Anda di halaman 1dari 25

Jenis-jenis Model yang digunakan untuk menangani masalah tingkah laku David oleh

Mr. Robert.

Carta pai yang menunjukkan jenis-jenis Model yang diaplikasi dalam menangani kes
masalah tingkah laku David.

Model Pengurusan Kelompok ( Kounin)

Model Pengurusan Kelompok atau Model Kounin dipelopori oleh Jacob Kounin.

Jacob Kounin merupakan seorang teoris dalam pengurusan bilik darjah. Dalam Model

Kounin terdapat dua entiti utama iaitu

a) Disiplin

b) Pengajaran

Disiplin di sini membawa maksud usaha guru untuk mengekalkan tingkah

laku yang baik dalam bilik darjah. Manakala, pengajaran pula bererti usaha membantu

pelajar memperoleh maklumat dan kemahiran. Kounin telah berusaha dengan cuba

untuk mengubah corak pemikiran dengan mengintegrasi nilai pengajaran dan disiplin.

Kounin terkenal dengan Konsep Kesan Riak. Ia berpunca daripada satu

peristiwa yang berlaku semasa beliau mengajar Ilmu Kesihatan.


Situasi :

Seorang pelajar yang duduk di belakang membaca surat khabar semasa

Kounin sedang mengajar di depan kelas. Surat khabar itu telah dibentangkan

sepenuhnya sehingga dia tidak dapat melihat muka beliau. Tindakan yang telah diambil

oleh Kounin ialah untuk meminta pelajar tersebut untuk berhenti membaca surat khabar

dan tumpukan perhatian dalam kelas. Apabila pelajar tersebut akur dengan arahan

beliau secara automatiknya segelintir pelajar lain yang turut tidak menumpukan

perhatian dalam kelas mula mengikuti pelajaran hari tersebut. Sebelum itu, mereka

sedang bercakap dengan rakan, mengedar nota dan sebagainya. Melalui tindakan

pelajar dalam kelas itu, Kounin mengetahui bahawa bukan cara guru bertindak sebagai

reaksi tetapi cara guru untuk menangani sesuatu masalah tingkah laku yang

mencetuskan reaksi positif atau negatif dalam diri pelajar.

Cara Cikgu Robert mengamalkan Model Kounin

Teknik-teknik Pengurusan Bilik Darjah oleh Kounin

Teknik Huraian Ringkas Tindakan Guru

“With-itness” Kebolehan guru Peka terhadap bunyi dalam bilik


mengetahui apa yang darjah.

sedang dilakukan oleh Susun kerusi dan meja murid

semua murid pada setiap supaya tiada yang terselindung.

masa. Semasa member bimbingan

peribadi, pastikan tidak

membelakangkan murid yang

lain.

Maklumkan apabila mengesan

salah laku yang timbul agar

dapat mengawalnya sebelum

bertambah buruk.
Bertindak-tindih Kebolehan guru untuk Sambil menumpukan perhatian

menangani dengan kepada satu kumpulan, guru

berkesan dua peristiwa perlu juga prihatin terhadap apa

pada satu masa yang yang berlaku di sekeliling,

sama. misalnya: gerak-geri murid yang

duduk di barisan belakang.


Kelicinan Kebolehan guru untuk Membuat perancangan awal agar

membuat peralihan licin dapat mengawal berlakunya

antara dua aktiviti perkara-perkara ynag tidak

pembelajaran. berkaitan.

Tidak mengganggu murid yang

sedang membuat kerja.

Bantu murid yang menghadapi

masalah.
Momentum Kebolehan guru Tidak mengulang konsep kecil

memastikan pembelajaran yang telah difahami.

berlaku pada kadar yang Betulkan kesilapan murid tanpa

stabil. membibir, kemudian teruskan

dengan pengajaran lanjut.

Benarkan murid bergerak dari

satu aktiviti lain tanpa dipaksa

untuk menunggu murid yang

agak lambat.
Kepekaan Kebolehan guru untuk Kemukakan soalan setelah

Kelompok mengekalkan penglibatan pastikan tumpuan semua murid.

aktif murid dan Wujudkan minat murid melalui

mewujudkan minat soalan yang bercorak suspens.

mereka. Minta seluruh kelas menjawab

bersama-sama.

Mengelilingi kelas sambil minta

murid tunjukkan hasil kerja

masing.

Minta seorang murid menjawab

sambil memandang ke arah

murid yang lain.


