Anda di halaman 1dari 2

TEMU BUAL GURU CEMERLANG

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Tugasan kedua untuk semester ini ialah sesi temu bual bersama dengan guru cemerlang. Saya telah memilih sekolah yang berhampiran dengan rumah saya iaitu sekolah SJK(T) Bandar Mentakab, Pahang. Nama guru yang saya temu bual pertama ialah Puan Chandralegah a/p Karnan. Beliau berumur 38 tahun dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam Matematik. Beliau telah menjadi guru Matematik selama 10 tahun yang lepas iaitu dari tahun 2002. Melalui pemerhatian saya terhadap kaedah pengajarannya, saya mendapati beliau menggunakan kaedah serta strategi yang pelbagai untuk membantu murid-murid menguasai isi pengajaran. Sebelum menemu ramah, saya telah membuat temu janji dengan gruu tersebut. Menurut Puan Chandralegah beliau dipilih sebagai guru cemerlang kerana sikap beliau yang mesra dengan murid. Beliau berkata seorang guru perlu tegas serta mesra dengan anak muridnya. Beliau berkata guru perlu cemerlang dalam aspek komunikasi

Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh semua guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Beliau juga menyatakan seorang guru harus bijak dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Bagi menyampaikan pelajaran dengan
cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional seperti: 1. Ingin tahu 2. Pengetahuan ikhtisas 3. Kemahiran komunikasi 4. Daya usaha Soalan kedua yang saya tujukan kepada beliau ialah tindakan beliau selepas menjadi guru cemerlang. Beliau menyatakan bahawa beliau telah menjadi teladan yang baik kepada guru-guru lain. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah dan telah menjalankan banyak program dan bengkel bagi murid-murid di sekolah mereka. Antara program yang dijalankan ialah Bintang Sinar. Program ii dijalankan khas untuk murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menakul. Menurut beliau, keberkesanan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan,

penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, seorang guru harus mengenalpasti objektif pengajaran. Soalan akhir yang saya tujukan kepada guru tersebut ialah harapan beliau dalam memartabatkan profesion perguruan. Beliau menyatakan bahawa guru harus menyanyagi dan bangga dengan profesion perguruan. Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini. Guru pada masa kini, ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, Temu bual ini amat berguna kepada saya kerana saya dapat mengetahui tentang ciri seorang guru cemerlang secara mendalam. Seorang guru harus mengatahui cara pengajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan pembelajaran murid. Dengan ini dapat mengatasi masalah pembelajaran murid. Maklumat-maklumat yang diberi oleh Puan Chandralegah sememangnya akan menjadi panduan saya pada masa hadapan.