kokurikulum ini perlu disemak oleh penolong kanan kokurikulum pada setiap minggu. Cara ini sesuai digunakan juga untuk pemantauan mingguan yang boleh dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah terhadap setiap persatuan yang ditubuhkan di sekolah. Laporan ini juga dapat memudahkan pentadbiran sekolah membuat laporan apabila Jabatan atau Pejabat Pendidikan Daerah memohon laporan aktiviti kokurikulum. Satu format borang telah disediakan oleh Bahagian sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai kad rekod pelajar. Kad ini boleh digunakan untuk sepanjang persekolahan pelajar selama lima tahun. Skema penilaian sehingga 2004 dilaksanakan dua skema iaitu berfokus pencapaian murid dan penarafan kendiri sekolah berdasarkan standard kualiti pendidikan. Tambahan pula, aspek yang dinilai adalah kehadiran (50%), pencapaian (20%), penglibatan (20%) dan jawatan yang disandang (10%). Aspek pencapaian dan penglibatan dinilai dari peringkat daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Manakala jawatan yang dinilai dari jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, AJK dan ahli dan markah bonus bagi jawatan ketua pelajar, pengawas, ketua darjah dan ahli jawatankuasa.

b. Penubuhan Unit Kokurikulum Secara amnya, hampir semua sekolah di negara ini telah menubuhkan persatuan dan kelab, sukan dan permainan serta unit beruniform. Namun, bilangan persatuan yang ditubuhkan di sesebuah sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, pendaftaran atau pertubuhan di luar institusi sekolah adalah di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan atau Akta Parlimen. Pendaftaran persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah tidak perlu didaftar di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan atau Akta Parlimen. Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan atau kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan atau kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dan bersesuaian dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan. Selain itu, terdapat prosedur-prosedur penubuhan persatuan dan kelab yang tertentu. Unit-unit yang mempunyai badan induk dan unit-unit yang tiada badan induk adalah berbeza dari segi prosedurnya. Penubuhan unit tiada badan induk perlulah mempunyai perundingan antara pengetua/ guru besar atau guru yang terlibat, beri maklumat kepada Jabatan Pendidikan Daerah jika perlu, membentuk perlembagaan, melantik jawatankuasa dan perkara yang lain manakala penubuhan unit-unit yang mempunyai badan induk perlulah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan dengan badan induk berkaitan, mengisi borang permohonan, pengumuman pendaftaran murid dan perkara lain. Malahan, setiap persatuan yang ditubuhkan di sekolah rendah, menengah atau di Institut Pendidikan Guru seharusnya mempunyai perlembagaan dan undang-undang yang telah

ditetapkan oleh badan induk berkenaan. Antara fungsi perlembagaan ini adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan pertubuhan berkenaan serta untuk melicinkan perjalanan sesuatu persatuan dan lain-lain. Terdapat juga beberapa perkara asas yang perlu dicatat dalam sesuatu perlembagaan. Antaranya ialah nama dan alamat persatuan, matlamat, keahlian, yuran, jawatankuasa persatuan (nama jawatan, tugas dan sebagainya), kewangan
5

persatuan, pembatalan dan pembubaran persatuan, pindaan perlembagaan dan mesyuarat-mesyuarat persatuan. Tambahan pula, pelantikan dan pemilihan jawatankuasa bagi sesebuah persatuan di sekolah melalui dua cara iaitu pemilihan dalam mesyuarat agung ( terutama dilaksanakan oleh persatuan dalam bidang persatuan dan kelab, bidang sukan dan permainan ) dan pemilihan mengikut kekananan atau ujian khusus ( terutama dilaksanakan oleh persatuan dalam bidang unit beruniform ). Maka, setiap persatuan yang ditubuhkan di sekolah rendah atau menengah dan di luar institusi pendidikan seharusnya mempunyai struktur organisasinya. Carta organisasi ini secara langsung dapat menyatakan bidang tugas dan peranan setiap ahli jawatankuasa. Antara jawatan dalam persatuan adalah penaung, jurulatih/ guru penasihat/ pemimpin, pengerusi, setiausaha, bendahari dan ketua biro. Penaung disandang oleh pengetua/ guru besar dan bertanggungjawab membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan, jurulatih/ guru penasihat/ pemimpin

mempunyai tugas mengetahui persatuan mengikut perlembagaan, mengurus dan mentadbir persatuan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat

