Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN Isi Kandungan Prakata 1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif 1.3 Kaedah 1.

4 Batasan 1.5 Definisi Konsep Tatabahasa 2.0 Morfologi 2.1 Morfem Bebas 2.2 Morfem Terikat 3.0 Sintaksis 3.1 Klausa 3.2 Ayat 3.3 Ayat Tunggal 3.3.1 Susunan Konstituen Ayat Tunggal 3.3.2 Susunan Songsang 3.4 Ayat Majmuk 3.4.1 Ayat majmuk Gabungan 3.4.2 Ayat Majmuk Pancangan 3.4.2.1 Ayat Relatif 3.4.2.2 Ayat Komplemen 3.4.2.3 Ayat Keteragan 3.4.3 Ayat Majmuk Campuran 4.0 Kesimpulan 5.0 Cadangan Lampiran BIBLIOGRAFI 1 1 2 2 2-3 3 4 4 5 5-6 6 6-7 7-8 8-9 9 10 10 11 11 11 12 13 13 14 16 i ii

PRAKATA Saya bersyukur kepada Allah yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, saya ditolong oleh banyak pihak secara langsung dan tidak langsung. Dengan menggunakan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah mata pelajaran Tatabahasa Melayu iaitu Profesor Madya Dr. Haji Che Ibrahim Salleh kerana beliau banyak menolong saya apabila saya menghubungi melalui telefon. Beliau juga menjelaskan cara membuat kajian ini. Saya juga perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya, kerana mereka memberi banyak idea apabila saya menjumpai mereka tanpa menunjukkan rasa jemu. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya, kerana mereka banyak menolong saya apabila saya meminta bantuan tanpa mengira masa. Saya berharap agar kerja kursus ini memenuhi kehendak sebagaimana yang diinginkan oleh pensyarah dan saya juga bersedia untuk menerima segala komen yang diberikan oleh pensyarah dengan hati terbuka. Sekian, terima kasih.

ii

1.1 PENGENALAN MENGENAI MAJALAH MASTIKA

Pengkaji memilih majalah Mastika keluaran April dan Mei 2012 untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan buku tersebut. Buku ini dicetak oleh Kumpulan Utusan Karya Sdn. Bhd.. Buku ini merupakan salah satu majalah yang digemari ramai . Pengkaji mendapati buku ini sesuai untuk dijadikan bahan untuk menyiapkan tugasan tatabahasa ini. Apabila pengkaji meneliti buku ini, pengkaji dapati buku ini mengandungi beberapa bahagian mengikut topik yang dibincangkan. Pengkaji mengkaji buku ini dalam dua aspek yang utama iaitu aspek morfologi dan sintaksis. Setelah dikaji, didapati kedua-dua aspek ini memainkan peranan penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Ia juga boleh dikatakan sebagai tulang belakang tatabahasa Bahasa Melayu. 1.2 OBJEKTIF Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan majalah pilihan iaitu Mastika dari segi penggunaan tatabahasa. Ia juga untuk mengkaji penggunaan

morfem bebas morfem terikat klausa ayat tunggal ayat majmuk.

1.3 KAEDAH

Saya menggunakan bererapa kaedah kajian yang berkesan untuk saya sepanjang membuat kajian ini. Antaranya ialah:

Kaedah Perpustakaan Kaedah Perbincangan Kaedah Jurnal Kaedah Teknologi Maklumat (Internet) Kaedah Buku

1.4 BATASAN Saya membuat kajian ini dari segi penggunaan morfem bebas, morfem terikat, klausa, ayat tunggal dan ayat majmuk. Saya mengkaji kekuatan penggunaan unit tatabahasa ini dalam majalah pilihan saya.

1.5 KONSEP TATABAHASA Mengikut tatabahasa dewan edisi baharu tatabahasa ditakrifkan sebagai bahasa yang terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi cara perkatan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan segi cara perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat.

Mengikut Modul Tatabahasa Melayu Universiti Putra Malaysia, tatabahasa dikonsepkan sebagai

Seperkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun. Salah satu cabang telaah atau kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa. Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang atau tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa.

2.0 MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan atau funsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.Perkataan makan (April, m/s 11) misalnya terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan dimakan pula mengandungi dua morfem, iaitu di- dan makan. Ada perkataan yang mempunyai tiga morfem, misalnya mancatatkan (April, m/s 11) men + catat + kan; dan ada yang mempunyai empat morfem.