Teknik-teknik dalam Model Kounin

Penilaian Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Kelompok Kounin

KEKUATAN

KELEMAHAN

KEKUATAN
KELEMAHAN

KEKUATAN

KELEMAHAN

Pengenalan
Pengurusan bilik darjah adalah amat penting agar focus dan matlamat pelajar tidak tersasar

dari pengajaran dan pembelajaran. Menurut pentadbir sekolah dan guru- guru, pengurusan

bilik darjah adalah sinonim dengan pengawalan disiplin.


Menurut American Heritage Dictionary of English Language,

Perkataan ‘Disiplin’ merujuk kepada mencegah atau

menghukum salah laku yang timbul .

Disiplin juga bermaksud ‘latihan yang dijangkakan menghasilkan

watak yang khusus atau pola tingkah laku.

Disiplin ialah peraturan yang dibentuk mengekalkan kawalan

bilik darjah yang baik.

Merupakan usaha guru dalam membantu murid-murid

berkelakuan baik.

Disiplin ialah hukuman yang bertujuan


membetulkan/melatih tingkah laku yang terkawal
lanjutan latihan yang diberikan.

Model-model Pengurusan Bilik Darjah

Model-model pengurusan bilik darjah ini diutarakan oleh ahli-ahli teoris, para

pendidik dan pengamal. Ia dirangka berasaskan darjat kawalan yang berbeza iaitu

daripada kawalan kendiri.

Perspektif mengenai Pengurusan Bilik Darjah.


Fokus Utama: 4 Model yang mengandungi unsur disiplin.

Terdapat 5 model dalam pengurusan bilik darjah

Persamaan antara 4 Model

Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah.

Disiplin mendahului pengajaran perlu wujud konsekuen bagi tingkah laku yang

kurang sesuai.
7 Model Lain yang berkaitan Dengan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Pelajar
Teori-teori lain yang boleh dikaitkan:

1. Teori Psikososial Erik Erikson

Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu –

individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personality seseorang kanak-

kanak dibentuk hasil daripada perkembagan psikososial ini. Kejayaan atau kegagalan

menyelesaian krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri

seseorang individu dan dalam kes ini ialah David. Pada tahap 4th Standard David

berada dalam peringkat Industri lawan rasa rendah diri. Kegagalan David untuk

menyiapkan kerja rumah dan menyusahkan pelajar lain menyebabkan David tidak

disenangi oleh rakan sekelas dan gurunya Cikgu Robert. Walaupun masalah rendah diri

tidak begitu menonjol dalam situasi ini namun kita boleh lihat bahawa ketidakupayaan

David dalam membentuk hubungan psikososial yang baik dengan rakan sekelas. Ini

sekaligus membawa kepada masalah tingkah laku dalam diri David.

Regulasi Emosi ialah cara yang berkesan untuk mengawal ledakan emosi

supaya individu boleh mengawal diri dalam suatu keadaan. Di bawah adalah beberapa
idea yang dikemukakan oleh Carolyn Saarni (Santrock, 2007) bagi mengatasi masalah

emosi yang dialami oleh David, En. Robert dan rakan sekelas David.

Kemahiran Contoh

1. Kesedaran emosi diri sendiri. Boleh membezakan emosi diri dalam

pelbagai keadaan.

Contoh 1: Cikgu Robert harus

mempraktikkan diri untuk bersabar dan

tidak cepat naik angin semasa berada

dalam kelas.

Contoh 2: David memberitahu bahawa

segalanya adalah kerana kesilapannya

dan dia berjanji untuk insaf tetapi gagal

melakukannya. Tetapi, dia masih

mengulangi kesilapannya selepas

beberapa hari dia bertaubat.


2. Mengenalpasti emosi orang lain. Memahami keadaan emosi orang lain.

Contoh 1: Kegagalan David tidak

berkerjasama dalam kumpulan telah

mengurangkan prestasi keseluruhan

kumpulannya.

Contoh 2: David juga mengganggu

pelajar-pelajar lain semasa mereka

membuat aktiviti kumpulan.

3. Menggunakan perkataan- Menggunakan perkataan yang


perkataan yang menggambarkan menggambarkan emosi dalam situasi

emosi yang releven dengan tertentu dengan tepat dan sesuai.

situasi yang dihadapi. Contoh : Jika David tidak mahu rakan-

rakan sekelasnya memandang rendah

terhadap David, Cikgu Robert meminta dia

mengubah sikapnya.
4. Berempati dan simpati dengan Sensitif terhadap perasaan orang lain

keadaan yang dialami oleh orang yang sedang kecewa atau terduka.

lain. Contoh 1: Cikgu Robert harus

membincangkan dan menerangkan salah

anggapan David itu dengan jelas dan pada

masa yang sama beliau harus memastikan

David tidak berasa terancam.