Jawatankuasa Kerja atau melaksanakan keputusan mesyuarat jawatankuasa kerja atau mesyuarat agung. Di samping itu, setiausaha berperanan menyimpan pendaftaran keahlian, urusan surat menyurat dengan badan luar, pentadbir sekolah dan ahli persatuan, bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus manakala bendahari bertanggungjawab menyimpan rekod dan stok harta persatuan, memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang persatuan dan ketua biro bertanggungjawab mengetuai satu kumpulan kecil ahli bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan. Sesungguhnya, guru berperanan sebagai jurulatih, pemudah cara, penyelia, pengurus, pemegang amanah dan pemantau dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah mengikut keperluan.

c. Carta Organisasi Unit Kokurikulum Setiap sekolah rendah dan menengah perlu mewujudkan dua buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum. Kedua-dua jawatankuasa ini adalah berbeza. Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah lebih berfungsi menyediakan polisi

manakala Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum lebih ke arah melaksanakan polisi yang telah ditetapkan. Jawatankuasa tertinggi dalam carta organisasi kokurikulum sekolah ialah pengerusi yang disandang oleh pengetua atau guru besar dan seterusnya ialah setiausaha yang disandang oleh penolong kanan kokurikulum. Seterusnya ialah jawatankuasa iaitu penyelaras bidang unit beruniform, penyelaras bidang persatuan dan kelab serta penyelaras bidang sukan dan permainan. Selain itu, carta organisasi jawatankuasa pelaksanaan kokurikulum juga mempunyai jawatankuasanya yang mempunyai sedikit perbezaan antara carta organisasi jawatankuasa kokurikulum sekolah. Dalam carta organisasi jawatankuasa pelaksanaan kokurikulum, jawatan yang tertinggi dipanggil penaung yang disandang oleh pengetua atau guru besar dan jawatan seterusnya ialah pengerusi yang disandang oleh penolong kanan kokurikulum. Setiausaha kokurikulum pula disandang oleh guru sekolah dan jawatan seterusnya ialah jawatankuasa yang dibahagi oleh penyelaras bidang unit beruniform, penyelaras bidang persatuan dan kelab serta penyelaras bidang sukan dan permainan. Ketiga-tiga penyelaras ini dipertanggungjawabkan oleh guru penasihat dan jurulatih masing-masing.

d. Surat Panggilan Mesyuarat Mesyuarat bermaksud mengadakan satu perhimpunan dengan tujuan untuk mengumpulkan idea atau penyatuan fikiran bagi mendapat keputusan. Bentuk dan proses mesyuarat tersebut boleh dilaksanakan secara tidak formal atau formal. Oleh itu, mengendalikan mesyuarat merupakan satu perkara yang sangat penting dalam pentadbiran dan pengurusan sesebuah persatuan. Malah, sesuatu mesyuarat itu diadakan untuk tujuan seperti menyelesaikan masalah berkaitan dengan organisasi atau persatuan, mengawal aktiviti dan kewangan persatuan dari semasa ke semasa, merancang sesuatu program atau strategi baharu bagi melaksanakan aktiviti persatuan dan lain-lain. Terdapat beberapa jenis mesyuarat yang biasa diadakan oleh persatuan seperti mesyuarat Agung Tahunan, mesyuarat Agung Luar Biasa, mesyuarat Jawatankuasa Kerja, mesyuarat Jawatankuasa Biro dan mesyuarat

Jawatankuasa Sementara. Malah, beberapa agenda mesyuarat perlu ada Mesyuarat Agung Tahunan iaitu ucapan pengerusi, membentang minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas, membentang dan menerima penyata tahunan tahun lalu, membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahun lalu, memilih Jawatankuasa Kerja yang baharu, membincang dan meluluskan cadangan dan ucapan penangguhan. Maka, notis Mesyuarat Agung perlu diedarkan dalam tempoh 14 hari dan perlu ditandatangani oleh setiausaha. Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Tahunan ditentukan oleh perlembagaan. Walau bagaimanapun, contoh agenda mesyuarat adalah perutusan pengerusi, pengesahan minit mesyuarat yang lalu, perkara-perkara bangkit, perkara-perkara baru untuk perbincangan, pembentangan kertas-kertas kerja, hal-hal lain dan penutup. Oleh itu, pengerusi perlu memberi perhatian terhadap panduan yang sedia ada. Apabila tarikh dan waktu mesyuarat sudah tiba dan ahli-ahli jawatankuasa sudah berkumpul, pengerusi mesti memastikan sama ada korum telah mencukupi atau tidak. Bagi mesyuarat jawatankuasa, biasanya korum tidak boleh kurang daripada 50% ahli-ahli yang ada dalam jawatankuasa penuh. Selain itu, pengerusi boleh menunggu tidak lebih daripada 15 atau 30 minit untuk
8

