Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS PAHANG TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG NAMA KURSUS : KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK KOD KURSUS : PKP 3110 TARIKH MULA 20. 07. 2013

NAMA PELAJAR :

SEMESTER : 5

TARIKH HANTAR

30. 08. 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan kepentingan memperoleh konsep dan kemahiran Matematik serta aplikasinya. 2. Menganalisis faktor yang menjejaskan pemerolehan konsep dan kemahiran Matematik. 3. Melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai kepada pemulihan dalam Matematik. 4. Penghasilan bahan bantu mengajar Pemulihan Matematik Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4. Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Mengkaji masalah dalam pembelajaran matematik dan menganalisis faktor yang menghalang penguasaan matematik dalam kalangan murid pemulihan. Membina bahan bantu mengajar yang berunsur permainan Matematik. Merancang strategi pengajaran yang bersesuaian melalui penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Pemulihan Matematik. Melaksanakan pengajaran pemulihan berdasarkan rancangan dan bahan bantu mengajar yang telah disediakan. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Tugasan Projek (100%) Menurut Renga dan Dalla (1992), peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting kerana ia akan mempengaruhi persepsi dan sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik sepanjang hayat mereka. Kegagalan seorang guru pemulihan memahami bahawa perkembangan dan pemerolehan matematik mesti difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak di peringkat awal persekolahan boleh membawa kepada kegagalan guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid pemulihan. 1. Sehubungan penyataan di atas, kaji dan kenalpasti masalah-masalah yang wujud dalam pembelajaran matematik serta faktor-faktor yang menghalang penguasaan matematik dalam kalangan murid pemulihan di sekolah anda. Tuliskan satu laporan tentang masalah dan faktor penghalang tersebut. (30%) Seterusnya bina satu set bahan bantu mengajar (BBM) Matematik yang berunsurkan permainan Matematik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran pemulihan matematik. Huraikan cara penggunaan dan kelebihan BBM tersebut (20%) Berdasarkan dapatan kajian tentang masalah dalam pembelajaran matematik pemulihan, rancang strategi yang sesuai untuk mengajar murid pemulihan bersama BBM yang telah dibina melalui penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Pemulihan Matematik (20%) Laksanakan pengajaran yang telah dirancang. Sediakan rakaman lengkap sesi pengajaran pemulihan tersebut. Tuliskan refleksi terhadap pengajaran yang telah dijalankan (20%) Hasilkan satu penulisan refleksi yang merangkumi pengalaman anda semasa melakukan tugasan, masalah yang dihadapi dan langkah mengatasinya serta peningkatan kefahaman anda tentang kaedah pemulihan matematik (10%)

2.

3.

4.

5.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. Tugasan ini ialah tugasan individu. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini Font Arial Saiz huruf- 11 Langkau 1.5 baris Rujukan mengikut format APA Lampiran 2

3. 4. 5. 6.

Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut: 1. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut: a. b. c. d. e. f. 3. 4. 5. 6. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas kepentingan memperoleh konsep dan kemahiran Matematik Kupasan tentang masalah dalam pembelajaran matematik dan faktor yang menjejas penguasaan murid anda. Huraian BBM berasaskan permainan matematik yang menarik. Perancangan strategi yang mantap bersama BBM dalam RPH Matematik Pemulihan. Pengajaran pemulihan yang berkesan dan penulisan refleksi pengajaran yang telus. Penulisan refleksi yang mantap dan dapat merumuskan persoalan tugasan.

Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(NIRWANA BT MOHD RASHID) Pensyarah Kursus PKP3110 Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

(EN. MOHD NORDIN B. ABDULLAH) Pakar Bidang (SME) Timbalan Pengarah IPGK Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

Disahkan oleh:

(HJH SALBIAH BT ISHAK, AAP) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGK Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

Anda mungkin juga menyukai