2.1 MORFEM BEBAS Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian.Contohnya dalam majalah Mastika keluaran Mei mengandungi banyak morfem bebas. Antaranya perkataan beli (m/s 62) rehat, (m/s 63), bentuk (m/s 78), cari (m/s 74) ialah morfem bebas. 2.2 MORFEM TERIKAT Morfem terikat ialah yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Saya mendapati dalam majalah Mastika penggunaan morfem terikat adalah paling banyak daripada morfem bebas. Boleh dikatakan juga penggunaan morfem terikat wujud di setiap muka surat buku teks tersebut. Contoh perkataan morfem terikat berdasarkan Majalah Mastika Mei ialah seperti umurnya (m/s 27), menolong, menyusun (m/s 64) memasak (m/s 28), dimakan (m/s 28) dan banyak lagi. Daripada contoh-contoh tadi jelas terdapat perbezaan anatara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas, yang bermakna dan dapat berdiri sendiri, misalnya masak, beli, dan rehat. Perkataan anatara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, ada morfem yang bebas dan ada yang morfem terikat tetapi beli (m/s 62) rehat, (m/s 63), bentuk (m/s 78), cari (m/s 74) misalnya ialah contoh bentuk-bentuk yang bebas kerana masing-masing mengandungi maknanya secara tersendiri, manakala bentuk kan dalam belikan, -an dalam carian -ber dalam berbentuk akan hanya mempunyai makna dn fungsi apabila ditambah pada bentuk-bentuk bebas yang tertentu. Oleh itu, bentuk-bentuk bebas seperti beli (m/s 62) rehat, (m/s 63), bentuk (m/s 78), cari (m/s 74) contoh perkataan dalam bahasa Melayu yang megandungi morfem-morfem yang berikut; beli (m/s 62) rehat, (m/s 63), bentuk (m/s 78), cari (m/s 74). Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem, tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan system morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan penimbuhan. 4

3.0 SINTAKSIS Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau kontruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. 3.1 KLAUSA Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengadungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klusa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya: 1. dia lari (Mastika Mei , m/s 38) 2. mereka tinggal di bandar (Mastika Mei, m/s 38)

Dalam (1) klausa dia lari mengandungi subjek dia dan predikat lari dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap : dia lari. Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boeh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks, seperti dalam contoh berikut: 4) dia lari di padang. (Mastika Mei , m/s 38) 5) mereka tinggal di Bandar Kuala Lumpur.( Mastika Mei , m/s 38)

Dalam ayat (4), konstituen dia lari merupakan klausa bebas yang terbentuk dalam ayat yang mengandungi satu klausa lain, iaitu di padang. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut klausa tak bebas. Dalam ayat mengandungi klausa bebas dan tak bebas klausa bebas disebut klausa utama sebagaimana yang terdapat dalam rajah berikut: dia lari klausa bebas klausa utama di padang klausa tak bebas

3.2

AYAT Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa

dan mangandungimakna yang lengkap. Ayat boleh berbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapanya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. 3.3 AYAT TUNGGAL Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tungga seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Jika diperhatikan dalam bahagian ayat dasar di atas, binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahuluhi konstituen predikatnya. Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat seperti ayat berikut:

Subjek 1.Hang Tuah 2. Dia 3. Saya 4. Kuda

Predikat tidak wujud. (m/s 12) suka menulis (m/s 86) Membeli buku aktiviti. (m/s 104) petani itu telah hilang. (m/s 64)

3.3.1 SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu; i. ii. Susunan biasa Susunan songsang

i. Susunan Biasa Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut; Subjek 1. Kosen 2. Dia 3.Kami Predikat Menghabiskan masanya di rumah. (m/s 49) memandang tepat ke wajahku.(m/s 61) kembali ke rumah penginapan. (m/s 70)

Dalam ayat-ayat mempunyai susunan biasa seperti yang atas, suasana ucapan adalah biasa dalam erti katabahawa tidak terdapat penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsurnya. Tetapi lazimnya, dalam percakapan dan penulisan biasa terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. 7 Penegasan atau penekanan itu timbul dengan dua cara, iaitu dengan cara menggunakan kata-kata agtaupun dengan cara mengubah kedudukan susunan konstituen-konstituen ayat. Kedua-dua cara iti munkin digunakan secara berasingan ataupun secara serentak.

Kata-kata penegas yang biasa digunakan ialah -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh-contoh berikut; a) Ini nasib saya. (m/s 61) b) Inilah nasib saya. a) Cuaca pada hari ini panas (m/s 91) b) Cuaca pada hari ini panaslah. 3.3.2 SUSUNAN SONGSANG Ayat tunggal dalam bahasa Melayu, selain wujud dalam susunan biasa boleh wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan dan penjudulan. Dalam susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan. i) Pendepanan seluruh predikat i) Pendepanan seluruh predikat Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke hadaapan mendahului subjek. Contoh-contoh proses pendepanan adalah seperti yang berikut; a) Saya menjaga ibu dengan baik. (m/s 84) b) Dengan baik saya menjaga ibu. c) Bunga itu berbau wangi. (m/s 93) d) Berbau wangi bunga itu. 8 Proses pendepanan ini berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas kah, -tah, dan lah. Dalm proses ini pendepanan seluruh predikat adalah wajib. Contohnya seperti berikut;

a) Ibu saya dia. (m/s 38) a.i) Ibu saya dialah. b) Dialah ibu saya. 3.4 AYAT MAJMUK Ayat majmuk ilah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dn percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikan ayat baharu. 1) Wanita tua itu memasak, makan, minum dan tidur. (m/s 28) a) b) c) d) Wanita tua itu memasak. Wanita tua itu makan. Wanita tua itu minum. Wanita tua itu tidur.