korum dipenuhi oleh ahli jawatankuasa. Selepas itu, jika masih tidak mencukupi bilangan yang hadir, mesyuarat mesti dibatalkan dan dipanggil semula. Tambahan pula, tatacara mesyuarat ialah jangan tiba lewat, elakkan gangguan telefon kecuali perkara terpenting dan tidak meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran. Namun, peranan setiausaha amatlah penting dalam mesyuarat ini. Setiausaha perlu berbincang dengan pengerusi untuk menyediakan agenda mesyuarat, menghantar surat jemputan atau notis mesyuarat lebih awal dan memastikan tempat mesyuarat termasuk sistem PA (siar raya) berfungsi sebelum sesuatu mesyuarat diadakan. Semasa mesyuarat, setiausaha pula bertanggungjawab datang lebih awal ke tempat mesyuarat untuk memastikan semua persiapan tidak tergendala dan mengedar kertas borang kehadiran mesyuarat kepada semua ahli yang hadir. Di samping itu, setiausaha bertanggungjawab menyiapkan minit mesyuarat dengan seberapa segera dan mengedarkan minit mesyuarat berkenaan secepat mungkin untuk tindakan mereka yang terbabit.

e. Sistem fail Sistem fail dan surat-menyurat bagi sesebuah persatuan sangat penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah persatuan, catatan dan keputusan yang telah dilaksanakan. Fail juga merujuk kepada lembaran kertas atau kad berlipat yang digunakan untuk menyimpan rekod secara tersusun, selamat yang berbentuk surat, gambar, maklumat bercetak tentang sesuatu perkara. Tujuan sistem fail adalah untuk memudahkan sesuatu rekod dicari apabila diperlukan tanpa membuang masa dan memastikan maklumat dan rekod tidak hilang, mudah disediakan dan disimpan. Terdapat empat sistem fail utama yang digunakan oleh agensi, sekolah dan persatuan iaitu pengelasan fail mengikut abjad, pengekalan fail mengikut perkara, pengekalan fail mengikut angka dan pengekalan fail mengikut tempat atau kawasan. Untuk pengetahuan, fail yang dibuka hendaklah diberi tajuk ringkas yang membayangkan isi kandungan di dalamnya dan satu fail sesuai satu perkara sahaja. Selain itu, fail yang telah diberi tajuk hendaklah diberi nombor iaitu berasaskan susunan abjad huruf pertama tajuk fail berkenaan ( 01, 02, 03, 04) dan fail-fail yang telah diberi tajuk dan nombor hendaklah didaftarkan untuk membolehkan fail-fail itu disimpan dan diedarkan secara terkawal dan sistematik serta diakses dengan mudah. Sebaliknya fail hendaklah didaftarkan dalam kertas-kertas doket yang mempunyai nombor siri AM89 dan 89A yang ada dijual di Jabatan Cetak. Fail yang telah didaftarkan perlu diselenggara dengan cekap dan cermat dan apabila satu fail itu memerlukan tindakan mengikut kadar yang serta merta maka tanda bercetak yang menunjukan tindakan yang perlu diselamatkan pada kulit fail. Apabila selesai perlu ditanggalkan. Antara perkara lain mengenai sistem fail ialah sampul kecil, kertas minit dan penutupan fail. Satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya tidak ditemui dan mengandungi satu tajuk sahaja. Apabila fail yang hilang ditemui, fail sementara ini ditutup dan dimasukkan ke dalam fail besar. Fail ini tidak aktif. Seterusnya, kertas minit dikepil pada fail bahagian dalam helaian hadapan
10

