Anda di halaman 1dari 8

Kertas Kerja

PELAKSANAAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

Tarikh : 08 Julai 2013 ( Isnin ) Masa : 7.40 pagi hingga 10.10 pagi Tempat : Dewan SJKC Kuo Min, Gemas. Negeri Sembilan.

DISEDIAKAN OLEH EN. LEE THAI SIONG SETIAUSAHA J/K KOKURIKULUM Jawatankuasa Kokurikulum, Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Kuo Min 73400 Gemas, N. Sembilan Darul Khusus.

1. TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua warga SJKC Kuo Min,Gemas. Negeri Sembilan tentang konsep Pelaksanaan Bulan Kecergasan Peeringkat Sekolah Tahun 2013 yang akan dilaksanakan pada 08 Julai 2013 ( Isnin ).

2. LATAR BELAKANG Bulan Kecergasan KPM telah dilaksanakan sejak tahun 2007.

Pelaksanaan program ini juga didorong oleh hasrat KPM bagi melibatkan seramai mungkin warga sekolah ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Program ini juga melengkapkan lagi dasar KPM dalam 1Murid 1Sukan(1M1S) dan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik dan produktif untuk pembangunan negara. Program ini juga ingin menyemai semangat bersukan dan menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian.

Bagi menjamin kecemerlangan modal insan, amalan gaya hidup

yang

sihat amat ditekankan dalam sektor pendidikan. Justeru, amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri, para pelajar perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari seperti pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan dan penjagaan kesihatan yang sempurna.

Program kecergasan merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup sihat. Warga pelajar disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. Justeru, untuk memastikan pelajar di sekolah ini terus mengamalkan gaya hidup sihat, pelbagai program dan prasana sukan disediakan di sekolah ini.

3. OBJEKTIF Objektif Bulan Kecergasan Peringkat sekolah : 3.1 Menarik minat, menyediakan peluang dan menggalakkan penyertaan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat. 3.2 Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khususnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat dalam aktiviti sukan dan rekreasi dan bagaimana nilai-nilai ini boleh membantu ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. 3.3 Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat di kalangan pelajar berbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan Negara yang kuat melalui aktiviti sukan.

4. TEMPOH PELAKSANAAN Sambutan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Bulan Kecergasan akan berlansung di sepanjang bulan Julai 2013.

5. TEMA BULAN KECERGASAN KPM 2013 Kecergasan 1 Malaysia

6. AKTIVITI YANG DICADANGKAN Program 1M1S yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah boleh dimasukkan sebagai salah satu aktiviti program

Bulan Kecergasan KPM 2013. Aktiviti-aktiviti lain yang dicadangkan menjadi sebahagian daripada pengisian Program Bulan Kecergasan peringkat sekolah :
a) Jalan Ria b) Senamrobik c) Perlawanan Badminton d) Perlanwanan PingPong e) Kuiz Kesihatan

7. SASARAN PESERTA Semua warga SJKC Kuo Min, Gemas. Negeri Sembilan.

8. AHLI JAWATAN KUASA INDUK Penasihat : Puan Whi Yoke Choo ( Guru Besar SJKC Kuo Min, Gemas. NSDK ) Pengerusi : Puan Lee Sok Fong ( Penolong Kanan Kokurikulum ) Naib Pengerusi : Pn. Lee See Hua ( Penolong Kanan Pentadbiran ) En. Chee Kin Huen ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) Setiausaha 1 : En. Goh Yee Jian ( Setiausaha J/K Pembangunan Sukan ) Setiausaha 2 : En. Lee Thai Siong ( Setiausaha J/K Kokurikulum)

9. AHLI JAWATANKUASA KERJA ( JALAN RIA )

PENGARAH PROGRAM PN. LEE SOK FONG (GPK KOKURIKULUM) TIMBALAN PENGARAH PROGRAM PN. LEE SEE HUA (GPK KURIKULUM) SETIAUSAHA EN. LEE THAI SIONG (S/U KOKURIKULUM) SETIAUSAHA 2 PN. WONG YET BEE (S/U AKADEMIK) BENDAHARI CIK HOO BIK WEN

AJK KERJA
MAKANAN & MINUMAN Pn. Ruziyah Bt. Abd. Rahman Cik Shafiqah Bt Abu Bakar PERALATAN En. Goh Yee Jian En. Lee Thai Siong KESELAMATAN/KEBAJIKAN/DISIPLIN En. Chee Kin Huen Cik Chong Chai Fan BUKU ATURCARA Cik Pang Choi Yin Cik Teo Chen Lei PERCETAKAN Pn. Tee Ek Sin JURUKAMERA Cik Pang Choi Yin

PENDAFTARAN Guru Kelas

10. ANGGARA KEWANGAN 9.1 Sumber : Peruntukan Sekolah Wang Kokurikulum RM 200.00 9.2 Perbelanjaan : Bil. 1. Jalan Ria
a) Makan dan minum

Perkara

Jumlah (RM)

100.00

2.

Senamrobik
a) Minuman

50.00

3.

Pertandingan Lompat Jauh


a) Hadiah

15.00

4.

Pertandingan Lompat Tinggi


a) Hadiah

20.00

5.

Kuiz Kesihatan a) Hadiah Jumlah 15.00 200.00

10. PENUTUP Diharapkan agar Program Bulan Kecergasan bagi tahun 2013 ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh,

................................................... (EN. LEE THAI SIONG) Setiausaha Kokurikulum, SJKC Kuo Min, Gemas. Negeri Sembilan

SEMAKAN DAN KELULUSAN

Dokumen ini disediakan oleh:

EN. LEE THAI SIONG


Setiausaha Kokurikulum SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KUO MIN, GEMAS. NEGERI SEMBILAN

DISEMAK OLEH:

DILULUSKAN OLEH:

PN. LEE SOK FONG GPK KK SJKC KUO MIN,GEMAS.NSDK

PN. WHI YOKE CHOO GURU BESAR SJKC KUO MIN,GEMAS.NSDK

Lampiran 1

ATURCARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KECERGASAN TAHUN 2013 PERINGKAT SEKOLAH SJKC KUO MIN, GEMAS. NEGERI SEMBILAN 08 JULAI 2013 JALAN RIA -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7.30 pagi

: Semua Peserta melapor diri

: Ketibaan Dif-dif Jemputan 8.00 pagi : Lagu Negaraku

: Ucapan Merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2013 8.15 pagi 9.15 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi : Jalan Ria Bulan Kecergasan : Senamrobik beramai-ramai : Jamuan Ringan : Bersurai