Daripada contoh-contoh di atas jelas kelihatan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat majmu. Dengan berdasarkan cara ayat-ayat majmuk itu dibentuk, boleh dikatakan terdapat tiga jenis utama, iaitu; i) ii) iii) Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk pancangan Ayat majmuk campuran

9 2.4.1 Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya seperti dalam contoh-contoh berikut: 1) Wanita tua itu memasak, makan, minum dan tidur. (m/s 28) 2) Siti selamat tetapi orang minyak sudah ghaib. (m/s 32) 3) Ayah tidak pernah berhubung atau bertanya khabar.(m/s 85) 2.4.2 Ayat Majmuk Pancangan

Ada ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayatayat itu tidak sama. Seperti yang telah diterangkan dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat ataulebih yang yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdirir sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu atau ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di di dalam ayat induk dan menjadi sebahagia daripada ayat induk itu. Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan iaitu: i) ii) iii) Ayat relatif Ayat komplemen Ayat keterangan

10

3.4.2.1

Ayat Relatif

Ayat relatif ialah ayat yang dikenal dengan penggunnan perkataan yang seperti dalam contoh-contoh berikut: 1) Saya membentangkan tikar yang dibekalkan oleh Telekom Malaysia kepada semua jemaah haji. (m/s 18) 2) Air yang meleleh di dagu, disapu dengan lemah lembut. (m/s 40) 3) Segalanya berpunca daripada ayah yang ada teman wanita lain. (m/s 82) 3.4.2.2 Ayat komplemen

Ayat telah dipancangkan ke dalam ayat untuk melengkapi kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan seperti ini, yang berbeza daripada hubungan ayat relatif disebut hubungan komplemen. Pembentukan ayat-ayat amjmuk komplemen biasanya disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawa, dan untuk. 1) Barber menggunakan istilah itu untuk menunjukkan suatu proses tawar-menawar. (m/s 52) 2) Pemandu-pemandu motosikal menyedari bahawa kemalangan jalan berlaku atas kesilapan mereka sendiri. (m/s 78)

11 3.4.2.3 Ayat keterangan

Ayat majmuk keterangan ialah ayat amjmuk terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. 1) Kang Gyuong Seok tercengang sebaik menuruni pesawat Boeing di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. (m/s 12)

3.4.3 AYAT MAJMUK CAMPURAN Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian biasanya panjang. Perhatikan contoh ayat dibawah; 1) Kasut yang bersih selesa dipakai dan baik untuk kesihatan kaki.(m/s 51) Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambung dengan kata hubung dan. Ayat pertama ialah kasut yang bersih selesa dipakai sementara ayat yang kedua ialah baik untuk kesihatan kaki.

12 4.0 KESIMPULAN

Melalui pengajian ini, saya dapat ketahui banyak penggunaan tatabahasa dalam buku tek bahasa Melayu tahun 1. Saya juga dapat memahami dengan lebih jelas mengenai maksud morfologi, sintaksis, morfem bebas, dan morfem terikat. Seterunya saya juga dapat memahami penggunaan tatabahasa dari segi klausa, ayat tunggal dan ayat majmuk. Melalui pengajian saya juga dapat belajar banyak perbenaan diantara ketiga-tiga unit tatabahasa ini dengan lebih jelas. Saya rasa apa yang dikaji ini akan membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya semasa di sekolah.

5.0

CADANGAN Penggunaan tatabahasa di dalam majalah Mastika merangkumi semua aspek

morfologi dan sintaksis. Setiap perkataan dan ayat yang diolah amat baik dan memudahkan pembaca memahami maksud yang ingin disampaikan. Sukar untuk saya mencari kesalahan di dalam majalah ini. Ayat-ayat diolah dalam bentuk perbualan. Jadi untuk menyatakan kesalahan dalam ayat tersebut agak sukar kerana melibatkan dialog. Bagi saya tatabahasa dalam majalah Mastika boleh dipertingkatkan lagi untuk pembacamuda.

13

BIBLIOGRAFI
Che Ibrahim Hj. Salleh(2006). Tatabahasa Melayu. Serdang: Bahagian Penerbit Bahan Kendiri Nik SafIah Karim dll. (1995). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Majalah Mastika, April 2012, Utusan Karya Sdn. Bhd. Majalah Mastika, Mei 2012, Utusan Karya Sdn. Bhd. www.tatabahasa-sintaksis.com diperoleh pada 28 April 2012 www.tatabahasa-morfologi.com diperoleh pada 28 April 2012

16