sesuatu fail. Surat-surat yang dimasukkan ke dalam fail perlu direkod pada kertas minit mengikut urutan tarikh. Fail hendaklah ditutup apabila telah mengandungi 100 kandungan surat atau difikirkan terlalu tebal. Setelah sesuatu fail penuh dan ditutup. Malahan, pengerusi dan setiausaha mempunyai fail masing-masing. Fail pengerusi mengandungi maklumat ahli, senarai AJK dan penasihat, perlembagaan persatuan dan minit mesyuarat dan fail setiausaha mengandungi minit mesyuarat, surat berkaitan kelab, buku panduan kelab, perlembagaan kelab, maklumat ahli, senarai AJK dan penasihat dan laporan mingguan. Dalam sistem fail ini merangkumi surat menyurat iaitu surat rasmi, antaranya surat panggilan mesyuarat, surat perhubungan dan sebagainya. Beberapa perkara asas dalam sesuatu surat rasmi yang ditulis oleh persatuan. Antaranya ialah logo/nama/alamat sekolah dan persatuan, nama jawatankuasa tertinggi persatuan, nombor fail, tarikh, alamat penerima, membuka surat, perkara (tujuan), kandungan surat, ucapan terima kasih, cogan kata, yang menurut perintah, tandatangan dan nama dan jawatan.

11

KERTAS KERJA PUSAT PERKHIDMATAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOTA KINABALU

1. 0 Pendahuluan Lawatan sambil belajar sering dianjurkan oleh persatuan - persatuan kokurikulum di sekolah. Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu tempat, kawasan, bangunan atau apa - apa yang memberikan ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan baru. Kepentingan aktiviti ini turut mendapat liputan meluas dalam media massa terutamanya akhbar dan televisyen negara ini. Sesungguhnya, terdapat pelbagai manfaat yang ditimbul menerusi aktiviti luar darjah ini terutama kepada pelajar. Program lawatan sambil belajar ke Kota Kinabalu ini merupakan satu aktiviti luar yang melibatkan guru dan pelajar. Melalui aktiviti ini, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih intim. Keakraban ini terjalin kerana guru dan pelajar perlu berinteraksi apabila merancang aktiviti seperti ini untuk satu tempoh yang lama. Malahan, pelajar berupaya mempelajari teknik - teknik mengurus serta memperoleh satu pengalaman unik yang tidak boleh diperoleh di mana mana. Pelajar boleh menggunakan pengalaman ini sebagai satu peluang untuk menjadikan hidup mereka lebih baik.

2.0 Objektif 2.1 Berkongsi dan menambah ilmu pengetahuan tentang pengurusan dan pengendalian Pusat Perkhidmatan semasa lawatan ke sekolah tersebut. 2.2 Menanam sikap tolong menolong dan berdikari di kalangan pelajar. 2.3 Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali SMK Sanzac, SMK Tun Fuad serta Bandaraya Kota Kinabalu. 2.4 Merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli ahli dan guru guru Pusat Perkhidmatan.

12

2.5 Menambah ilmu pengetahuan semasa membuat lawatan sambil belajar yang berasaskan Perancangan dan Pengurusan Pusat Perkhidmatan. 2.6 Mengadakan hubungan baik dengan Pusat Perkhidmatan (koperasi) sekolah lain.

3.0 Tarikh, Masa dan Tempat Tarikh Hari Masa Tempat : 4 Oktober 2011 - 6 Oktober 2011 : Selasa - Khamis : 11.00 pagi ( 4 Oktober 2011 ) - 1.35 petang ( 6 Oktober 2011 ) : Centre Point, Kota Kinabalu City Mall, Kota Kinabalu Musical Fountain, Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Kota Kinabalu Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad, Kota Kinabalu Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu Warisan Square, Kota Kinabalu

4.0 Penyertaan 4.1 Semua guru penasihat, ahli jawatankuasa dan ahli ahli Pusat Perkhidmatan. 4.2 Anggaran jumlah peserta adalah 30 orang termasuk guru pengiring.

5.0 Tentatif Program / Atur Cara 4 Oktober 2011 ( Selasa ) 11.00 11.30 am 11.30 12.00 pm 1.35 2.15 pm 3.00 3.30 pm 4.00 6.30 pm 7.00 7.30 pm 7.30 9.00 pm : Taklimat sebelum bertolak oleh Tuan Pengetua Cemerlang SM ST Patrick. : Bersiap sedia. : Bertolak ke Kota Kinabalu. : Mendaftar masuk ke tempat penginapan. : Membeli belah dan bersiar siar. : Makan malam. : Membeli belah dan bersiar siar di Musical Fountain.
13

9.00 pm 9.00 10.00 pm 10.00 pm

: Balik ke tempat penginapan. : Rehat dan mandi. : Tidur.