Contoh 2: Secara tidak langsung tingkah

laku David telah menunjukan bahawa dia

tidak menyukai Cikgu Robert dan rakan

sekelas barunya. David seharusnya

memahami kekecewaan Cikgu Robert dan

rakan sekelasnya disebabkan oleh

tindakannya.
5. Menyedari bahawa emosi Seseorang yang sedang marah tidak

dalaman tidak semestinya diluah semestinya menunjukkan kemarahan

secara luaran. secara fizikal.

Contoh 1: Cikgu Robert mengunci tangan

David dan memaksanya pergi ke bilik guru


besar bersama dengannya

Contoh 2: Pada suatu hari, Cikgu Robert

tidak membenarkan David keluar pada

waktu rehat kerana dia tidak menyiapkan

kerja rumah yang diberi olehnya.


6. Mengawal emosi negatif dengan Mengawal marah dengan meninggalkan

meregulasikan emosi tersebut. situasi yang menyebabkan emosi

tersebut atau fikirkan atau berkongsi

perkara-perkara yang boleh meredakan

perasaan marah.

Contoh 1 : Semasa berbincang dengan

Cikgu Robert secara peribadi dalam bilik

darjahnya yang kosong, David

memberitahu tentang sebab-sebab David

berkelakuan kurang senonoh dalam bilik

darjahnya.
7. Sedar tentang keupayaan emosi Menunjukkan kemarahan kepada

yang dapat mempengaruhi seseorang rakan yang boleh

sesuatu hubungan. menjejaskan persahabatan dan nama

baik.

Contoh 1: Kegagalan David tidak

berkerjasama dalam kumpulan telah

mengurangkan prestasi keseluruhan

kumpulannya.

Contoh 2: Apabila rakan sekelas David


ingin membantunya, dia menghancurkan

usaha mereka.

Contoh 3: David juga mengganggu

pelajar-pelajar lain semasa mereka

membuat aktiviti kumpulan.

Contoh 4: David menghentam barang-

barangnya ke atas meja sehingga

pensilnya melantun ke arah dinding

semasa aktiviti kumpulan Matematik.

Teori Perkembangan Moral Piaget

Teori Perkembangan mengkaji pemikiran kanak-kanak dalam menaakul dan

memberi hujah terhadap persoalan yang terlibat dengan moral. Kanak-kanak melalui 3

peringkat dalam pemikiran moral:

i) Umur 4-7 tahun (Peringkat moral heteronomus)

Tahap ini merupakan peringkat perkembangan moral. Masalah –masalah

yang dihadapi oleh David pada tahap ini tidak dinyatakan dalam petikan.

Namun, tindakan negatif David mungkin berpunca daripada peringkat


moral heteronomus. Peringkat ini boleh dinilai melalui akibat sesuatu

tindakan.

ii) Umur 7-10 tahun (Peringkat transisi)

Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada

ciri-ciri peringkat seterusnya.

iii) 10 tahun ke atas

Mula menyedari peraturan dan undang-undang dicipta oleh manusia dan

bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan

niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral

berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkah

laku. David berada peringkat ini. Dia sudah mula memberi masalah

kepada rakan sekelas dan Cikgu Robert hanya untuk menarik perhatian

mereka.

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg


Kohlberg berpendapat,

Penaakulan moral berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang individu

walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada

peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang.

Teori Trait Gordon Allport

Menurut Allport, personaliti merupakan satu organisasi dinamik seseorang

individu yang menentukan kebolehan penyesuain yang unik terhadap persekitaran.

Beliau berpendapat manusia mempunyai trait dan sifat-sifat tertentu. Oleh itu, beliau

mengklasifikasikan trait manusia kepada 3 jenis iaitu

a) Trait Kardinal

b) Trait Pusat
c) Trait Sekunder

Teori Trait Raymond Catell

Cartell menyifatkan personaliti manusia sebagai gabungan beberapa trait yang

khusus yang berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku.Personaliti merupakan

sesuatu yang berupaya menghasilkan sifat serta tingkah laku yang konsisten.

Personaliti merupakan sesuatu yang membenarkan kita membuat ramalan apa yang

akan dilakukan oleh seseorang dalam sesuatu situasi.

Cartell telah menghasilkan 16 PF (Personality Factor), yang mewakili personaliti

dan dinamakan sebagai trait sumber. Trait Sumber merupakan sifat-sifat yang tidak

dapat dilihat secara jelas tetapi boleh dikenal pasti melalui kaedah analisi faktor, iaitu

data-data yang diambil melalui soal selidik,pemerhatian dan soalan objektif.