5 Oktober 2011 ( Rabu ) 8.00 8.30 am 8.30 am 9.00 11.00 am 12.00 12.30 pm 12.30 5.00 pm 6.00 8.00 pm 8.00 8.30 pm 8.30 9.30 pm 9.30 pm 9.30 10.30 pm 10.30 pm : Sarapan pagi. : Bertolak ke SMK Sanzac. : Lawatan di SMK Sanzac. : Makan tengah hari. : Membeli belah dan bersiar siar. : Menonton panggung wayang. : Makan malam. : Membeli belah dan bersiar siar. : Balik ke tempat penginapan. : Rehat dan mandi. : Tidur.

6 Oktober 2011 ( Khamis ) 7.00 7.30 am 7.30 am 8.00 10.00 am : Sarapan pagi. : Bertolak ke SMK Tun Fuad. : Lawatan di SMK Tun Fuad. Balik ke penginap untuk bersiap sedia pergi ke airport. 1.35 pm : Jangkaan tiba di Tawau.

6.0 Jawatankuasa Pengelola Penaung : En. Tung Yow Choi ( Pengetua Cemerlang SM ST Patrick Tawau ) Penasihat : Pn. Thien Mui Nyuk ( Ketua Rombongan Program ) : Cik Wong Fui Lin : En. Chin Tze Yit
14

Pengerusi Setiausaha Bendahari

: Ho Yi Ling : Lim Yee Jin : Tan Ja Yong

Ahli Jawatankuasa : i. Fotografi : Scott Adam Monisoh

ii. Makanan : Chin Ming Chun iii. Minuman : Chang Vui Dat

7.0 Anggaran Perbelanjaan Anggaran Belanjawan

( A ) Sumber kewangan i. Yuran ( RM 250 x 17 ) ii. Tajaan Pusat Perkhidmatan Jumlah RM 4250 RM 2000 RM 6250

( B ) Perbelanjaan i. Pengangkutan ( Kapal Terbang ) ii. Penginapan iii. Makanan iv. Minuman v. Lain lain ( Tabung Kecemasan ) vi. Cenderahati Jumlah RM 4000 RM 1000 RM 1000 RM 100 RM 50 RM 100 RM 6250

8.0 Penutup Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sihat untuk dipraktikkan. Oleh itu, kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini sama ada yang terlibat secara lansung atau tidak lansung amatlah dihargai. Semoga program ini dapat

15

mencapai objektif yang dirancang demi meningkatkan lagi potensi jati diri pelajar yang terlibat.

Disediakan oleh:

Tze Yit
( CHIN TZE YIT ) Guru Penasihat, SM ST Patrick, Tawau.

Disemak oleh:

Mui Nyuk
( THIEN MUI NYUK ) Ketua Guru Penasihat, SM ST Patrick, Tawau.

Diluluskan oleh:

yow choi
( TUNG YOW CHOI ) Pengetua, SM ST Patrick, Tawau.

16

KESIMPULAN Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Menurut Abd. Alim, aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum. Kegiatan kokurikulum sesungguhnya penting untuk membantu melengkapi dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping itu ianya dapat menunjukkan perubahan tingkah laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru itu, Kementerian Pelajaran telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar pula ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah diprogramkan.

Kementerian Pelajaran (1989) menyatakan gerak kerja kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalamanpengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti bidang badan beruniform, bidang persatuan dan kelab dan bidang sukan dan permainan.

Namun begitu, sekolah-sekolah di Malaysia masih terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dan keberkesanan gerak kerja kokurikulumnya. Antara sebabnya adalah wujudnya anggapan bahawa gerak kerja kokurikulum ini tidak penting kerana tidak menekankan intelek. Menurut Coleman (1961), melalui model Zero Sum menegaskan bahawa penglibatan yang tinggi oleh para pelajar dalam kegiatan kokurikulum akan melemahkan pencapaian akademik mereka akibat daripada pengurangan masa yang digunakan untuk pembelajaran akademik.

17

Anda mungkin juga menyukai