Trait-trait ini saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan

tingkah laku yang dapat diperhatikan dan dinamakan trait permukaan. Trait permukaan

adalah suatu sifat yang dapat dikenal pasti tingkah laku manusia secara langsung.

Misalnya, trait pemarah dan berdendam. David berkonsep ‘saya hanya penting bila

saya menyakitkan orang lain.” Inilah sebab utama David mencuri jam tangan Bob.
Model Pengurusan Bilik Darjah dan Prinsip-prinsip yang ada di dalamnya

Model Disiplin Dalaman Colorso, Model Aliran Kemahiran Goldstein dan

McGinnis dan Model Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan

Crawford. Model-model ini berpegang kepada prinsip-prinsip:

Modifikasi Tingkah laku Skinner

Menurut ahli Behavioris


Suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi

prinsip-prinsip pelaziman. Peneguhan positif dan peneguhan negatif. Tingkah laku yang

baik boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan.

Dalam Situasi yang dikemukakan dalam Stealing Time:

 Contohnya, Robert boleh menggunakan kaedah Token

Economy untuk memajukan prestasi David.

 Selain itu, Robert perlu mencari jalan penyelesaian yang

betul bagi mengatasi tingkah laku David yang tidak diingini.

 Tetapi, Robert tidak mempedulikan sikap David pada awal

dan hanya suruh dia duduk di belakang kelas semasa dia

buat bising.

Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali

sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan
tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan

kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini

berbentuk ganjaran material, kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negative adalah

rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang

diingini. Contohnya,

Situasi 1: Cikgu Robert menahan David daripada keluar rehat kerana tidak menyiapkan

kerja yang diberikan. Tindakan ini memberi kesan ke atas David di mana dia telah

meluahkan perasaannya terhadap rakan sekelasnya kepada Cikgu Robert.

Situasi 2: Cikgu Robert mara ke meja David dan menjerit padanya sambil mengatakan

“ ini bukan apa yang kita lakukan di sini, kamu juga tidak diharapkan di sini dan cukup

apa yang kamu telah lakukan selama ini’’. Beliau juga memberikan denda pada David

melalui mengheret David ke pejabat pengetua dan menempatkannya di meja pelajar

yang terdapat di pejabat tersebut. Perbuatan Cikgu Robert ini tidak mengeluarkan hasil

sebenarnya. David hanya mendengar cakap Cikgu Robert untuk tempoh yang singkat

sahaja; selepas itu David kembali berkelakuan seperti dahulu. Dalam kes ini peneguhan

negatif tidak memberi kesan sama sekali.

Modifikasi Tingkah Laku Skinner memberi kesimpulan bahawa sesetengah

tingkah laku memerlukan pengukuhan secara berperingkat- peringkat, manakala ada

yang Berjaya membentuk tingkah laku sama ada baik atau buruk, wajar atau tidak wajar

boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Dengan kata lain, tingkah laku

dilazimkan oleh konsekuen yang timbul: ia akan bertambah teguh jika pengukuhan

diberikan Dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan

tidak diberikan.
Modifikasi Tingkah Laku Skinner dapat membantu Masalah David sekiranya Cikgu

Robert mengaplikasinya dalam cara-cara berikut:

 Cikgu Robert perlu mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh

David dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya.

 Selain itu, Cikgu Robert perlu menjelaskan tentang akibat yang akan dia terima

atas sikap yang tidak diingininya pada David.

 Selain itu, Cikgu Robert tidak harus selalu mendenda David malah mendorong

dia dan memberi peneguhan positif atau peneguhan negatif.

Kekuatan dan Kelemahan Model Modifikasi Tingkah Laku


Model Disiplin Asertif Canter

‘Assertiveness skills allow you to communicate to students that you

are serious about teaching and about maintaining a classroom in which

everyone’s rights are respected’

(Carolyn M.Evertson, Edmund T.Emmer, Murray E.Worsham:153).

Pada pandangan ketiga-tiga orang di atas ini, Model Disiplin Asertif

membantu guru mengajar dan menguruskan bilik darjah secara efektif sekaligus

memastikan setiap murid dihormati di dalam kelas tersebut.Model Disiplin Asertif telah

dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.

Cikgu Robert telah menggunakan Model Disiplin Asertif canter bagi menangani

kes David ini. Menurut Marlene Canter, “guru mempunyai hak untuk menentukan dan

mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya”.

Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri. Pertamanya adalah guru harus

memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Tanggungjawab merupakan nadi

disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu guru

harus merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid

mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter,

“guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Pada pandangan mereka

jika mereka ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan mereka

hendaklah sentiasa bersifat tegas . Perbuatan mereka ini memberi rasa tidak tidak

selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka.


Perkara inilah berlaku pada David. Cikgu Robert juga bersifat asertif kerana

menganggap David sebagai pesalah; perbuatan beliau ini telah menimbulkan rasa tidak

puas hati pada David. Mengikut Disiplin Asertif Canter, guru berkuasa menetapkan

peraturan bilik darjah. Cikgu Robert telah mengikut ciri disiplin asertif ini apabila beliau

menetapkan peraturan dalam kelas beliau, tetapi David menganggap perbuatan cikgu

Robert ini sebagai merebut kuasa dengan diri dia. Hal ini memang terbukti apabila

Cikgu Robert berkata, ‘Saya yang berkuasa di kelas itu dan semua akan mengikut cara

saya. Ini kerana cara saya dapat memanfaatkan pelajar lain di kelas tersebut’. Di sini

jelas terbukti bahawa Cikgu Robert mengamalkan Disiplin Asertif Canter. Masalah

hanya muncul apabila David salah anggap perbuatan Cikgu Robert yang menetapkan

peraturan kelas dengan sistematik.

Bagi mengelakkan masalah ini daripada berterusan Cikgu Robert boleh

 Cuba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif.

 Alihkan fokus David ke tempat lain. Penyediaan ABM yang menarik.

 Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari tingkah lakunya.

 Bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.

Ciri-ciri guru asertif

 Guru asertif percaya bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang

terbaik untuk murid-murid mereka.

 Dengan adanya disiplin asertif, interaksi di antara guru dengan murid adalah

positif dan secara berhormat apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang

sesuai dalm bilik darjah.


 Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak

menggunakan stail kasar, menyindir, ataupun bermusuhan.

 Guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap

dengan hormatnya kepada mereka, dan melayani setiap individu secara adil.

Ciri- ciri guru Asertif yang ditonjolkan oleh Cikgu Robert

Kekuatan dan kelemahan Model Disiplin Asertif

Model Akibat Logikal Dreikurs

Model Akibat Logikal telah dikemukakan oleh Dreikurs. Model ini juga dikenali

sebagai Model Disiplin Sosial. Model ini dibentuk berasaskan empat premis asas Teori

Sosial Adler:
1. Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ialah

ingin dimiliki atau menjadi ahli/anggota sesuatu kelompok.

2. Kesemua tingkah laku adalah bersebab.

3. Manusia ialah organisma yang berupaya membuat keputusan.

4. Realiti dipersepsikan oleh manusia. Oleh itu, boleh berlaku salah

tanggapan ataupun bias.

Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat

demokratik dan murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin mengawal suasana

dalam bilik darjah tidak seharusnya menggunakan hukuman.

Menurut Dreikurs lagi,

“masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdiri terdorong oleh motif-motif murid seperti:

( i ) inginkan perhatian

(ii) menggunakan kuasa

(iii) membalas dendam

(iv) memaparkan kekurangan

Sekiranya motif inginkan perhatian dipenuhi, maka motif-motif lain tidak akan timbul”.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi guru membantu murid-murid memahami

motif masing-masing dalam usaha membasmikan tingkah laku bermasalah. Bagi


menyelesaikan masalah tersebut, mereka perlu mengetahui pengurusan tingkah laku

bermasalah berkesan apabila mereka menerima akibat logikal yang setimpal dengan

tingkah laku tersebut.

 Individu yang bertingkah laku buruk adalah akibat kekurangan keperluan

kepunyaan dalaman dan memberi sumbangan kepada sesuatu kumpulan sosial

yang berinteraksi dengannya.

 Untuk memenuhi kekurangan keperluanya, individu itu akan berusaha untuk

menggunakan tingkah laku yang tidak diingni untuk mencapai matlamatnya.

 Sebab pertama individu bertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian.

Menyelesaikan masalah dengan Teori Akibat Logikal Dreikurs.

Kekuatan dan kekurangan Model Akibat Logikal Dreikurs

Model Terapi Realiti Glasser


Pada tahun 1965, Glasser telah mengemukakan Terapi Realiti. Beliau telah

mencabar persepsi umum yang menyatakan bahawa motivasi intrinsik yang

menggerakkan tingkah laku murid dan bukannya motivasi ekstrinsik.

3 Prinsip Terapi Realiti :

Kekuatan dan kekurangan Terapi Realiti Glasser